Anda di halaman 1dari 7

TEKS JURU ACARA

BIL MASA CUE ANN CATATAN


1 7.30 PG
KEHADIRAN JEMPUTAN

2 MAKLUMAN UMUM Pengumuman:


1. Mohon para hadirin berdiri semasa Yang
Berhormat Pn Noorita Sual diumumkan masuk.
2. Kerjasama juga dipohon untuk mematikan telefon
bimbit / mod getar
3. Kerjasama dipohon agar tidak meninggalkan
majlis sebelum berakhir
3 8.30 PG KETIBAAN YB Noorita
4 9.00 PG Tuan-tuan dan puan-puan dan hadirin yang dihormati:
PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Puan
KETIBAAN YB Noorita Sual, Ahli Parlimen Malaysia P181 tenom

Persembahan Tarian Selamat Datang


Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Sebentar tadi kita telah dihiburkan dengan


Persembahan Tarian Selamat Datang. Untuk Makluman
hadirin semua, persembahan tadi adalah dibawah
bimbingan Encik Zainudin Botui dan Pn. Jenifer Angubi.

Yang Berhormat serta para hadirin sekalian.


Dijemput Mohon berdiri untuk nyanyian LAGU NEGARA
LAGU NEGARA KU KU
BIL MASA Dipersilakan duduk. CATATAN

1
Senarai Protokol 1. Yg. Berhormat Pn Noorita Sual
Ahli Parlien Malaysia P181 Tenom

2. Yg. Berusaha n Raymond Richard


(Guru Besar )
SK Batu Tiningkang

3. Yg. Berusaha En ______________________:
(Yang Di Pertua PIBG SK Batu Tiningkang)

4. Yang Dihormati En.Yaysan Enggan


(Pengerusi PERWARIS SKBT)

5. GuruBesar-Guru Besar ZON 3 yang hadir pada hari


ini.
6. Guru Penolong-Penolong Kanan SKBT
7. Guru-guru, ibu bapa/penjaga, murid-murid seterusnya
para hadirin sekelian.

Assalamualaikum wbt., salam sejahtera dan selamat datang


ke Majlis ______________________ SK Batu Tiningkang
2019.

BIL MASA CUE CATATAN


Kalau pergi Tanjung Keramat,
BACAAN DOA Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat.

Memulakan acara pagi ini, majlis mempersilakan Ustaz


Razali Daud untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Ustaz Razali Daud atas bacaan
doa itu tadi.

2
BIL MASA CUE ANN CATATAN
Duduk sekawan gadis jelita,
UCAPAN Pengerusi Buat santapan untuk pahlawan;
PERWARIS Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Meneruskan acara pada pagi ini, dijemput :

Yang Dihormati En.Yaysan Enggan, Pengerusi Perwaris


untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah


disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN GURU BESAR Sidang Hadirin yang dihormati sekalian.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang


Berusaha Guru Besar. Dengan itu majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan :

Yang Berusaha En.Raymond Richard

untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn Guru


Besar atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa,


Di sini ada ibu bapa yang prihatin penuh dijiwa
Di sini ada pendidik yang tidak pernah kenal erti putus
asa
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia

3
Dengan itu majlis mempersilakan
Yang Berhormat Puan Nooria Sual
Ahli Parlimen Malaysia
P181 Tenom

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya


merasmikan Majlis __________________________ ini.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Noorita Sual
atas ucapan dan kesudian merasmikan majlis ini.

Gimik Perasmian Seterusnya majlis menjemput Tuan Guru Besar SKBT


sambil diiringi Pengerusi PIBG dan juga Pengerusi
PERWARIS untuk mempersilakan YB Pn Noorita Sual
untuk melakukan gimik perasmian.

Demikian la tadi gimik yang telah disempurnakan oleh


YB Pn Noorita Sual, Ahli Parlimen P181 Tenom.

Cenderahati MAjlis dengan ini juga menjemput Tuan GB SKBT untuk


menyampaikan cenderahati kepada YB Pn Norita sual.

