Anda di halaman 1dari 24

T op i k  Pengetahuan

6 Asas
Pergerakan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan asas-asas pergerakan yang terdapat dalam pengajaran
dan pembelajaran;
2. Menyatakan kemahiran pergerakan yang akan diperolehi oleh
pelajar apabila mempelajari asas-asas pergerakan;
3. Menjelaskan jenis-jenis pendidikan pergerakan supaya dapat
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
4. Menyatakan kepentingan pendidikan pergerakan kreatif untuk
mempertingkatkan proses pengajaran; dan
5. Menerangkan unsur-unsur pergerakan.

 PENGENALAN
Penekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu kepada potensi nilai
pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan
potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat
pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah dan rendah)
adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi
membantu pelajar mencapai keupayaan sebagai warga negara yang
bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat.

Pendidikan pergerakan juga merupakan salah satu wacana yang menyumbang


ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap dan sahsiah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN

pelajar tentang keperluan-keperluan sosial, emosi dan estetik pelajar


berdasarkan kepada model holistik perkembangan kanak-kanak. Pendidikan
pergerakan boleh diperhebatkan lagi keberkesanannya dengan menjadikannya
sebagai alat pendidikan yang mendorong kepada kegiatan-kegiatan penerokaan,
kreativiti, proses-proses berfikir dan penyelesaian masalah serta pembentukan
konsep pembelajaran yang merangsang pembinaan keyakinan diri dan
pengukuhan imej kendiri yang utuh. Dalam hubungan ini, matlamat dan prinsip
pendidikan pergerakan tidak akan menyimpang dari landasan konsep „kanak-
kanak total‰.

Pendidikan pergerakan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai


tambahan kepada kurikulum sekolah secara total. Ia sebenarnya merupakan
suatu pendekatan dalam pendidikan kanak-kanak yang menyumbang ke arah
perkembangan pelajar itu dengan cara seperti berikut:
(a) Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan
lokomotor, kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot.
(b) Memantapkan tahap kecerdasan fizikal, pengetahuan dan sikap.
(c) Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui pengalaman-
pengalaman pergerakan terarah.
(d) Memupuk tatalaku sosial dan emosi yang disanjungi masyarakat.
(e) Memantapkan perkembangan konsep akademik menerusi pengintegrasian
konsep bilik darjah dengan program aktiviti fizikal.
(f) Meningkatkan minat beriadah menerusi aktiviti-aktiviti pergerakan yang
mencabar dan menyeronokkan.

Aktiviti-aktiviti pergerakan di peringkat sekolah rendah dan menengah


terbahagi kepada empat bidang kandungan utama, iaitu:
(a) Permainan berunsur pendidikan
(b) Pergerakan berunsur pendidikan
(c) Sukan dan atletik
(d) Kecergasan jasmani

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN  111

6.1 PERGERAKAN ASAS


Istilah pergerakan membawa erti yang agak baru dalam bidang pendidikan.
Secara literalnya, istilah ini bermaksud proses yang memandu pelajar untuk
memperoleh kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan
masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang
berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Sementara
itu, pendidikan pergerakan pula ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan
bergerak untuk belajar.

Pendidikan pergerakan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah


(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibahagikan
kepada dua kategori.
(a) Pergerakan kreatif
(b) Gimnastik

Setiap satu mempunyai fungsi yang unik dan penting dalam membentuk
keterampilan pergerakan. Deskripsi pendidikan pergerakan yang serupa ini
apabila diaplikasikan kepada pengalaman-pengalaman pergerakan manusia,
memerlukan semacam iringan berirama yang boleh ditempatkan dalam kategori
aktiviti berirama. Pengalaman-pengalaman ini ada diterapkan dalam kurikulum
KBSR dan KBSM yang terdiri daripada:
(a) Pengalaman tidak berstruktur
(b) Pengalaman separuh berstruktur
(c) Pengalaman berstruktur

Terdapat juga pertindihan aktiviti-aktiviti pergerakan yang terdapat dalam


pergerakan kreatif dan gimnastik jika berdasarkan kepada pengalaman-
pengalaman di atas.

Program pergerakan atau aktiviti berirama ini dirangka secara seimbang antara
KBSR dan KBSM untuk memanfaatkan pelajar dengan pengalaman-pengalaman
berkaitan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek berikut:
(a) Ritma asas
(b) Ritma kreatif
(c) Lagu pergerakan
(d) Permainan
(e) Kemahiran gimnastik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN

Pergerakan asas penting yang menjadi kata kunci dalam aktiviti pergerakan
ialah berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing, meregang dan
menguncup. Umpamanya, gabungan aktiviti berjalan dengan melompat
mengikut iringan muzik merupakan bentuk pergerakan asas dalam tarian zapin
dan joget. Jadual 6.1 menunjukkan contoh-contoh pergerakan asas ini yang
dipanggil pergerakan lokomotor.

