Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN Istilah Pendidikan Jasmani (PJ) digunakan secara meluas sejak zaman dahulu lagi.

Namun begitu dalam konteks Malaysia, kemungkinan istilah ini mula diperkenalkan oleh orang British di zaman pemerintahan British di Tanah Melayu. Walaupun sekian lama istilah Pendidikan Jasmani telah digunakan, persoalan tentang pengertiannya masih lagi wujud. Pendidikan Jasmani ini keseluruhannya dianggap sebagai sukan dan sesi Pendidikan Jasmani banyak membawa pengertian sukan.

Pendidikan Jasmani ialah suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti-aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki. Oleh itu, Pendidikan Jasmani berkait rapat dengan pemilikan dan

penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum serta dapat memperolehi pengetahuan dan pembangunan sikapsikap positif terhadap aktiviti fizikal. Mengikut Vasudevan T.Arasoo (1985), dalam bukunya bertajuk Asas

Pendidikan Jasmani mentakrifkan Pendidikan Jasmani sebagai pendidikan melalui jasmani di mana banyak daripada objektif pendidikan dicapai menerusi aktiviti-aktiviti jasmani yang melibatkan otot-otot. Ia merupakan program kegiatan fizikal yang

berpusatkan sekolah di mana kemahiran dalam sukan, tarian, dan latihan lazimnya diajar dan dilatih.

Jenny (1961) dan Williams (1964) pula berpendapat walaupun Pendidikan Jasmani memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti fizikal, ia sebenarnya turut melibatkan aktiviti-aktiviti yang tidak bercorakkan fizikal. Matlamat Pendidikan Jasmani ialah mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Baley & Field (1976) mengatakan bahawa Pendidikan Jasmani merupakan satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual,

sosial, budaya, emosional, dan estetik, hasil dari dan melalui aktiviti-aktiviti fizikal terpilih dan agak rancak.

Manakala menurut Asiah Abu Samah (1993) Pendidikan Jasmani merupakan subjek yang memiliki jalinan di antara domain psikomotor dan domain kognitif. Jalinan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan modal insan yang menyeluruh serta seimbang dalam satu masyarakat yang dinamik dan progresif.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang memberi penekanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial serta emosi. Mata pelajaran ini juga bertujuan untuk menjadikan murid-murid lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kecergasan dan kesihatan dalam kehidupan seharian mereka.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI KSSR atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah menjadi topik bualan tatkala ini. Ini adalah kerana KSSR merupakan pengganti kepada sistem kurikulum yang sedia digunapakai iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

KSSR merupakan rentetan daripada ucapan Perdana Menteri Malaysia ke 6 dalam Perhimpunan agung UMNO menuntut supaya sistem pendidikan negara memberi penekanan lebih kepada proses membangunkan modal insan yang menyeluruh, menghasilkan pelajar yang celik minda, membentuk warga Malaysia yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul Al-Bab sejajar dengan kehendak globalisasi.

Terdapat banyak perubahan dalam KSSR yang telah rasminya digunapakai pada tahun 2011 dan tidak terkecuali subjek Pendidikan Jasmani yang turut menjalani proses penambaikan. Penambahbaikan yang telah dibuat bertujuan untuk memenuhi hasrat

Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum pendidikan Jasmani ini dipercayai dapat menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat, cerdas dan cergas.

Selain itu, KSSR Pendidikan Jasmani bertujuan membina murid menjadi individu yang cerdas, cergas dan sihat serta berpengetahuan, berkemahiran, dan mengamalkan nilai-nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup. Secara amnya, KSSR Pendidikan Jasmani terbahagi kepada 2 modul iaitu modul kemahiran dan modul kecergasan yang merangkumi 5 aspek utama pembelajaran seperti :

Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan Dalam Aspek 1 ini, murid-murid perlu menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui : 1. Konsep pergerakan.

