Anda di halaman 1dari 1

MEMASAK 4

Contoh yang boleh diketengahkan dalam hal ini adalah membantu mereka dari sudut kewangan. Sememangnya
ibu bapa kita sudah berumur, tenaga mereka juga akan berkurangan untuk mencari rezeki. Tibalah masanya untuk kita
berbakti kepada mereka agar tidak dilabel sebagai anak yang derhaka. Menurut hadis riwayat Al-Tarmizi, keredhaan
Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa. Hadis ini bemaksud apabila ada prilaku kita yang menyebabkan ibu bapa
murka terhadap kita akan mengundang kemurkaan Allah. Mungkin kita akan tertanya-tanya mengapa kita yang perlu
menggalas tanggungjawab ini. Kita perlu menggulung tanggungjawab ini kerana kita ialah insan yang paling rapat
dengan mereka. Selain daripada bantuan kewangan, kita juga boleh mengeluarkan tenaga muda kita sebagai zuriat
mereka. Kita boleh menguruskan hal yang bekaitan dengan rumah. Sebagai contoh, mengemas rumah, memasak dan
membasuh baju. Dalam organisasi keluarga, kita semua saling memerlukan antara satu sama lain. Sudah menjadi
obligasi kita sebagai anak untuk membantu ibu bapa kita. Pada pandangan saya, sekiranya kita membalas jasa ibu bapa
kita dengan membantu mereka kita sudah pun membina sebuah jambatan ke syurga.
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sesebuah kehidupan. Tanpa kejujuran
hidup sentiasa menjadi mainan orang. Hadiah yang terbaik kepada kedua ibu bapa kita adalah harga budi dan kesetiaan.
Dengan cara ini, kebahagiaan antara ibu bapa dan kita akan tercapai. Menurut kata Said Mustafa, memang amat tinggi
terletaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran
disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri. Menjaga ibu bapa kita
yang sudah tua tidaklah sesusah mana. Hanya perlu bermula daripada diri kita sendiri. Kebanyakkan anak-anak
mengambil langkah drastik dengan menghantar mereka ke pusat jagaan orang-orang tua. Tidak fikirkah anak-anak ini
tentang perasaan ibu bapa mereka yang sudah menjaga mereka dari kecil sehingga dewasa tanpa sebarang keluhan. Ibu
bapa mampu untuk menjaga 10 oran anak, mengapa pula 10 orang anak tidak mampu menjaga ibu bapa mereka.
Tegasnya di sini, hargailah mereka semasa mereka masih lagi ada di dunia ini.

Menurut Oliver Wendell Holmes, kesedaran walau sesaat sering kali lebih berharga daripada pengalaman
sepanjang hayat. Kita sering muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. Balaslah jasa ibu
bapamu sebelum mereka pergi meninggalkanmu selama-lamanya. Pada masa itu, kamu tidak dapat membalas lagi jasa
mereka terhadapmu.

KARANGAN UPSR : Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa SOALAN : Anak yang baik akan sentiasa membalas jasa ibu
bapanya. Berikan pendapat kamu, cara-cara yang patut dilakukan untuk membalas jasa kedua-dua orang tua kita. Setiap
insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah sembilan bulan dikandung ibu, dengan izin Allah, kitapun dilahirkan.
Sesudah lahir, kita dijaga dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai anak, kita
sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka.
Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam UPSR sudah tentu mampu
menggembirakan ibu bapa kita.
Segala nasihat mereka perli didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Kita janganlah menyinggung
perasaan mereka dengan tingkah laku kita yang boleh menyebabkan hati mereka sakit, bagai dihiris dengan sembilu.

Anda mungkin juga menyukai