Anda di halaman 1dari 20

GIMNASTIK IRAMA

Apakah Gimnastik Irama?

Gimnastik berirama adalah sukan di mana pesaing tunggal atau pasangan, trio atau malah lebih
(biasanya lima) memanipulasi satu atau dua aparatus: tali, gelang, bola,belantan dan reben. Gimnastik
berirama adalah satu sukan yang menggabungkan unsur-unsur balet, gimnastik, tarian teater, dan
manipulasi aparatus.

suatu pergerakan yang dilakukan di atas lantai diiringi dengan muzik.

merupakan pergerakan yang berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mempunyai unsur-
unsur keindahan.

antara alatan yang digunakan dalam gimnastik irama ialah gelung, bola, tali, selendang dan
belantan.

7 jenis pergerakan dalam gimnastik irama iaitu:-


1. imbangan

2. melentik

3. meringkuk dan melunjur

4. gerak edar

5. pusingan badan

6. lompatan

7. ketangkasan

Sejarah Gimnastik Irama

Gimnastik berirama yang berkembang daripada idea bagi I.G. Noverre (17221810), Francois Delsart
(18111871), dan R. Bode (1881), yang kesemua mempercayai dalam pernyataan pergerakan, di mana
seseorang menggunakan tarian untuk meluahkan diri sendiri dan bersenam pelbagai bahagian
tubuh. Peter Henry Ling seterusnya mengembangkan idea dalam sistem latihan bebas Sweden abad
ke-19, yang melayakan "aesthetic gymnastics", di mana pelajar menyatakan perasaan-perasaan
mereka dan emosi melalui pergerakan menyeluruh. Idea ini telah dilanjutkan olehCatharine Beecher,
yang mengasaskan Western Female Institute di Ohio, Amerika Syarikat, pada 1837.

Gimnastik berirama kompetitif bermula dalam 1940-an dalam Kesatuan Soviet. FIG mengiktiraf
disiplin ini pada 1961, pertama seperti gimnastik moden, kemudian sebagai gimnastik berirama
sportive, dan akhirnya sebagai gimnastik berirama. Kejohanan Dunia pertama untuk gimnas individu
mengambil tempat pada 1963 diBudapest, Hungary. Kumpulan telah diperkenalkan pada tahap yang
sama pada 1967 di Copenhagen, Denmark. Gimnastik berirama telah ditambah di Sukan Olimpik
Musim Panas 1984 di Los Angeles, dengan pertandingan Individual All Around. Bagaimanapun, banyak
persekutuan daripada negara-negara Eropah Timur telah dipaksa untuk memulau. Lori Fung dari
Kanada adalah gimnas berirama pertama untuk mengondol satu pingat emas Olimpik. Pertandingan
kumpulan telah ditambah ke Sukan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta, Georgia.

Perkembangan Gimnastik Irama Di Malaysia


Pada amnya, perkembangan gimrama di Malaysia bermula di sekolah. Latihan gimrama tidak
ditawarkan di mana-mana tempat pada mulanya. Di sekolah,gimrama telah dimulakan sebagai aktiviti
kokurikulum. Sukan gimrama telah diperkenalkan secara serius di Malaysia pada tahun 1982 dimana
satu Kursus Kejurulatihan Peringkat Asas telah diadakan di Kuala Lumpur di bawah pimpinan Puan
Emmy Bellwood iaitu seorang jurulatih dari New Zealand. Pada tahun 1983, Jawatankuasa Teknik
Gimrama yang pertama telah ditubuhkan dibawah Persekutuan Gimnastik Malaysia. Seterusnya pada
tahun 1984, satu lagi kursus kejurulatihan bagi guru-guru dari sekolah dan maktab telah dijalankan
oleh beberapa orang instruktor tempatan.

Pada tahun 1985, Persekutuan Gimnastik Malaysia telah mengimport seorang jurulatih dari Australia
untuk mengadakan program intensif selama setahun. Seramai 300 orang jurulatih dapat dihasilkan.
Pada tahun yang tersebut juga, satu lagi Kursus Kejurulatihan Serantau Peringkat Lanjutan telah
diadakan dengan menjemput pakar yang sama. Kejohanan gimrama peringkat kebangsaan yang
pertama telah diadakan pada tahun 1985. Sebanyak 30 pasukan dari seluruh negara telah
mengambil bahagian. Pada tahun 1986, satu skim pembangunan untuk gimnas yang berasaskan
penganugerahan lencana dan sijil kecemerlangan bagi gimnas yang berjaya telah dilancarkan.
Seterusnya pada tahun 1989, gimrama telah diperkenalkan di Sukan SEA Kuala Lumpur, dan Malaysia
telah memungut lima pingat emas melalui Faiznur Miskin.

