Anda di halaman 1dari 21

A) SEJARAH GIMNASTIK IRAMA Gimnastik berirama adalah sukan di mana pesaing tunggal atau pasangan, trio atau malah

lebih (biasanya lima) memanipulasi satu atau dua aparatus: tali, gelang, bola, belantan dan reben. Gimnastik berirama adalah satu sukan yang menggabungkan unsur-unsur balet, gimnastik, tarian teater, dan manipulasi aparatus. Pemenang adalah peserta yang memperoleh mata terbanyak, sebagai dianugerahi oleh panel hakim, untuk lompatan, kestabilan, putaran, kebolehlenturan, pengendalian aparatus, dan kesan seni. Badan pentadbiran, Fdration Internationale de Gymnastique (FIG), mengubah Code of Points pada 2001, 2003, 2005, dan 2008 untuk menegaskan elemen teknikal dan mengurangkan subjektiviti kehakiman. Sebelum 2001, penghakiman adalah pada skala 10 mata seperti gimnastik artistik. Ia telah bertukar menjadi skala 30 mata pada 2003, skala 20 mata pada 2005, dan pada 2008 bertukar balik kepada skala 30 mata. Terdapat tiga nilai diambil kira menjadi mata akhir-teknikal, artistik dan kesempurnaan. Pertandingan antarabangsa dibahagikan antara remaja, di bawah enam belas oleh tahun kelahiran mereka; dan Senior, untuk wanita enam belas dan lebih sekali lagi oleh tahun kelahiran mereka. Gimnast lazimnya memulakan latihan pada usia sangat muda dan mereka yang berada pada terbaik lazimnya adalah pada lewat remaja atau awal dua puluhan. Kejohanan terbesar dalam sukan ini adalah Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, dan Kejohanan Grand Prix. Gimnastik berirama yang berkembang daripada idea bagi I.G. Noverre (17221810), Francois Delsart (18111871), dan R. Bode (1881), yang kesemua mempercayai dalam pernyataan pergerakan, di mana seseorang menggunakan tarian untuk meluahkan diri sendiri dan bersenam pelbagai bahagian tubuh. Peter Henry Ling seterusnya mengembangkan idea dalam sistem latihan bebas Sweden abad ke-19, yang melayakan aesthetic gymnastics, di mana pelajar menyatakan perasaan-perasaan mereka dan emosi melalui pergerakan menyeluruh. Idea ini telah dilanjutkan oleh Catharine Beecher, yang mengasaskan Western Female Institute di Ohio, Amerika Syarikat, pada 1837. Gimnastik berirama kompetitif bermula dalam 1940-an dalam Kesatuan Soviet. FIG mengiktiraf disiplin ini pada 1961, pertama seperti gimnastik moden, kemudian sebagai gimnastik berirama sportive, dan akhirnya sebagai gimnastik berirama. Kejohanan Dunia
1

pertama untuk gimnas individu mengambil tempat pada 1963 di Budapest, Hungary. Kumpulan telah diperkenalkan pada tahap yang sama pada 1967 di Copenhagen, Denmark. Gimnastik berirama telah ditambah di Sukan Olimpik Musim Panas 1984 di Los Angeles, dengan pertandingan Individual All Around. Bagaimanapun, banyak persekutuan daripada negara-negara Eropah Timur telah dipaksa untuk memulau. Lori Fung dari Kanada adalah gimnas berirama pertama untuk mengondol satu pingat emas Olimpik. Pertandingan kumpulan telah ditambah ke Sukan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta, Georgia. Disiplin gimnastik berirama adalah hanya disaingi oleh wanita (walaupun terdapat versi baru disiplin ini untuk lelaki dipelopori di Jepun, lihat gimnastik berirama lelaki), dan melibatkan prestasi lima rutin berasingan dengan penggunaan lima apparatus bola, reben, gelung, belantan, tali - di kawasan lantai, dengan penekanan lebih hebat lagi di keindahan berbanding akrobatik.

