Anda di halaman 1dari 28

PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEM 4 / 2012

HBPE 1103 (SMP)

PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI (SMP)

NO MATRIK NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MAIL PUSAT PEMBELAJARAN LEARNING

820131095198001 : 820131095198

: :

0195474475 rizuana_skjb@yahoo.com.my : SEAMEO RECSAM

CENTRE

Pengenalan Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai. Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai. Standard pembelajaran merupakan penetapan kriteria atau indikator pencapaian setiap standard kandungan. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah juga digubal dengan mengekalkan prinsip-prinsip Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Jasmani dan menggunakan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Murid Sekolah oleh International Council for Health, Physical Education, Recreational-Sports And Dance (ICHPER-SD) sebagai panduan. Kandungan kurikulum ini juga masih mengekalkan tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Penggubalan Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah adalah bertujuan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani Kurikulum ini menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas. Kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan 60.1% rakyat Malaysia tidak melakukan aktiviti yang aktif dan menghadapi pelbagai risiko penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi (Noncommunicable Disease Section - Disease Control Divison, 2006). Justeru, tahap kecergasan murid ditingkatkan melalui amalan dan pengetahuan Pendidikan Jasmani sejak awal lagi. Guru yang mengajar Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam pergerakan dan kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antaranya melibatkan disiplin pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal, fisiologi senam, psikologi sukan, sosiologi sukan, estetika dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dengan menekankan aspek keselamatan. MATLAMAT Kurikulum Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup. OBJEKTIF Kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah bertujuan membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut :1. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul berdasarkan konsep pergerakan; 2. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor; 3. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan; 4. mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan; 5. memerihal kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;

6. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal; 7. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat; 8. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan 9. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan. FOKUSMATAPELAJARAN Terdapat tiga fokus Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani untuk murid Tahun Dua iaitu: membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor; memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan; dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal. Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua merupakan dokumen pembelajaran untuk satu tahun persekolahan yang diorganisasi secara modular mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berdasarkan kurikulum modular, kandungan dikelompokkan kepada bahagian-bahagian yang dinamakan sebagai modul. Modul merangkumi kandungan pembelajaran dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai dan dicapai. Kurikulum Pendidikan Jasmani Tahun Dua dibina berasaskan lima aspek iaitu:Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan Melalui Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:1. konsep pergerakan, 2. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama, 3. gimnastik asas, 4. akuatik asas, dan 5. rekreasi dan kesenggangan. Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:1. konsep pergerakan, 2. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama, 3. gimnastik asas, 4. akuatik asas, dan 5. rekreasi dan kesenggangan. Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan

Melalui Aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:1. konsep kecergasan, dan 2. komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan. Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan Melalui Aspek 4, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:1. konsep kecergasan, dan 2. komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan. Aspek 5: Kesukanan Melalui Aspek 5, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:1. keselamatan dan pengurusan, 2. tanggungjawab kendiri, 3. interaksi sosial, dan 4. dinamika kumpulan Kandungan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua adalah setara dengan pencapaian objektif psikomotor, kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Bagi tujuan pengajaran kemahiran, guru menggunakan Modul Kemahiran yang terdiri daripada Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5 secara serentak. Manakala untuk pengajaran kecergasan, guru menggunakan Modul Kecergasan yang terdiri daripada Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5 secara serentak. Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan aspek yang telah ditetapkan. Dalam komponen kemahiran bagi Tahun 2 terdiri daripada: 1. Aspek 1 iaitu Kemahiran Pergerakan 2. Aspek 2 iaitu Aplikasi Pengetahuan dalam Pergerakan 3. Aspek 3 iaitu Kesukanan Secara terperincinya dalam komponen kemahiran bagi Tahun 2 iaitu aspek 1 dan 2. Aspek 1:Kemahiran Pergerakan Standard Kandungan 1.1 Konsep pergerakan. Iaitu Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan. Dalam konsep pergerakan ini terdapat beberapa tema iaitu:

Kesedaran Ruang Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan kesedaran ruang . Kelajuan Pergerakan

Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan kelajuan Menggelonsor Berkebolehan melakukan pergerakan menggelonsor berdasarkan konsep pergerakan Melompat sebelah kaki (Hopping) Berkebolehan melakukan kemahiran melompat sebelah kaki dengan betul.

1.2 Pergerakan Asas iaitu Pergerakan Lokomotor. Iaitu Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan lakuan yang betul. Terdapat beberapa tema iaitu: Berjalan Berkebolehan melakukan kemahiran berjalan pelbagai arah.

