Anda di halaman 1dari 2

Stres dalam kalangan pelajar semakin meningkat.

Bincangkan punca dan langkah-


langkahnya.
Tekanan kini semakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar. Mereka yang
mengalami tekanan mental biasanya menunjukkan tanda-tanda seperti bersikap murung, suka
menyendiri dan tiada selera makan. Contoh, peristiwa pelajar yang mengalami stres ialah
cubaan membunuh diri seperti terjun dari bangunan tinggi dan cubaan mencederakan diri
sendiri dengan pisau atau senjata. Tegasnya, punca-punca yang menyebabkan pelajar
mengalami stres perlu dikenal pasti dan langkah-langkah yang berkesan perlu diambil untuk
mengelakkan masalah ini daripada berlarutan.
Tekanan dalam pelajaran merupakan satu punca yang menyebabkan masalah
stres dalam kalangan pelajar. Sesetengah pelajar yang gagal dalam peperiksaan menghadapi
tekanan apabila tidak dapat berdepan dengan ibu bapa mereka dan menunjukkan keputusan
peperiksaan yang tidak memuaskan kepada mereka. Contohnya, pelajar yang mengalami
tekanan dalam pelajaran akan menghadapi kemurungan dan berkemungkinan besar akan cuba
membunuh diri. Tegasnya, tekanan dalam pelajaran sememangnya menjadi punca utama
yang menyebabkan stres dalam kalangan pelajar semakin meningkat.
Selain itu, tekanan keluarga turut merupakan punca masalah stres dalam
kalangan remaja. Punca kehilangan pekerjaan dan masalah rumah tangga yang tidak pernah
berkesudahan menyebabkan sesetengah anggota keluarga berbalahan sesame sendiri dan
situasi ini menimbulkan ketegangan dalam kalangan ahli keluarga. Fenomena sedemikian
mewujudkan masalah stres dalam kalangan ahli keluarga. Misalnya, ahli keluarga yang
bermasalah akan terdorong untuk melakukan perbuatan yang boleh mencederakan fizikal dan
mental mereka seperti cubaan untuk terjun dari bangunan tinggi.
Punca masalah stres turut disebabkan oleh tekanan hubungan antara rakan.
Pelajar yang menghadapi tekanan dalam masalah cinta yang dihalang dan tidak direstui oleh
ibu bapa pelajar menyebabkan jiwa mereka memberontak. Keadaan ini menyebabkan mereka
bertindak melarikan diri dari rumah bersama dengan rakan sebaya disebabkan mereka tidak
sependapat dengan ibu bapa mereka. Contohnya, kes remaja yang terpengaruh dengan pujuk
rayu daripada teman mereka bertindak untuk melarikan diri dari rumah tanpa pengetahuan
ibu bapa mereka. Tegasnya, tekanan hubungan antara rakan merupakan punca masalah stres
berlaku dalam kalangan pelajar.
Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pelajar yang menghadapi masalah
stres adalah menjalani sesi kaunseling dengan pakar psikologi yang berpengalaman. Pelbagai
tips dan kaedah serta rawatan terbaik untuk menghadapi tekanan stres dalam kalangan pelajar
perlu didedahkan kepada pelajar yang menghadapi masalah pelajaran dan keluarga.
Contohnya, kaedah terbaik adalah dengan menggunakan sistem mentor-mentee bagi setiap
pelajar yang menghadapi masalah stres dan ini sedikit-sebanyak dapat membantu mereka
mengurangkan tahap stres dalam kalangan pelajar. Tegasnya, langkah terbaik yang boleh
dilakukan oleh pelajar yang menghadapi masalah stres adalah menjalani sesi kaunseling
dengan pakar psikologi.
Selain mengadakan sesi kaunseling dengan pakar, pelajar sendiri perlu
bersikap positif terhadap diri mereka sendiri. Secara umumnya, terdapat lapan kaedah yang
boleh dilakukan untuk memastikan diri kita sentiasa berfikiran positif. Pertama, kita
mengenal potensi diri dan berfikiran positif. Kedua, kita membaiki kelemahan diri dan tidak
mengulangi kesilapan lalu. Ketiga, kita mengenal pasti sumber sokongan sosial yang dapat
meningkatkan potensi diri. Keempat, kita mendapatkan sumber maklumat yang benar dan
sahih dalam membuat keputusan. Kaedah lain ialah pelajar sendiri perlu mengelakkan diri
daripada menjadi sumber kontroversi atau gosip, bergaul dengan individu yang berfikiran
positif, menguruskan sumber stres dan membuat penghargaan kepada diri sendiri setiap kali
melakukan sesuatu yang positif. Selain berfikiran positif, kita perlu memastikan diri kita
sentiasa dihargai. Terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan untuk menghargai diri
sendiri. Tips pertama adalah menyayangi badan kita, mengamalkan gaya hidup sihat,
mengembangkan bakat dan minat, menjalinkan interaksi dengan orang yang membuat kita
gembira, mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga, meningkatkan kekuatan diri dan
mensyukuri nikmat Tuhan dan berterima kasih. Tegasnya, remaja perlu menjadi lebih positif
dengan diri sendiri dan menjadi lebih mapan dalam usaha membentuk jati diri dengan
membina maruah diri.
Kesimpulannya, tekanan stres akan menyebabkan seseorang tidak boleh
menjalani aktiviti seharian dan hal ini mengurangkan produktiviti mereka. Oleh itu, kaedah
mengenal potensi diri dan berfikiran positif merupakan cara yang terbaik untuk
mengurangkan tahap stres dalam kalangan pelajar. Kita haruslah ingat bahawa, remaja hari
ini merupakan tonggak generasi dan bakal pemimpin negara kita pada masa depan. Oleh itu,
pelbagai langkah yang efektif perlu dilakukan oleh semua pihak sehingga ke akar umbinya
untuk menangani isu stres ini daripada berlarutan.

Anda mungkin juga menyukai