6.1.1 Pergerakan Lokomotor


Jadual 6.1: Pergerakan Lokomotor

Bukan Lokomotor Lokomotor


 Membongkok  Berjalan
 Meregang  Berlari
 Memulas  Meloncat
 Berpusing  Melompat
 Mengangkat badan  Lari skip
 Merebah  Gallop
 Menghayun  Meluncur

Satu daripada tujuan program pendidikan pergerakan di prasekolah ialah untuk


membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara
kemahiran yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor.
Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang
lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih
kompleks terletak pada pemupukan kemahiran-kemahiran seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Pemupukan kemahiran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN  113

AKTIVITI 6.1

Terdapat pelbagai jenis pendidikan pergerakan, antaranya ialah


pendidikan gimnastik.
(a) Senaraikan jenis-jenis pendidikan gimnastik.
(b) Senaraikan jenis-jenis gimnastik berirama.
(c) Bagaimanakah untuk menjayakan sesi gimnastik berirama?

Untuk membiasakan anda dengan cara menggunakan dan melaksanakan


pergerakan-pergerakan di atas, analisanya telah dibuat dalam bentuk
penerangan ringkas. Diharapkan penerangan ini dapat difahami oleh anda
supaya konsep setiap pergerakan menjadi jelas. Kata kunci dan frasa tertentu
dicadangkan sebagai panduan pengajaran atau untuk tujuan merangsang
pembetulan.

(a) Kemahiran Lokomotor Asas

(i) Berjalan
Berjalan ialah kemahiran yang paling asas yakni kita banyak
melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-
kanak mempunyai tabiat yang salah. Hal ini biasanya memenatkan
beberapa bahagian badan yang lain, selain kaki, dan juga
menggunakan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh dikurangkan.
Imbangan badan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang
sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul.

Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang


dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki
yang lain. Semasa berjalan, hujung kaki hendaklah menghala lurus ke
hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-
olah mengikut satu garisan lurus. Tangan melenggang bebas
berselang-seli mengikut arah kaki melangkah. Perlakuan seumpama
ini dapat memberi imbangan badan sambil dapat pula membawa
bahagian badan bergerak ke hadapan. Terdapat ketikanya apabila
kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu
tapak berpijak yang baru terhasil bagi menahan anggota badan
daripada rebah. Kedudukan badan hendaklah sentiasa tegak dan
dalam keadaan yang lega.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN

Frasa pengajaran penting:


• Ayun langkah dari paras punggung
• Berpijak di tumit dan biarkan berat badan beralih pantas di
sepanjang bahagian sisi luar tapak kaki sehingga ke hujung ibu
jari.
• Ibu jari kaki menghala lurus ke hadapan.
• Berjalan dengan lembut
• Muka dongak dan memandang lurus ke hadapan
• Melenggangkan lengan dan tangan secara bersahaja

Cadangan untuk penelitian:


• Berjalan tegak-tinggi, kemudian berjalan tegak berjengket yakni
lebih tinggi
• Jalan berundur kemudian ke hadapan
− Berjalan seperti robot atau askar permainan
− Berjalan seperti gergasi
− Berjalan seperti gorila, gajah atau anjing cedera di kaki
− Berjalan seperti barang permainan berkuasa bateri
− Berjalan seperti patung-patung kawalan tali
− Berjalan bebas (tekankan imbangan yang baik)
− Berjalan setempat, ke hadapan, ke belakang, ke kiri, ke kanan
dan bentuk zig-zag
− Berjalan mengikut gabungan mana-mana cara di atas
− Berjalan berjengket, di atas tumit sambil mengangkat lutut
tinggi, kaki jegang dan berjalan seperti berkawat
− Berjalan perlahan dengan langkah besar dan langkah kecil
− Berjalan pantas dengan langkah besar dan langkah kecil
− Berjalan perlahan sambil menurunkan dan meninggikan
badan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN  115

(ii) Berlari
Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan. Perbezaannya adalah
semasa berlari ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana
kaki dan seluruh anggota terangkat dari mencecah bumi. Lutut lebih
kerap diangkat dan dibawa ke arah hadapan. Tangan dibengkokkan
di bahagian siku sambil diayun ke arah hadapan dan belakang
bertukar ganti dengan arah pergerakan kaki.

Frasa Pengajaran Penting:


• Berlari di atas bebola kaki
• Bengkokkan siku dan lutut
• Ayun tangan ke hadapan
• Tegakkan kepala
• Berlari dengan gaya yang lembut

Cadangan untuk Penelitian:


• Berlari setempat, ayun tangan ke hadapan
• Berlari dengan perlahan, lutut diangkat tinggi
• Berlari dengan ringan di atas bebola kaki
• Berlari kuat (dengan bunyi bising) kemudian beransur-ansur
senyap
• Berlari pantas dan kemudian beransur perlahan-lahan
• Berlari dan berhenti apabila isyarat diberi, kemudian berlari
semula
• Berlari ke hadapan, berundur ke sisi
• Berlari mengikut seorang ketua
• Berlari mengikut pelbagai kelajuan
• Berlari mengikut hala bengkang-bengkok
• Berlari berjengket
• Berlari menendang ke belakang

(iii) Berlari serta Berlonjak (Leap)


Berlari serta berlonjak hampir menyerupai pergerakan berlari, cuma
ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN

supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa


berlari, lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk
mencecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat dari
tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjuran untuk bergerak maju.
Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas kaki
yang satu lagi. Kebiasaanya lonjakan didahului dengan satu atau
beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.

Frasa Pengajaran Penting:


• Tolak ke atas, hulur dan jejak.
• Ayun tangan (lengan) ke atas dan ke hadapan
• Lari, lari dan lompat (tekankan perkataan lompat untuk
menandakan kekuatan dalam pergerakan)

Cadangan untuk Penelitian


Berlari serta berlonjak (leap) adalah sukar bagi kanak-kanak. Berikan
mereka latihan lompatan. Variasi jarak dan ketinggian lompatan yang
memadai perlu dikuasai:
• Lari beberapa langkah dan kemudian melompat.
• Melompat seperti rusa melompat pagar.
• Melompat seutas tali di atas lantai.
• Melompat tali yang ditinggikan sedikit.
• Melompat menyeberang dua utas tali yang menyerupai anak
sungai.

(iv) Lompatan
Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara dari
tempat berpijak dengan tolakan atau lonjakan sebelah atau kedua-dua
belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun
semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan
mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan.

Frasa Pengajaran Penting


• Mengayun tangan ke belakang dan ke hadapan, dan ke bawah
dan ke atas.
• Membengkokkan lutut dan buku lali dan melonjak dengan kuat.
• Hulur dan jejak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN  117

Cadangan untuk Penelitian


• Melompat setempat dengan penekanan kepada ketinggian
lompatan.
• Melompat seperti pantulan berubah-ubah pantulan tinggi dan
rendah.
• Melompat dan capai pelbagai benda.
• Melompat sambil bergerak ke hadapan dan pelbagai arah.
• Melompat ke dalam dan ke luar gelung rotan.
• Lompat untuk jarak.
• Melompat sambil mengubah arah lompatan.
• Melompat seperti kanggaru.
• Melompat anak sungai.

(v) Melompat Ketingting


Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang
sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan
hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki
didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit
di atas tanah.

Frasa Pengajaran Penting


• Ketingting ke udara dengan sebelah kaki dan menurun dan
mendarat semula dengan kaki yang sama.
• Angkat tangan ke atas.
• Kepala tegak.
• Lutut bengkok.

Cadangan untuk Penelitian


• Ketingting setempat, tegak di atas sebelah kaki selama lima kiraan.
• Ketingting dan pusingkan badan.
• Ketingting arah ke hadapan, ke belakang dan ke kiri kanan.
• Ketingting meliputi pelbagai jarak.
• Ketingting melintasi tali atau garisan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN

SEMAK KENDIRI 6.1

Nyatakan perbezaan lokomotor dengan bukan lokomotor.

6.1.2 Kemahiran Persepsi Motor


Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor) adalah
penting bagi pembinaan pergerakan berkordinasi. Pelajar perlu mempunyai rasa
kewujudan dirinya dalam ruangan. Pelajar perlu mengenal pasti arah kiri dan
kanan dan boleh memahami perkaitan bentuk atau corak. Perkembangan
persepsi motor juga memainkan peranan dalam pencapaian akademik kanak-
kanak. Kemahiran persepsi motor diperlukan bagi membaca huruf isyarat
(decoding) dan kemahiran ini merupakan suatu keperluan awal bagi kemahiran
membaca. Rajah 6.2 menunjukkan beberapa kemahiran persepsi motor yang
akan kita kaji dengan lebih lanjut lagi.

Rajah 6.2: Kemahiran persepsi motor

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN  119

Mari kita lihat penjelasan setiap kemahiran-kemahiran di atas secara terperinci.

(a) Mengimbang
Mengimbang boleh dibina melalui berdiri di atas sebelah kaki atau
ketingting atau berjalan di atas palang pengimbang. Penggabungan
aktiviti-aktiviti mengimbang dengan permainan lebih menyeronokkan bagi
pelajar. Pelajar berpeluang membayangkan diri mereka sebagai ahli sarkas
yang berjalan di atas tali atau mengimbang badan dengan sebelah kaki di
atas belakang seekor kuda sarkas.

(b) Kesedaran Badan


Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri:
(i) Saiz.
(ii) Pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh badan serta
perkaitannya antara satu dengan yang lain.
(iii) Berupaya melakukan pergerakan membongkok, melurus, memusing,
mengilas dan menggerakkan badan.
(iv) Perasaan timbul ketika berada dalam kedudukan yang berbeza-beza.

Kesedaran ini adalah penting bagi pemahaman pelajar tentang potensi


pergerakannya. Ada banyak cara bagi membina kesedaran tentang
kewujudan diri. Salah satu daripada caranya ialah melalui aktiviti yang
melibatkan bahagian-bahagian tertentu badan. Pelajar boleh disoal,
„Berapa carakah boleh anda gerakkan kepala anda?‰ atau „Bolehkah anda
menyentuh kaki kiri anda dengan tangan anda?‰

(c) Kesedaran Ruang


Kita hidup di dalam ruangan dan tubuh badan kita mengisi ruangan
tersebut. Apabila kita bergerak, kita sebenarnya bergerak melalui ruang
dan tubuh badan kita memenuhi ruang seperti juga benda-benda lain yang
berada di persekitaran kita. Kita juga menyedari tubuh badan kita serta
perkaitannya antara benda-benda di sekitar. Hal ini merupakan konsep
asas yang perlu diterokai oleh pelajar supaya mereka boleh menyedari
tentang keadaan zahir tubuh badan mereka yang sebenarnya.