Selain itu, gimnas peringkat nasional telah diberi peluang bertanding dalam Kejohanan Empat Benua
untuk memperolehi pendedahan. Malaysia juga telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Sedunia
di Alicante, Sepanyol. Dari aspek kepegawaian, kursus kehakiman peringkat kebangsaan yang pertama
telah diadakan pada tahun 1987 oleh seorang pakar dari Australia, Cik Karen Ho. Seramai 20 orang
hakim kebangsaan telah dihasilkan. Pada tahun 1989 Satu kursus Kejuruhakiman Peringkat
Antarabangsa telah diadakan dan dikendalikan oleh seorang jurulatih dari (FIG), Puan Yoshiko Kamo
untuk menyediakan juruhakim tempatan ke Sukan SEA 1989. Setakat ini, boleh dikatakan
perkembangan gimrama di Malaysia sudah meningkat, selaras dengan adanya Persatuan Gimnastik
Asia Tenggara(SEAGON) yang ditubuhkan dan bertempat di Jakarta pada tahun 1989.
Pergerakan Dalam Gimnastik Irama

Imbangan bergantung kepada kedudukan pusat graviti dan keluasan dasar. Pusat graviti yang rendah
dan dasar yang lebar adalah lebih stabil berbanding dengan pusat graviti yang tinggi mewujudkan
kurang kestabilan.

a) Pergerakan Imbangan.

Teknik imbangan dengan sebelah kaki di hadapan.

1. Posisi bermula dan berdiri dengan tegak.

2. Berdiri di atas sebelah kaki dan angkat kaki sebelah lagi.

3. Berdiri di atas bebola kaki dan unjurkan kaki yang diangkat. Kekalkan kedudukan ini selama dua
saat.

4. Turunkan kaki dan melangkah ke hadapan dengan kaki yang sama.

5. Rapatkan kedua-dua belah kaki.

# Imbangan di atas boleh dilakukan dengan pelbagai pergerakan tangan seperti mendepakan tangan
atau meletakkan tangan di pinggang. Imbangan dengan sebelah kaki di hadapan boleh juga
dirangkaikan dengan alatan misalnya gelung dan tali.

Teknik Imbangan dirangkaikan dengan gelung.

1. Posisi bermula. Berdiri dengan merapatkan kaki, pegang gelung dengan sebelah tangan.

2. Genggam gelung, tapak tangan di sisi badan. Bengkokkan lutut dan ayun gelung sedikit ke belakang.
3. Ayun gelung ke hadapan sambil berjengket.

4. Ayun gelung ke belakang sambil membengkokkan lutut.

5. Hentikan ayunan dengan meletakkan gelung di atas lantai.

# Imbangan ini dapat dilakukan dengan lebih baik dengan meningkatkan prestasi dalam latihan
kekuatan dan daya tahan otot. Otot-otot yang terlibat ialah otot betis dan otot paha.

b) Pergerakan Melentik

Pergerakan melentik banyak menggunakan bahagian atas badan. Kemahiran yang dipelajari dalam
pergerakan ini:-

Teknik dirian sebelah kaki dan melentik ke sisi.

1. Mulakan posisi. Berdiri tegak dan rapatkan kaki.

2. Sebelah kaki melangkah ke sisi.

3. Pindahkan berat badan pada kaki yang melangkah dan naikkan paha yang sebelah lagi.

4. Lentikkan badan ke sisi kaki sokongan dan tangan mengikut pergerakan lentikan.

5. Turunkan kaki dan berdiri tegak dengan kaki rapat.

# Teknik ini boleh dipelbagaikan dengan kedua-dua tangan lurus ke atas atau sebelah tangan di
pinggang dan boleh disertakan dengan alatan seperti gelung, reben atau kayu.

Teknik melentik dirangkaikan dengan selendang.


1. Mulakan posisi. Berdiri tegak dan kedua-dua belah tangan lurus ke atas.

2. berjengket seketika dan terus unjurkan sebelah kaki ke hadapan.

