Anda di halaman 1dari 3

Sedasawarsa ini meniti dari bibir ke bibir tentang kebejatan sosial

dikalangan remaja pada masa kini. Punca utama berlakunya masalah ini adalah
bermulanya dari rumah sendiri. Setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan
tanggungjawab masing-masing dalam usaha membentuk sebuah keluarga bahagia.
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini. Apabila keluarga
bahagia, segala konflik yang terdapat di dalam institusi kekeluargaan dapat
diselesaikan dengan efektif dan efisyen. Hubungan ibu bapa dan anak ibarat isi
dengan kuku. Sekiranya salah seorang anggota keluarga tidak memainkan
peranannya, maka institusi keluarga akan runtuh dan semua pihak akan merasai
tempiasnya. Persoalannya, bagaimana untuk membina keluarga bahagia? Oleh itu
kita haruslah meneliti dan mengambil langkah-langkah untuk mewujudkan
keluarga bahagia.
Sebuah keluarga yang saling menyayangi antara satu sama lain hanya dapat
diwujudkan melalui sistem komunikasi yang baik antara anggota keluarga. Anak
merupakan jantung hati setiap ibu bapa. Peranan komunikasi sangat penting dalam
membentuk keluarga bahagia. Apabila anggota keluarga mampu bertoleransi antara
satu sama lain maka institusi keluarga akan lebih kukuh. Misalnya, ibu bapa
haruslah memberi ruang untuk anak-anak menyuarakan pendapat mereka. Secara
tidak langsung, hal tersebut merupakan suatu cara untuk menzahirkan apresiasi
kepada anak-anak. Perhatian, dorongan dan tunjuk ajar seyogianya diberikan pada
setiap masa. Dengan sentiasa berkomunikasi, tentulah tidak ada lagi rahsia antara
ahli keluarga. Oleh itu, perselisihan faham, pertengkaran dan pergaduhan dapat
dikurangkan atau dielakkan. Sehubungan itu, keluarga barulah akan bahagia,
harmoni dan selesa.
Selain itu, pegangan agama turut memainkan peranan penting untuk
mewujudkan keluarga harmoni dari segi fizikal dan rohani. Ibu bapa berperanan

mendidik dan membimbing anak-anak mereka supaya menjadi insan yang mulia
kelak. Obligasi tersebut haruslah dilaksanakan dengan penuh hikmah dan dedikasi.
Kita sudah maklum bahawa pendidikan sahsiah bukanlah suatu mata pelajaran
yang boleh dipelajari di sekolah. Oleh itu, anak-anak seharusnya dididik sejak kecil
persis pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Agama membentuk
senjata ampuh bagi kita menghadapi segala masalah hidup. Keimanan benteng
rohani seseorang. Kita juga dapat membezakan yang baik daripada yang buruk.
Kita juga boleh mengawal mengawal nafsu liar dan agama juga menjadikan kita
manusia yang penyayang. Dengan ini, keluarga yang sejahtera dapat diwujudkan.
Di samping itu, sikap hormat-menghormati juga mestilah diwujudkan dalam
sebuah keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia. Sebagai ketua untuk sebuah
keluarga, biasanya semua keputusan dibuat oleh ibu bapa. Penerimaan terhadap
keputusan yang dibuat oleh kanak-kanak merupakan satu cara menghormati ibu
bapa sebagai ketua rumah. Manakala, kebebasan yang diberi kepada anak-anak
untuk membuat keputusan sendiri juga merupakan satu cara untuk menghormati
anak-anak. Sehubungan itu, sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia dapat
dilahirkan. Kewujudan kefahaman dalam sebuah keluarga di antara anak-anak
dengan ibu bapa juga merupakan satu cara hormat-menghormati dalam keluarga.
Ibu bapa sewajarnya memberi nasihat dan teguran sekiranya anak-anak
melakukan kesalahan. Mengapa ibu bapa perlu memberi nasihat? Anak-anak
seharusnya diberikan nasihat atau teguran untuk mengelakkan kesilapan itu
berulang lagi. Anak-anak ibarat kain putih yang suci dan ibu bapalah yang
mewarnakannya. Ibu bapa yang sudah lama makan garam hendaklah memberi
nasihat atau teguran dengan cara yang berhemah dan lembut sesuai dengan
keadaan. Sebagai anak yang baik, kita seharusnya menerima teguran atau nasihat
tersebut dengan hati yang terbuka dan bukan seperti mencurahkan air ke daun

keladi. Ibu bapa juga mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak
bak kata pepatah di mana tumpahnya kalau tidak ke nasi. Sentiasalah berwaspada
dalam setiap tindakan ibu bapa di hadapan anak-anak. Oleh itu, kita dapat
mewujudkan keluarga yang bahagia.
Secara konklusinya, suatu jaringan kolaborasi hendaklah diwujudkan antara
ahli keluarga. Dengan cara ini, institusi keluarga akan menjadi lebih utuh. Segala
pertikaian dalam keluarga dapat dibendung ibarat air dicincang tidak akan putus.
Kehidupan ahli keluarga juga mendapat ketenangan dan berkat dari Allah S.W.T.
Apabila keluarga harmoni, masyarakat juga mendapat tempias daripada
pembentukan keluarga bahagia ini dan kita sudah melengkapkan peringkat kedua
pembentukan negara aman dan selamat.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai