Anda di halaman 1dari 20

Cerpen

Kasihku Persis Mutiara

Tanggal 12 March 2008. Jam dinding bilik guru menunjukkan

pukul 9.30 pagi. Hari ini

keputusan peperiksaan SPM akan keluar. Mengingatkan itu hatiku diburu resah berpanjangan.
Spontan hatiku

terasa rindu. Terlalu rindu pada mereka. Lantas aku bangun dan mencari

sesuatu di dalam beg yang selalu aku bawa ke sekolah. Aku mencapai sekeping sampul surat
berwarna coklat yang tertera dengan perkataan Memori 2007 . Sampul yang berisi dengan
bahan penulisanku seperti sajak, artikel motivasi dan catatan peribadi itu telah aku hadiahkan
kepada mereka pada malam terakhir persekolahan. Aku membelek-belek kertas di dalam
sampul tersebut dan aku menarik keluar sekeping kertas yang diberi nama sebagai Coretan
hati seorang guru . Aku membaca baris-baris ayat yang tertera.

Tanpa aku sedari air mataku begitu mudah tumpah bila mengingati kelas ini. Rasa sayang yang
begitu mendalam yang sukar untuk diluahkan dan di gambarkan.Semakin hari terasa mereka
begitu dekat dalam hatiku. Ternyata mereka bukan saja telah berjaya mencuri pemikiranku
malah hatiku. Selama ini kelas itu sentiasa mencuri pandangan mataku namun tak lama lagi
mereka akan pergi .

Terasa air jernih mula mengenang di kelopak mataku. Aku kuatkan semangat untuk
menghabiskan baris-baris ayat yang tercoret di kertas itu. Aku menarik nafas panjang sambil
menahan sebak di dada. Aku sandarkan badanku ke kerusi sambil mencapai telepon bimbit.
Aku membaca masej-mesej yang dihantar oleh pelajarku.

teacher apa khabar yang sangat merindui dan menyayangimu teacher .. Rizal . Ku
tersenyum dan terharu menyelinap hatiku. Rizal pelajar yang pendiam dan selalu senyum.

Assalamualaikum teacher , cuti ni tak pergi mana-mana ke? rindulah pulak !! Fareed .
Pelajar yang bertubuh sasa , segak dan sangat aktif dalam banyak permainan.

Mama apa khabar ? sihat ?.. jangan kerja terlalu kuat . Amir Zakwan

Amir Zakwan merupakan pelajar yang sering menyampuk dan mengusik rakan-rakan dalam
kelas sewaktu pengajaranku.

Teacher tolong jaga kesihatanmu, teacher selalu dalam ingatan . Azree , pelajar yang bijak ,
periang dan selalu menghiburkan.

Rindu kat teacher , teacher seperti ibu nombor 2 saya.Aniza

Assalamuaalaikum cikgu , sorry kalau ganggu. Tiap-tiap malam saya ingat kat cikgu. Nak ucap
selamat malam. Saya sayang cikgu Aidil .

Terasa lucu bila mengingati pelajar ini .Seorang yang bijak tetapi sangat pemalu terutama
dengan pelajar perempuan.

Selamat pagi! semoga cikgu melalui hari-hari yang indah . saya selalu teringat kat cikgu
so ..satu satu cara nak hilangkan rindu saya buatlah poems ni I miss you teacher
Fakrul Radzi .

Pelajar yang telah banyak berubah dan begitu rapat denganku dan rakan-rakan yang lain sejak
akhir-akhir persekolahan. Hampir saban hari kuterima

mesej dari

Fakrul Radzi. Aku

menyimpan semua masej itu dan kebanyakkan mesej yang dihantar sering membuatku terpaku

dan terharu. Masa terus berlalu dan tak putus putus ku menerima mesej dari mereka. AKu
membalas kesemua maseg yang ku terima. Tak lupa juga ku selitkan dengan kata-kata nasihat
dan kata peransang untuk mereka.

Zainah jom pergi kantin , pelawaku sambil memandang ke arahnya. Cikgu Zainah merupakan
guru Sejarah itu memandang ke arahku sambil tersenyum.

Hai cepat lapar, tunggu kejab boleh balasnya selamba. Okey aku tunggu di luar balasku
sambil mencapai beg tangan dan berlalu menuju keluar.