Pelajar digalakkan untuk menerokai persekitaranya. Anda perlu


mengarahkan pelajar melunjurkan kaki dan tangan yang boleh dilunjurkan
ke hala semua arah. Dengan cara ini, mereka akan lebih menyedari saiz
ruang diri persendirian mereka semasa tidak bergerak. Pelajar juga
digalakkan untuk bergerak bebas di dalam ruang yang wujud di luar
persendirian mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN

(d) Kesedaran Hala Datar (Laterality)


Hal ini merupakan kesedaran tentang wujudnya arah kanan dan kiri di sisi
tubuh badan seseorang. Dengan ini, seseorang dapat mengawal pergerakan
daripada kedua-dua belah bahagian tubuh badan secara serentak atau
secara berasingan.

Sebarang latihan yang memerlukan kordinasi bahagian kiri dan kanan


tubuh badan atau pergerakan yang bertentangan iaitu tangan atau lengan
kanan dan kaki kiri bersama-sama digunakan akan menolong
mengembangkan kesedaran hala datar pelajar (sense of laterality).
Permainan seperti Angels in the snow sesuai bagi tujuan ini. Dalam
permainan ini, pelajar disuruh menelentang di lantai dan menggerakkan
kaki serta tangan membentuk gerakan membulat (circular movement)
mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

(e) Kesedaran Arah


Kesedaran ini membolehkan seseorang menyedari arah ke kiri, kanan, atas,
bawah hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya. Kesedaran
luaran arah ini terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai
kesedaran hala-datar.

Pelbagai jenis penerokaan pergerakan dapat menggerakkan perkembangan


kesedaran arah ini. Umpamanya bergerak ke hadapan, ke belakang, ke kiri,
ke kanan, ke atas dan ke bawah boleh membina kesedaran pelajar tentang
arah. Melalui pergerakan seumpama ini, pelajar dapat membiasakan dan
menyesuaikan pengalaman yang diperlukan apabila memerhati baris-baris
perkataan di dalam muka surat bercetak iaitu semasa membaca.

(f) Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata


Tujuan melakukan sesuatu pergerakan hanya akan tercapai jika kordinasi
antara pergerakan bahagian-bahagian badan disempurnakan dengan baik.
Interaksi ini haruslah dilakukan dengan mudah, cekap dan tepat. Ini
melibatkan interaksi yang licin antara kumpulan-kumpulan otot imbangan
yang sempurna dan turutan jangkaan yang betul.

Permainan bola merupakan kordinasi tangan-mata yang amat baik. Pelajar


melambungkan dan menyambut bola dengan kedua-dua belah tangan atau
melambungkan dengan sebelah tangan dan menyambutnya dengan tangan
yang sebelah lagi. Permainan yang melibatkan sepakan pula adalah baik
bagi kordinasi kaki-mata. Pelajar boleh menyepak bola ke arah sasaran
yang tidak bergerak atau ke arah gawang gol.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN  121

6.1.3 Kemahiran Manipulatif


Kemahiran manipulatif alatan hendaklah dibina di peringkat umur yang lebih
awal. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal,
menangani atau mengawasi sesuatu objek.

Kemahiran manipulatif berikut merupakan asas kepada pembinaan kemahiran


diri seseorang pelajar:
(a) Membaling
(b) Menyambut
(c) Memukul
(d) Menendang atau menyepak
(e) Mengelecek

Kesemua kemahiran manipulatif di atas juga dapat mempertingkatkan


perkembangan kordinasi tangan-mata dan kaki-mata. Di samping itu, kemahiran
manipulatif ini dapat memberi keyakinan serta membentuk sikap pelajar untuk
menjadi seorang yang berjaya dalam menempuh kehidupannya.

AKTIVITI 6.2
Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptual-motor)
adalah penting untuk pembinaan pergerakan berkordinasi.
(a) Nyatakan kemahiran-kemahiran persepsi motor yang perlu
diperkembangkan oleh pelajar untuk pembinaan kordinasi motor.
(b) Huraikan tiga kemahiran persepsi motor yang anda ketahui.

6.2 PENDIDIKAN PERGERAKAN


Pendidikan dalam apa bidang sekalipun haruslah berbentuk pengalaman yang
bermakna. Pendidikan haruslah juga memberangsangkan, menghasilkan
kepuasan yang semerta dan menimbulkan minat bagi mendapatkan
pengetahuan seterusnya. Hal ini boleh dicapai dengan menggunakan pergerakan
sebagai media pembelajaran. Pembelajaran melalui pergerakan bukanlah sesuatu
yang baru. Pendidikan pergerakan adalah suatu kaedah pengajaran yang unik
kerana apabila pelajar sedang belajar untuk bergerak, mereka juga belajar sambil
bergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir dan merasai sesuatu
secara langsung. Dia akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
122  TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN

afektif. Melalui pergerakan seperti ini juga pelajar akan dapat mempelajari
tentang dirinya sendiri dan dapat menjawab beberapa persoalan berikut:
(a) Apa yang mampu dilakukannya?
(b) Bagaimana dia boleh mengawal diri?
(c) Bagaimana dia dapat mengawal sesuatu yang berada di sekelilingnya?
(d) Bagaimana dia dapat menyesuaikan dan menghubungkan dirinya dengan
alam sekitar (ruang manusia dan lain-lain yang bernyawa dan yang tidak
bernyawa)?
(e) Bagaimana dia dapat meluahkan perasaan dan ideanya?

Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh


dalam diri kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal dan psikologi, kebolehan
untuk belajar dan bergaul antara satu dengan lain. Perasaan terhadap diri sendiri
dan perhubungan dengan persekitarannya juga turut berkembang melalui
pelbagai pergerakan itu.

