Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah

Perayaan hari kemerdekaan negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos


setiap tahun.

Sambutan hari kemerdekaan ini mempunyai pelbagai kebaikan

terutamanya jika disambut di peringkat sekolah. Antara kebaikan program sambutan


hari kemerdekaan adalah dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan
pelajar. Di peringkat sekolah, kebiasaannya antara aktiviti yang dijalankan sepanjang
bulan kemerdekaan seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, menulis esei dan
sebagainya.
Pelajar juga akan mengetahui dan menghayati bagaimana sukarnya tokohtokoh pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan. Dengan menyambut hari
ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan
berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian
kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari
kemerdekaan

tersebut

dengan

lebih

bermakna

melalui

penglibatan

dan

penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan. Oleh itu, diharap
sambutan hari kemerdekaan di sekolah dapat menyemai semangat patriotik yang
kian luntur dalam diri generasi muda di negara kita.
Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat
memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat
di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri
semasa sambutan diadakan. Melalui sambutan hari kemerdekaan juga, kita dapat
menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara.

Antara aktiviti

yang boleh dilaksanakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan di sekolah ialah


tayangan filem atau dokumentari tentang pejuang-pejuang dan tokoh-tokoh
kemerdekaan tanah air yang berjuang dan berkorban untuk kemerdekaan negara
kita daripada penjajahan Inggeris.
Kesimpulannya, hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua
rakyat negara ini dengan penuh penghayatan di semua peringkat terutama di
peringkat sekolah. Pelajar perlulah menghayati semangat kemerdekaan dalam diri
masing-masing agar semangat patriotisme terus mekar dalam sanubari masingmasing.

Anda mungkin juga menyukai