Ku berdiri di laluan Bilik Guru. Aku lontarkan pandanganku ke arah sebuah kelas. Dari jauh jelas
terpapar tulisan 5 MEKANIKAL 1 . Bayu pagi yang lembut menyapa wajahku. Spontan
kenangan menyorot kembali.

Aku

mula

mengambil alih kelas itu sebagai guru tingkatan pada awal tahun 2007

menggantikan guru kelas mereka yang bersara. Kelas yang hanya seramai tujuh orang pelajar
perempuan dari dua puluh tujuh orang pelajar lelaki itu merupakan sebuah kelas yang tidak
menyerlah dari segi keceriaan dan akademik. Bertitik tolak dari itu aku mula memasang impian.
Sungguhpun sudah lama aku tidak memegang jawatan ini, namun aku berazam untuk menjadi
guru tingkatan yang baik dan mampu mencipta kecemerlangan dalam semua aspek.

Pelajar, saya mahu kelas ini menjadi juara dalam pertandingan kebersihan setiap minggu
kataku pada mereka pada suatu pagi. Mulai saat itu aku mula berfikir dan merancang. Petang
ni jam 5.30 petang semua datang ke kelas , teacher tunggu pesanku kepada mereka.
Sebagaimana yang djanji, semua pelajar hadir. Mulai saat itu kami bersama-sama merancang
dan berganding tenaga pada setiap petang. Aku menghabiskan banyak masa, tenaga dan wang
demi merialisasikan impian. Tidak lupa pada setiap petang aku membawa kueh-mueh dan
minuman untuk mereka.

Kami membuat kelainan. Ruangan papan kenyataan yang selalunya dilabelkan mengikut mata
pelajar digantikan dengan ruangan Multiple Inteligent seperti kecerdasan verbal-Linguistik,
Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal,Intrapersonal, Naturalis dan
Spiritual.

Kata-kata motivasi dan nasihat juga dilekatkan dengan rapi di dinding hadapan dan belakang
kelas. Moto kelas yang berbunyi DI SINI PEMIMPIN DILAHIRKAN telah membuatkan para
pelajar teruja. Misi dan Visi kelas yang berwawasan dapat memberi gambaran yang jelas akan
apa yang perlu dicapai.

Di sudut sebelah kanan papan hitam aku khaskan suatu ruangan motivasi. Di situlah aku
menulis kata-kata motivasi dan kata peransang yang akan aku tukarkan selang beberapa hari.

Pelajar, minggu depan teacher tiada, jaga diri dan pasti saya akan merindui kamu semua,
kataku setiap kali aku terpaksa bertugas di luar atas urusan resmi.

Kami sayang teacher, teacher sentiasa di hati kami .., masej dari Haris .

Assalamualaikum teacher, dah 2 hari tak nampak teachersungguh pun teacher tiada
bersama kami namun kami semua dapat merasakan kasih sayang teacher yang mengalir
dalam diri kami dan menerangi kelas 5M1 . .Masej dari Farid membuatkan aku sungguh
terharu

Segala anugerah atau penghargaan yang aku terima juga aku letakkan di suatu sudut, agar
menjadi contoh dan seterusnya memotivasikan mereka. Usaha kami berhasil apabila mendapat
tempat pertama dalam pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas sepanjang tahun. Justeru

kami telah menerima hamper barangan makanan ringan berserta sijil penghargaan dari pihak
sekolah pada akhir tahun.

Sempena Bulan kemerdekaan, sekolah akan menganjurkan pertandingan Bulan Patriotik di


antara kelas. Kelas yang berjaya mendapat tempat pertama akan berpeluang mengikuti
rombongan sekolah, umum Cikgu Zainah pada suatu pagi. Mendengar pengumuman itu hatiku
mula bertekad untuk menyahut cabaran itu. Bukan kerana hadiah yang ditawarkan tetapi
lantaran cabaran kejayaan yang ingin aku terap dalam diri anak didikku.

Pelajar, teacher nak kelas ini menjadi johan dalam pertandingan

antara kelas sempena

minggu patriotik kataku pada keesukan harinya.

Pelajar, semakin kita sibuk semakin kita cemerlang dan jangan mati dalam hidup, sambungku.
Itulah kata-kata peransang yang selalu aku pasakkan di telinga anak didikku.