Pendidikan pergerakan dapat melatih kebolehan menghubungkaitkan


kemahiran-kemahiran seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 6.2.

Jadual 6.2: Hubung Kait Beberapa Kemahiran

Kemahiran Contoh
Hubung kait motor- – Menangkap bola
penglihatan – Melambungkan bola melalui gelung rotan
– Mengelecek bola hoki
Pemindahan motor- – Mengulang semula sesuatu pergerakan
penglihatan – Melakukan kedudukan pergerakan seperti yang terdapat
di dalam sesuatu gambar
– Membaca dan melakukan pergerakan seperti yang
terdapat dalam sesuatu arahan
Hubung kait motor- – Menari mengikut muzik
pendengaran – Melahirkan pergerakan kreatif mengikut muzik seperti
pic yang berbunyi rendah dan kuat yang digambarkan
dengan langkah yang kuat dan badan yang
direndahkan.
Penukaran motor- – Mendengar dan melakukan arahan
pergerakan – Melahirkan urutan ritma seperti bertepuk atau
mengetuk mengikut irama

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN  123

Hubung kait motor – Aktiviti penyedaran tubuh badan


kinestetik – Aktiviti mengimbangkan badan
Hubung kait motor- – Memanjat (jungle gym)
sentuhan – Merangkak menerusi terowong

6.2.1 Gimnastik Pendidikan


Gimnastik pendidikan dibahagikan kepada kategori pengalaman lantai,
pengalaman atas rumput, tikar getah atau permainan yang tidak banyak
memerlukan peralatan untuk meningkatkan cabaran. Pengalaman peralatan pula
terdiri daripada pergerakan yang menggunakan alat-alat seperti bangku
panjang, palang, alang, peti pelana dan peralatan taman permainan. Pada
peringkat awal, sebahagian besar latihan ditumpukan kepada aktiviti-aktiviti
lantai, tetapi apabila pelajar sudah mahir, sebahagian besar tumpuan dialihkan
pula kepada kegiatan-kegiatan pengalaman peralatan.

(a) Pengalaman Lantai


Apabila pelajar sudah dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas,
tumpuan seterusnya secara keseluruhan, hendaklah kepada usaha
merapatkan seluruh anggota menjadikannya satu bentuk paduan. Apabila
setiap pelajar telah dapat menguasai aksi-aksi dan mengekalkan bentuk-
bentuk aksi itu, mereka bolehlah menumpukan perhatian kepada lakuan
lain seperti menggulingkan tubuh ke arah yang berlainan.

Pengalaman-pengalaman pada tahap kawalan termasuk antaranya lakuan


mengguling dari kedudukan berdiri kepada bergerak dan mengguling.
Imbangan-imbangan berbentuk bukan simetri dan imbangan terbalik boleh
diperkenalkan. Pembentukan konsep tetap (pegun) boleh diterangkan
dengan membandingkan perbezaannya dengan aksi mengguling. Pelajar
dapat dicabar dengan menggabungkan antara dua jenis kemahiran yang
mudah tetapi berkaitan, seperti bergerak dengan mengimbangkan badan
dengan menggunakan dua anggota dan seterusnya.

Urutan pergerakan yang lebih kompleks dan maju bukan sahaja


menyeronokkan, malah mencabar keupayaan pelajar. Pemindahan beban
dari bahagian anggota kaki ke anggota tangan, meneroka imbangan badan
yang tidak stabil dan menerap sebahagian atau seluruh beban berat badan
rakan, adalah antara cabaran yang sesuai bagi setiap pelajar.

Konsep-konsep pemecutan, kukuh, apungan, terikat dan bebas adalah


antara konsep yang ditekankan pada tahap kecekapan. Mana-mana pelajar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124  TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN

yang telah mempelajari beberapa lakuan pergerakan gimnastik akan berasa


seronok dengan cabaran yang menekankan tumpuan kepada kualiti
pelaksanaan. Kegiatan memadan dan mencerminkan pergerakan rakan
akan mengulangi urutan beberapa kali.

(b) Pengalaman Peralatan


Setelah pelajar menguasai aktiviti-aktiviti lantai, maka pelajar itu bolehlah
membuat gimnastik dengan menggunakan peralatan-peralatan gimnastik
seperti palang imbangan, palang selari, peti pelana dan gelung.
Kebanyakan sekolah menengah mempunyai peralatan seperti di atas tetapi
tidak kebanyakan sekolah rendah mempunyainya, yang mana pada
lazimnya sekolah rendah hanya menggunakan bangku panjang, meja,
kerusi, gegelang, tali panjat dan rangka-rangka panjat untuk menerapkan
pengalaman gimnastik menerusi penggunaan alatan.

Guru dilarang memaksa pelajar menggunakan sesuatu alat. Mana-mana


pelajar yang masih berada di peringkat prakawalan boleh memulakan
program latihan dengan cara berjalan-jalan di sepanjang alang atau bangku
yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut
pada tali atau bergerak di sepanjang rangka panjat. Ini secara tidak langsung
mengajar pelajar itu membiasakan dirinya dengan peralatan yang digunakan
dalam latihan sebenar untuk membina keyakinan diri.