2. Pergerakan asas yang melibatkan pergerakan dan kemahiran motor, manipulasi alatan, dan pergerakan berirama. 3. Gimnastik asas. 4. Akuatik asas. 5. Rekreasi dan kesenggangan.

Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan Menerusi Aspek 2 ini, murid-murid perlu atau dapat mengaplikasikan pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran mereka serta dapat mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan perkara-perkara seperti berikut : 1. Konsep pergerakan. 2. Pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor, bukan lokomotor manipulasi alatan, serta pergerakan berirama. 3. Gimnastik asas. 4. Akuatik asas. 5. Rekreasi dan kesenggangan.

Aspek 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Melalui Aspek 3, diharapkan murid-murid dapat atau berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan serta prestasi fizikal yang merangkumi : 1. Konsep kecergasan, dan 2. Komponen kecergasan berasaskan kesihatan seperti kapasiti aerobik, kekuatan, kelenturan, dan daya tahan otot, serta komposisi badan.

Aspek 4 : Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan Menerusi Aspek 4, murid-murid perlu mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan serta prestasi fizikal yang merangkumi : 1. Konsep kecergasan, dan 2. Komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kekuatan, kelenturan, dan daya tahan otot, serta komposisi badan.
4

Aspek 5 : Kesukanan Dalam Aspek 5, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani melalui elemen keselamatan, konsep psikologi dan sosiologi, prinsip serta strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang merangkumi : 1. Keselamatan dan pengurusan. 2. Tanggungjawab kendiri. 3. Interaksi sosial, dan 4. Dinamika kumpulan.

ASPEK-ASPEK YANG TERKANDUNG DALAM MODUL KEMAHIRAN KSSR PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2

Dalam modul kemahiran KSSR tahun 2 terkandung 3 aspek yang perlu diberi perhatian antaranya ialah Aspek 1 kemahiran pergerakan, Aspek 2 aplikasi pengetahuan dalam pergerakan dan aspek 5 kesukanan.

Untuk Aspek 1 seperti mana yang terkandung di dalam Dokumen Standard Pendidikan Jasmani Tahun 2, mengkehendaki murid-murid menguasai semua corak pergerakan serta kemahiran motor untuk melakukan aktiviti fizikal melalui pemahaman konsep sebenar pergerakan seperti melakukan pergerakan ke ruang am(ruang yang telah ditetapkan oleh guru) serta dapat meningkatkan kelajuan pergerakan semasa bergerak di ruang bebas. Objektif aktiviti yang perlu dicapai dalam konsep pergerakan ini ialah murid berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan kesedaran ruang

seperti aktiviti meniru gaya pergerakan haiwan.

Selain itu, Aspek 1 juga mendedahkan murid-murid kepada aktiviti-aktiviti pergerakan asas seperti pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama. Dalam aktiviti pergerakan lokomotor, murid-murid akan diajar aktiviti-aktiviti pergerakan yang melibatkan perubahan kedudukan dari satu titik ke titik kedudukan yang lain seperti melakukan pergerakan asas berjalan, berlari, mencongklang, menggelongsor, melompat 2 belah kaki, melompat sebelah kaki, skip dan melonjak. Manakala untuk pergerakan bukan lokomotor pula murid-murid akan diajar melakukan aktiviti setempat seperti pergerakan fleksi badan, meregang, membuai, meringkuk, mengilas, memusing, menolak, menarik, mengayun, dan mengimbang. Untuk aktiviti manipulasi alatan atau erti kata lain aktiviti pengenalan kepada penggunaan alatan asas Pendidikan Jasmani seperti pundi kacang, bola getah, bola sepak, belon, raket, bat sofbol, dan sebagainya. Murid-murid akan didedahkan dengan aktivitiaktiviti melambung, menyambut, menggolek, menendang, menyerkap, melantun, membaling, menangkap, memukul dan mengelecek. Seterusnya murid-murid akan diajar mengenai pergerakan berirama dimana dalam aktiviti ini murid-murid perlu melakukan rangkaian atau variasi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan mengikut
6

tempo atau syarat yang ditetapkan oleh guru sebagai contoh aktiviti Ikut Ketua Dengan Muzik dimana murid-murid harus bergerak mengikuti tempo yang ditetapkan iaitu tempo yang laju murid harus bergerak laju manakala tempo yang lambat murid harus bergerak perlahan.

