Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN GIMNASTIK BERIRAMA PENGENALAN GIMNASTIK BERIRAMA Mohd.Yazid Deraman Pensyarah Cemerlang .

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Baru. mydyazid@g.mail.com Gimrama adalah sukan sangat istimewa dan menarik perhatian, ia sangat popular dikalangan penonton Memerlukan kemahiran tinggi, kelembutan, koodinasi tubuh badan dan daya kreativiti mencipta gerakan Gimrama pergerakan atau senaman dilakukan dengan iringi muzik. Menggunakan alatan dan tampa alatan pada tangan.Gerakan koodinasi tinggi bersifat estatik dilakukan secara licin dan berterusan Gerakan merupakan pergerakan tarian, ciri tersendiri dengan pemilihan alatan sendiri. Peralatan sesuai dengan susuk tubuh badan,saiz dan berat, Gimrama merupakan disiplin sukan gimnastik, diiktitraf gerakan gimnastik oleh Persatuan Gimnastik Antrangsa(FIG). Keperluan alatan Gimrama. Alatan merupakan keperluan asas Latihan dengan menggunakan 5 jenis alatan yang di iktiraf FIG. Bola, tali, reben, gelung belatan. Untuk persembahan alatan reben,skaf dan bendera digunakan Pengunaan alatan adalah mengikut pilihan. Biasanya gimnas menggunakan peralatan sendiri sesuai dengan saiz dan berat. Peralatan Tali Tali dari peralatan menadaki atau dari peralatan kapal.Jenis hem atai statik Ukuran 3m, tebal 8mm kesesuian fizikal gimnas. Gimnas kecil guna tali 2m panjang dan tebal 6mm. Boleh guna pita pelekat panjang 10sm. Tidak boleh guna pemegang. Warna satu atau dua warna kecuali perak dan emas. Ukuran tali ikut tinggi gimnas. Diukur gimnas berdiri dan memaijaknya dan hujung tali diangkat aras ketiak gimnas. Peralatan Gelung Dari plastik, rotan atau kayu biasa Tinggi gelung paras punggung bila ditegakkan Ada gimnas membalut pelekat warna warni untuk menguatkan camtuman geluang atau menambah berat gelung. Ada gimnas warna atau corak pelekat geluang sama dengan warna baju. Peralatan Bola Disiplin wajib dalam gimrama. Spesifikasi diiktiraf Persatuan Gimnastik Antrabangsa Bahan dari getah atayu sintatik dengan anjalan. Garis pusat 18-20 sm, berat minimum 400gm. Satu atau dua warna dibenarkan kecuali emas dan perak.

Peralatan Belatan Biasa dikuasai gimnas berpengalaman. Terdiri dari kayu atau bahan sintatik, boleh dibalut dengan pita pelekat. Panjang 40-50sm, berat 150gm satu belatan Garis pusat tapak 2 cm , bahagian kecil hujung 3 sm. Satu atau dua warna kecuali perak dan emas. Peralatan Reben Dibuat dari kaian setin, nailon yang berat atau sutera. Berat yang sesuai diperlukan untuk hasilkan corak reben yang baik dan senang dibaling. Panjang mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas. Panjang sebenar 7 m, 1 m dilipat bahagiajn hujung. Berat 35g, tidak termasuk kayu dan penyangkutnya. Reben disangkut bahagian hujung dengan kayu. Gimnas berpengalaman guna reben 6m. Kanak-kanak yang baru 4-5m. Pakian Gimnas Pertandingan memakai leotard dan tights atau leotard saja. Pakaian boleh ubah suai peringkat pertandingan- sekolah batu T seluar trek. Leotard tidak luas dibelakang, garis punggung tidak tinggi. Dipakai tampa lengan. Kain terdiri pelbagai warna keculi nipis, lutsinar dan warna perak dan emas. Kasut boleh dipakai atau tidak. Kasut dibuat dari kulit atau kain. Tempat Latihan Dewan tertutup. Dalam kosong dan tiada halangan dari lampu, palang struktur. Gimnas pengalaman memerlukan dewan siling yang tinggi. Permukaan lantai misti bersih dan tidak terlalu licin. Luas kawasan bertanding 12m x 12m.Luas tidak diwajibkan dan boleh berlatih dimanamana. Uandang-undang am Pertandingan Gimrama Buku undang-undang (code of point) oleh Persatuan Gimnastik Antrabangsa. 4 tahun sekali buku dikaji. Pertandingan rasmi mengikut undang-unadang FIG terdaoat dua acara pertandingan yang utama Seorang gimnas pada kawasan tertentu. Guna satu alatan. Disebut pertandingan indvidu Sekumpulan gimnas- 6 orang. Guna satu atau dua jenis alatan. Acara dinama berpasukan atau kumpulan. PERTANDINGAN GIMRAMA PERTANDINGAN 1-ACARA BERPASUKAN. Satu pasukan, 3-4 orang gimnas. Mempertunjukan 10 latihan, 2 latihan setiap peralatan, Peralatan, tali, bola, gekluang, belatan dan reben. Setiap gimnas mempersembahkan 1-4 menggunikan peralatanm yang berlainan. Setiap oerlatan akan dipersembahkan oleh 2 gimnas yang berlainan dalam satu pasukan. Mata maksima 100. Pertandingan 1 peringkat kelayakan untuk pertandingan II dan III.