Latihan-latihan permainan berhalangan yang mudah dengan menggunakan


peralatan seperti meja, bangku panjang, kerusi, gelung rotan, tali, bongkah
dan rotan sesuai digunakan untuk mempelajari konsep-konsep seperti di
atas iaitu menyimpang, menerusi dan bergerak ke bawah.

Pelajar yang berada pada peringkat kawalan boleh mencuba menggunakan


pelbagai cara untuk bergerak di atas alang, bergayut di atas palang atau tali,
melompat dari meja atau kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian ke
satu bahagian lain di atas palang bertingkat. Setelah pelajar itu mahir
menggunakan peralatan, anda bolehlah menggalakkan mereka memindahkan
kemahiran aktiviti lantai kepada aktiviti menggunakan peralatan.

Apabila pelajar telah menjangkau tahap kecekapan mereka, pelajar


perlulah pula memberi perhatian kepada lakuan imbangan, bentuk, cara
bergerak dan cara menyokong beban anggota yang jauh lebih mencabar
seperti pengalaman aktiviti lantai dalam permainan gimnastik. Pelajar
haruslah digalakkan supaya memberi perhatian terhadap kualiti
pergerakan mereka dan mengadunkannya ke dalam suatu bentuk urutan
dengan sempurna. Tema-tema yang paling sesuai untuk gimnastik
pendidikan ialah melompat dan mendarat, mengguling, membongkok,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN  125

melentur, memusing dan mengayun serta mempunyai kesedaran ruang


dan kesedaran kinestetik.

6.2.2 Gimnastik Irama


Dalam gimnastik irama, pelaksanaan kemahirannya dilakukan secara beransur-
ansur dan kemudian diikuti dengan iringan irama muzik. Melalui latihan
berirama ini pelajar bukan sahaja berasa lebih gembira tetapi juga dengan
sendirinya akan memantapkan kemahiran-kemahiran mereka yang kompleks
dan mencabar itu.

Aktiviti gimnastik berirama ini biasanya dilakukan pada bentuk awalan dengan
menggunakan peralatan seperti bola, gelung, rotan, tali dan reben. Apabila
pelajar itu telah mahir menggunakan peralatan ini, barulah dia boleh
menggabungkan pergerakan dengan pola rutin yang mudah. Penggabungjalinan
rutin-rutin ini termasuklah gimnastik bola berirama, gimnastik gelang berirama
atau gimnastik reben berirama dan lain-lain.

Berikut adalah beberapa saranan untuk menjayakan sesi gimnastik berirama:


(a) Gunakan muzik iringan semasa berlatih.
(b) Gunakan pelbagai ragam irama untuk meningkatkan kreativiti dan
membangkitkan minat.
(c) Jarakkan kanak-kanak untuk mengelakkan kemalangan.
(d) Beri penekanan pada penggunaan anggota-anggota tangan dan lulut secara
serentak semasa menangkap objek-objek.
(e) Latihkan semua kemahiran kedua-dua bahagian tubuh.
(f) Biarkan pelajar mencipta kemahiran dan rutin mereka sendiri.

Jenis-jenis peralatan untuk gimnastik berirama:


(a) Bola.
(b) Belantan.
(c) Gelung.
(d) Reben.
(e) Tali.

Paling penting dalam gimnastik berirama ialah pergerakan yang betul dengan
mengikut iringan muzik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN

(a) Gimnastik Berirama (Bola)


Berikut adalah teknik-teknik asas dalam memanipulasikan bola seperti
mengguling, mengayun dan melontar yang digubah mengikut muzik.
(i) Letakkan bola di atas tapak tangan tanpa mencekamnya semasa
melakukan aktiviti.
(ii) Lontarkan bola dengan hanya menggunakan gerakan bahu.
(iii) Tangkap bola dengan menggunakan hujung jari.
(iv) Ayun dan gulingkan bola ke lantai dengan memegangnya
menggunakan pergelangan tangan.

(b) Gimnastik Berirama (Belantan)


Belantan yang digunakan adalah lebih kurang satu meter (tiga kaki)
panjang. Teknik-teknik penggunaan belantan serta aktivitinya adalah
seperti berikut dengan muzik berentak „waltz‰.
(i) Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belantan. Gugurkan belantan ke
lantai dengan sebelah hujungnya melantun dan cuba untuk
menangkapnya.
(ii) Berdiri dan pegang kedua-dua hujung belantan. Lontar belantan ke
udara dan tangkap.
(iii) Berdiri dengan tangan kanan memegang sebelah hujung belantan.
Kedua-dua tangannya di sisi. Ayun belantan melintasi badan dan
tangkapnya dengan tangan kiri.
(iv) Bertinggung. Cuba gunakan berbagai bentuk pergerakan lokomotor
untuk aktiviti-aktiviti di atas.

(c) Gimnastik Berirama (Gelung)


Gelung yang digunakan berukuran 50sm ke 68sm (20 inci ke 27 inci)
diameter dengan tapak tangan menadah ke atas dan ke bawah untuk
aktiviti-aktiviti gelung dengan muzik berentak „waltz‰.
(i) Pegang gelung dengan sebelah tangan dan ayunkannya ke atas dan ke
bawah.
(ii) Pegang gelung.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN  127

(d) Gimnastik Berirama (Reben)


Reben yang digunakan berukuran 3m ke 4.5m (10 kaki ke 15 kaki) panjang
dan muzik yang dimainkan berentak „waltz‰. Kibarkan reben dari satu
bahagian ke satu bahagian lain di hadapan dalam pola melengkung.