Seterusnya dalam Aspek 1, murid-murid akan diajar mengenai gimnastik asas. Dalam tema ini murid-murid akan diajar melakukan teknik hamburan dan pendaratan dengan lakuan yang betul seperti menghambur dengan kedua-dua belah tangan dengan pelbagai arah dan melakukan hambur di atas peti lombol dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki dengan lutut difleksi atau dibengkokkan untuk menyerap daya dan beban. Selain itu, murid-murid turut diajar pergerakan yang memerlukan imbangan serta sokongan badan seperti melakukan imbangan di atas garisan dan peralatan seperti kerusi kantin dan sebagainya. Selain itu, murid akan diajar melakukan imbangan dengan satu, dua, dan tiga tapak sokongan yang menggunakan anggota badan secara berpasangan seperti dalam tajuk Tarian Patung dan Jom Imbang serta melakukan variasi pergerakan lokomotor dan imbangan statik atau pegun mengikut alunan muzik. Selain itu juga murid-murid turut diajar melakukan teknik putaran seperti aktiviti guling sisi dan guling hadapan dengan lakuan yang betul.

Dalam Aspek 1 juga menekan tema akuatik asas. Murid-murid akan didedahkan kepada penguasaan kemahiran keyakinan dan keselamatan di air seperti aktiviti melakukan aktiviti kemahiran apungan lentang dan berdiri dalam air dari posisi apungan lentang. Selain itu, murid-murid turut diajar kemahiran asas renang seperti melakukan tendangan keribas dengan lakuan yang betul. Namun begitu, pelaksanaan tema ini tidak dapat dilakukan secara menyeluruh kerana tidak semua sekolah yang mempunyai kolam renang sendiri.

Elemen terakhir dalam Aspek 1 ialah reakrasi dan kesenggangan di mana dalam tema ini murid-murid akan didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang berunsurkan rekreasi dan aktivti-aktiviti yang boleh dilakukan ketika masa senggang. Di dalam elemen ini murid-murid akan diajar tajuk Kenal Arah, Menjejak Arah, Galah Panjang, dan Rondas yang memerlukan murid-murid menggunakan konsep jam sebagai pandu arah semasa
7

melakukan aktiviti menjejak dan mencari harta karun, melakukan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai semasa melakukan aktiviti reakrasi serta menggunakan kemahiran mencongklang, memukul, membaling, menangkap, semasa melakukan permainan tradisional dan rekrasi.

Aspek kedua yang terkandung dalam modul kemahiran ialah Aspek 2. Aspek 2 ini mengkehendaki murid-murid mengaplikasikan segala pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam proses pembelajaran mereka serta mengembangkan lagi kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti fizikal.

Aspek 2 tidak banyak bezanya dengan elemen-eleman yang tekandung di dalam Aspek 1 cuma perbezaan itu diperlihatkan dalam standard pembelajaran yang tidak berbentuk praktikal contohnya untuk elemen yang pertama iaitu konsep pergerakan murid-murid hanya perlu atau dapat membezakan pergerakan mengikut ruang, membezakan pergerakan mengikut tempo dan mengenal pasti perlakuan yang boleh meningkatkan kelajuan seperti berjalan dan berlari.