Berlari Berkebolehan melakukan kemahiran berlari pelbagai arah dan kelajuan.

Mengcongklang Berkebolehan mengcongklang pelbagai arah dengan lakuan yang betul

Melompat Berkebolehan melakukan kemahiran melompat pada satu jarak dengan betul.

Melompat Ayunan Tali Berkebolehan melompat tali yang di ayun oleh dua rakan.

1.3

Pergerakan Asas iaitu Pergerakan Bukan Lokomotor. Iaitu Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan bukan lokomotor asas dengan lakuan yang betul.

Terdapat beberapa tema iaitu: Mengilas dan Memusing Berkebolehan melakukan aktiviti mengilas dan memusing. Menolak dan menarik Berkebolehan melakukan aktiviti menarik dan menolak.

Mengayun dan Mengimbang Berkebolehan melakukan pelbagai aktiviti mengayun dan mengimbang

1.4

Manipulasi Alatan. Iaitu Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul.

Terdapat beberapa tema iaitu: Pukul Belon Lagi Berkebolehan memukul belon ke atas dan ke hadapan dengan menggunakan pemukul berlengan pendek. Mengelecek Bola Menggunakan Tangan Berkebolehan mengelecek bola dengan menggunakan tangan dengan lakuan yang betul Kelecek Bola Dengan Kaki Berkebolehan mengelecek bola menggunakan kaki dengan lakuan yang betul

Gerak Edar Gurau Senda Berkebolehan melakukan pelbagai gerak edar mengikut irama

1.5 Pergerakan Berirama iaitu Berkebolehan melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut lagu kanak-kanak. Terdapat beberapa tema iaitu:

Gerak Dengan Skarf

Berkebolehan melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dengan scarf mengikut irama. Rangkaian Kreatif

Berkebolehan melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut irama. Mari Bergerak

Berkebolehan melakukan pergerakan mengikut lagu kanak-kanak

Gimnastik Asas 1.6 Hambur dan Mendarat iaitu Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan Mendarat dengan lakuan yang betul 1.7 Kawalan Badan dan Sokongan iaitu Berkebolehan melakukan pergerakan yang memerlukan imbangan dan sokongan badan. 1.8 Putaran iaitu Berkebolehan melakukan kemahiran putaran dengan lakuan yang betul. Akuatik Asas 1.9 Keyakinan dan Keselamatan dalam Air iaitu menguasai kemahiran keyakinan dan keselamatan di air. 1.10 Renang Asas iaitu menguasai kemahiran asas renang dengan lakuan yang betul. Rekreasi Dan Kesenggangan 1.11 Rekreasi dan Kesenggangan iaitu melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi dan Kesenggangan

Aspek 2: Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan Standard Kandungan Konsep Pergerakan 2.1 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan. Di mana dapat membezakan ruang,tempo dan mengenalpasti peningkatan kelajuan.

Pergerakan Asas 2.2 Pergerakan Asas iaitu Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor iaitu berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan dalam melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Di mana dapat mencirikan kedua pergerakan tersebut di samping menyatakan kepentingan serta postur badan yang betul semasa melakukan pergerakan. 2.3 Kemahiran Manipulasi Alatan iaitu memahami konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasi alatan. Di mana dapat menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dan objek di samping mengenalpasti postur badan dan titik kontak objek. 2.4 Pergerakan Berirama iaitu mengaplikasikan konsep pelbagai pergerakan mengikut lagu kanak-kanak. Di mana dapat mengenal pasti perlakuan dan pergerakan ,membezakan kelajuan mengikut tempo. Gimnastik Asas 2.5 Hambur dan Pendaratan iaitu memahami konsep hambur dan pendaratan. Di mana dapat mengenalpasti postur badan yang betul. 2.6 Kawalan Badan dan Sokongan iaitu mengetahui konsep kawalan badan dalam pergerakan. Di mana mengenal pasti kepentingan keluasan dan perkaitan imbangan serta situasi dalam kehidupan seharian. 2.7 Putaran iaitu memahami konsep putaran dalam pergerakan. Di mana mentakan variasi dan mengenalpasti postur badan semasa melakukan pergerakan. Akuatik Asas 2.8 Keyakinan dan Keselamatan dalam Air iaitu memahami konsep keyakinan dan keselamatan dalam air.Di mana dapat mengenal pasti peraturan,ostur badan dan titik dirian. 2.9 Kemahiran Asas Renang iaitu mengetahui kemahiran asas renang. Di mana mengenal pasti postur semasa melakukan tendangan keribas. 2.10 Rekreasi dan Kesenggangan iaitu menjanakan kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan. Di mana mengenal pasti konsep jam,mentafsir maklumat dan menyenaraikan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor. Aspek 5: Kesukanan 5.1 Keselamatan dan Pengurusan iaitu mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan 5.2 Tanggungjawan Kendiri iaitu mempunyai keyakinan,dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.3 Interaksi Sosial iaitu berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.4 Dinamika Kumpulan iaitu berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan tersebut.

