Anda di halaman 1dari 3

Cara-cara Untuk Membalas Jasa Ibu Bapa

assalamualaikum~!

hye..hye..hye... saya di sini..baiklah, hari ini aku nak kongsikan dengan kalian semua salah satu karangan yang pernah
aku buat.. aku nak kongsikan sebab aku nak tolong siapa-siapa yang ketandusan idea tu.. karangan ini sesuai bagi soalan
karangan yang 350 patah perkataan punya.. baiklah, untuk pengetahuan karangan ini sememangnya hasil daripada otak
aku.. karangan ini bukan ciplak ya..

Soalan: Huraikan pendapat anda tentang cara-cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk membalas jasa ibu bapa.

Ayah dan ibu,


Ayah dan ibu,
Itulah permulaan kami,
Dapat melihat bulan dan matahari.

Bait-bait lagu di atas jelas menunjukkan bahawa hidup kita bermula dengan ibu dan bapa. Siapakah ibu bapa? Ibu
bapa ialah orang tua kita. Ibu yang melahirkan kita dan yang telah mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada kita.
Ayah yang membesarkan kita dan bertanggungjawab menguruskan hal kebajikan kita dengan membeli segala keperluan
harian kita dari kecil sehingga kita dewasa. Ibu dan ayah memberikan tauladan yang mahmudah kepada kita untuk
mengharungi hidup yang berliku-liku dengan cabaran dan dugaan. Mereka menatang kita bagai minyak yang penuh
untuk melihat kita berjaya dan mempunyai akhlak yang cemerlang di kemudian hari. Setiap hari mereka berdoa kepada
Tuhan yang maha Esa supaya Tuhan menjadikan anak mereka adiwangsa dan berguna kepada murba. Kendatipun kita
melakukan kesilapan, mereka memaafkan kita kerana mereka sudah maklum bahawa kita ini baru belajar mengenai
kehidupan. Tiada seulit dendam pun di dalam hati mereka kepada kita yang baru berumur setahun jagung, setampuk
pinang. Tetapi, hasil pengorbanan dan jerit perih mereka diambil enteng oleh anak-anak yang lahir dari darah daging
mereka sendiri. Persoalannya, adakah muasir ini kita sebagai anak-anak membalas jasa ibu bapa kita? Terdapat pelbagai
minhaj untuk membalas jasa ibu-bapa.
Pada zaman pascakemerdekaan ini, kita sudah maklumi bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan ini. Pada
pendapat saya, kita perlulah belajar bersungguh-sungguh bagi membalas jasa ibu bapa kita. Kita haruslah bersemangat
untuk belajar. Kita boleh menunjukkan semangat kita dengan cara meluangkan masa lapang kita dengan menelaah
kembali matapelajaran yang kita kurang faham. Selain itu, kita boleh menghadiri kelas tambahan atau tuisyen untuk
menunjukkan semangat kita dalam menuntut ilmu. Kita perlu belajar bersungguh-sungguh agar tidak menjadi ibarat kata
di bawah tempurung. Seperti yang kita maklumi, anak-anak muasir ini kebanyakkannya bersikap hedonism dan nihilism.
Bagi anak-anak yang mempunyai sikap yang sedemikian, anda perlulah lebih cakna tentang pelajaran anda daripada
anda memilih keseronokan duniawi yang lagha dan boleh menyebabkan kita lalai dalam kehidupan kita. Ilmu yang kita
terima di sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan kita di kemudian hari. Jika kita berjaya mengecapi kejayaan,
ibu bapa kita adalah orang pertama yang paling bahagia kerana mereka tahu bahawa mereka telah berjaya mendidik
kita menjadi orang yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan marhaen lain yang lebih besar di negara ini. Jika
kita berasa bahawa kita hanyalah orang yang gagal ingatlah menurut kata Henry Thoreau, manusia dilahirkan untuk
meraih kejayaan, bukan mengalami kegagalan. Jadi, jika kita gagal pada hari ini, kita mestilah berusaha dengan lebih
gigih lagi untuk mengecapi kejayaan. Kita perlu tahu bahawa kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin
sentiasa melakukan yang terbaik. Bak kata Joseph Conrad, tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya
dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialahkita tidak menjadi lemah semasa
kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. Pada hemat saya, inti patinya, salah satu cara untuk
membalas jasa ibu bapa kita adalah dengan memberi mereka kejayaan kita.
Sehubungan dengan itu, bagi membalas jasa ibu bapa kita, kita boleh membantu mereka dalam apa jua keadaan
sama ada senang atau susah. Dengan uslub ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh
mereka. terdapat pelbagai inisiatif untuk membantu mereka. Contoh yang boleh diketengahkan dalam hal ini adalah
membantu mereka dari sudut kewangan. Sememangnya ibu bapa kita sudah berumur, tenaga mereka juga akan