Selain itu, Aspek 2 ini memerlukan murid-murid mengenal pasti ciri-ciri perlakuan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor, mengenal pasti kepentingan fleksi dalam pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor, serta menyatakan postur badan yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor seperti yang terdapat dalam tajuk mengayun dan mengimbang. Seterusnya Aspek 2 turut

mengkehendaki murid-murid memahami konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasi alatan seperti menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek dalam tajuk Melambung, Melantun, dan Menyambut, mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan dalam tajuk Menangkap Bola, mengenal pasti titik kontak pada objek yang dipukul atau ditendang dalam tajuk Tendang dan Tendang, Pukul Belon Lagi dan Menggolek bola, serta mengenal pasti perlakuan menggunakan tangan, kaki dan alatan yang bergerak untuk menghentikan objek. Selain itu, muridmurid perlu mengaplikasikan konsep pelbagai corak pergerakan mengikut lagu kanakkanak seperti yang disenaraikan iaitu membezakan kelajuan pergerakan yang sesuai

mengikut tempo dan mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai dalam satu rangkaian pergerakan mengikut tempo.

Elemen seterusnya ialah gimnastik asas. Di dalam elemen ini murid-murid harus memahami konsep hambur dan pendaratan sekali gus dapat mengenal pasti postur yang betul semasa hambur dan mendarat. Selain itu, murid-murid harus mengetahui kepentingan sesuatu keluasan tapak sokongan, mengenal pasti perkaitan antara aktiviti imbangan dengan sokongan serta menyatakan situasi-situasi dalam kehidupan harian yang melibatkan aktiviti imbangan dalam pergerakan motor. Seterusnya murid-murid akan memahami konsep putaran dalam pergerakan sperti menyatakan variasi atau kepelbagaian guling hadapan dan mengenal pasti postur badan semasa melakukan guling hadapan.

Elemen keempat iaitu kemahiran asas renang, murid-murid akan faham akan konsep keyakinan dan keselamatan dalam air seperti mereka akan mengetahui peraturan di dalam kolam renang , mengetahui postur badan semasa melakukan apungan lentang serta mengetahui teknik dirian yang betul selepas apungan lentang.

Perkara yang terakhir dalam Aspek 2 ini ialah elemen rekreasi dan kesenggangan. Di dalam elemen ini murid-murid akan menjana kreativiti mereka dalam aktivti rekreasi dan kesenggangan seperti menegetahui konsep jam untuk mencari arah dalam aktiviti menjejak dan mencari harta karun, mentafsirkan maklumat yang diterima ketika melakukan aktiviti pandu arah serta menyenaraikan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor dalam permainan tradisional yang diajar iaitu galah panjang dan rondas.

Aspek terakhir dalam modul kemahiran ialah Aspek 5 iaitu aspek kesukanan. Dalam Aspek 5 ini penekanan diberikan kepada standard kandungan seperti keselamatan dan pengurusan, tanggungjawab kendiri, interaksi sosial, dan dinamika kumpulan. Untuk standard kandungan yang pertama iaitu keselamatan dan pengurusan murid-murid akan diajar cara bagaimana menyediakan diri dan kesesuaian pakaian ketika mengikuti aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani contohnya penggunaan pakaian seragam sekolah adalah tidak sesuai untuk melaksanakan sebarang aktiviti pendidikan jasmani. Melakukan
9

aktiviti dalam ruang yang selamat serta mengenal pasti alatan yang selamat untuk digunakan ini kerana keselamatan itu amat penting bagi mengelakkan sebarang kemalangan. Seterusnya murid-murid akan didedahkan kepada cara menggunakan alatan mengikut peraturan penggunaan dan fungsi sesuatu alatan itu dengan betul dan muridmurid akan diterapkan nilai mematuhi peraturan keselamatan di tempat mereka melakukan aktiviti.

Elemen yang kedua iaitu tanggungjawab kendiri, dalam elemen ini terdapat 3 perkara yang perlu diterapkan dalam diri murid-murid antaranya ialah menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang sedang dijalankan serta murid-murid harus menerima segala apa cabaran yang datang dan berasa seronok ketika melakukan aktiviti selain menerima segala apa keputusan sama ada menang atau kalah dalam permainan.