Dalam aspek 1 yang terdiri dari pergerakan lokomotor,bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Di mana ketiga-tiga komponen tersebut sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan murid. DEFINISI Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretapi. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Sebagai contoh, berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

1. Melompat Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialah dengan melonjakkan kaki daripada lantai dan mendarat keduadua belah kaki dengan serentak.

2. Lompat Skip Merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan melompat ketingting. Cara melakukan ketingting ialah dengan langakh satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan kaki yang sama. Seterusnya langkah kaki sebelah lagi ke depan dan ketingting menggunakan kaki yang sama. Corak pergerakannya ialah dengan memindahkan berat badan di atas kaki secara berselang seli.

3. Lompat Galop Lompat gallop merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki mendahului pergerakan secara cepat.

4. Melantun Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah atau badan bergerak ke depan dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan. Sebagai contoh permainan bola tampar.

5. Melungsur Pergerakan melungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki belakang. Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului pergerakan.

Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Selain itu, pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar. Contohnya melambung, membaling, menggolek(seperti menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (seperti menggunakan kompang). Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi dan sebagainya.

CONTOH CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

1. Menghayun Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik tengah yang tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula

yang dilakukan dengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang

2. Membengkok Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan lahan menegakkan badan

3. Memusing Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalam keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan.

4. Mendekam Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat dan dekam dengan tangan menyentuh lantai

5. Menyokong Dalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah penting kerana adanya kestabilan. Terdapat beberapa teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi, sokongan dua lutut, sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan dua tangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu tangan satu kaki, sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya.

6. Membengkok Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari tangan, kaki, siku dan lutut.

Manakala sendi bola dan soket terdapat di pinggul dan sendi yang menghubungkan lengan atas dan bahu.

7. Meregang Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi bermaksud pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat. Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180.

8. Mengilas Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia atas suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalam arah bulatan sahaja. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.

9. Memusing Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat.

10. Menolak dan Menarik Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu dan pinggul. Manakala menarik adalah mendekatkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

11. Rebah Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat dan perlahan. Rebah yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat. Sebaliknya jika rebah keseluruhan terjadi apabila

pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.

12. Bangkit Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.

13. Melantun Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma pantas dan berterusan. Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas. Sebagai contoh, pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas antaranya Merangkak dan membongkok dan berjalan. Membaling dan hayunan dengan tangan dibengkokkan dengan satu atau lebih langkah berjalan atau berlari. Mendekam dan rebah serta membongkok, menolak dan menyokong. Menguak dan menolak serta menarik ke kiri dan kanan.

MANIPULASI ALATAN

Manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk sesuatu pergerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alatan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alatan dapat meningkatkan koordinasi anggota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain. Manipulasi alatan mestilah melibatkan objek seperti pundi kacang, melantun bola sambil berjalan, berjalan sambil mengimbang bola di kaki, skipping sambil berlari, menggerakkan reben dan memusingkan gelung dengan tangan.

Penutup dan Rumusan

Akhir sekali Kurikulum merupakan suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran,kandungan struktur bidang ataupun kursus yang menjurus kepada satu-satu bidang berdasarkan kedapa kandungan pelajaran yang ditetapkan oleh sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani KSSR. Ia menekankan keupayaan dan perkembangan dan pertumbuhan murid. Oleh demikian aspek pembelajaran yang terdapan dalam komponen kemahiran bagi Tahun 2 merupakan tunjang utama dalam menentukan perkembangan dan pertumbuhan murid. Kurikulum Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Dua perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam pergerakan dan kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antaranya melibatkan disiplin pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal, fisiologi senam, psikologi sukan, sosiologi sukan, estetika dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dengan menekankan aspek keselamatan.