B) KERTAS KERJA PROGRAM LATIHAN GIMRAMA SMK CHINTA MATA

2012 1.0 PENGENALAN Gimnastik berirama atau gimrama merupakan sejenis sukan yang sememangnya dikenali seantero dunia. Walau bagaimanapun, sukan ini merupakan sukan yang agak baru dalam daerah Tenom. Secara amnya, negeri Sabah juga bukan merupakan kuasa utama sukan gimrama ini diperingkat nasional. Oleh itu Program Latihan ini dibentuk memandangkan sukan gimnastik ini ada terdapat dalam Modul 1Murid 1Sukan. Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istemewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur. Sukan Gimrama bukan sahaja akan memberi ruang kepada gimnas-gimnas untuk bertanding malah bakal melahirkan atlit-atlit sukan gimrama yang berbakat seterusnya boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Penganjuran kejohanan sukan gimrama khususnya di Daerah Tenom merupakan titik permulaan pengembangan sukan tersebut kepada generasi muda di daerah ini memandangkan kejohanan sukan gimrama belum pernah dianjurkan oleh badan-badan sukan sama ada melalui belia atau pun menerusi aktiviti-aktiviti di sekolah. Dalam kejohanan gimrama ini kemahiran menggunakan peralatan (gelang, reben dan belantan) merupakan aspek yang akan dinilai. Begitu juga dengan kemahiran menggabungkan beberapa pergerakan dengan diiringi muzik turut diberi perhatian. Oleh itu pihak sekolah mencadangkan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat Daerah Tenom yang akan dijalankan pada bulan Januari 2013

2.0

MATLAMAT DAN OBJEKTIF 3.1 MATLAMAT Latihan Gimnastik Berirama ini adalah bertujuan untuk menyediakan gimnas SMK Chinta Mata Tenom untuk menyertai pertandingan Gimnastik Berirama peringkat Daerah Tenom yang akan diadakan pada Januari 2013. Dengan adanya program latihan ini adalah diharapkan yang gimnas SMK Chinta Mata akan memperolehi kejayaan dalam pertandingan itu nanti.

3.1 OBJEKTIF Program latihan gimnastik berirama ini dijalankan mempunyai beberapa objektif umum dan khusus. Dalam objektif umum adalah diharapkan agar: a) Sukan Gimnastik Berirama ini akan menjadi sukan berwatak bagi SK Chinta Mata. Maksudnya sukan ini akan menjadikan SK Chinta Mata sebagai pengeluar gimnas untuk daerah Tenom b) Menjadikan murid-murid SK Chinta Mata sebagai juara dalam kejohanan yang bakal disertai Bagi objektif khusus pula, adalah diharapkan agar: a) Gimnas SK Chinta Mata yang menyertai pertandingan Gimnastik Berirama peringkat Daerah Tenom pada tahun 2013 sekurang-kurangnya mendapat tempat ke 3 dalam acara berpasukan memandangkan ini adalah kejohanan pertama yang disertai. b) Sekurang-kurangnya dua orang gimnas SK Chinta Mata akan terpilih mewakili Daerah ke peringkat Negeri. 3.0 TARIKH September 2012 Disember 2012 (4/Jun/2012 21/12/2012) Setiap petang Isnin- Jumaat pukul 2.00 petang 5.00 petang

4.0

TEMPAT Dewan Serbaguna SMK Chinta Mata.

5.0

KUMPULAN SASARAN Kumpulan umur yang disasarkan untuk Program Latihan ini ialah di antara 13 tahun sehingga 17 tahun. Walau bagaimanapun kumpulan sasaran ini akan diberi keutamaan kepada pelajar yang tidak akan menghadapi peperiksaan awam seperti SPM dan PMR.

6.0

JURULATIH TERLIBAT Senarai jurulatih yang terlibat adalah jurulatih yang mempunyai pengalaman melatih gimnastik berirama dan juga jurulatih yang mempunyai sijil kejurulatihan daripada Majlis Sukan Negara. Selaian daripada itu khidmat jurulatih luar juga akan digunakan. Jurulatih yang teribat ialah: a) Pn Alini Kasik Kejurulatihan Gimnastik Level 1 b) En Faidzal Taupin- Kejurulatihan Gimnastik Level 1
c) En Elvis Buing Kejurulatihan Gimnastik Level 2

d) Cik Emmy Ang Berpengalaman sebagai pelatih gimnas negeri. e) En Harold Pang Jurulatih Jemputan (Pelatih Tunas Harapan)

