Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG, BINTANGOR JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

KERTAS KERJA AKTIVITI JABATAN TAHUN 2013

1.0

PENGENALAN

Tujuan pengajaran kemahiran pergerakan asas ialah untuk membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan. Seperti yang kita sedia maklum, sistem pendidikan di Malaysia sangat menitikberatkan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan cara inilah, individu-individu yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan sihat akan dihasilkan. Dalam aspek jasmani, subjek Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJK) telah dirangka dalam kurikulum sekolah bertujuan

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pergerakan asas dalam (PJK) yang terbahagi kepada pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan.

Pendidikan Jasmani juga menumpukan perhatian khas kepada peringkat kebolehan fizikal melalui aktiviti Pergerakan Asas, Asas Gimnastik, Pergerakan Kreatif serta Sukan dan Permainan. Pertumbuhan dan perkembangan individu melalui kegiatan Pendidikan Jasmani akan memberi kesan kepada kehidupan secara menyeluruh.

Pergerakan asas pada kali ini mewajibkan murid-murid melakukan amali pergerakan asas iaitu 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang memerlukan gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini mempunyai dua
1

jenis iaitu pergerakan lokomotor ritma sekata dan pergerakan lokomotor ritma tidak sekata. Manakala pergerakan bukan lokomotor pula adalah pergerakan yang statik atau tetap dan tidak mengubah dasar penyokong pelaku.

Contoh pergerakan lokomotor ritma sekata yang biasa dilakukan merupakan berjalan, berlari, merangkak dan sebagainya manakala pergerakan lokomotor ritma tidak sekata pula seperti gallop, skip dan lain-lain. Pergerakan bukan lokomotor seperti imbangan, duduk, mendekam dan lain-lain. Selain itu, amali ini juga menghendaki kemahiran manipulasi alatan. Tujuan manipulasi alatan ini bagi membantu koordinasi pergerakan fizikal sambil mengawal objekobjek yang boleh bergerak. Antara alatan yang sesuai digunakan seperti bola, reben, tali, gelung dan lain-lain.

Kesimpulannya, amali pergerakan asas ini telah memberikan impak dan kesan positif yang besar buat semua murid supaya dapat memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang betul dan tepat mengenai pergerakan serta mampu menggunakan kaedah yang betul dan selamat.

2.0

MATLAMAT

Matlamat penghasilan kertas kerja ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan tentang pergerakan asas dan meningkatkan kefahaman serta kesedaran bahawa tubuh badan sebagai perantaraan untuk pergerakan. Selain itu, pengetahuan ini amat penting bagi : Membolehkan kanak-kanak menggunakan tubuh badan sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak

Mendorong kanak-kanak mengkaji pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan iaitu ruang, masa, beban, aliran dan sebagainya Memperolehi pengalaman tentang keadaan alam fizikal seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan lain-lain Meningkatkan dihasilkan Untuk perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang

3.0 OBJEKTIF Di akhir kursus ini murid-murid dapat, (A) memantapkan pembangunan aktiviti senamrobik sebagai satu kerjaya dan budaya (B) menerapkan budaya hidup cergas, sihat dan bersatu dalam kalangan murid-murid . (C) memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran asas serta melakukan pergerakan asas. (D) meningkatkan minat dan kemahiran murid fizikal (E) mahir dalam melakukan pergerakan dengan memanipulasi pelbagai alatan . (F) membezakan pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor. dalam aktiviti senaman

4.0 ASAS PERTIMBANGAN Pergerakan asas ini berupaya menyediakan peluang untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan, perpaduan dan kesejahteraan hidup. Di samping itu, ia boleh menjadi wadah utama ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas, sihat dan bersatu padu selaras dengan konsep Sukan Untuk Semua dan Malaysia
3

Cergas. Salah satu program yang dilaksanakan bagi gaya hidup sihat untuk membantu meningkatkan dan mengekalkan kecergasan fizikal ialah melalui penglibatan aktif dalam sukan rekreasi.

5.0 TARIKH , MASA DAN TEMPAT 5.1 Tarikh 5.2 Masa 5.3 Tempat : 25 September 2013 : 0800 pagi - 1200 tengah hari : Dewan Sri Rajang, IPG Kampus Rajang

6.0 KUMPULAN SASARAN PISMP SEJARAH AMBILAN JANUARI 2013

7.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI Guru akan mewujudkan dan merancang satu stituasi yang releven dengan pergerakan yang perlu dilakukan. Guru akan menerangkan secara

ringkasnya tentang perancangan aktiviti tersebut supaya murid-murid dapat memahami tentang apa yang harus lakukan semasa aktiviti ini dijalankan. Guru akan menentukan stesyen-stesyen yang berlainan dengan mengikut pelan pergerakan yang telah ditentukan. Semua murid perlu memberi fokus kepada perkara-perkara yang harus diperhatikan misalanya keselamatan diri semasa melakukan sesuatu pergerakan . Guru hendaklah membimbing pemerhatian murid murid supaya tujuan aktiviti dapat dicapai.