Demi membakar semangat mereka, ku telah menulis suatu artikel yang di namakan
KEHADIRAN YANG BERMAKNA. Artikel ini aku tampalkan di dalam kelas.

Tangis dan ketawa, suka dan duka, gembira dan kecewa silih berganti dalam kehidupan.
Kehadirannya pasti akan mencorakkan warnawarna kehidupan kita.Tentu sekali kita gembira
bila kejayaan menjelma dan kekecewaan melanda perasaan bila kegagalan mencengkam.

Sebenarnya kita perlu mewarnai

kehidupan ini dengan kejayaan demi kejayaan. Ciptalah

kejayaan yang kecil dahulu dan seterusnya kejayaan yang lebih besar dan bermakna. Ianya
akan membuatkan kita tidak mati dalam hidup. Kadang-kala kita juga bimbang jika kita akan
tidak begitu tabah dan hilang pertimbangan dalam menempuh

kegagalan. Lebih

membimbangkan lagi sekiranya kegagalan itu silih berganti dan berpanjangan.

Namun harus juga diingat bahawa bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan, laut mana yang
tidak bergelora dan sesungguhnya langit tidak selalu cerah. Ingatlah bahawa kegagalan juga
mampu membawa masej

tersendiri, yang

boleh

memberi pengajaran, kesedaran dan

ketabahan.

Walau apa pun harus diingat pada ketentuan Allah. Sebenarnya kita hanya merancang namun
Tuhan yang menentukan. Berdoalah agar kehidupan kita ini sentiasa

dibungai dengan

kecemerlangan, dibajai dengan kasih sayang dan keberkatan yang berpanjangan. Jadikan
kehadiran kita di dunia ini sebagai kehadiran yang bermakna, bak kata pepatah hilang tidak
dapat dicari, pergi tidak berganti .

Kami mula merancang sesuatu kelainan agar dapat meraih kemenangan. Teacher nak buat
apa dengan benda-benda ni ?, tanya Amirul apabila melihat aku membimbit ubi kayu, serbuk
kopi, cawan, gula dan sebuah dulang.

Kita buat sudut yang diberi nama makanan popular selepas kemerdekaan , balasku selamba.
Amirul

mengerutkan keningnya sambil mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali . Aku

tersenyum melihat gelagatnya.

Di suatu sudut yang lain kelihatan Amir Zakwan, Rezaq, Zaidi dan Hafiz sedang menyusun
barisan askar, kereta kebal, lidi, daun kayu, pasir dan tanah untuk menggambarkan medan
peperangan antara Askar Melayu Di Raja dengan tentera Jepun. Di bahagian belakang kelas
pula kelihatan Aishah, Syazana dan Nur Izzati sedang memaparkan bahan cetakan mengenai
rentetan peristiwa sebelum dan selepas kemerdekaan. Gubahan jambangan bunga daripada
bendera Malaysia oleh Puterimaz Nurul Izzati, Hazirah dan Anisa kelihatan sungguh unit dan
menarik.

Teacher, kita tak letak gambar tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan ke? tadi saya nampak
gambar-gambar tu di perpustakaan sekolah , cantik

teacher kata Moza. Moza kelihatan

sangat segak dengan t-shirt merah yang dipakainya.

Perlukah kita letak ? tanyaku sambil memandang tepat ke arahnya. Perlu teacher, tapi
mahal sangat . duit kelas dah habis balas Moza jujur. Tak apa , jangan risau .. mari pergi
tengok, balasku penuh semangat. Moza kelihatan begitu riang apabila aku membeli gambargambar tersebut.

Setiap pelajar sila tulis kata ucapan sempena hari kemerdekaan pada kad ini dan gantungkan
ia pada ranting pokok di belakang sana kataku memberi arahan sambil mengedarkan keratan
kad daripada kertas manila. Shafiqudin, Amal dan Hafiz tolong balut ranting pokok itu dengan
kapas ini supaya kelihatan lebih menarik, ujarku lagi.

Teacher duit kelas dah habis, banyak lagi barang yang hendak dibeli lapor bendahari kelasku,
Farid. Aku memandang ke arahnya dengan senyuman.