PERTANDINGAN II- ACARA INDIVIDU KESELURUHAN. Gimnas mempersembahan 3 latihan pertandingan 1 dipertimbangan pertandingan II 26 peserta terbaik pertandingan I bertanding individu keseluruhannya.Terhad 2 peserta setiap pasukan. Misti tunjukkan 4 latihan dengan 4 peralatan yang ditetapkan oleh FIG. Johan individu keseluruhannya, jumlah mata ke empat latihan dikira. Peserta mata terbanyak johan individu keseluruhannya (Jum mata maksimum 40) PERTANDINGAN III PUSINGAN AKHIR SETIAP PASUKAN. 8 peserta terbaik (Maksimum dua peserta setiap pasukan) bagi setiap peralatan dalam pertandingan 1 layak menyertai pertandingan akhir setiap peralatan. Peserta mendapat mata tertinggi sesuatu acara alatan akan menjadi johan bagi peralatan berkenaan. Jumlah mata maksimum 10. Prinsip-prinsip Pengajaran Gimrama Pergerakan dengan ritma, menghasil pergerakan tubuh yang berkoodinasi dan estatik Pergerakan berseorangan atau kumpulan dengan atau tampa alatan secara licin dan berterusan. 7 jenis pergerakan tubuh Imbangan, melentik, meringkuk dan melunjur,gerak edar, pusingan badan, lompatan, ketangkasan Tujuan pergerakan Kelenturan.ketangkasan,imbangan, kelajuan,koodinasi, kuasa dan kekuatan. Pergerakan Tubuh Badan Penekanan menyedari perkaitan antara tubuh ruang dan daya semasa melakukan pergerakan. Bahagian tubuh dan keseluruhan badan dengan teknik yang betul. Penekanan kepada penghasilan pergerakan yang cantik. Teknik Alatan Pelbagai alatan digunakan berbeza dari sifat dan bentuk. Alatan bulat dan padu Alatan bulat dan leper Alatan lembut dan berombak Alatan panjang, langsing dan lembut Alatan keras dan padu. Bentuk dan jenis alatan menentukan bagaimana ia dimanupulasi Rangkaian Pergerakan Rangkaian pergerakan dilakukan dalam ruang Pergerakan tubuh badan dan manupulasi alatan dilakukan ikut ritma dan irama. Cipta rangkaian pergerakan istilah licin dan berterusan, alatan digunakan pelbagai cara dan disesuikan dengan pergerakan tubuh.

Pergerakan misti berkoodinasi dengan alatan mengikut rentak, variasi masa dan ruang untuk memberi gambaran kreativiti pelaku. Kesedaran hubungan antara alatan dengan pergerekan tubuh badan Mengalakkan pengunaan alat dalam lakuan yang bersesuai mengikut ritma atau irama Kesedaran Ritma Peka kepada pelbagai jenis ritma dan irama. Kefahaman kecergasan diri Gimrama membina ketangkasan,imbangan,koodinasi, kecekapan dan pelajuan Kefahaman Terhadap Pusar Graviti Berkaitan dengan kedudukan badan,imbangan dan putaran. Penting kefahaman pusat graviti dalam perlakuan gimrama. Sumber -Open Universiti Malaysia (2012)HBPE 2103 Pergerakan Artistik dan Kreatif