7.0

KEWANGAN BIL PERKARA 01 TILAM GIMNASTIK KUANTITI 100 X RM 50.00 JUMLAH RM 5000.00
5

02 03 04 05 06 07 08 09 10

BOLA GIMNASTIK RIBEN GIMNASTIK GELUNG GIMNASTIK AIR MINERAL KASUT GIMNASTIK BAJU GIMNASTIK BAYARAN JURULATIH JEMPUTAN WANG PERUBATAN PERBELANJAAN LUAR JANGKA

20 X RM 20.00 10 X RM 20.00 5 X RM 20.00 50 kotak X RM10.00 10 pasang X RM 100.00 10 helai X RM 150.00 5 sessi X RM 300

RM 400.00 RM 200.00 RM 100.00 RM 500.00 RM 1000.00 RM 1500.00 RM 1500.00 RM 500.00 RM 1000.00

JUMLAH BESAR

RM11700.00

8.0

JADUAL LATIHAN TENTATIF Jadual Umum

Bil Aktiviti-aktiviti 1 Pemilihan atlet gimrama 2. Latihan kemahiran asas

Tarikh 4/6/2012 Jun

Tempat Catatan Dewan SMK Chinta 10 orang terbaik Mata sahaja Dewan SMK Chinta Latihan hari Isnin Mata Jumaat 2.00pm -5.00pm

3. Latihan menggunakan peralatan 4. Cuti hari Raya Aidilfitri 5. Latihan kecerdasan untuk atlit 6. Latihan individu dan berkumpulan mengikut apparatus masing-masing 7. Latihan Pusat 8. Kejohanan Gimrama daerah Tenom

Julai Ogos September

Dewan SMK Chinta Mata

Dewan SMK Chinta Fizikal & mental

Mata Oktober-november Dewan SMK Chinta Mata Disember Januari Dewan SMK Chinta Mata Dewan Seri Antenom

Jadual khusus HARI AKTIVTI -Warm up ISNIN -stretching PENGKHUSUSAN - static dan dinamik JURULATIH En Elvis Pn Alini Cik Emmy Ang
7

-kemahiran peralatan -cooling down -Warm up SELASA -stretching -kemahiran peralatan -endurance training -cooling down -Warm up RABU -stretching -kemahiran peralatan -strength training -cooling down -Warm up -stretching -kemahiran peralatan -interval training -cooling down -Warm up -stretching -kemahiran peralatan -individual technical -cooling down - flexibility En Faidzal Taupin En Elvis Buing Cik Emmy Ang En Faidzal Taupin Cik Emmy Ang En Harold Pang* - individual apparatus En Elvis Buing Cik Emmy Ang Pn Alini Kasik - rhythm n technical Pn Alini Kasik En Faidzal Taupin En Elvis Buing

KHAMIS

JUMAAT

- individual technical n rules

*En. Harold Pang hanya datang pada minggu keempat setiap bulan sahaja.

9.0

ACARA YANG DISERTAI Dalam pertandingan Gimrama Peringkat Daerah tenom pada Januari 2013 nanti, pihak penganjur telah menetapkan bahawa acara yang akan dipertandingkan ialah melibatkan prestasi lima rutin berasingan dengan penggunaan lima apparatus bola, riben, gelung, belantan, tali di kawasan lantai, dengan penekanan lebih hebat lagi di keindahan berbanding akrobatik. Rutin-rutin berirama adalah mendapat markah daripada 20 markah
8

penuh, mata untuk Artistry (koreografi dan muzik) adalah dipuratakan dengan mata untuk kesukaran bagi langkah-langkah dan kemudian menambah untuk mata untuk Kesempurnaan. Oleh itu pihak sekolah telah bersetuju akan menghantar penyertaan untuk acara rutin individu bola, gelung dan riben sahaja. Walau bagaimanapun rutin yang tidak disertai iaitu belantan dan tali akan dinilai untu penyertaan pada masa hadapan pula. 10.0 PENUTUP Semoga Program latihan yang dirancang dengan begitu rapi ini akan mendapat kejayaan yang cemerlang semasa kejohanan peringkat daerah itu nanti. Selaian daripada itu juga amatlah diharapkan agar ada wakil SMK Chinta Mata untuk mewakili Daerah Tenom ke peringkat Negeri Sabah dan seterusnya terpilih pula ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