Jangan bimbang beritahulah, teacher akan belikan, balasku mesra. Setiap petang aku hadir
bersamasama mereka untuk memastikan segala yang dirancang terlaksana sebaik mungkin.

Di perhimpunan rasmi sempena penutup Bulan Kemerdekaan yang di adakan di Dewan Besar,
sebagaimana yang telah diduga kelas 5 Mekanikal telah diumumkan sebagai johan dalam
pertandingan tersebut. Tepukan gemuruh bergema dan aku tersenyum puas bila melihat ketua
kelas, Iqbal mengambil hamper barangan makanan ringan beserta dengan sijil penghargaan
daripada pengetua.

Saya bangga mempunyai pelajar seperti kamu, syabas. Inilah erti sebuah kejayaan kataku
sewaktu masuk ke kelas sejurus selepas kemenangan itu diumumkan. Suaraku mula sebak

menahan air mata yang hampir menitis. Cepat aku memalingkan wajahku dari pandangan
mereka. Tiba-tiba suasana menjadi senyap. .

Kami nak ucapkan terima kasih pada teacher diatas segala dorongan dan kesungguhan
teacher, kami rasa amat bertuah mempunyai guru seperti teacher Kata-kata itu
membuatkanku menoleh semula ke arah mereka. Hmm .. balasku sambil mengangguk . Air
mata kegembiraan menitis laju.

Kebiasaannya sekitar jam 10.00 malam aku akan menyediakan makanan dan minuman untuk
di bawa ke sekolah. Bila sampai di perkarangan sekolah aku akan memadamkan lampu kereta
sambil memperlahankan kenderaan. Namun begitu kehadiranku tetap disedari. Selang
beberapa minit kemudian beberapa orang pelajar datang menuju ke keretaku.

Teacher, teacher bawa apa? sapa Moza dengan nada riang , pelajar yang berkulit cerah ,
tinggi dan segak. Pelajar yang lain turut tersenyum.

Malam ni teacher bawa air buah-buahan, kari ayam dan roti, balasku bersemangat. Wow
sedapnya, sampuk Haris girang, pelajar yang berambut tegak dan berkening lebat.

Mereka berebut-rebut membawa bakul yang berisi makanan, gelas dan mangkuk dan
meletakkannya di atas meja guru. Aku memerhatikan gelagat mereka dari belakang. Hatiku
terhibur. Terasa mereka seperti anakku. Aku sendukkan air buah dan juga kari ayam ke dalam
mangkuk lalu menghulurkannya kepada mereka.

Teacher bubuh penuh lagi, pinta Khaliliah tanpa segan. Ish..dah lah tu .. usik Zaidi.
Terhibur melihat gelagat mereka. Teacher tak makan sekali? pelawa Izzati , pelajar yang begitu
manja denganku. Makanlah, teacher dah kenyang, balasku. Sebenarnya aku lapar namun
aku sembunyikan di sebalik senyuman. Sambil itu aku mengambil peluang untuk membantu

pelajar-pelajar yang masih belum menguasai konsep atau penyelesaian masalah dalam mata
pelajaran yang aku ajar.

Hampir setiap malam aku meluangkan masa bersama mereka sehingga jam 11.30 malam.
Sebelum balik sempat aku bertanya Besok nak teacher datang lagi? . Aku berpura-pura
bertanya sambil menatapi wajah-wajah kesayanganku itu. Kelihatan mereka tersenyum-senyum
.

Malu nak jawablah teacher. sebenarnya mahu tapi malu , balas Suffian sambil menutup
mukanya dengan sebuah buku dan diiringi dengan gelak ketawa rakan-rakan yang lain. Suffian
merupakan pelajar yang sangat kreatif dan banyak menyumbang tenaga dan idea dalam
keceriaan kelas.

Namun hati kecilku mengerti bahawa mereka memang mengharapkan kehadiranku. Mereka
beramai-ramai akan mengiringi kepulanganku dengan lambaian. Aku membalas lambaian
mereka dengan mesra.

Nazmi kamu ada buku rujukan?, tanyaku untuk mendapat kepastian. Nazmi seorang pelajar
yang pandai, baik, rajin, jujur, bertanggung jawab. Sebenarnya aku telah menyelidik latar
belakang keluarga Nazmi daripada Cikgu Rosimah dan Cikgu Latipah.