Elemen yang ketiga pula menyentuh berkaitan interaksi sosial di mana muridmurid haruslah berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal seperti sentiasa berkomunikasi antara rakan, guru, dan ahli kumpulan semasa mereka melakukan aktiviti fizikal.

Manakala elemen terakhir ialah dinamika kumpulan. Dalam elemen ini, muridmurid ditekankan kepada hubungan interpersonal di mana mereka berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan yang dibentuk seperti muridmurid memilih sendiri rakan untuk membentuk kumpulan, melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan rasa seronok serta dapat bekerjasama antara satu sama lain di dalam sesebuah kumpulan.

10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2

Kelas Masa Bil. murid Tema Tajuk

: 2 Arif : 7:45 pg-8:15 pg (30 minit) : 40 orang ( 20 L,20 P ) : Rekreasi dan kesenggangan : Rondas

Standard Pembelajaran

: 1.11.3

Menggunakan kemahiran memukul, membaling dan menangkap semasa melakukan permainan tradisional.

2.10.2 5.1.4 5.2.3

Menyenaraikan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor dalam permainan tradisional. Menggunakan alatan mengikut peraturan penggunaan dan fungsi alatan dengan betul. Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permaianan.

Objektif Pembelajaran EMK BBB

: Murid berkebolehan bermain permainan rondas. : Keusahawanan Sikap keusahawan : bat sofbol (4), bola tenis (4), skitel kecil (4), skitel besar (4), dan bes (4).

11

Fasa/masa

Aktiviti

Isi / fokus pembelajaran Berlari atas bebola kaki. Hayunkan tangan sambil membengkokkan siku. Mata pandang arah pergerakan.

Organisasi

Catatan

Memanaskan badan

1. Lari keretapi Berdiri dalam satu barisan lurus. Berlari sebanyak 2 pusingan gelanggang.

Guru memastikan Murid berlari dengan bersungguh sungguh.

3 minit

2. Lompat bintang Ulang pelakuan sebanyak 10 kali.

Berdiri dalam satu barisan lurus. Tangan berada di sisi. Lompat sambil membuka kaki seluas bahu dan tapak tangan dirapatkan di atas kepala.

12

Penyampaian standard pembelajaran

Langkah 1 : Kemahiran membaling dan menyambut dalam kumpulan. Murid dibahagi kepada 8 kumpulan. Jarak : 5 meter 5 kali percubaan

Pembaling : Berdiri atas bebola kaki. Siku diluruskan. Satu kaki berada di hadapan Badan dicondongkan ke hadapan. Mata pandang arah balingan (rakan). Membaling bola tenis secara balingan under arm kepada rakan.

Guru membimbing dan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid.

10 minit

Penyambut : Buka kaki seluas bahu. Siku dan lutut dibengkokkan. Badan dicondongkan ke hadapan. Mata pandang bola. Sambut balingan sambil menyerap daya.

13

Langkah 2 : Kemahiran memukul dalam kumpulan. Murid di bahagi kepada 4 kumpulan. 5 kali percubaan.

Pemukul : Berdiri secara sisi dengan bola. Buka kaki seluas bahu. Mata pandang arah bola. Siku diluruskan. Genggaman tangan dirapatkan. Gengaman tangan kiri berada di bawah manakala gengaman tangan kanan berada di atas. Hayunkan kayu ke belakang dan pukul bola yang terletak di atas skitel.

Guru membimbing dan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid.

14

Permainan kecil 14 minit

Main Rondas Murid dibahagi kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan bertindak sebagai pemukul dan satu kumpulan pemadang. Pemukul memukul bola yang dibaling oleh wakil pemadang. Selepas memukul, pemukul berlari ke tapak 1, 2, atau 3.

