Anda di halaman 1dari 1

Seterusnya, faedah sukan Petanque

Petanque memerlukan pemainnya untuk menguasai pelbagai teknik balingan bola maka, ia
merupakan satu senaman yang baik untuk anggota badan pemain.

Kedua, Petanque akan membolehkan pemain mengenali bahasa tubuhnya dengan lebih baik lagi
kerana setiap balingan memerlukan analisis tenaga dan jarak balingan yang baik bagi mengasilkan
sentuhan yang berkesan antara tapak tangan dan bola atau jek.

Di samping itu, Pemain akan menjadi pemerhati yang baik kerana dalam permainan ia perlu
memerhati dan menganalisis situasi permainan, fizikal dan emosi rakan sepasukan dan juga pasukan
lawannya di samping merancang strategi permainan untuk menang. Ini semua menggalakkan
perkembangan minda seseorang pemain itu.

Faedah seterusnya, Petanque menggalakkan semangat kesukanan berpasukan dan dapat melatih
pemain mengawal tekanan ( stress ) semasa bermain

Selain itu, petanque mengeratkan Hubungan kemanusiaan antara rakan sepasukan atau pasukan
lawannya tidak mengenal batas usia atau batas sosio-ekonomi seseorang

Anda mungkin juga menyukai