Tak ada cikgu, balas Nazmi jujur. Nah ambil ini, teacher belikan . teacher ikhlas kataku
sambil menghulurkan buku Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan. Aku gembira melihat cahaya
kegirangan terpancar di wajahnya.

Selamat Hari Jadi kepada Ahmad Khaliliah dari kelas 5 Mekanikal 1, semuga panjang umur
dan sukses dalam SPM .

Pengumuman melalui radio sekolah sewaktu masa rehat itu telah membuat aku tersentak.
Khaliliah seorang pelajar yang pandai, manja dan menghiburkan, namun kurang keyakinan diri.
Mendengar itu aku bergegas menuju ke koperasi dan membeli buku-buku rujukan untuk
dihadiahkan kepadanya.

Terima-kasih teacher, budi teacher tak dapat saya balas, kata khaliliah dengan wajah sedih.
Aku mengangguk sambil tersenyum. Semuga kamu menjadi insan cemerlang pada suatu hari
nant , bisik hati kecilku.

Hari demi hari mereka semakin rapat dan begitu manja denganku. Kadang kala aku berikan
kad dan pelbagai cendera hati kepada mereka.

Teacher, hari ini genaplah umur saya 17 tahun. Sepanjang hidup saya, teacherlah guru terbaik
yang pernah mengajar dan mendidik saya. Saya harap teacher akan meneruskan
kecemerlangan dalam hidup Farid. Terharu dengan kata-kata itu. Aku menghadiahkan kad
ucapan dan cendera hati dan tak lupa juga aku membawa

makanan yang

aku masak

untuknya.

Matematik Tambahan adalah di antara mata pelajaran yang digeruni oleh kebanyakkan pelajar.
Menyedari hakikat itu, aku menggunakan segala pengalaman dan kepakaranku selama 25
tahun mengajar mata pelajaran ini. Aku mempelbagaikan
pembelajaran dalam menyampaikan

kaedah pengajaran dan

konsep dan memantapkan kemahiran penyelesaian

masalah. Pendekatan kontekstual, kecerdasan pelbagai dan kontruktizam dengan mengadakan


aktiviti pembelajaran , penggunaan lembaran kerja, perisian Goemeters Sketchpad dan Power
Point. Ternyata ianya bukan hanya membolehkan mereka

menguasai mata pelajaran ini

dengan baik, malah mereka mula menyukai mata pelajaran ini. Sebelum memulakan sesuatu
tajuk baru aku akan terangkan keperluan dan kepentingan serta mengaitkannya dengan alam
pekerjaan dan kehidupan. Mereka kelihatan sungguh teruja dengan pendekatan tersebut.

Cikgu mengajar dengan lemah lembut, tetapi dapat menyampaikan maklumat dengan tepat
dan mudah difahami, begitulah coretan dari Fazirul apabila aku meminta mereka memberi
komen tentang cara pengajaranku. Fazirul telah menunjukkan peningkatan yang mendadak
dalam mata pelajaranku dan telah terpilih sebagai ahli Kelab Elit.

Pada mulanya saya kurang senang dengan kehadiran cikgu, mungkin saya tak biasa dengan
cara pendekatan pengajaran cikgu yang berbeza dengan cikgu yang terdahulu. Namun selepas
dua tiga kelas bersama cikgu, saya mula berasa senang kerana lebih mudah memahami dan
mengingati , begitu pandangan dari Amal Safuan, juga salah seorang ahli Kelab Elit dan
merupakan antara 10 pelajar paling top di sekolahku.

Cikgu adalah cikgu yang pertama saya jumpa yang berbeza dari cikgu saya sejak tadika, saya
berjanji akan belajar bersungguh-sungguh catatan Aidil yang merupakan pelajar paling top di
sekolahku.

Semua komen dari mereka aku simpan kemas dalam sebuah fail khas. Ianya mampu memberi
suntikan peransang untuk aku

memperbaiki lagi pendekatan dan kaedah pengajaran dan

pembelajaran aku pada masa yang akan datang.

Pelajar, teacher harap kelas ini akan mencapai gred purata terbaik mengikut target sekolah,
bolehkan?, pintaku . InsyaAllah teacher kedengaran jawapan daripada sebilangan pelajar.