3. Lentikkan badan ke belakang dan angkat lutut hadapan.

4. Turunkan kaki dan tegakkan badan.

5. Berdiri tegak dan rapatkan kaki.

# Teknik ini dapat dilakukan dengan lebih baik jika prestasi kelenturan dan kelembutan dapat
ditingkatkan melalui senaman yang kerap. Otot yang terlibat adalah abdomen dan belakang pinggang.
Keperluan alatan Gimrama.

Alatan merupakan keperluan asas

Latihan dengan menggunakan 5 jenis alatan yang di iktiraf FIG.

Bola, tali, reben, gelung belatan.

Untuk persembahan alatan reben,skaf dan bendera digunakan

Pengunaan alatan adalah mengikut pilihan.

Biasanya gimnas menggunakan peralatan sendiri sesuai dengan saiz dan berat.

Peralatan Tali

Tali dari peralatan menadaki atau dari peralatan kapal.Jenis hem atai statik

Ukuran 3m, tebal 8mm kesesuian fizikal gimnas.

Gimnas kecil guna tali 2m panjang dan tebal 6mm. Boleh guna pita pelekat panjang 10sm.

Tidak boleh guna pemegang.

Warna satu atau dua warna kecuali perak dan emas.

Ukuran tali ikut tinggi gimnas. Diukur gimnas berdiri dan memaijaknya dan hujung tali diangkat aras
ketiak gimnas.

Peralatan Gelung

Dari plastik, rotan atau kayu biasa

Tinggi gelung paras punggung bila ditegakkan

Ada gimnas membalut pelekat warna warni untuk menguatkan camtuman geluang atau menambah
berat gelung.

Ada gimnas warna atau corak pelekat geluang sama dengan warna baju.

Peralatan Bola

Disiplin wajib dalam gimrama.


Spesifikasi diiktiraf Persatuan Gimnastik Antrabangsa

Bahan dari getah atayu sintatik dengan anjalan.

Garis pusat 18-20 sm, berat minimum 400gm. Satu atau dua warna dibenarkan kecuali emas dan
perak.

Peralatan Belatan

Biasa dikuasai gimnas berpengalaman.

Terdiri dari kayu atau bahan sintatik, boleh dibalut dengan pita pelekat.

Panjang 40-50sm, berat 150gm satu belatan

Garis pusat tapak 2 cm , bahagian kecil hujung 3 sm.

Satu atau dua warna kecuali perak dan emas.

Peralatan Reben

Dibuat dari kaian setin, nailon yang berat atau sutera.

Berat yang sesuai diperlukan untuk hasilkan corak reben yang baik dan senang dibaling.

Panjang mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas. Panjang sebenar 7 m, 1 m dilipat bahagiajn
hujung. Berat 35g, tidak termasuk kayu dan penyangkutnya.

Reben disangkut bahagian hujung dengan kayu.

Gimnas berpengalaman guna reben 6m. Kanak-kanak yang baru 4-5m.

Pakian Gimnas

Pertandingan memakai leotard dan tights atau leotard saja.

Pakaian boleh ubah suai peringkat pertandingan- sekolah batu T seluar trek.

Leotard tidak luas dibelakang, garis punggung tidak tinggi. Dipakai tampa lengan. Kain terdiri
pelbagai warna keculi nipis, lutsinar dan warna perak dan emas.

Kasut boleh dipakai atau tidak. Kasut dibuat dari kulit atau kain.
Tempat Latihan

Dewan tertutup. Dalam kosong dan tiada halangan dari lampu, palang struktur.

Gimnas pengalaman memerlukan dewan siling yang tinggi.

Permukaan lantai misti bersih dan tidak terlalu licin.

Luas kawasan bertanding 12m x 12m.Luas tidak diwajibkan dan boleh berlatih dimana-mana.

Uandang-undang am Pertandingan Gimrama

Buku undang-undang (code of point) oleh Persatuan Gimnastik Antrabangsa.

4 tahun sekali buku dikaji.

Pertandingan rasmi mengikut undang-unadang FIG terdaoat dua acara pertandingan yang utama

Seorang gimnas pada kawasan tertentu. Guna satu alatan. Disebut pertandingan indvidu

Sekumpulan gimnas- 6 orang. Guna satu atau dua jenis alatan. Acara dinama berpasukan atau
kumpulan.

PERTANDINGAN GIMRAMA

PERTANDINGAN 1-ACARA BERPASUKAN.