Terima kasih diucapkan


BIL MASA CUE CATATAN

PERSEMBAHAN MURID Dari Kedah pergi ke Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Moga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu terimalah persembahan Deklamasi Sajak


daripada _______________________. Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas


persembahan itu tadi.
Pertandingan Pakaian Yang Berhormat dan hadirin-hadirat sekalian.
Kebudayaan. Seterusnya kita akan bersama-sama menyaksikan
Pertandingan Pakaian Kebudayaan (Putera Puteri

4
Merdeka). Sebelum tu dijemput para pengadil
mengambil tempat.

Kita persilakan peserta pertama........


Peserta seterusnya......
Dan seterusnya...

Demikian la tadi berakhirnya pertandingan Pakaian


Kebudayaan
Persembahan Seterusnya kita akan bersama-sama menyaksikan
Persembahan Nyanyian dan Gerakan daripada murid
Pra Sekolah SKBT..dipersilakan adik Arissa Andrea Assi

Terima kasih diucapkan..


Persembahan tadi adalah dibawah bimbingan Guru Pra
Sekolah.
Pertandingan adiwira Yang Berhormat dan hadirin-hadirat sekalian.
Seterusnya kita akan bersama-sama menyaksikan pula
Pertandingan Adiwira Sabah. Sebelum tu dijemput para
pengadil mengambil tempat masing-masing

Kita persilakan peserta pertama........


Peserta seterusnya......
Dan seterusnya...

Demikian la tadi berakhirnya pertandingan Adiwira


Sabah.
Persembahan Magunatip Sehabis merah daun yang sihat
Dahan melebar bercerita sakan
Majlis ini memohon berehat
Persembahan pelajar kita saksikan

Kita tumpukan pandangan kita ke pentas sekarang untuk


saksikan satu persembahan yang istimewa..Dipersilakan..

Untuk makluman hadirin sekalian..persembahan tadi


adalah dibawah bimbingan……………………………

5
Nyanyian duet Seterusnya kita dihiburkan lagi dengan persembahan
Nyanyian Duet Daripada adik __________________
Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan tadi

PENYAMPAIAN HADIAH Yang Berhormat serta hadirin yang dihormati :

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan acara


penyampaian hadiah bagi pertandingan yang telah
dijalankan sebentar tadi

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berusaha Yang DiPertua PIBG SK Batu Tiningkang
En.____________________________________ untuk
menyempurnakan penyampaian Hadiah bagi
Pertandingan Pakaian Kebudayaan. Dengan segala
hormatnya mempersilakan.

(Umumkan Keputusan)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG


atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Seterusnya Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berhormat Pn Noorita Sual untuk
menyempurnakan penyampaian Hadiah bagi
Pertandingan Adiwira Sabah. Dengan segala hormatnya
mempersilakan.

(Umumkan Keputusan)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang


Berhormat atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.

Nyanyian Lagu Hadirin Yang dihormati, majlis kita teruskan dengan


6
Kemerdekaan sekali lagi kita berdiri bersama-sama untuk acara
nyanyian beramai-ramai lagu kemerdekaan Malaysia
yang bertajuk Malaysia Bersih.Dipersilakan

Terima kasih diucapkan.

Seterusnya dijemput semua tetamu kehormat untuk


bersama-sama dalam sesi bergambar.

Jamuan Hadirin-hadirat sekalian. Nampaknya acara kita sudah


sampai ke kemuncaknya. Mewakili AJK penganjur, kami
menyusun 10 jari sekiranya sepanjang majlis ini kami
ada terlanjur kata dan juga majlis ini berjalan dengan
tidak sesempurna seperti yang diharapkan.
Terima kasih juga kepada semua hadirin yang sudi hadir
pada hari ini.

Terbang sekawan si burung merbuk,


Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra

Dengan itu dipersilakan Tuan Guru Besar SKBT untuk


menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Pn
Noorita Sual, tetamu jemputan yang untuk bersama-sama
menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan.

Kami sudahi majlis ini dengan ucapan salam mesra


untuk semua. Semoga berjumpa lagi di lain masa.

Anda mungkin juga menyukai