Kenapa hanya beberapa orang saja yang menjawab?, soalku dengan menunjukkan mimik
muka

tidak puas hati. InsyaAllah teacher kedengaran jawapan yang serentak dan lebih

bertenaga. Bagus tetapi setiap pelajar mesti cemerlang ujarku sambil melemparkan
senyuman.

Mulai hari itu aku mula berfikir dan mengatur strategi untuk merialisasikan impian itu. Selang
beberapa hari kemudian . untuk mencapai gred purata target sekolah setiap orang dari kamu
mesti mencapai keputusan mengikut yang saya sediakan ini kataku bersemangat sambil
menunjukkan kertas berwarna hijau yang aku genggam. Aku mengedarkannya kepada setiap
pelajar. Kegelisahan terpancar di wajah mereka. Ada yang mengerutkan kening, menggaru
kepala dan ada yang terpaku.

Teacher, tengok target ini pun saya sudah rasa nak demam! . kata Azree.

AIamak tingginya , terdengar lagi rungutan . Suasana kelas menjadi sedikit riuh rendah.

Pelajar-pelajar sekalian, saya sedar mungkin kamu tidak selesa dengan target yang saya
letakkan,namun yakinlah pada diri dan percayalah pada hati. Jika saya begitu yakin dengan
kemampuan kamu mengapa kamu tidak yakin pada diri sendiri ?, tegasku dengan tenang
sambil memandang wajah mereka satu persatu. Mereka tunduk.

Pelajar jangan mati dalam hidup, baiklah esok selepas waktu sekolah, semua tunggu saya di
makmal Komputer Baru . Ada hal saya nak bincang dengan kamu semua, kataku sambil
berlalu.

Sebagaimana yang dijanjikan, mereka telah berkumpul pada waktu dan tempat yang telah
ditetapkan. Suasana menjadi senyap apabila aku melangkah masuk.

Pada petang ini saya mahu setiap pelajar meluahkan perasaan, mungkin rasa tidak puas hati
terhadap saya atau rakan kamu. Saya mahu selepas ini kemesraan dan persahabatan akan
wujud di antara kamu semua dan semestinya saya mahu setiap kamu berusaha serta saling
bantu membantu demi mencapai misi dan visi kelas kita. Untuk itu saya minta Moza mulakan,
silakan, semua mata tertumpu ke arahnya.

Moza kelihatan gelisah dan agak keberatan. Namun atas desakan rakan-rakan, Moza bangun
perlahan-lahan. Saya rasa tak puas hati dengan Nazmi.. kalau saya tanya dia akan suruh
saya baca dulu atau tanya orang lain ujarnya dengan lantang.

Kami semua memandang ke arah Nazmi. Dia kelihatan terpaku. Baiklah, ada sesiapa lagi nak
beri respon?, pintaku.

Saya dah kenal lama dengan Nazmi sejak dari tingkatan satu lagi . Dulu dia tidak begini ,
macam tak nak layan je!. Kadang-kadang bila saya pergi ke kelas prep malam untuk belajar,
saya lihat semua pelajar sibuk dengan hal masing-masing. Saya pura-pura berjalan di koridor
kelas dengan harapan ada yang memanggil saya untuk sama-sama belajar. namun tiada
siapa yang pedulikan saya, rintih Amir Zakwan dengan nada sedih.

Mendengar pengakuan itu aku merasa simpati dan rasa geli hati pun ada. Kali ini aku lihat
Nazmi mengangkat tangan ingin menyatakan sesuatu. Nazmi tidak dapat menahan sebak , air
matanya menitis .

Sebenarnya saya bukan sombong, saya pun bukannya pandai sangat dalam Kimia dan Fizik,
sebab itulah saya minta mereka cuba tanya orang lain dulu, balas Nazmi sambil mengesat air
matanya. Suasana bertukar suram. Cikgu saya nak cakap sesuatu, pinta Rizal. Aku
mengangguk.

Saya kenal Nazmi, kalau korang tak rapat, dia nampak macam sombong tapi dia tak macam
tu, dia suka membantu. Suasana mula menjadi hangat.

Cikgu saya nak cakap sikit., celah Fazirul sambil mengangkat tangan. Pasal Amir tadi tak
payahlah tunggu kita orang panggil , kalau rasa nak belajar join je lah kita orang, belajarlah
sama-sama.

