Anda di halaman 1dari 15

TENIS

PJK TINGKATAN 3
PENGENALAN
● Tenis ialah satu permainan kategori jaring yang dimainkan dengan
acara perseorangan atau beregu.
● Kemahiran tenis : servis, memukul, voli, lob dan smesy.
● Permainan ini mempunyai satu sistem kiraan mata yang unik. Kiraan
mata dalam sesuatu set ialah love, 15, 30, 40 dan game.
● Biasanya satu set terdiri daripada enam game dan untuk memenangi
perlawanan, seseorang pemain memerlukan kemenangan 2 daripada 3
set atau 3 daripada 5 set, bergantung kepada pihak penganjur.
PUKULAN
● Kemahiran pukulan pepat dan pukulan kilas ialah dua kemahiran asas dalam
permainan tenis.
● Seseorang pemain yang bertangan dominan kanan akan melangkah ke kiri dan
memukul bola pada sebelah kanan badan pemain yang bertangan dominan kiri
melakukan sebaliknya.
● Kemahiran pukulan kilas pula dilakukan dari sisi bertentangan dengan
kemahiran pukulan pepat.
● Kedua-dua jenis kemahiran ini biasanya digunakan untuk pukulan rali (rally)
dari garisan belakang gelanggang yang bertujuan untuk mematikan langkah
pihak lawan dan mengutip mata kemenangan.
Mari kita lihat bagaimana melakukan pukulan ketika bermain tenis..
SERVIS
● Kemahiran servis : aksi permulaan permainan tenis yang perlu dikuasai
dengan baik.
● Pemain yang melakukan aksi ini dipanggil sebagai server dan pemain yang
berada di bahagian gelanggang bertentangan dipanggil sebagai receiver.
● Servis yang baik boleh dilakukan dengan posisi pemain, genggaman raket
dan lambungan bola yang betul.
Mari kita lihat bagaimana melakukan servis dalam permainan tenis.
VOLI
● Pukulan voli pepat dan pukulan voli kilas ialah kemahiran yang digunakan oleh
pemain dengan tolakan pendek tanpa ayunan raket ke belakang pada bola yang
belum melantun ke tanah untuk mewujudkan tekanan kepada pemain lawan.
● Pukulan voli sering dilakukan berdekatan dengan jaring dan merupakan satu
strategi menyerang pihak lawan.
● Walau bagaimanapun, pukulan voli boleh juga dilakukan jika pemain berada di
tengah gelanggang atau di garisan belakang gelanggang bergantung pada situasi
permainan.
Mari kita lihat bagaimana melakukan pukulan voli...
LOB
● Pukulan lob pepat dan pukulan lob
kilas merupakan kemahiran
tambahan kepada pemain.
● Kemahiran ini boleh digunakan
sebagai strategi menyerang atau
bertahan.
● Pukulan lob biasanya dilakukan ke
kawasan gelanggang lawan supaya
sukar untuk pemain lawan
membalas secara smesy atau
pukulan lain.
Mari kita lihat bagaimana melakukan pukulan lob semasa bermain tenis.
SMESY

● Kemahiran smesy yang kemas lazimnya


dilakukan berhampiran dengan jaring
atau di tengah-tengah gelanggang dan
memberi kelebihan untuk mendapatkan
mata.
● Kemahiran ini memerlukan pemasaan,
teknik dan kekuatan.
Mari kita lihat bagaimana melakukan smesy semasa bermain tenis.
Mari kita berlatih dan bermain secara online:

Add dari iOS, Android Playstore:

Tennis Clash: 3D Free Multiplayer Sports Games


https://play.google.com/store/apps/details?
id=com.tfgco.games.sports.free.tennis.clash&hl=en

Anda mungkin juga menyukai