11.0

LAMPIRAN SENARAI GIMNAS YANG TEPILIH MEWAKILI SEKOLAH NAMA AINUL HASLIZA RAMDAN AZMAH AZMI HELGA LALONG JOVINA ALBERT HAIZA ALAUDDIN SUEZY NG TINGKATAN 1 HARMONI 1 INTELEK 1INTELEK 1INTELEK 2 HARMONI 2 HARMONI
9

NORAYA AZLAN EDNAH LARRY CHOI SWEE LAN CHERRY CHIANG

2 HARMONI 4 ILTIZAM 4 ILTIZAM 4 ILTIZAM

C) RUTIN PERGERAKAN DALAM PERSEMBAHAN LANTAI Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu dllakukan bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas. Memandangkan perkara ini seorang gimnas perlu memahami segala pergerakan badan atau elemen teknik badan untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama. Dengan kata lain elemen-elemen ini merupakan asas kepada gimrama dan mesti dllakukan sepanjang rutin latihan. Kesemua elemen teknik badan hendakiah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik. Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri. Gabungan-gabungan
10

berbeza yang terhasil di antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih. Cara melakukan gabungan-gabungan ini bergantung pada pengalaman dan kreativiti jurulatih atau gimnas. i) Peralatan yang digunakan dalam persembahan gimrama : Gelung

ii)

Bola

11

iii) Riben

Rangkaian pergerakan dalam persembahan individu.


12

Persembahan individu akan berlangsung selama 3 minit. Persembahan yang pertama ialah persembahan menggunakan gelung. Berikut ialah susunan pergerakan menggunakan gelung dalam persembahan individu: i) ii) Berjalan dengan menggunakan Langkah Chasse iaitu langkah-tutup-langkah. Langkah Chasse ini merupakan langkah awal semasa memulakan persembahan. Selepas itu diikuti dengan langkah Chasse kehadapan dan ke sisi.

iii)

Genggam erat gelung sebelum melakukan ayunan bulatan dan angka lapan.

iv)

Sambil itu bolehlah bergerak lagi kehadapan menggunakan Langkah Waltz.


13

v)

Selepas itu, gimnas akan teruskan persembahan dengan membuat golekan kehadapan. Sambil menunggu gelung itu kembali boleh juga dilakukan gerakan Waltz tadi dan terus menangkap gelung tersebut.

vi)

Aksi yang seterusnya ialah gelung digolekkan atas badan dan teknik yang di buat adalah seperti menggolek bola. Gelung hendaklah di pegang kuat dan pastikan berada di satah tegak. Gelung di tekan sedikit kebawah dan kemudian di tolak seperti menolak bola.

vii)

Aksi seterusnya ialah melambung gelung ke atas dan menyambutnya semula.


14

viii)

Akhir sekali, persembahan gelung bolehlah ditutp dengan pergerakan Lambungan Sagital dan gelung disambut semula sebagai tanda mengakhiri persembahan gelung.

Persembahan individu seterusnya ialah persembahan menggunakan riben Berjalan perlahan menuju ke tengah gelanggang.

15

Selepas itu pegang sedia kayu riben sebelum meneruskan langkah dengan iringan muzik.

Buat beberapa pergerakan ke hadapan dan ke sisi sambil cuba membuat bentuk pada riben.

16

17

Seterusnya membuat beberapa putaran seprti berikut

18

Langkah yang seterusnya ialah membuat lompatan dan layangan seperti yang berikut

19

Langkah seterusnya ialah dengan membuat pelbagai bentuk pada riben seprti yang berikut

Akhir

sekali persembahan diakhiri dengan melambung dan sambut riben seperti rajah di bawah.

20

D) BIBLIOGRAFI

Amran Lee Abdullah dan P. Sundaralingam (2007), Gimnastik, Sutrapadu Sdn.Bhd, Petaling Jaya, Selangor. Modul HBPE2103 Pergerakan dan Pendidikan Pergerakan OUM Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Kuala Lumpur Pusat Perkembangan Kurikulum. Lo Joo Sim (1993), Siri rujukan Popular Fajar Bakti Gimrama, Fajar Bakti Kuala Lumpur. Buschner, C.A (1994) Teaching Children Movement Concepts and Skills Champaign II, : Human Kinetics http://www.livestrong.com/article/468663-rhythmic-gymnastics-training/ http://gymnasticscoaching.com/new/2011/11/geddert-on-periodization/

21

Anda mungkin juga menyukai