Contoh Kertas Kerja Gimrama


1.0 RASIONAL Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istemewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur. Keunikan sukan gimrama sebagai salah satu sukan yang istimewa khasnya untuk kaum wanita merupakan asas kepada penganjuran sukan ini di peringkiat Daerah Kota Marudu. Kejohanan Sukan Gimrama bukan sahaja akan memberi ruang kepada gimnas-gimnas untuk bertanding malah bakal melahirkan atlit-atlit sukan gimrama yang berbakat seterusnya boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Penganjuran kejohanan sukan gimrama khususnya di Daerah Kota Marudu merupakan titik permulaan pengembangan sukan tersebut kepada generasi muda di daerah ini memandangkan kejohanan sukan gimrama belum pernah dianjurkan oleh badan-badan sukan sama ada melalui belia atau pun menerusi aktiviti-aktiviti di sekolah. Dalam kejohanan gimrama ini kemahiran menggunakan peralatan (gelang, reben dan belantan) merupakan aspek yang akan dinilai. Begitu juga dengan kemahiran menggabungkan beberapa pergerakan dengan diiringi muzik turut diberi perhatian. Peserta yang berjaya mempamerkan persembahan yang menarik, kemas dan teratur akan mendapat kemenangan.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF Kejohanan Gimrama peringkat Daerah Kota Marudu diadakan untuk memberi ruang kepada gimnas-gimnas dalam daerah ini terutamanya dari sekolah-sekolah menengah dan rendah untuk mengembangkan bakat yang sedia ada. Di samping itu kejohanan ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang faedah menyertai sukan gimrama. 2.1 Objektif Kejohanan Gimrama peringkat daerah Kota Marudu mempunyai beberapa objektif seperti berikut, Selepas penganjuran kejohanan sukan gimrama adalah diharap agar lebih ramai gimnas-gimnas akan menyertai kejohanan ini bukan sahaja dari sekolah-sekolah menengah malah penglibatan atlit-atlit dari sekolah rendah juga akan bertambah. Penganjuran sukan gimrama ini diharap memberi kesedaran kepada masyarakat khasnya di Kota Marudu tentang keunikan dan kelebihan gimrama. Dalam masa yang sama diharap ibubapa akan menggalakkan anak-anak mereka bergiat aktif dalam sukan gimrama. Penganjuran sukan gimrama ini juga diharap dapat memupuk budaya bersukan di kalangan generasi muda seterusnya meningkatkan perpaduan di antara kaum yang pelbagai di Kota Marudu, Sabah. Dengan menyertai kejohanan sukan gimrama ini, para atlit akan bertambah yakin dengan kemahiran sedia ada dan akan berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam gimrama. Selain dari itu, atlit terlibat akan lebih berusaha lagi untuk menyertai kejohanankejohanan yang lebih tinggi seperti kejohanan gimrama di peringkat kebangsaan. Selepas kejohanan gimrama ini diharap lebih ramai jurulatih akan tampil untuk menyumbangkan tenaga untuk meningkatkan mutu gimrama daerah Kota Marudu. 3.0 ORGANISASI 3.1 Ahli Jawatankuasa Induk Kejohanan Sukan Gimrama Daerah Kota Marudu Penaung : Pengarah Pelajaran Sabah Penasihat : Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Marudu Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu Naib Pengerusi : Pengetua-Pengetua Sekolah Daerah Kota Marudu Guru-guru Besar Daerah Kota Marudu Setiausaha Agung : Ketua Unit SPPK Daerah Kota Marudu Penolong Setiausaha : Penyelia Sukan Daerah Kota Marudu. Bendahari : Unit Akaun Jabatan Pendidikan Gabungan Kota Marudu, AJK : Setiausaha-setiausaha sukan sekolah menengah Setiausaha-setiausaha sukan sekolah rendah Juruaudit : Unit akaun SMK Kota Marudu. 3.2 Ahli Jawatankuasa Kerja Kejohanan Sukan Gimrama Daerah Kota Marudu