Pemukul : Berdiri secara sisi dengan bola. Buka kaki seluas bahu. Mata pandang arah bola. Genggaman tangan dirapatkan. Hayunkan kayu ke belakang dan bersedia untuk memukul bola. Pembaling : Berdiri atas bebola kaki. Satu kaki berada di hadapan Mata pandang arah balingan (rakan). Membaling bola tenis secara balingan under arm kepada pemukul. Pemadang : Berdiri di atas bebola kaki. Mata pandang arah bola.
1

Guru Memastikan kawasasan


3 2

permaianan selamat Peralatan dikendalikan dengan selamat. Murid Murid mengikut peraturan permainan. Elakkan daripada membaling bad selepas membuat pukulan.

Satu pusingan larian lengkap Siku diluruskan. dikira 1 mata. Kumpulan pemadang menahan atau menangkap bola. Pertukaran peranan berlaku apabila 3 pemain kumpulan pemukul mati. Kumpulan yang mempunyai mata terbanyak dikira pemenang.

15

Penutup 3 minit

1. Tarik nafas : Berdiri dalam formasi ladam kuda.

Berdiri tegak dan buka kaki seluas bahu. Bongkokkan badan ke hadapan sambil menyilangkan tangan Tarik nafas sambil mendepakan tangan. Hembus nafas. Ulang perlakuan sebanyak 3 kali.

2. Perbincangan : Berdiri dalam formasi ladam kuda. Apakah permainan yang dimainkan ?. Rondas. Apakah aktiviti lokomotor yang dikakukan ?. Berlari. Apakah aktiviti bukan lokomotor yang dilakukan ?. Memukul. Membaling

16

KESIMPULAN

Subjek Pendidikan Jasmani di peringkat sekolah

sangat membantu dalam proses

melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Selain itu, Pendidikan Jasmani di setiap peringkat ini juga dapat melahirkan masyarakat yang sihat fizikal dan mental seterusnya dapat memajukan negara dalam semua bidang sekali gus dapat menaikkan nama negara di mata dunia. Tanpa subjek Pendidikan Jasmani di sekolah nescaya senaman yang dilakukan akan silap dan tidak memenuhi aspek keselamatan. Ini akan menyebabkan masyarakat kurang berminat untuk bersenam dan merupakan antara punca kemerosotan gaya hidup sihat di negara kita.

Selain itu, etika dalam sukan juga sangat penting bagi melahirkan modal insan yang rasional dalam membuat keputusan walau apa jua keadaan yang berlaku. Inilah pentingnya subjek Pendidikan Jasmani diajar disekolah. Di sinilah peluang guru-guru untuk mendidik generasi akan datang supaya bertindak rasional semasa bersukan dan sekaligus mempraktikkan etika-etika dalam sukan yang sebenar, seperti contoh

mengucapkan tahniah kepada pihak lawan walaupun kita kalah dalam perlawanan tersebut. Jika keadaan ini berlaku dengan jayanya, saya percaya perkara-perkara buruk yang tidak diingini sehingga merosakkan reputasi negara seperti pergaduhan dalam permainan bola sepak antara pemain dengan pemain atau penyokong dengan penyokong dapat diatasi.

Dengan adanya Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini diharapkan suasana kelas Pendidikan Jasmani berubah ke arah yang lebih gemilang dan dapat memberi impak yang maksimum dalam proses merealisasikan segala impian dan hasrat negara kita, Malaysia.

17

Rujukan

Teng Boon Tong, (2001). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Selangor : Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Vasudevan T. Arasoo, (1985). Asas Pendidikan Jasmani. Selangor : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Wee Eng Hoe, (1998). Pengenalan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Selangor : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, (2011). Dokumen Standard KSSR Pendidikan Jasmani. Putrajaya : Kemeterian Pelajaran Malaysia Internet :
http://www.scribd.com/doc/54928459/2011-Pengenalan-KSSR http://www.moe.gov.my/bpk/kssr_docs/01_Konsep_KSSR/Konsep%20KSSR.pdf

18

Anda mungkin juga menyukai