1. Satu pasukan, 3-4 orang gimnas.

2. Mempertunjukan 10 latihan, 2 latihan setiap peralatan, Peralatan, tali, bola, gekluang, belatan
dan reben.

3. Setiap gimnas mempersembahkan 1-4 menggunikan peralatanm yang berlainan. Setiap oerlatan
akan dipersembahkan oleh 2 gimnas yang berlainan dalam satu pasukan.

4. Mata maksima 100. Pertandingan 1 peringkat kelayakan untuk pertandingan II dan III.

PERTANDINGAN II- ACARA INDIVIDU KESELURUHAN.

1. Gimnas mempersembahan 3 latihan pertandingan 1 dipertimbangan pertandingan II

2. 26 peserta terbaik pertandingan I bertanding individu keseluruhannya.Terhad 2 peserta setiap


pasukan.
3. Misti tunjukkan 4 latihan dengan 4 peralatan yang ditetapkan oleh FIG.

4. Johan individu keseluruhannya, jumlah mata ke empat latihan dikira. Peserta mata terbanyak
johan individu keseluruhannya (Jum mata maksimum 40)

PERTANDINGAN III PUSINGAN AKHIR SETIAP PASUKAN.

8 peserta terbaik (Maksimum dua peserta setiap pasukan) bagi setiap peralatan dalam pertandingan
1 layak menyertai pertandingan akhir setiap peralatan.

Peserta mendapat mata tertinggi sesuatu acara alatan akan menjadi johan bagi peralatan
berkenaan.

Jumlah mata maksimum 10.

Prinsip-prinsip Pengajaran Gimrama

Pergerakan dengan ritma, menghasil pergerakan tubuh yang berkoodinasi dan estatik

Pergerakan berseorangan atau kumpulan dengan atau tampa alatan secara licin dan berterusan.

7 jenis pergerakan tubuh

Imbangan, melentik, meringkuk dan melunjur,gerak edar, pusingan badan, lompatan, ketangkasan

Tujuan pergerakan

Kelenturan.ketangkasan,imbangan, kelajuan,koodinasi, kuasa dan kekuatan.

Pergerakan Tubuh Badan

Penekanan menyedari perkaitan antara tubuh ruang dan daya semasa melakukan pergerakan.

Bahagian tubuh dan keseluruhan badan dengan teknik yang betul.

Penekanan kepada penghasilan pergerakan yang cantik.

Teknik Alatan

Pelbagai alatan digunakan berbeza dari sifat dan bentuk.

Alatan bulat dan padu


Alatan bulat dan leper

Alatan lembut dan berombak

Alatan panjang, langsing dan lembut

Alatan keras dan padu.

Bentuk dan jenis alatan menentukan bagaimana ia dimanupulasi

Rangkaian Pergerakan

Rangkaian pergerakan dilakukan dalam ruang

Pergerakan tubuh badan dan manupulasi alatan dilakukan ikut ritma dan irama.

Cipta rangkaian pergerakan istilah licin dan berterusan, alatan digunakan pelbagai cara dan
disesuikan dengan pergerakan tubuh.

Pergerakan misti berkoodinasi dengan alatan mengikut rentak, variasi masa dan ruang untuk
memberi gambaran kreativiti pelaku.

Kesedaran hubungan antara alatan dengan pergerekan tubuh badan

Mengalakkan pengunaan alat dalam lakuan yang bersesuai mengikut ritma atau irama

Kesedaran Ritma

Peka kepada pelbagai jenis ritma dan irama.

Kefahaman kecergasan diri

Gimrama membina ketangkasan,imbangan,koodinasi, kecekapan dan pelajuan

Kefahaman Terhadap Pusar Graviti

Berkaitan dengan kedudukan badan,imbangan dan putaran.

Penting kefahaman pusat graviti dalam perlakuan gimrama


Faiznur perintis gimrama negara

FAIZNUR MISKIN

14 Julai 2017 3:00 AM

KELIBAT Faiznur dalam sukan tanah air hanya hadir seketika. Namun, walaupun tempoh dia bergelar atlet
kebangsaan agak singkat tetapi kehadiran dan kehebatannya masih menjadi sebutan hingga hari ini.

Kejayaannya menggondol lima pingat emas pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur dalam sukan yang
ketika itu kurang popular di negara ini nyata mengejutkan ramai pihak dan secara tiba-tiba melonjakkan
nama Faiznur.

Sebelum kehadiran Faiznur, gimrama bukanlah sukan yang begitu dikenali berbanding olahraga,
badminton, akuatik dan bola sepak.

Namun, kemunculan Faiznur menyebabkan sukan tersebut mula mendapat perhatian dan dia boleh
dianggap sebagai perintis gimrama di Malaysia.

