Anda di halaman 1dari 9

Tragedi Oktober 2008

Jam dinding bilik guru menunjukkan pukul 4.30 petang. Aku menyusun kembali buku-buku dan
kertas yang berselerakkan di atas mejaku. Memang telah menjadi kebiasaan aku berbuat
demikian setiap hari sebelum pulang ke rumah. Selepas memastikan meja kemas dan tersusun
rapi, aku mencapai beg kerja yang sarat berisi buku latihan pelajar dan terus berjalan menuju
ke kereta.

Aku menekan punat radio, lagu Tragedi Oktober sedang berkumandang. Aku cuba menghayati
senikata lagu itu,. Tajuk lagu tersebut telah mengingatkan aku pada suatu memori sedih ..
Tragedi Oktober 2008.

Tanggal 10 oktober, 12.36 tengahari sewaktu membaca akhbar di ruang tamu aku menerima
suatu mesej

Assalamualaikum cikgu. Sedang buat apa?, cikgu sihat?. Mesej dari pelajarku Fazirul yang
kini sedang mengikuti kursus di Shah Alam untuk persediaan ke Jepun. Fazirul memang kerap
menghubungi aku bertanya khabar

Alhamdulillah, cikgu sihat., terima kasih. Fazirul di mana? sihat?. Balasku

Saya ada di rumah, saya sakit cikgu. Dua hari lepas saya telah menjalani Ujian Imbasan CT
dan MRI Ada ketumbuhan dalam kepala saya. Ketumbuhan itu di luar otak tetapi telah menolak
otak saya. Minggu depan saya akan menjalani rawatan lanjutan di Hospital Kuala Lumpur.

Terpaku aku menatap mesej itu. Aku baca berulang kali., seperti tidak mahu percaya pada apa
yang aku baca.

Fazirul jangan begini, tolong jangan bergurau dengan cikgu .

Perasaanku cemas menunggu jawapan daripada Fazirul. Aku amat berharap agar Fazirul
hanya bergurau.

Cikgu jangan sedih dan menangis, mesti kuat semangat seperti saya. Apa-apa maklumat
lanjut saya akan maklumkan nanti. Assalamualaikum

Aku terduduk kaku. Nafasku seakan terhenti seketika. Air jernih mula mengenang di kelopak
mata. Agak lama aku begitu, namun pesanan dari Fazirul tadi telah menguatkan semangatku.
Aku segra menghubungi Cikgu Latipah, guru kelasnya semasa di tingkatan lima. Cikgu Latipah,
begitu terperanjat., kami sama-sama sebak.

Malam itu begitu sukar bagiku memejamkan mata. Pelbagai persoalan

bermain di minda.

Mampukah dia menerima semua ini? Mampukah dia bertahan?. Mengapa nasibnya begini?.
Namun aku akur pada ketentuan Allah yang mengetahui dan menentukan segalanya.

Lamunanku berterusan Berikut saya bacakan nama-nama pelajar yang telah terpilih sebagai
pembimbing bagi mata pelajaran Matematik Tambahan. Ada seramai sepuluh orang semuanya,
Aidil, Amal Safwan, Fazirul, Nazmi, Khaliliah, Azri, Zaidi, Iqbal , Izzati dan Hazirah. Tahniah dan
saya berharap kamu semua dapat menjadi pembimbing yang berkualiti Sila berdiri semuanya
dan yang lain berikan tepukan.

Fazirul, pelajar yang berkulit cerah, tinggi, memiliki rambut dan kening yang lebat adalah
merupakan anak bongsu Yang Di Pertua Persatuan Ibubapa sekolahku. Perubahan sikap

Fazirul begitu ketara selepas itu. Dia memberikan sepenuh tumpuan sewaktu pengajaran yang
akhirnya terpilih sebagai ahli Kelab Elit yang menjadi impian ramai pelajar lain.

Paling ketara, Fazirul amat ikhlas membimbing rakan. Bakat kepimpinannya begitu terserlah.
Dia berusaha memastikan rakan yang dibimbingnya benar-benar faham. Berkat usahanya
serta doa daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan, Fazirul telah membuat kejutan dalam
Peperiksaan SPM 2007 dengan mendapat 10A.

Fazirul, apa cita-cita awak? tanyaku sewaktu jamuan akhir kelas. Saya nak jadi Jurutera litar
F1 , balasnya

dengan wajah ceria. Kami berbual

agak lama. Dari perbualan itu aku

merasakan Fazirul adalah seorang remaja yang bercita-cita tinggi, berjiwa besar dan
mempunyai wawasan dalam hidupnya. Di sudut hati aku berdoa agar Fazirul mendapat apa
yang diimpikan itu. Selang dua hari kemudiannya aku menerima lagi mesej dari Fazirul.

