Anda di halaman 1dari 1

Bagaimanakah anda dapat memupuk

semangat patriotik dalam kalangan rakan


anda di sekolah?
Demi memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakan saya
, saya akan meraikan Hari Kebangsaan Negara dengan rakan-rakan
di sekolah pada Hari 31 ,Oktober. Contohnya, setiap badan unit
beruniform di sekolah boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang
bertemakan cinta akan Negara untuk meraikan hari kebangsaan
Negara.
Selain itu, saya akan menggalakkan rakan untuk melibatkan
diri dalam ceramah patriotism yang dianjurkan oleh kerajaan
.Ucapan-ucapan mengenai nilai patriotism yang disampaikan dalam
ceramah tersebut dapat menanam nilai berbangga sebagai rakyat
Malaysia dan membolehkan pelajar lebih cinta akan Negara kita .
Seterusnya , saya juga akan mengadakan pertandingan
melukis bertemakan patriotism di sekolah.Pertandingan ini
membolehkan pelajar-pelajar menggunakan idea-idea mereka yang
kreatif untuk melukis tokoh-tokoh Malaysia yang banyak berbakti
untuk Negara.Para pelajar boleh memahami Negara kita dengan
lebih mendalam melalui pertandingan yang banyak bermakna ini.
Di samping itu, saya akan menggalakkan rakan-rakan
menyertai kuiz kermerdekaan di sekolah dengan melibatkan diri
sendiri dalam pertandingan kuiz tersebut .Tujuan kuiz kemerdekaan
diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme para
pelajar . Oleh itu , mereka boleh memahami sejarah Negara kita dan
pengorbanan dan perbaktian tokoh-tokoh Malaysia.
Akhir sekali, saya akan cuba mengadakan pameran mengenai
sejarah dan seni kebudayaan di sekolah secara besar-besaran . Saya
boleh menjalankan pameran supaya rakan-rakan akan lebih
memhami sejarah Malaysia . Melalui pameran tersebut , rakan saya
akan mengetahui betapa susahnya Negara kita mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 . Kesannya , rakan saya akan lebih
mencintai tanah air kita .

Anda mungkin juga menyukai