Penaung : Pengarah Pelajaran Sabah Penasihat : Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Marudu Pengerusi : Pengetua SMK Kota Marudu Timbalan Pengerusi . : Penolong Kanan SMK Kota Marudu Naib Pengerusi : Pengetua-Pengetua Sekolah Daerah Kota Marudu Guru-guru Besar Daerah Kota Marudu Setiausaha : Penolong Kanan Kokum SMK Kota Marudu Penolong Setiausaha : Setiausaha Sukan SMK Kota Marudu. Bendahari : Unit Akaun SMK Kota Marudu, Pengerusi Teknik : Puna Hamina Binti John @ Nornaini Ismail Pegawai Meja : Penyelia Sukan Daerah Kota Marudu Urustia kejohanan : Setiausaha Sukan SMK Kota Marudu. Dan AJK Perasmian Pembukaan/ : Pengetua SMK Marudu 2 dan AJK Penutupan Sambutan dan Protokol : Pengetua SMK Bandau dan AJK Buku Aturcara dan Buletin : Pengetua SMK Langkon dan AJK Hadiah dan Cenderahati/ : Pengetua SMK Bengakongan dan AJK Bunga Rozet Publisiti dan dokumentasi : Pengetua SMK TandekJawatankuasa Tajaan : Pengetua SMK Kota Marudu dan AJK Pemeriksaan Dokumen : Pengetua SMK Marudu 2 dan AJK Peserta Pengangkutan : Guru Besar SK Marudu 2 dan AJK Kebajikan : Guru Besar SRJK Khoi Ming dan AJK Keselamatan : Guru Besar SK Pekan Kota Marudu dan AJK Kebersihan : Guru Besar SK Langkon dan AJK Penyimpanan & : Setiausaha Sukan SMK Kota Marudu dan AJK Keselamatan Peralatan Penyediaan Arena : Setiausaha Sukan SMK Marudu 2 dan AJK Pertandingan Hakim pertandingan : Penyelaras Teknik dan AJK Juri rayuan : PPD Kota Marudu dan AJK Meja Kerusi : PK Kokum SMk Kota Marudu Penghias Astaka : PK Kokum SMK Bandau dan AJK Makan dan minum : Pengetua SMK Kota Marudu dan AJK Perasmian pembukaan Penutupan Persembahan : PK Kokum SMK Bengkongan dan AJK Pembukaan/penutupanPerangkaan : Setiausaha Sukan SMK langkon dan AJK P.A System : Setiausaha Sukan SMK Bandau dan AJK Tag Nama Pegawai : Guru Besar SRA Goshen dan AJK Tugas-tugas khas : PK Kokum SMK Tandek dan AJK

4.0 ATURCARA TENTATIF Aturcara tentatif kejohanan sukan gimrama peringkat daerah Kota Marudu meliputi aturcara Majlis Perasmian Pembukaan/penutupan Kejohanan dan aturcara kejohanan gimrama. 4.1 Aturcara Majlis Perasmian Pembukaan kejohanan sukan Gimrama Daerah Kota Marudu Tarikh : 10 Jun 2008 Tempat : Dewan Serba Guna SMK Kota Marudu 2 Masa Acara Ketibaan Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Marudu Ketibaan Perasmi Ahli parlimen P168 kota Marudu, Sabah. Lagu Negaraku dan sabah tanah Airku Bacaan doa Ucapan alu-aluan pengerusi Pengelola kejohanan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu Ucapan Pegawai Gabungan Kota Marudu Ucapan Dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Gimrama Oleh Perasmi Ahli parlimen P168 kota Marudu, Sabah. Pembacaan Ikrar Persembahan Penyampaian Cenderahati Jamuan Bersurai. 4.2 Aturcara Majlis Perasmian Penutupan kejohanan sukan Gimrama Daerah Kota Marudu Tarikh : 12 Jun 2008 Tempat : Dewan Serba Guna SMK Kota Marudu 2 Masa Acara Ketibaan Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Marudu Semua kontinjen dan Pegawai kejohanan mengambil tempat Lagu Negaraku dan sabah tanah Airku Bacaan doa Ucapan alu-aluan pengerusi Pengelola kejohanan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu Ucapan Dan seterusnya merasmikan Penutupan Kejohanan Sukan Gimrama Oleh pegawai pelajaran Gabungan Kota Marudu, Sabah. Penyampaian hadiah, piala kemenangan dan cenderahati Jamuan Bersurai.