Cikgu, doktor dah sahkan kanser tahap 4. Ia terlalu besar dan ganas.Telah mula merebak
sedikit ke tulang belakang. Isnin depan saya masuk wad dan akan menjalani rawatan
kimoterapi setiap hari.

Sekali lagi aku terpaku. Aku cuba mententeramkan hati dan perasaan yang tidak menentu. Aku
beristighfar berkali-kali sehingga perasaanku kembali reda. Aku membalas mesej.

Fazirul ingatlah pada kekuasaan Allah yang pengasih lagi penyayang. Hanya insan yang
mampu dan tabah akan diuji sehebat ini. Semoga Allah akan menitiskan kasih sayang dan
belas kasihan

sepanjang Fazirul menjalani rawatan nanti. Tanpa berlengah aku terus

memaklumkan perkara itu kepada pengetua, guru penolong kanan, warden dan guru-guru
yang lain di sekolah.

Pada 14 Oktober, guru penolong kanan memaklumkan yang aku di kehendaki menghadiri
mesyuarat

Penyediaan Takwim 2009 di Port Dickson. Ramai guru lain juga turut terlibat.

Justeru kami merancang untuk melawat Fazirul sebelum mengadiri kursus dan sebelum dia
pergi menjalani rawatan ke Hospital Kuala Lumpur.

Saya risau, apakah dia mampu bertahan dengan kesan sampingan dari rawatan kimoterapi
itu, suaraku semasa kami bersarapan pagi di kantin. Dia akan diberi suntikan yang dijangka
mampu membunuh sel kanser namun pada masa yang sama ia turut membunuh sel yang lain.
Kesan sampingannya begitu dahsyat , sampuk rakanku. Mendengar itu hatiku menjadi begitu
risau.

Selalunya rambut akan gugur, cirit-birit, muntah dan kulit akan kelihatan seperti terbakar malah
ada yang tidak sempat menghabiskan rawatan itu , kata rakanku yang lain. Wah, begitu
menakutkan ! , bisik hatiku.

Petang itu kami pergi ke rumah Fazirul di Bukit Cedang. Kehadiran kami disambut mesra oleh
kedua ibu bapanya. Fazirul di atas, dia baru saja naik mandi, nanti saya panggilkan, jelas
ibunya.

Selang beberapa minit kemudian Fazirul pun muncul. Alanglah terperanjantnya aku melihat
Fazirul. Seperti tidak percaya jejaka segak yang dahulunya sentiasa ceria kini kelihatan tidak
bermaya. Badannya begitu kurus dan mukanya cengkung . Aku hampir menitiskan air mata
memandangnya namun aku dapat mengawalnya.

Fazirul duduk di atas kerusi dengan kedudukan menyerong. Kami difahamkan yang berat
badannya telah turun sebanyak 15 kilogram dalam tempoh 2 bulan, manakala penglihatan mata
sebelah kanannya tidak jelas. Dia hanya menggunakan mata kirinya sahaja untuk melihat.

Kami berbual panjang. Ibu bapanya memaklumkan bahawa selain daripada perubatan moden,
mereka juga berusaha dengan cara perubatan traditional. Sekali sekala ibunya menitiskan air
mata. Suasana begitu menyayat hati.

Sebelum beredar, Aku menghulurkan sedikit sumbangan daripada Persatuan Ibu bapa sekolah
dan tidak lupa juga kami berikan kata perangsang kepada Fazirul dan kedua ibu bapanya. Kami
berpelukkan dengan ibu Fazirul . Aku menatap wajah Fazirul dan memohon izin dari ibunya
untuk memegang pipinya. Rasa kasih dan perasaan keibuan menyelinap dalam jiwaku.

Sekembali dari rumah Fazirul aku terus menghantar masej kepada rakan sekelasnya agar
mereka meluangkan masa untuk datang menziarah Fazirul. Mereka akur dengan permintaanku.

Sepanjang berkursus aku dilanda keresahan memikirkan keadaan Fazirul yang sedang
menjalani rawatan kimoterapi. Aku membaca kembali mesej yang dihantar oleh Fazirul pada
awal paginya.

Cikgu, saya ditempatkan di Klinik Radioterapi , Tingkat 3, Wad 3C bilik nombor 5..

Aku cuba menghubungi Fazirul dan ayahnya, namun tiada balasan. Namun pada sebelah
malamnya aku menerima mesej daripada bapa Fazirul.