Aidil, ada apa yang awak nak kata? pelawaku. Sambil tersenyum Aidil meluahkan perasaan.
Saya tak suka dengar mereka banyak cakap dan cakap benda yang bukan-bukan, lagi satu bila
saya cakap dengan Aniza mereka ejek saya, aku senyum mendengarnya. Suasana kembali
gamat.

Cikgu, cikgu saya nak jawab Farid terus berdiri dan kelihatan tidak sabar.

Sayalah orang yang Aidil maksudkan itu sebenarnya saya perhatikan tiga bulan sekali pun
jarang tengok Aidil cakap dengan perempuan.Jadi bila saya lihat dia cakap dengan Anisa saya
rasa pelik teacher, bukan ape-ape, penjelasan Farid itu disambut oleh gelak ketawa dari rakan
yang lain.

Faqrul Radzi pula bangun . Saya rasa terasing, sering diejek dan diperlekehkan , saya rasa
tiada kawan, kata Fakrul Radzi dengan nada sedih.

Fazirul berdiri sekali lagi. Sebenarnya kita orang tak senang hati, sebab bila kami tegur awak
melenting dan marah-marah. Dulu dah okey sikit tapi sekarang dah buat perangai balik!
jelasnya dengan nada kesal. Saya rasa sikap awak tu membuatkan suasana kelas menjadi tak
selesa, kau berubahlah. sampuk Azree.

Bagaimana dengan yang lain ?, soalku mencari kebenaran. Kami yang lain pun rasa begitu
celah Syafiquddin.

Aku memandang ke arah Faqrul, aku lihat dia tunduk sedih. Fakrul sekarang saya beri peluang
pada awak untuk kata sesuatu,

Dengan agak keberatan ku lihat Faqrul bangun perlahan-lahan, sambil tunduk dan dengan
nada kesal Saya minta maaf kepada semua, saya tak sedar yang saya banyak melukakan hati
kau orang semuasaya akan cuba berubah kau orang bantulah saya ye?, pohonnya dan air
matanya mengalir.

Pelajar perempuan, ada apa yang kamu nak katakan? kataku sambil memandang ke arah
sekumpulan pelajar perempuan. Mereka saling berpandangan.

Perlahan-lahan

Anisa bangun . Saya rasa tersisih, saya tiada kawan rapat, luah Anisa

dengan suara tersekat-sekat, . sebab Nur Izzati rapat dengan Hazirah, Puterimaz pula rapat
dengan Syazana, sambung Anisa. Air mata mula bertakung di kelopak matanya.

Suasana kembali sepi. Hazirah mengangkat tangan sambil memandang ke arahku. Aku
mengangguk .Janganlah cakap begitu, kami tak pernah sisihkan awak kita kawan ye!,
pujuk Hazirah.

Di akhir pertemuan hati ke hati itu aku meminta agar mereka semua bersalam-salaman dan
bermaaf-maafkan antara satu sama lain. Mereka berpeluk-pelukan dan entah mengapa tibatiba hati aku menjadi sayu. Dadaku sebak dan merasai satu kepuasan yang sukar untuk
diceritakan. Air mataku mengalir deras.

Bayarlah air mata saya ini dengan keputusan cemerlang kamu dalam peperiksaan SPM
nanti,suasana sungguh sayu.

Teacher, saya nak minta maaf jika selama ini saya melukakan dan menyakitkan hati teacher,
teacher adalah idola saya dan halalkan segala ilmu dan makan minum , ujar Rizal dengan
wajah sayu. Ya, teacher halalkan semuanya sejak dulu lagi , balasku dengan air mata
berlinangan. Kami sama-sama menanggis.

Masa berlalu dan aku dapati perubahan yang ketara, mereka kelihatan lebih akrab manakala
Faqrul dan Amir telah lebih tekun belajar. Rizal, Sufian, Rezaq, Amirul dan Hafiz telah
menunjukkan peningkatan yang memeranjatkan. Hati kecilku bersyukur dengan perubahan
positif itu.

Kelas itu

telah memenangi tempat pertama dalam kategori gred purata terbaik

dalam

Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan SPM. Ramai pelajar dari kelas itu
telah terpilih menjadi ahli kelab Elit, yang menjadi impian ramai pelajar di sekolah itu.