(e) Gimnastik Berirama (Tali)


Tali digunakan berukuran berdasarkan saiz dan ketinggian gimnas. Diukur
dari tapak kaki hingga ke bahagian ketiak gimnas.

6.2.3 Gimnastik Artistik


Untuk melaksanakan gimnastik artistik, pelajar seharusnya telah boleh menguasai
semua asas gimnastik. Pada tahap ini, pelajar sudah boleh memanipulasi tubuh
mereka serta mempunyai asas pengalaman gimnastik seperti aksi-aksi dirian
tangan, roda kereta, gulingan, imbangan dan sebagainya. Bimbingan daripada
guru amatlah penting dalam pelaksanaan gimnastik berirama ini. Ketika ini, ramai
pelajar meminati permainan gimnastik secara sendiri dengan mengikuti program
yang dianjurkan oleh kelab-kelab gimnastik, di mana kelab-kelab ini mempunyai
jurulatih yang bertauliah yang mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk
mengendalikan program gimnastik dengan baik.

Kelahiran kelab-kelab ini banyak merangsang ciptaan bentuk-bentuk kemahiran


gimnastik yang menarik oleh pelajar. Mana-mana pelajar yang telah memperoleh
tahap kecekapan gimnastik patut meneruskan latihan dengan memberi tumpuan
kepada aksi-aksi yang lebih mencabar seperti mengimbang badan, mencipta
bentuk pergerakan yang baru, mempelbagaikan cara berjalan atau bergerak, dan
faham cara menyokong beban berat badan. Mereka harus digalakkan memberi
tumpuan kepada kualiti artistik pergerakan semasa membuat latihan-latihan
pergerakan dan membuat penggabungan pergerakan-pergerakan yang telah
dipelajari ke dalam satu rangkaian yang kemas, licin dan teratur.

Dalam gimnastik artistik, guru perlulah menunjukkan bagaimana sesuatu


kemahiran itu dibuat dengan betul supaya mudah diikuti oleh pelajar. Beberapa
orang pelajar yang telah cekap menguasai sesuatu aktiviti boleh dijadikan contoh
untuk melakukan aktiviti-aktiviti supaya dapat diikuti oleh pelajar yang lain.

Matlamat gimnastik artistik ini ialah untuk membolehkan pelajar melaksanakan


kemahiran-kemahiran yang telah ditentukan melalui kaedah-kaedah yang
khusus. Guru dikehendaki membimbing pelajar untuk meningkatkan kebolehan
mereka bergerak dalam melaksanakan aktiviti, memupuk keyakinan diri dan
kebolehan menginterpretasikan tugas serta menentukan cara terbaik untuk
mempraktikkan kemahiran-kemahiran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN

Berikut adalah kegiatan gimnastik artistik bagi pelajar di tahap kecekapan


tertentu:

(a) Gulingan
Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian
anggota yang lain di sekeliling suatu paksi. Pelajar di tahap penggunaan
boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan menggabungkan lakuan-
lakuan mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan
lokomotor atau lakuan-lakuan menangkap dan mengguling. Mereka juga
boleh mempraktikkan lakuan mengguling dengan cara menjunam, atau
lakuan mengguling dengan kadar pergerakan yang berbeza-beza.

Di tahap kecekapan, pelajar boleh belajar cara melakukan lakuan


mengguling sebagai sebahagian daripada kemahiran tambahan. Mereka
harus bersedia untuk menggunakan kemahiran ini apabila berlaku
kecemasan, seperti terjatuh semasa permainan bola jaring, bola sepak dan
sebagainya.

(b) Imbangan
Mengimbang bermaksud kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat
yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai
ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik.

Pelajar yang sudah mencapai keupayaan perlakuan asas, sama ada di tahap
aplikasi atau kemahiran, mampu menyokong beban berat mereka dengan
kedua-dua belah tangan dalam keadaan tetap, dalam keadaan kedua-dua
kaki terlunjur ke atas, punggung lurus selari dengan kedua-dua tangan
selama tiga hingga lima saat.

Aktiviti yang dilakukan di tahap penggunaan ini termasuklah mengimbang


dalam persekitaran yang dinamik, memindah dan menukarkan bebanan
menjadi tetap, sambil pada masa yang sama melakukan imbangan dalam
pelbagai kedudukan. Ini adalah penting untuk membantu pelajar membuat
keputusan mengenai gabungan pergerakan di samping membolehkan
mereka memilih dan mencipta cara menjalinkan satu jenis pergerakan
dengan cekap.

Di tahap kecekapan, latihan imbangan dilakukan di atas lantai dan di atas


sebarang alatan dengan menggabungkan kemahiran imbangan dengan
faktor masa, daya tenaga, kuasa, tetap dan rasa keriangan untuk
mengekspresikan kontras antara pelbagai unsur. Pelajar digalakkan
memperhaluskan gaya pergerakan lantai mereka dari satu kedudukan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN  129

kepada satu kedudukan serta membentuk cara lakuan dengan baik dan
menggunakan tumpuan sepenuhnya.

Memindah beban seperti aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling,


meloncat dan meluncur merupakan antara lakuan memindahkan beban
yang lazim. Namun demikian, lakuan memindahkan beban yang paling
kerap ialah dari kaki ke kaki seperti semasa berjalan.