LAMPIRAN

CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI PERGERAKAN ASAS

1.0 AKTIVITI / LATIHAN

BUKAN LOKOMOTOR Menolak dan menarik tangan Memusing Membengkok Menghayun tangan Rebah

+ + + + + +

LOKOMOTOR Berjalan ke hadapan Bergerak ke sisi Melompat Berlari Berguling

+ + + + + +

ALATAN Membaling bola Membawa kon Membawa tali Melantun bola Mendakap pundi kacang

1) MENOLAK DAN MENARIK + BERJALAN KE HADAPAN + MEMBALING BOLA

2) MEMUSING + BERGERAK KE SISI + MEMBAWA KON

3) MEMBENGKOK + MELOMPAT + MEMBAWA TALI

4) MENGHAYUN TANGAN + BERLARI + MELANTUN BOLA

5) REBAH + BERGULING + MENDAKAP PUNDI KACANG

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2


Tahun / Kelas Masa Hari Modul 2 Raflesia 7.40 8.10 pagi ( 30 minit ) Rabu Rekreasi dan Kesenggangan

Tajuk Standard Kandungan

Kenal Arah Berkebolehan mengenal pasti arah berdasarkan konsep jam

1.11.1 menggunakan konsep jam sebagai pandu arah semasa melakukan aktiviti menjejak dan mencari harta karun. 2.10.1mengenal pasti konsep jam untuk mencari arah dalam aktiviti menjejak dan mencari harta karun 5.2.2 menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti. 1. memanaskan badan 2. penyampaian standard pembelajaran - Mengenal arah 3. Permainan kecil. - Menjejak arah 4. Menyejukkan badan. 5. Pentaksiran 1. Kreativiti dan inovasi 2. Nilai murni 1. kad check point 2. lembaran kerja

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Bahan Bantu Belajar

Aktiviti: 1. Memanaskan badan

Aktiviti: 2. Penyampaian Standard - Penerangan Guru Mengenal arah 1. Berdiri di dalam gelung menghadap guru 2. Menghadap ke arah yang disebut oleh guru berdasarkan konsep jam. 3. Ulang beberapa kali TIPS GURU Pukul 12 menghadap ke hadapan Pukul 3 menghadap ke kanan Pukul 9 menghadap ke kiri Pukul 6 menghadap ke belakang

Aktiviti: 3. Permainan kecil dan persembahan Menjejak Arah 1. Murid dalam kumpulan 2. Setiap kumpulan berada di check point (CP ) yang ditentukan oleh guru. 3. Setiap kumpulan bergerak mengikut arah yang dinyatakan pada setiap check point. 4. Arahan CP adalah seperti berikut: CP 1 Kedudukan murid pada pukul 12.00 menghadap ke pukul 3.00 dan bergerak lima langkah. CP 2 Kedudukan murid pada pukul 12.00 dan bergerak tujuh langkah.

CP 3 Kedudukan murid pada pukul 12.00,menghadap ke pukul 9.00 dan bergerak empat langkah CP 4 Menghadap ke pukul 12.00,bergerak tiga langkah. CP 5 Kedudukan murid pada pukul 12.00,menghadap pukul 3.00,bergerak tujuh langkah. CP 6 Kedudukan murid pada pukul 12.00,menghadap pukul 6.00,dan bergerak tujuh langkah. CP 7 Kedudukan murid pada pukul 12.00,menghadap pukul 9.00 dan bergerak Sembilan langkah. CP 8 Kedudukan murid ke pukul 12.00,menghadap pukul 6.00,bergerak empat langkah. TIPS: Guru menyediakan kad arahan check point

Aktiviti 4: Menyejukkan badan Aktiviti 5: Pentaksiran ( Lembaran kerja )

LEMBARAN KERJA

Nama : .................................................................

Tahun : .................................................................

Arahan: Padankan pukul berapa dengan arah kamu bergerak.

Pukul 6.00 menunjukkan arah

hadapan

Pukul 3.00 menunjukkan arah

belakang

Pukul 12.00 menunjukkan arah

kanan

Pukul 9.00 menunjukkan arah

kiri

RUJUKAN

www.kedah.edu.my/akademik/index.php? option=com_phocadownload&view=...

Buku Teks(2011) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

http://www.slideshare.net/QasehSayang/dokumen-standard-kurikulum-pj-thn2

Pergerakan lokomotor, Dimuat turun pada 20 Februari 2012 http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=48023

Pergerakan bukan lokomotor, Dimuat turun pada 20 Februari 2012 http://pergerakanlokomotor.blogspot.com/2010/03/bibliografi-admin-pjm3012-2008.html

Pergerakan lokomotor, Dimuat turun pada 20 Februari 2012

http://pergerakanlokomotor.blogspot.com/

Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor, Dimuat turun pada 20 Februari 2012 http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html

Anda mungkin juga menyukai