Dalam Anugerah Bintang Cemerlang, mereka selalu muncul sebagai pelajar terbaik dalam
banyak mata pelajaran dalam setiap ujian dan peperiksaan. Pelajar terbaik dalam Peperiksaan
Percubaan SPM seluruh tingkatan lima masih dipegang oleh Aidil, Iqbal pula berada di tempat
ketiga manakala Amal Safwan

menduduki tempat kelima . Malah analisis

menunjukkan

separuh daripada 20 pelajar terbaik adalah dari kelas tersebut.

Dalam bidang kokurikulum pula ramai pelajar dari kelas tersebut telah mewakili pasukan
sekolah dalam pertandingan peringkat daerah dan negeri dalam banyak permainan. Amir
Zakwan telah melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dalam permainan Bola Tampar
manakala Farid berjaya ke peringkat kebangsaan dalam permainan Tenis.

Tahniah pelajar-pelajar terutama Amir Zakwan dan Farid kerana penglibatan aktif kamu
dalam bidang kokurikulum. Ianya sangat baik kerana banyak

soft skill

yang dapat kamu

pelajarikeseimbangan ini adalah penting dalam pembentukkan sahsiah dan keterampilan


diri,jelasku.

Jom pergi, suara Cikgu Zainah telah mematikan lamunanku.Tanpa berlengah aku
mengekorinya dari belakang. Setibanya di kantin kami memesan bihun kari dan nescafe.

Agaknya bagaimana keputusan Add Math kelas you Zie? tanya Cikgu Siti Hajar , Guru
Bahasa Inggeris yang bertubuh gempal dan peramah .

Mestilah okey , sampuk Cikgu Norbaya, Guru Matematik Tambahan yang periang yang juga
merupakan Setiausaha Peperiksaan

Insyaallah jawabku ringkas.

Keputusan SPM telah pun sampai di bilik pengetua kata Cikgu Ramlah sejurus menerima
panggilan dari pejabat.

Kami cepat-cepat menghabiskan makanan lalu bergegas ke bilik pengetua. Hati ku berdebardebar

Seramai 4 orang mendapat straight A , 3 orang dari 5M1, Kata Cikgu Latipah sambil
tersenyum girang.

Amal, Fazirul dan Iqbal, teacher bangga dengan kamu semua,tahniah , ucapku kepada
mereka bertiga.

Zaidi telah mendapat 9A , Klaliliah dan Aidil mendapat 8A , Nazmi mendapat 7A manakala
Fared, Nurul Izzati, Moza dan Syafiquddin mendapat 6A. Lebih mengembirakan aku apabila
kelasku mendapat gred purata yang terbaik.

Sebelum kami berpisah, aku menggambil kesempatan untuk memberi nasihat dan peransang
kepada mereka. Aku berikan nukilan sajak yang aku cipta kepada setiap pelajar.

OMBAK PERPISAHAN
Tidak terdaya untuk melawan
Tidak mampu untuk bertahan
Tiada kuasa untuk menentang
Oh.kenangan
Melintasi kamar fikiran
Melewati jendela malam
Meniti diruang ingatan
Bukan mudah mencetus kemesraan
Payah juga mengecap kepuasan
Bukan senang menikmati kedamaian,kendahan
Apatah lagi kerjasama,kepercayaan dan keikhlasan
Mendungkah hati resahkah perasaan
Pudarkah kenangan hapuskah kemesraan
Ombak perpisahan semakin hampir
Perginya nanti membawa wajah
Wajah yang tenang,tabah

Wajah yang mekar dalam ingatan


Wajah yang segar dalam kenangan
Pasti
Aku berdoa agar di penghujung hayatku nanti ku masih mampu memberi senyuman terakhir
buat mereka. Harapan aku agar mereka semua akan menjadi insan yang cemerlang di dunia
dan di akhirat.
Terima kasih pelajarku kerana sudi menerimaku sebagai guru serta mengizinkan aku mendoa
dan mengenangmu. Doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu dan ingatlah bahawa
kasihku tidak terbatas waktu dan tidak mengenal jemu, kasihku yang persis mutiara.
Akhirnya kami berpisah dan air mata menitis lagi .

Anda mungkin juga menyukai