7.1 Prosedur Pelaksanaan Demonstrasi Jenis jenis pergerakan disertai gambar rajah lokomotor dan bukan lokomotor LAMPIRAN A HURAIAN PERGERAKAN ASAS PERGERAKAN Pergerakan 1 (Bukan lokomotor) Melentik badan ke sebelah kanan dan kiri. GAMBAR HURAIAN

Pergerakan 2 (lokomotor)

Pergerakan launches dengan

bergerak ke stesen 3.

Pergerakan 3 (Bukan lokomotor)

Membuat regangan groin sentuh iaitu ke kepala hujung

tapak kaki dan bola digunakan.

Pergerakan 4 (Lokomotor)

Melambung dengan tangan

bola bertepuk sambil

berjalan ke stesen 5.

Pergerakan 5 (Bukan lokomotor)

Memainkan sambil imbangan lombo.

reben

membuat di atas

Pergerakan 6 (Lokomotor)

Mengengsot sambil menggunakan di atas tilam. siku

Pergerakan 7 (Bukan lokomotor)

Melompat ke depan, belakang, kiri dan kanan.

Pergerakan 8 (Lokomotor)

Tangan

tepuk

di

bawah kaki sambil melompat. stesen 8 ke 9. dari

Pergerakan 9 (Bukan lokomotor)

Melompat bintang.

Pergerakan 10 (Lokomotor)

Lompatan sisi mengelilingi skitel.

Pergerakan 11 (Bukan lokomotor)

Pelakuan setempat

lompat dengan

mengangkat kaki ke aras pinggang.

Pergerakan 12 (Lokomotor)

Melompat kaki

dengan di atas

letak di

belakang bangku.

Pergerakan 13 (Bukan lokomotor)

Memutarkan gelung dengan menggunakan sebelah tangan.

Pergerakan 14 (Lokomotor)

Melompat gelung di

dalam dalam

petak tangga.

Pergerakan 15 (Bukan lokomotor)

Membuat pusingan pinggan dengan

menggunakan gelung.

Pergerakan 16 (Lokomotor)

Pergerakan bersilang menggunakan tangan pada sama. dan masa kaki yang

Pergerakan 17 (Bukan lokomotor)

Berada keadaan mencangkung

dalam

kemudian pelakuan menukarkan kaki kiri dan kanan.

Pererakan 18 (Lokomotor)

Berlari cepat papan ke

dengan stesen dan

anjal

melompat.

10

Pergerakan 19 (Lokomotor)

Menendang

kaki

sambil melompat ke arah (kicking) hadapan.

Pergerakan 20 (Bukan lokomotor)

Pergerakan serupa Tai Chi sebagai

penutup pergerakan.

11

7.2 Senarai Alatan Jenis jenis alatan yang digunakan 1) Alatan berat I. II. III. IV. 2) Alatan ringan I. II. III. IV. Peti lombal papan anjal Bangku gymnastik Tilam Bola gymnastik Skitel Gelung Reben Bilangan 1 buah 1 buah 1 buah 2 keping 2 biji 8 buah 3 buah 1 batang

9.0 PENUTUP Melalui kertas kerja yang telah dihasilkan ini, saya telah dapat mempelajari dan menguasai pelbagai kemahiran berkaitan dengan pergerakan asas. Selain daripada itu, saya mula memahami dengan lebih mendalam lagi tentang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor bersama alatan dengan memberi penekanan kepada aspek kedudukan postur yang betul ketika melaksanakan aktiviti ini. Secara tidak langsung juga, saya telah digalakkan berfikir secara kreatif dan inovatif serta menjana idea baru untuk menghasilkan kertas kerja yang lebih kemas, teratur, berkualiti serta menarik perhatian rakan-rakan mahu pun pensyarah pembimbing. Selain daripada itu, berharap juga program ini dapat membantu melahirkan insan yang sihat dan seimbang secara keseluruhannya.

12

Disediakan oleh _______________________ (SIM HUI TENE) Pelajar IPG Kampus Rajang Kumpulan SEJ/PJ/BM Ambilan Januari 2013

Disokong oleh ____________________ (ONG KONG SWEE ) Penyelaras Amali Pergerakan Asas Jabatan Pendidikan Jasmani &Kesihatan.

13

Anda mungkin juga menyukai