4.3 Susunan Acara Kejohanan Sukan Gimrama Daerah Kota Marudu Hari Pertama

10 Jun 2008

Hari Kedua 11 Jun 2008 5.0 PERALATAN Peralatan yang diguna seperti radio (sumber muzik), tali, bola, gelung, reben dan belantan dalam kejohanan ini disediakan oleh pengelola. Berikut adalah senarai peralatan yang diguna dalam kejohanan sukan gimrama. 5.1 Gelung Gelung merupakan suatu peralatan gimrama yang memerlukan ruang semasa melakukan pergerakan. Kemahiran pergerakan gelung sambil mengikut rentak muzik sangat penting dalam kejohanan ini. 5.2 Reben Reben merupakan gerakan alatan dalam gimrama yang agak menarik. Ini adalah kerana reben kelihatan cantik dan menarik serta menyeronokkan. Oleh itu reben boleh digunakan dengan berkesan dalam semua pertunjukkan. Persembahan reben memerlukan ruang yang besar dan koreografi yang baik terumatanya apabila pergerakan dibuat mengikut rentak muzik 5.3 belantan Dalam mengendalikan belantan gimnas perlu menunjukkan kemahiran kedua-dua belah tangan. Gimnas memerlukan kemahiran dan koordinasi yang baik untuik menyeleraskan pergerakan badan dengan pergerakan belantan di tangannya.. Semua peralatan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh pengelola terlebih dahulu sebelum digunakan untuk pertandingan. 5.4 Sumber Muzik Radio yang menghasilkan audio/muzik akan disediakan oleh pengelola. Radio akan diletakan di atas tempat yang sesuai dan dapat didengar dengan jelas oleh gimnas. Pita kaset atau CD untuk tujuan pertandingan disediakan oleh pasukan terlibat. Setiap pita kaset/CD perlu dilabelkan dengan nama Gimnas, kumpulan Umur, Giliran, alatan/symbol dan tempoh muzik. Tempoh muzik ditetapkan bagi individu ialah selama satu minit tiga puluh saat. 5.5 Arena Pertandingan Pertandingan akan diadakan di Dewan SMK Kota Marudu 2 kerana ruangnya luas dan strategi untuk sukan tersebut. Setiap peserta perlu berada dalam kawasan arena pertandingan 10 minit lebih awal bagi mengelak dari dikenakan pemotongan mata. Para peserta juga wajar mengikuti

peraturan pertandingan seperti dalam lampiran 1. 6.0 BELANJAWAN Perbelanjaan mengelolakan kejohanan sukan gimrama termasuklah perbelanjaan semasa Majlis perasmian pembukaan, Majlis Perasmian Penutupan dan perbelajaan sepanjang kejohanan tersebut. JUMLAH RM4510.00 6.2.. SUMBER KEWANGAN JUMLAH RM4510.00 Untuk tujuan mendapatkan sumbangan pengerusi pengelola akan memohon sumbangan dari Ahli Parlimen P168 Kota Marudu, sabah.

BAHAGIAN B 1.0 LANGKAH KESELAMATAN Dalam melaksanakan Kejohanan Sukan Gimrama yang julung kalinya diadakan di Daerah Kota Marudu,langkah-langkah keselamatan perlu diberi perhatian supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Antaranya termasuklah Keselamatan di arena pertandingan Keselamatan alatan yang digunakan Keselamatan penyimpanan alatan Keselamatan peserta dan peralatan peserta. 1.1 Keselamatan di arena pertandingan Arena pertandingan hendaklah dalam keadaan selamat dan sesuai untuk pertandingan gimrama. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan di arena pertandingan. Lantai kawasan pertandingan hendaklah bersih, selamat dan tidak terdapat sebarang benda yang boleh menjejaskan pergerakan para peserta. AJK kebersihan dan keselamatan arena hendaklah sentiasa memastikan arena pertandingan dalam keadaan selamat. AJK Pertolongan cemas hendakalah sentiasa bersedia untuk memberi bantuan terutamanya ketika peserta sedang melakukan disiplin. Petugas-petugas Pertolongan cemas hendaklah cekap, pentas dan berwaspada, sepanjang kejohanan berlangsung. Kedudukan hakim garisan, pembantu hakim, dan penjaga masa hendaklah pada kedudukan yang betul seperti dalam lampiran bagi keselamatan sepanjang pertandingan. Para penonton adalah di larang untuk memasuki arena pertandingan. Kedudukan jurulatih dan gimnas simpanan dengan gelanggang persembahan ialah pada jarak lebih kurang 8 m.

