Anda di halaman 1dari 4

Sejak dilahirkan lagi, kita dijaga oleh ibu bapa dengan penuh

kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Oleh


yang demikian, sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa
kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan
untuk membalas jasa mereka.
Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-
sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran sudah
tentu mampu menggembirakan ibu bapa yang bersusah payah
menyekolahkan kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan
anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh
menentukan masa depan kita.
Sebagai anak yang baik, kita juga sewajarnya
mempamerkan tingkah laku yang mulia. Segala nasihat
mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti sebagai
pedoman hidup. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan
bercakap kasar agar tidak menyinggung perasaan mereka.
Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu
mereka. Penat lelah mereka mencari nafkah menanggung kita
sekeluarga dapat dikurangkan apabila kita membantu mereka.
Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak,
menyiram pokok bunga dan sebagainya.
Satu lagi cara untuk membalas jasa kedua ibu bapa ialah
sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa di dunia dan di
akhirat. Kita boleh memohon doa kepada tuhan agar ibu bapa
diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan
diampunkan segala dosa. Doa boleh diamalkan pada bila-bila
masa, lebih-lebih lagi selepas solat.
Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai
dengan wang ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan
kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya
berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.
Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan
sesebuah negara yang harmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk dengan
semangat kejiranan yang utuh. Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa
masyarakat yang bersatu padu bermula dengan adanya semangat kejiranan
yang tersemai dalam jiwa. Oleh itu, setiap individu haruslah memiliki
semangat kejiranan yang tinggi demi mengekalkan keharmonian dan
kemakmuran negara yang berbilang kaum. Namun begitu, semangat
kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini. Justeru, senario ini
haruslah disusuli dengan langkah yang efektif supaya dapat dibendung
sebelum masalah seumpama ini terus menular menjadi barah yang akan
menjejaskan keharmonian negara.

        Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat
kejiranan termasuklah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ini
dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran. Malah,amalan ziarah-
menziarahi ini sangat digalakkan dalam Islam. Misalnya, apabila jiran
bertandang ke rumah, sudah semestinya kita akan menyambut baik
kedatangan mereka dan melayan mereka dengan penuh adab sopan. Hal ini
seterusnya akan melahirkan rasa hormat dan kasih sayang sesama individu.
Oleh itu, amalan ziarah-menziarahi wajar dibudayakan dalam masyarakat.

               Selain itu, semangat kejiranan dapat turut dipupuk melalui amalan


gotong-royong. Amalan gotong-royong sememangnya membawa banyak
manfaat kepada masyarakat. Hal ini kerana apabila segolongan masyarakat
bersatu menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan
perumahan, mereka bukan sahaja dapat memelihara kebersihan tempat
kediaman mereka malah dapat mengeratkan hubungan sekaligus memupuk
semangat kerjasama. Di samping itu, nilai kerjasama dan masyarakat yang
prihatin juga dapat diwujudkan. Justeru, masyarakat mestilah melibatkan diri
dalam aktiviti seumpama ini untuk kebaikan bersama.

               Tambahan pula, rumah-rumah terbuka yang lazimnya diadakan


ketika musim perayaan wajar dilihat sebagai satu langkah yang efektif dalam
usaha memupuk semangat kejiranan. Negara kita yang mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum membolehkan kita melihat pelbagai jenis
adat dan budaya. Apabila rumah terbuka diadakan, masyarakat akan dapat
mengenali adat dan budaya kaum lain. Hal ini akan dapat mewujudkan
persefahaman dan sekaligus mengelakkan perselisihan faham yang boleh
menjejaskan perpaduan kaum. Oleh itu, amalan rumah terbuka ini wajar
diteruskan dalam masyarakat.

           Akhir sekali, semangat kejiranan yang semakin luntur tidak wajar
dipandang enteng. Sebaliknya, perlulah dianggap sebagai satu perkara yang
sangat penting dalam masyarakat. Kerajaan haruslah terus melakukan usaha-
usaha yang boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam masyarakat di negara
kita. Sebesar rumah bermula dengan seketul bata. Oleh itu, perpaduan kaum
haruslah bermula semangat kejiranan yang utuh.
Sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai bentuk masalah sosial dalam kalangan kanak-
kanak.Kita haruslah segera membendung perkara ini daripada terus berlaku supaya
dapat melahirkan negara yang aman pada masa akan datang.Namun apakah peranan
ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak?

Ibu bapa haruslah meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak.Ini dapat
membuatkan anak akan berasa dihargai dan tidak melakukan apa-apa perkara yang
boleh merosakkan sahsiah mereka.Jika ini dapat dilaksanakan sudah pastilah kanak-
kanak akan lebih seronok dan tidak akan melakukan apa-apa perkara yang negatif.

Ibu bapa haruslah memberi didikan agama yang cukup kepada anak-anak.Ini dapat
membuatkan anak mereka akan dapat membezakan yang mana baik dan buruk.Maka
mereka tidak akan melakukan apa-apa perkara yang boleh merosakkan sahsiah
mereka.Ibu bapa bleh menghantar mereka mengikuti kelas mengaji dan boleh mengajar
mereka cara untuk mendirikan solat yang betul dan tertib.Jika perkara ini berterusan
maka anak mereka akan menjadi seorang yang soleh sekaligus sahsiah mereka akan
terjaga.

Ibu bapa juga perlu mengawasi pergerakan anak mereka.Ini kerana kita dapat menegur
anak kita sekiranya mereka melakukan perkara yang tidak betul.Contohnya, kita melihat
mereka membuang sampah merata-rata jadi kita seharusnya menegur mereka supaya
tidak membuang sampah merata-rata.Dengan ini mereka akan tahu mana satukah
perbuatan yang baik dan jahat.Sekiranya ini berterusan mereka tidak akan melakukan
apa-apa perkara yang salah.Maka ibu bapa haruslah sentiasa memantau keadaan anak
mereka

Ibu bapa juga haruslah mendisiplinkan anak mereka.Ini kerana bagi membuatkan anak
mereka sentiasa berkelakuan dengan baik.Maka dapat melahirkan keluarga yang
bahagia.Contohnya, ibu bapa mengajar anak mereka supaya tidak membuangkan
sampah merata-rata.Dengan ini kanak-kanak tersebut terbiasa dan tidak mungkin akan
membuang sampah merata-rata.Impaknya persekitaran juga akan lebih bersih.Dengan
ini ibu bapa haruslah mendisiplinkan anak mereka sejak kecil lagi

Ibu bapa hendaklah menjadi teladan atau contoh kepada anak-anak.Ibu bapa seharuslah
berkelakuan baik kerana setiap perbuatan ibu bapa akan dicobtohi oleh anak-anak
mereka.Contohnya, anak-anak melihat ibu bapa sentiasa membantu orang yang dalam
kesusahan.Dengan ini kanak-kanak akan mencontohi perbuatan tersebut sehingga
meningkat dewasa.Maka ibu bapa sememangnya perlu menjadi suri teladan dan contoh
kepada anak-anak supaya dapat melahirkan masyarakat yang baik
Kesimpulanya,terdapat pelbagai peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam
membentuk sahsiah anak-anak.Jadi ibu bapa seharusnya terus membentuk sahsiah
yang baik kepada anak-anak supaya dapat melahirkan negara yang aman dan bebas
daripada sebarang masalah sosial

Anda mungkin juga menyukai