Hari ini Fazirul terima rawatan sebanyak 6 botol kimo , 2 botol air dan 1 botol antibiotik. Dia
muntah 2 kali dan tidur keletihan sepanjang hari.

Mesej itu sungguh menyedihkan

dan aku hanya mampu berdoa agar Allah meringankan

penderitaan yang ditanggung oleh Fazirul.

Jarum jam telah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Aku membuka jendela bilik penginapan,.
Suasana hening dan dingin Aku lontarkan pandangan menembusi kelam malam. Bayu malam
membelai wajahku. Ingatanku masih tertumpu pada Fazirul. Lantas aku mencapai pena lalu aku
titipkan sebuah sajak khas untuknya.

Oh Tuhan

Apakah ini takdir darimu

Benarkah ini dugaanmu

Mungkinkah ini kasih dan cintamu

Menjelma wajah itu ..Tergiang suara itu

Hatiku didamba rindu

Tergambar segak tubuh itu

Namun kini lesu . Layu

Perasaan dihuni sayu, pilu

Memori lalu menjengah minda

Kau yang selama ini ku kagumi

Kemesraanmu , kesungguhanmu , kerajinan dan semangatmu

Mempersona hatiku.

Alangkah indah jika dapat menemanimu

Meringankan kesedihan menghapuskan kedukaan

Menghilangkan kesakitanmu

Semoga ada penawar sakitmu

Seandainya itu suratan hidup buatmu

Sabarlah,redalah sayang

Doaku iringkan dalam solatku . saban waktu

Semuga ada kesempatan untuk kita ketemu

Berbicara berutus khabar seperti selalu

Ke mana rawan jiwa dapat dikesampingkan

Fazirul selalu dihati cikgu

Sekembalinya dari mesyuarat, aku terus memperbanyakkan sajak tersebut dan memaparkanya
pada papan kenyataan setiap kelas tingkatan 5. Aku ceritakan apa yang terjadi. Mereka amat
bersimpati dan ada dari kalangan mereka yang mengenali Fazirul. Aku memohon agar mereka
sentiasa mendoakan Fazirul agar cepat sembuh.

Cikgu saya dah berada di rumah. Doktor benarkan saya balik ke rumah selama seminggu
sebelum menyambung rawatan semula.
Segera aku hebahkan berita itu kepada rakan guru. Dan pada hujung minggu tersebut kami
sekali lagi beramai-ramai menziarahnya. Alangkah bersyukurnya bila melihat keadaan Fazirul
yang bertambah sihat dan bertenaga.
Kesan keguguran rambut kelihatan tidak begitu ketara, mukanya kembali bersinar.. Namun
mata kanannya masih lagi tidak dapat melihat dengan baik. Kami di maklumkan bahawa doktor
akan cuba merawat matanya.

Hari-hari seterusnya aku yakin yang Fazirul akan menerima banyak lagi rawatan. Aku berdoa
agar Fazirul akan sentiasa tabah serta sembuh sepenuhnya. Harapanku agar suatu ketika nanti

aku berkesempatan menghantar Fazirul ke Lapangan Terbang Antara Bangsa yang akan
menerbangkannya ke JEPUN.

Coretan Hati
Kalau ada jalan pintas menuju kejayaan.

Perancangan pendahuluan merupakan suatu yang penting bagi kita dalam mencapai sasaran
hidup, Belum cukup hanya dengan memiliki impian dan harapan

malah

kita juga harus

mengetahui bagaimana kita boleh merealisasikannya.

Hal ini melibatkan suatu persiapan yang teliti dalam perancanganya. Sasaran hidup kita adalah
tempat tujuan , kita perlu merancangkan segala hal yang mungkin terjadi dalam perjalanan
hidup ini. Kejayaan tidak terjadi begitu saja.

Apabila kita memutuskan sasaran hidup kita, , janganlah berubah, dan yang boleh berubah
adalah rancangan bagaimana mencapainya Kalau kita tidak boleh mencapai sasarannya
dengan suatu taktik, maka gantikan dengan taktik lain.

Perancangan akan meluruskan jalan dan menyingkirkan segala kebetulan. Kalau ada jalan
pintas menuju kejayaan, maka hal itu adalah perancangan yang tepat. Perancangan seperti ini
akan menghilang kebiasaan menunggu datangnya nasib baik atau kesempatan.
Perancangan tepat akan mengarah anda langsung ke sasaran.
Coretan oleh

AZIZAH MOHAMAD 2009

Anda mungkin juga menyukai