Terdapat perbezaan yang ketara antara gimnastik pendidikan dengan


gimnastik artistik. Dalam gimnastik artistik, matlamatnya adalah jelas.
Pelajar dikehendaki mempelajari cara melaksanakan kemahiran-kemahiran
yang telah ditetapkan mengikut kaedah yang khusus. Sementara itu hasilan
daripada gimnastik pendidikan tidak mudah diperjelaskan. Kemahiran-
kemahiran yang hendak dipelajari itu tidak ditentukan terlebih dahulu dan
praktiknya tidak terikat kepada kaedah-kaedah tertentu. Dalam hal ini,
guru akan bertindak sebagai pembantu kepada pelajar untuk meningkatkan
keupayaan mereka untuk bergerak sealiran dengan arus graviti, membina
keyakinan diri dan sifat berdikari, serta menginterpretasikan perlakuan-
perlakuan di samping menentukan cara terbaik untuk mempraktikkan
kemahiran-kemahiran berkenaan.

6.3 UNSUR PERGERAKAN – TUBUH BADAN,


RUANG, MASA, DAN DAYA
Dalam pergerakan kreatif, pelajar akan berasa bebas untuk bergerak untuk
meluahkan perasaannya. Dia tidak memerlukan orang dewasa untuk dijadikan
contoh untuk ditiru. Dengan itu pergerakan kreatif boleh berlaku di mana-mana
sahaja. Antara objektif pergerakan kreatif ialah:
(a) Pergerakan yang bebas untuk menggerakkan anggota badan.
(b) Mendapat pengalaman untuk meluahkan perasaan, masa, beban dan ruang
serta idea.
(c) Meningkatkan tahap kesediaan.
(d) Mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan.

Untuk mengelolakan pergerakan kreatif adalah diharapkan agar pelajar dapat


memanfaatkan penggunaan otot kasar dan halus dalam mengadakan aktiviti-
aktiviti pergerakan itu. Otot-otot kasar dan halus perlu diperkembangkan dan
dimatangkan terlebih dahulu untuk meningkatkan tahap kesediaan pelajar.
Rajah 6.3 menunjukkan beberapa komponen asas pergerakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN

Rajah 6.3: Komponen-komponen asas pergerakan

Mari kita lihat ciri-ciri di bawah komponen-komponen tersebut.

(i) Imbangan badan


• Tenaga yang digunakan untuk bergerak.
• Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga
badan.
• Bahagian atas mencerminkan keringanan.

(ii) Masa
• Pergerakan yang cepat kurang menggunakan masa.
• Pergerakan lambat banyak menggunakan masa.
• Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan.
• Had laju atau kederasan pergerakan bolehlah dijadikan sebagai
rentak, beat atau pulse.

(iii) Ruang
• Merupakan lingkungan pergerakan sama ada lingkungan umum
(general space) atau lingkungan kendiri (personal space).
• Aras: tinggi, sederhana dan rendah.
• Arah: depan, belakang, sisi, atas, bawah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN  131

(iv) Aliran
• Pergerakan yang dilakukan itu sama ada bergerak secara bebas atau
terkawal.

AKTIVITI 6.3

Bagaimanakah kreativiti dapat meningkatkan kecerdasan minda


pelajar? Apakah kemahiran-kemahiran yang mereka perlu ada?

• Topik ini memberi penekanan ke atas pengetahuan asas tentang


pergerakan yang merangkumi pergerakan asas, pendidikan pergerakan
dan pendidikan kreatif.

• Penekanan kepada pergerakan banyak tertumpu kepada potensi nilai


pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan
dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni.

• Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah


dan rendah) adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang
berkaitan bagi membantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai
warga negara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam
masyarakat.

• Pergerakan asas yang penting dan menjadi kata kunci dalam aktiviti
pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing,
menegang dan menguncup.

• Pendidikan pergerakan boleh dibahagikan kepada gimnastik pendidikan,


gimnastik irama dan gimnastik artistik.

• Pendidikan kreatif pula melibatkan interpretasi data, perasaan dan


tanggapan deria, serta unsur-unsur pergerakan seperti tubuh badan, ruang,
masa dan daya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 6 PENGETAHUAN ASAS PERGERAKAN

Artistik Kreatif
Bukan Lokomotor Kreativiti
Kinestetik Lokomotor

Amabile, T. M. (1987). The motivation to be creative. In S.G. Isaksen (Ed.),


Frontiers of Creativity research, (223-254). NY: Bearly Ltd.
Ayob, S. (1992) Pergerakan kreatif dan Pendidikan. Petaling Jaya: Flo Enterprise
Sdn Bhd
Beetlestone, F. (1998). Creative children, imaginative teacher. Buckingham: Open
University Press.
Gallahue, D. A. (1982). Developmental Movement Experiences for young
Children. New York: Wiley.
Pautz, M. P. (1988). Creating the need for music inservices. Design for Arts in
Education, 89 (3), 28-30.
Swanwick, K. & Tillman, J. (1986). The sequence of musical development: A study of
childrenÊs composition. British Journal of Music Education, 3, 305-339.
Choksy Lois. (1991)Teaching Music Effectively in the Elementary School. New
Jersey: Prentice–Hall Inc.
L. Choksy, R. M. Abramson, A. E. Gillespie & D. Woods (1986). Teaching Music
in the 20th Century. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai