Anda di halaman 1dari 4

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka
melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang
boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini
bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa
1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka
tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja,
tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin
meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu
bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk
membesar dan mendidik anak.
2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak
sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal
yang lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan
keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah
dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi
seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa
memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa
disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan
menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan
fizikal dan mental ibu bapa.
. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa
sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang
tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu
bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.
5.Memenuhi permintaan.. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan,
tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.
Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat
sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan
daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad:
Apakah perbuatan disukai oleh Allah??
Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda
menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada
jalan Allah.
6.Melakukan apa yang disukai.. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan
perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa
derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina
dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan
Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan
menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan
kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap
lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah
permintaan mereka.
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau
bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-
kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan,
gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak
hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi
kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan
seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama- sama dalam
majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu
kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima
kunjungan dan menatap wajah anaknya.
10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu
bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah
meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala
amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi
manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh
yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu
untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Akhir kata, Sebagai kesimpulannya Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap
ibu bapa sebaik
mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat
laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa
kita masih hidup.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita
sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak
tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Kebaikan yang dilakukan oleh anak akan diperolehi dan diterima oleh ibu bapa sama semasa masih
hidup atau setelah mati. Dikatakan bahawa roh ibu bapa yang baik akan sentiasa melihat perbuatan
dan amalan anak-anak mereka yang masih hidup di dunia. Jika kebaikan yang dilakukan oleh anak-
anak maka mereka juga mendapat kebaikan tetapi jika kemaksiatan dilakukan maka roh mereka juga
akan merasai kesakitan dan kesengsaraan.
Akhirnya sebagai anak, hendaklah kita melakukan amal-amal yang soleh agar kedua ibu bapa kita
sentiasa mendapat kebaikan samada semasa mereka masih hidup atau telah mati. Inilah ukuran kasih
sayang kita kepada mereka.

Ibu bapa merupakan orang yang perlu diberi perhatian dan sangat penting kepada anak-
anak. Mereka telah memberi kasih sayang dan melakukan pengorbanan yang besar
kepada kehidupan anak-anak sejak dari kecil hinggalah menjadi dewasa. Anak-anak
dididik dan dipelihara serta dijaga dengan penuh tanggungjawab oleh kedua ibu bapa.

Ketika anak dalam kandungan ibu, betapa susah payah akan ditanggung oleh ibu dalam
waktu yang panjang kira-kira Sembilan bulan lamanya. Kemana sahaja ibu pergi, pasti
dibawa bersama anak yang dikandungnya itu samada sewaktu makan, tidur, membuat
keja-kerja dan sebagainya. Kesusahan dan kepayahan ditanggung oleh ibu dan
menerima dengan redha kerana kasih sayang yang wujud dalam dirinya kepada anak
yang dikandungnya itu.

Kesengsaraan dan kesakitan terjelma ketika hendak melahirkan anaknya. Setiap nafas
yang keluar itu bagaikan seperti menunggu masa tercabutnya nyawa dari jasad.
Begitulah keadaan ibu apabila melahirkan anak. Namun kesakitan tersebut hilang
setelah melihat anak yang dikasihi berada didepan mata. Bermulalah kerja ibu untuk
menyusukan anak kecilnya dengan penuh kasih saying. Anak akan dipastikan
membesar dengan sewajarnya. Suapan makanan, penjagaan dan kebersihan si anak
menjadi tugas ibu yang berterusan sehinggalah anak menjadi dewasa.

Begitulah juga bapa merupakan orang yang bertanggungjawab mencari rezeki untuk
kehidupan keluarganya. Semua pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa ini tidak
mengharapkan sebarang balasan dari anaknya. Apa yang penting ialah anaknya dapat
membesar dengan sebaiknya.

Oleh itu sewajarnyalah sebagai seorang anak dapat membalas jasa ibu bapa apabila
mereka ini telah lanjut usia. Penat lelah mereka selama ini haruslah disanjungi dan
dihormati. Walaupun mereka tidak meminta dibalas tetapi sebagai anak yang soleh,
kebaktian kepada ibu bapa merupakan antara perintah dari Allah kepada manusia.
Bukan sahaja anak perlu membalas jasa tetapi juga hendaklah mengelakkan dari
menjadi anak derhaka kepada ibu bapa.

Hati kedua ibu bapa hendaklah dijaga dan sudah dianggap sebagai anak derhaka jika
berkata ohh kepada ibu bapa. Apatah lagi jika memaki hamun dan memukul ibu bapa
sudah menjadi perbuatan yang sangat keji dan dikutuk oleh Allah.

Di dalam hadis, ada menyatakan kewajiban umat Islam adalah untuk melakukan solat
pada waktunya, berbuat baik kepada ibu bapa dan berjuang dijalan Allah. Dapat diambil
pengajaran bahawa mentaati ibu bapa lebih utama dari berjuang di jalan Allah ketika ibu
bapa masih hidup dan memerlukan bantuan anak-anak.

Kebaikan yang dilakukan oleh anak akan diperolehi dan diterima oleh ibu bapa sama
semasa masih hidup atau setelah mati. Dikatakan bahawa roh ibu bapa yang baik akan
sentiasa melihat perbuatan dan amalan anak-anak mereka yang masih hidup di dunia.
Jika kebaikan yang dilakukan oleh anak-anak maka mereka juga mendapat kebaikan
tetapi jika kemaksiatan dilakukan maka roh mereka juga akan merasai kesakitan dan
kesengsaraan.

Akhirnya sebagai anak, hendaklah kita melakukan amal-amal yang soleh agar kedua ibu
bapa kita sentiasa mendapat kebaikan samada semasa mereka masih hidup atau telah
mati. Inilah ukuran kasih sayang kita kepada mereka.

Anda mungkin juga menyukai