Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan
Menurut tokoh dalam bidang pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. DanLowy, S. (1994)
serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang memandu pelajar untuk
memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan
improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan
penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai
belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor,
kognitif dan afektif iaitu hubungkait motor-penglihatan, motor-pendengaran, motor-kinestatik
dan motor-taktile. Gimrama merupakan acara sukan yang sangat subjektif dan menarik
perhatian. Gimrama telah menjadi semakin diminati dalam kalangan peserta dan penonton.
Gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan tubuh badan serta koordinasi
tubuh badan untuk berkreativiti mencipta gerakan. Gimrama juga merupakan suatu program
kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua
peringkat umur.
Gimrama ialah satu sukan yang istimewa khasnya untuk kaum wanita merupakan asas kepada
penganjuran sukan ini di peringkat Daerah Mersing. Kejohanan Gimrama memberi ruang kepada
gimnas-gimnas untuk bertanding malah bakal melahirkan atlit-atlit sukan gimrama yang berbakat
seterusnya boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Penganjuran kejohanan sukan
gimrama khususnya di Daerah Mersing merupakan titik permulaan pengembangan sukan
tersebut kepada generasi muda didalam daerah ini memandangkan kejohanan sukan seperti
gimrama belum pernah dianjurkan oleh badan-badan sukan sama ada melalui belia atau pun
menerusi aktiviti-aktiviti di sekolah.
Gimrama adalah sukan di mana pesaing tunggal atau pasangan, trio atau malah lebih (biasanya lima)
memanipulasi satu atau dua aparatus iaitu tali, gelang, bola, belantan dan reben. Gimrama adalah satu
sukan yang menggabungkan unsur-unsur balet, gimnastik, tarian teater, dan manipulasi aparatus.
Pemenang adalah peserta yang memperoleh mata terbanyak, sebagai dianugerahi oleh panel hakim, untuk
lompatan, kestabilan, putaran, kebolehlenturan, pengendalian aparatus, dan kesan seni.Namun,
pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Kedua-
duanya memberi penekanan kepada aspek-aspek ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan
permainan dan kemahiran gimnastik. Pergerakan asas juga meliputi pergerakan lokomotor, iaitu
kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar seperti mlompat, berjalan, berlari dan
sebagainya. Sebaliknya pergerakan bukan lokomotor pula merujuk kepada kebolehan
menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan,menghayun tangan dan
sebagainya. Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan.
Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam kumpulan. Namun,
pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk
mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang dipilih.
2.0 Matlamat
Penyertaan ke Kejohanan Gimrama peringkat Daerah Mersing pada Januari 2013 adalah
untuk memberi ruang kepada gimnas-gimnas dalam sekolah ini untuk mengembangkan bakat
yang sedia ada. Di samping itu penyertaan ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang faedah menyertai sukan gimrama terutamanya kaum wanita.
3.0 Objektif
Penyertaan ke Kejohanan Gimrama peringkat Daerah Mersing mempunyai beberapa
objektif seperti berikut:
1) Selepas kejohanan sukan gimrama adalah diharap agar lebih ramai murid-murid akan
menyertai sesi latihan dan sukan ini.
2) Memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang keunikan dan kelebihan gimrama.
Dalam masa yang sama diharap ibubapa akan menggalakkan anak-anak mereka bergiat aktif
dalam sukan gimrama.
3) Penyertaan sukan gimrama ini juga diharap dapat memupuk budaya bersukan di kalangan
generasi muda seterusnya meningkatkan perpaduan.
4) Dengan menyertai kejohanan sukan gimrama ini, para atlit akan bertambah yakin dengan
kemahiran sedia ada dan akan berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
gimrama. Selain dari itu, atlit terlibat akan lebih berusaha lagi untuk menyertai kejohanan-
kejohanan yang lebih tinggi seperti kejohanan gimrama di peringkat kebangsaan.
5) Para pelajar ataupun atlit akankreatif dalam mencipta pergerakan dan sentiasa berusaha
meningkatkan pengetahuandan kemahiran dalam gimrama.

4.0 Tarikh, Masa dan Tempat
2.1 Tarikh : 3 Disember hingga 28 Disember 2012
2.2 Masa : 8.00 pagi 10.30 pagi (Isnin Jumaat)
2.3 Tempat : Dewan Kayangan SKT 5
5.0 Kumpulan sasaran
5.1 Murid perempuan tahun 3 dan 4 yang telah dipilih melalui saringan
BIL NAMA MURID KELAS
1 NURUL HAZWANI BT. IDRIS 3 INTAN
2 SITI NUR BALQIS BT. KHAIRI 3 INTAN
3 NUR SYAKIQAH BT. ZAINAL 3 INTAN
4 FAZIHAH BT. AHMAD TARMIMI 4 INTAN
5 AINA FARINA BT. MOHD TAJUDIN 4 INTAN
6 NADIA BT. HUSSEIN 4 INTAN

6.0 Pengawai terlibat
6.1 Guru-guru Kelab Gimrama Sekolah
Pengurus : ASMAR B. BUNTAT
Jurulatih : SAFFUAN B. HAMID
Penolong Jurulatih : SALSABILA BT. TUGIMAN
Fisioterapi : KHAIRIAH BT. KHAIRUL AZMI







7.0 Kewangan
7.1 Perbelanjaan mengelolakan sesi latihan gimrama termasuklah perbelanjaan semasa
dan perbelanjaan sepanjang sesi latihan selama sebulan.