berkurangan untuk mencari rezeki. Tibalah masanya untuk kita berbakti kepada mereka agar tidak dilabel sebagai anak
yang derhaka. Menurut hadis riwayat Al-Tarmizi, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa. Hadis ini
bemaksud apabila ada prilaku kita yang menyebabkan ibu bapa murka terhadap kita akan mengundang kemurkaan
Allah. Mungkin kita akan tertanya-tanya mengapa kita yang perlu menggalas tanggungjawab ini. Kita perlu menggulung
tanggungjawab ini kerana kita ialah insan yang paling rapat dengan mereka. Selain daripada bantuan kewangan, kita
juga boleh mengeluarkan tenaga muda kita sebagai zuriat mereka. Kita boleh menguruskan hal yang bekaitan dengan
rumah. Sebagai contoh, mengemas rumah, memasak dan membasuh baju. Dalam organisasi keluarga, kita semua saling
memerlukan antara satu sama lain. Sudah menjadi obligasi kita sebagai anak untuk membantu ibu bapa kita. Pada
pandangan saya, sekiranya kita membalas jasa ibu bapa kita dengan membantu mereka kita sudah pun membina sebuah
jambatan ke syurga.
Dalam pada itu, kita juga perlulah mendengan dan menurut kata-kata mereka. Menurut ayat 15, Surah Al-Ahqaf,
ada menyatakan "dan kami mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah
mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah." Menurut ayat ini,
kita dapat mengetahui segala jerit perih yang ibu kita hadapi semasa mengandungkan kita dan juga semasa melahirkan
kita. Segala kata-kata ibu bapa kita ibarat mutiara yang keluar dan kita perlu manadahnya sebaik mungkin supaya
mutiara itu tidak terlepas daripada genggaman kita. Mungkin bagi anak watan zaman ini, kata-kata ibu bapa kita akan
diambil tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ibu bapa kita mempunyai pengalaman yang amat luas dalam kehidupan
mereka dan segala tutur kata mereka membawa kebaikan. Kita sememangnya dituntut untuk belajar dengan orang yang
lebih mahir daripada kita. Dalam hal ini, ibu bapa ialah guru yang mengajar kita erti kehidupan dan kita mestilah belajar
daripada kisah hidup mereka yang telah mereka alami. Apabila kita mematuhi segala kata-kata mereka ia dapat
memaparkan bahawa kita hormat kepada mereka sebagai ibu bapa kita. Kebanyakan generasi pada zaman globalisasi ini
akan berang dan membentak sekiranya diminta untuk melakukan sesuatu oleh ibu bapa. Ini jelas menunjukkan bahawa
anak-anak ini biadap. Al Ghazali Bayruni menyatakan bahwa biarlah hidup kita beradap, bukan hidup untuk biadap. Ini
turut menunjukkan anak ini telah melakukan kesilapan. Si anak juga tidak tahu cara untuk membalas jasa ibu bapa
mereka lagi. Menurut kata Conficius, seseorang yang melakukan kesilapan dan tidak membetulkannya telah melakukan
satu lagi kesilapan. Jadi, tegasnya di sini, anak-anak perlulah memperbetulkan segala kesalahan mereka dan mentaati
segala perintah ibu bapa mereka.
Sejak kebelakangan ini, kita acap kali mendengar atau membaca berita tentang ibu bapa yang dibuang oleh darah
daging mereka sendiri. Hal ini telah menjadi polemic di media massa. Mungkin hal ini berlaku kerana kesibukan anak-
anak yang leka dengan hal duniawi untuk mengumpul harta sendiri. Ini semua hanyalah alasan. Bagaimana pula semasa
kita kecil kita tidak dibuang oleh ibu bapa kita yang sibuk membanting tulang siang dan malam untuk mencari rezeki?
Jika ibu bapa kita dapat menjaga kita dengan baik walaupun mereka sibuk bekerja, mengapa pula kita sebagai sebagi
anak mereka tidak mampu untuk menjaga mereka. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu
penting dalam sesebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. Hadiah yang terbaik kepada
kedua ibu bapa kita adalah harga budi dan kesetiaan. Dengan cara ini, kebahagiaan antara ibu bapa dan kita akan
tercapai. Menurut kata Said Mustafa, memang amat tinggi terletaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana.
Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah,
kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri. Menjaga ibu bapa kita yang sudah tua tidaklah sesusah mana. Hanya perlu
bermula daripada diri kita sendiri. Kebanyakkan anak-anak mengambil langkah drastik dengan menghantar mereka ke
pusat jagaan orang-orang tua. Tidak fikirkah anak-anak ini tentang perasaan ibu bapa mereka yang sudah menjaga
mereka dari kecil sehingga dewasa tanpa sebarang keluhan. Ibu bapa mampu untuk menjaga 10 oran anak, mengapa
pula 10 orang anak tidak mampu menjaga ibu bapa mereka. Tegasnya di sini, hargailah mereka semasa mereka masih
lagi ada di dunia ini.