1.2 Keselamatan alatan yang digunakan Setiap alatan yang digunakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh penganjur bagi mempastikan alatan tersebut selamat digunakan. Alatan yang diragui keselamatannya akan dibatalkan. Ciri-ciiri alatan yang selamat adalah seperti berikut, tidak terdapat tanda-tanda kerosakan atau kecacatan pada alat tersebut. setiap peralatan hendaklah bersih Setiap alatan mematuhi spesifikasi alatan seperti yang terkandung dalam Peraturan teknikal FIG terbitan 2005. Radio yang diguna dalam pertandingan hendaklah berfungsi dengan baik. Justeru itu radio hendaklah diuji terlebih dahulu sebelum digunakan. Setiap kaset/CD yang diguna oleh para peserta hendaklah diuji terlebih dahulu supaya tidak berlaku pemotongan markah disebabkan oleh masalah teknikal. Setiap alatan yang diguna seperti jam randik dan sebagainya dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.

1.3 Keselamatan penyimpanan alatan Pihak penganjur perlu menyediakan satu tempat khas untuk penyimpanan peralatan yang diguna sepanjag kejohanan tersebut. Tempat penyimpanan alatan tersebut hendaklah berkunci dan sentiasa selamat sepanjang kejohanan tersebut. Dalam hal ini setiap pengurus pasukan hendaklah mempastikan peralatan yang mereka gunakan disimpan di tempat yang telah ditentukan oleh penganjur dan menyimpan kunci dengan selamat.. Ciri-ciri bilik penyimpanan alat Sentiasa berkunci di mana kunci disimpan oleh pengurus setiap kontinjen yang mengambil bahagian. Bilik penyimpanan hendaklah bersih, selamat dan tidak mudah dimasuki oleh pelajar luar. terdapat kunci pendua yang hanya boleh diambil sekiranya berlaku kehilangan kunci bilik penyimpanan. Setiap pengurus kontinjen hendaklah menjaga keselamatan bilik penyimpanan peralatan masingmasing.

1.4 Keselamatan peserta dan peralatan yang diguna oleh peserta. Pihak penganjur hendaklah mempastikan keselamatan setiap peserta terjamin terutamanya semasa berada dalam arena pertandingan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah Memberi penjelasan/taklimat tentang langkah-langkah keselamatan sepanjang kejohanan berlangsung. Mempastik setiap peserta memperolehi manual peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang kejohanan. Melarang tindakan agresif oleh jurulatih terutamanya semasa pertandingan sedang berjalan. Meningkatkan kawalan kesalamatan di arena pertandingan.

2.0 SPESIFIKASI ALAT Nama Alat Bahan Panjang Berat Diameter Gelung Kayu/plastik 300 gram 80 90 cm Belantan Kayu sintatik 40 50 cm 150 gram/satu 18 20 cm Reben Satin/bukan satin 50 6- cm 46 cm lebar 6 m P18 5 m P12 & P15 Tali Ham/sintatik Bola Getah/sintatik/plastik 400 gram 18 20 cm Setiap pasukan yang menyertai kejohanan Gimrama peringkat Daerah Kota Marudu hendaklah mendapatkan pengesahan spesifikasi alatan dan sticker pengesahannya. Pemeriksaan alatan akan dilakukan sebelum disiplin latihan dipertandingkan. Pemeriksaan lanjutan bagi alatan boleh dilakukan selepas sesuatu disiplin latihan yang dipertandingkan tamat atas permintaan juri. Alatan yang tidak disahkan akan dibatalkan penggunaannya walaupun alatan itu telah disahkan pada pertandingan yang lain. ______________________________________________________________________ BIBLIOGRAFI Modul HBPE2103 Pergerakan dan Pendidikan Pergerakan OUM Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Kuala Lumpur Pusat Perkembangan Kurikulum. Lo Joo Sim (19930, Siri rukan Popular Fajar Bakti Gimrama, Fajar Bakti Kuala Lumpur. Buschner, C.A (1994) Teaching Children Movement Concepts and Skills Champaign II, : Human Kinetics.

Anda mungkin juga menyukai