BIL PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH
1 BOLA GIMRAMA RM 30.00 X 3 RM 90.00
2 GELUNG GIMRAMA RM 20.00 X 3 RM 60.00
3 BAJU GIMRAMA RM 120.00 X 6 RM 720.00
4 TILAM GIMNASTIK RM 50.00 X 5 RM 250.00
5 PERUBATAN RM 30.00 X 1 RM 30.00
6 AIR MINERAL RM 10.00 X 2 RM 20.00
JUMLAH RM 1170.00















8.0 Jadual latihan tentatif

CONTOH CADANGAN LATIHAN GIMRAMA 2012
TARIKH PERGERAKAN HURAIAN
GELUNG
3 7
DIS
2012

DAN

17 21
DIS
2012


Pergerakan 1
Bukan
Lokomotor
- Kedua-dua tangan mengangkat gelung atas kepala
- Berdiri dengan satu kaki
Pergerakan 2
Lokomotor
- Berjalan sambil berpusing
- Tangan memusingkan gelung atas kepala semasa berjalan
Pergerakan 3
Bukan
Lokomotor
Atas peti lombol
- Membuat regangan badan. Badan bongkok ke depan dan
tangan menyentuh lantai
Pergerakan 4
Lokomotor
- Menari dengan tarian Waltz
- Kedua-dua tangan memegang gelung
Pergerakan 5
Bukan
Lokomotor
- Membuat imbangan dengan satu kaki dan satu kaki
mengangkat ke belakang
- Tangan memegang gelung dan menghala ke belakang
sehingga menyentuh kaki yang angkat
BOLA
10 14
DIS
2012

DAN

24 28
DIS
2012
Pergerakan 6
Lokomotor
- Memusing badan dengan 180
- Mendarat lalu mencapai bola yang diletak di atas tilam
Pergerakan 7
Bukan
Lokomotor
- Membuat regangan kaki
- Tangan memegang bola dan naik lurus ke atas
Pergerakan 8
Lokomotor
- Membaling bola ke atas
- Berjalan sambil menyambut bola langkah schottische
Pergerakan 9
Bukan
Lokomotor
- Imbangan dengan kedua-dua hujung kaki serta tapak
tangan kiri
- Tangan memusing bola naik lurus ke atas dengan tangan
kanan
Pergerakan 10
Lokomotor
- Menggelongsor sisi
- Langkah bersilang dengan bola
9.0 Acara yang disertai
9.1 Acara gelung individu
9.2 Acara bola individu

10.0 Lampiran
10.1 Peralatan latihan gimrama
- Gelung Kayu/plastik 300 gram 80 90 cm



- Bola Getah/sintatik/plastik 400 gram 18 20 cm





10.2 PELAN LANTAI PERGERAKAN GIMRAMA

MULA








TAMAT
360 180
A
B
C
D E
F
P
A
N
E
L

H
A
K
I
M


JURU
MUZIK
PEGAWAI
PERALATAN





















STESEN PENERANGAN MASA (s)
A

Mengimbangkan badan di atas kaki kiri dan kaki kanan ke belakang (melebihi 45),hujung kaki
kanan diletakkan di hujung gelung yang di pegang tangan kanan dan tangan kiri lurus ke atas.
45 saat
A B

Melakukan langkah Waltz lalu melambung gelung ke atas dengan tangan kanan dan menyambut
semula dengan tangan kiri. Mengolekkan gelung ke hadapan dan patah balik lalu sambut dengan
tangan kanan. Lompat dan baling gelung yang dipegang menggunakan kedua-dua tangan dan sambut.
45 saat
B C

Melakukan langkah schottische sambil kedua-dua tangan memegang gelung ke hadapan. Lompat
kijang dan melalui gelung seluruh badan dengan membuat ayunan yang besar menggunakan kedua-
dua tangan sambil memegang gelung.
45 saat
C D

Hambur kucing dan lambung gelung menggunakan tangan kanan. Berlari dengan hujung jari kaki,
lompat kaki lurus (180), mendarat (1@2 set tarian) dan bergolek lalu menangkap gelung
menggunakan tangan kanan.
45 saat
D - E
Ambil dan leret bola dengan tangan kiri. Golek bola di atas lantai dan lompat dengan separa pusing
(180) dan menari ke belakang (1 set tarian) dan pergerakan tangan. Terima bola dengan tangan
kanan.
45 saat
E
Berpusing (360) dengan kaki dikuatkan ke sisi dan hayunan besar menggunakan bola menggunakan sebelah
tangan secara melintang.
45 saat
E - F
berlari dan lompat kaki lurus (180) sambil tangan kanan ke hadapan memegang bola dan tangan
kiri ke belakang. Lompat dengan putaran penuh sambil membuat satu lantunan bola dan tangkap bola
selepas melompat.
45 saat
F
Golekkan bola ke hadapan menggunakan tangan kanan dan lakukan split leap sebelah bola dan
terima bola dengan tangan kiri.
45 saat
Rujukan
Modul HBPE2103 Pergerakan dan Pendidikan Pergerakan OUM Kementerian Pendidikan
Malaysia (2000).
Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Kuala Lumpur Pusat Perkembangan Kurikulum.
Lo Joo Sim (19930, Siri rukan Popular Fajar Bakti Gimrama, Fajar Bakti Kuala Lumpur.
Buschner, C.A (1994) Teaching Children Movement Concepts and Skills Champaign II:
Human Kinetics

Anda mungkin juga menyukai