Bagi menggulung segala muduk di atas, jelaslah bahawa pengorbanan ibu bapa kita sememangnya besar dan tidak
mampu dibalas dengan wang ringgit. Dalam hidup ini, kita perlu percaya kepada hukum karma. Jika kita berbuat baik,
kita akan dibalas kebaikan. Jika kita berbuat jahat, kita akan dibalas kejahatan. Jika kita menjadi ibu bapa, adakah kta
mahu anak-anak kita tidak membalas segala jasa dan pengorbanan kita terhadap mereka. Jika kita berbuat jahat ingatlah
peribahasa arab ada menyatakan tiada kejahatan yang dapat dinilai sabagai baik, walaupun kejahatn itu dilakukan untuk
tujuan yang baik. Kita perlulah sedar dengan segala kesilapan kita. Menurut Oliver Wendell Holmes, kesedaran walau
sesaat sering kali lebih berharga daripada pengalaman sepanjang hayat. Kita sering muda untuk melakukan dosa tetapi
tidak pernah tua untuk bertaubat. Balaslah jasa ibu bapamu sebelum mereka pergi meninggalkanmu selama-lamanya.
Pada masa itu, kamu tidak dapat membalas lagi jasa mereka terhadapmu.

KARANGAN UPSR : Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa SOALAN : Anak yang baik akan sentiasa membalas jasa ibu
bapanya. Berikan pendapat kamu, cara-cara yang patut dilakukan untuk membalas jasa kedua-dua orang tua kita. Setiap
insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah sembilan bulan dikandung ibu, dengan izin Allah, kitapun dilahirkan.
Sesudah lahir, kita dijaga dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai anak, kita
sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka.
Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam UPSR sudah tentu mampu
menggembirakan ibu bapa kita.
Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa
depan kita. Kita juga sebagai anak yang baik sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia. Apabila bertutur
dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar. Segala nasihat mereka perli didengar dengan teliti dan diikuti sebagai
pedoman hidup. Kita janganlah menyinggung perasaan mereka dengan tingkah laku kita yang boleh menyebabkan hati
mereka sakit, bagai dihiris dengan sembilu.
Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Seharian mereka bekerja untuk mencari nafkah
menanggung kita sekeluarga. Dengan sikap kita yang suka membantu ibu bapa, sudah pastinya akan meringankan beban
mereka yang sudah penat bekerja. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga
dan sebagainya. Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan keperluan asas kepada kita. Namun,
sebagai anak yang baik, kita janganlah mendesak mereka memenuhi apa yang kita inginkan. Contohnya, kita mendesak
mereka membeli komputer, pakaian yang mahal-mahal dan sebagainya.
Kita janganlah membandingkan kemampuan ibu bapa kita dengan kemampuan orang lain. Kita sepatutnya perlu ukur
baju dibadan sendiri, agar kita tidak dianggap seperti kacang lupakan kulit. Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak
dapat dinilai dengan wang ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu
sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.

Anda mungkin juga menyukai