Bagaimanapun, selepas dua tahun bergelar atlet kebangsaan, Faiznur mengambil keputusan untuk
bersara dan sejak itu, dia terus menghilang dari landskap sukan tanah air dan tidak ramai yang tahu ke
mana dia menyepikan diri.

Usaha menjejaki Faiznur mendapat bantuan adiknya yang merupakan pelakon terkenal tanah air iaitu
Jehan Miskin. Berkat pertolongan aktor itu, urusan menemubual Faiznur yang kini menetap di New York,
Amerika Syarikat dipermudahkan.
Faiznur yang kini sudah berkahwin dan memiliki seorang puteri berusia lima tahun telah meninggalkan
jauh sukan yang pernah diceburi dan sebaliknya memilih bidang kewangan sebagai kerjaya tetapnya
sekarang.

Saya kini menetap di New York dan membina keluarga di sini. Kami memiliki seorang anak perempuan
bernama Skyler Isabel berumur lima tahun dan suami saya bernama Joe, kata Faiznur menceritakan
serba ringkas mengenai perkembangan terkini dirinya.

Mengimbas kembali zaman kegemilangannya sebagai atlet, Faiznur berkata, dia ketika itu baru berusia
14 tahun dan belum mengerti tentang impak lima emas yang dimenanginya untuk Malaysia.

Hari ini, atlet gimrama kita sudah berkelas dunia, jauh mengatasi pencapaian saya dan juga generasi
yang menjadi pelopor ketika itu. Memang sukar untuk membayangkan perkembangan sukan ini di
Malaysia ketika ini.

Jadi, saya memang tidak sedar apakah impaknya ketika itu. Saya hanya seorang remaja yang didorong
dengan semangat yang tinggi untuk meraih satu kemenangan. Semakin menginjak dewasa, saya lebih
menghargai erti kehidupan berbanding kemenangan.

Zaman itu adalah satu perjalanan dan bukan destinasi dan kemenangan bukanlah segala-galanya tetapi
bagaimana kita mengharungi kekecewaan serta kegagalan, ujarnya.

Bercerita lanjut tentang saat manis ketika zaman bergelar atlet, Faiznur yang kini berusia 42 tahun
mengakui populariti yang dinikmati memberi kejutan besar kepadanya dan dia nyata tidak bersedia
untuk berdepan cabaran tersebut.

Saya tidak begitu gemar berkongsi kisah peribadi kepada umum, jadi memang sukar untuk menerima
populariti yang naik mendadak.

Jadi, saya cuba lari daripada perhatian ramai dengan berpindah ke Toronto, Kanada untuk menyambung
pelajaran dan meneruskan latihan di sana, jelasnya.

Mengumumkan persaraannya pada 1991 ketika berusia 16 tahun, Faiznur memilih untuk menyambung
pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan mengejar cita-citanya untuk menjejakkan kaki ke Wall Street.

Saya memang sayangkan gimrama hinggalah sekarang tetapi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya
buat perubahan.

Saya sebenarnya terlalu terburu-buru untuk mengejar impian ke Wall Street. Saya sepatutnya berusaha
menoleh ke belakang dan tidak perlu terburu-buru, katanya yang sememangnya menyimpan impian
untuk mewakili Malaysia.

Menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Faiznur berharap, atlet yang diberi kepercayaan
mewakili negara dapat menikmati detik cukup berharga ini kerana kenangan manis yang bakal ditempuhi
akan kekal sepanjang hidup mereka.
SUMBER
http://gimnastikiramakump5.blogspot.my/

http://gimnastikiramakump5.blogspot.my/

http://ketuajabatanpendidikanjasmani.blogspot.my/2012/10/normal-0-false-false-false-en-us-x-
none_3784.html

http://puteriaisyahdin.blogspot.my/2014/08/tokoh-gimnastik-irama.html
TOKOH GIMNASTIK IRAMA
TEMPATAN

1. FAIZNUR MISKIN

2. DURRATUN NASHIHIN ROSLI


3. CRYSTAL LIM WEN CHEAN

4. WONG POH SAN

ANTARABANGSA
1. LORI FUNG METHORST
2. ALIYA GARAYEVA

3. ALINA MARATOVNA KABAEVA


4. MARGARITA MAMUN

5. AMY KWAN DICT WENG


6. YANA KUDRYAVTSCVA

Anda mungkin juga menyukai