Anda di halaman 1dari 24

T TTo oop ppi iik kk. ....

7 77 Gimrama HASIL PEMBELAJARAN Setelah anda mengikuti topik ini, anda akan dapat: 1. menyatakan dan memcirikan sejarah gimrama; 2. mengkategori jenis pertandingan dalam gimrama; dan 3. menyenaraikan alatan yang diperlukan untuk pertandingan Gimrama. .. PENGENALAN Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur. 7.1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik, gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Gimrama merupakan pergerakan atau senaman yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama boleh dilakukan samaada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan. Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan. Pergerak an dalam gimrama boleh dikatakan menyerupai pergerakan tarian tetapi mempunyai ciri yang tersendiri. Pada asasnya, ciri-ciri pergerakan gimrama perlu mempunyai ciri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan yang rapat di antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik.

TOPIK 7 GIMRAMA 157

Gambarajah 7.1: Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik dan pergerakan gimrama mesti dilakukan secara licin dan berterusan Gambarajah 7.2: Gimrama juga boleh dilakukan samaada dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan Pergerakan asas gimnastik berirama di percayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah. Pada masa itu, gimrama dianggap sebagai pergerakan gimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang dan peraturan yang piawai. Pengasas sukan gimrama adalah seorang pensyarah berbangsa Swis, iaitu Jacques Dalcroze. Dalcroze yang telah membuka dua buah

158 TOPIK 7 GIMRAMA maktab perguruan di Switzerland dan Jerman. Beliau telah memperkenalkan latihan pergerakan gimrama kepada penuntut-penuntutnya dalam abad ke-19. Di awal tahun ke 20 terdapat dua orang tokoh gimrama dari negara Jerman yang memberi sumbangan yang besar dalam sukan ini. Rudolph Bode (1881-1970) dan Hernrich Medau (1890-1974) telah memulakan sekolah gimrama mereka sendiri. Mereka juga telah memperkenalkan perkaitan di antara aktiviti tarian dan gimnastik dengan iringan muzik. Medau memperkenalkan peralatan bola, gelung dan belantan untuk sukan gimram. Pada tahun 1962 oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf Gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri. Pertandingan di peringkat gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan gimrama sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun 1963. Sejak itu, kejohanan ini menjadi kalender tetap persatuan dengan di pertandingkan setiap dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa yang lain seperti Kejohanan Eropah (European Championship ) dan Kejohanan Empat Benua (Four Continents Championship) telah dimulakan pada tahun 1978. Sukan gimrama telah di pertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat. 7.2 KEPERLUAN ALATAN ASAS UNTUK MEMULAKAN GIMRAMA Dalam sukan gimrama peralatan merupakan keperluan yang asas. Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan. Namun bagi pertunjukan atau persembahan gimnastik peralatanperalat an lain seperti skarf, bendera atau kayu boleh digunakan. Dalam pertunjukan atau persembahan, penggunaan peralatan adalah mengikut pilihan. Gambarajah 7.3: Peralatan digunakan dalam sukan gimrama

TOPIK 7 GIMRAMA 159 Biasanya gimnas akan memiliki peralatan mereka sendiri, ini disebabkan mereka akan merasa selesa menggunakan peralatan sendiri. Peralatan sendiri juga mempunyai sesuai dengan kehendak dan susuk tubuh gimnas dari segi saiz dan berat. Tali Tali gimrama boleh didapati di kedai sukan di bahagian peralatan mendaki gunung dan juga di bahagian peralatan kapal. Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3m dan tebal 8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas. Gimnas yang lebih kecil fizikalnya boleh menggunakan tali yang berukuran 2 m panjang dan tebal 6 mm. Gimnas dibenarkan menggunakan pita pelekat sepanjang 10 cm namun gimnas tidak dibenarkan menggunakan apa jua pemegang pada hujung tali. Spesifikasi Tali Bahan Hem atau sebarang bahan sintetik yang mempunyai kualiti yang sama. Panjang Mengikut tinggi gimnas, tali di ukur apabila gimnas berdiri dengan memijak di tengah tali dan kedua-dua hujung tali di angkat ke aras ketiak gimnas. Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas. Gambarajah 7.4: Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah hem atau sint etik

160 TOPIK 7 GIMRAMA

Gelung Gelung boleh didapati di kedai sukan atau di kedai permainan. Gelung di buat daripada plastik, rotan atau kayu biasa digunakan oleh gimnas. Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan ditepi gimnas. Terdapat juga gimas yang menu balut gelung dengan pita pelekat yang berwarna-warni. Balutan ini bertujuan untuk menguatkan cantuman gelung serta menambahkan berat gelung di samping menjadikannya lebih menarik.

TOPIK 7 GIMRAMA 161

Gambarajah 7.5: Gelung berpita Spesifikasi Gelung

162 TOPIK 7 GIMRAMA

Gambarajah 7.6: Gelung berpita agak menarik jika disamakan dengan baju gimnas Bola Bola adalah salah satu displin wajib dalam gimrama. Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta di iktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Namun sekiranya bola tersebut tidak dapat di sediakan bola sepak, bola jaring atau bola getah saiz 4 boleh digunakan untuk berlatih kemahiran asas seperti melantun dan menggolek. Bagi gimnas junior atau kanak-kanak saiz bola yang lebih kecil boleh digunakan. Spesifikasi Bola Bahan Getah atau bahan sintetik dengan anjalan. Garis pusat 18-20 cm Berat 400 g minimum Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

TOPIK 7 GIMRAMA 163

Gambarajah 7.7: Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta di iktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarab angsa (FIG) BELANTAN (CLUB) Belantan boleh di dapati dari kedai sukan tetapi sukar untuk direka bentuk. Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak. Persembahan belantan biasanya di kuasai oleh gimnas yang lebih berpengalaman. Spesfikasi Belantan Bahan Kayu atau bahan sintetik, boleh dibalut dengan pita pelekat. Panjang 40-50 cm Berat 150 g minimum bagi satu belantan Bentuk Serupa bentuk botol, bahagian yang lebar sekali ialah badan. Garis pusat pada tapak belantan sekurangkurangnya 2 .. cm. Bahagian yang kecil pada hujung lain bulatan di panggil kepala, garis pusatnya tidak melebihi 3 cm. Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

164 TOPIK 7 GIMRAMA

Gambarajah 7.8: Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi dan latihan yang banyak REBEN Kebanyakan reben yang didapati di kedai adalah terlalu ringan dan la cepat tersimpul, terkusut dan mudah terkoyak pada bahagian tepinya. Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera. Kain reben yang mempunyai berat yang sesuai penting untuk menghasilkan corak reben yang baik dan juga senang untuk dibaling. Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas. Bagi gimnas yang berpengalaman, mereka perlu menggunakan reben yang berukuran 6 m tetapi bagi gimnas yang baru atau kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah, mereka bolehlah menggunakan reben yang panjangnya 4-5 m. Riben di sangkut pada bahagian hujung dengan kayu.

TOPIK 7 GIMRAMA 165

Specifikasi Reben Bahan Satin atau bahan lain yang serupa dan tidak berkanji. Lebar 4-6 cm Panjang Jumlah panjang sebenar ialah 7m, satu meter di lipat pada hujungnya seperti pada Rajah 2.9 supaya menjadi 6 cm Berat 35 g minimum (tidak termasuk kayu dan penyangkutnya) Warna Satu atau dua warna kecuali warna perak dan emas.

166 TOPIK 7 GIMRAMA

Gambarajah 7.9: Kain yang paling untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang bera t atau sutera Specifikasi Kayu Bahan Kayu, plastik, buluh atau fibre glass. Hujung kayu sepanjang 10 cm maksimum boleh di balut dengan pita untuk cengkaman yang lebih baik. Bentuk Bulat atau berbentuk kon. Garis pusat 1 cm maksimum pada bahagian yang lebar sekali. Panjang 50-60 cm termasuk cincin penyangkut. Dawai Penyangkut Panjangnya 7 cm maksimum. Boleh menggunakan benang, dawai atau mata kail.

TOPIK 7 GIMRAMA 167

Gambarajah 7.10: Material kayu boleh terdiri daripada kayu, plastik, buluh atau f ibre glass Pakaian Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk bergerak, iaitu seluar trek (track bottom) atau seluar pendek dengan baju T atau leotard dengan atau tanpa tights. Sementara dalam peringkat pertandingan penganjur akan hanya membenarkan peserta memakai leotard dan tights atau leotard sahaja. Namun, ini adalah bergantung pada jenis dan taraf pertandingan. Dalam pertandingan peringkat sekolah atau kelab peraturan pakaian boleh diubah suai. Pengelola pertandingan boleh membenarkan pakaian baju T dan seluar trek, manakala dalam pertandingan peringkat antarabangsa, hanya pakaian leotard dengan atau tanpa tights dibenarkan. Gambarajah 7.11: Contoh pakaian yang di pakai oleh gimnas

168 TOPIK 7 GIMRAMA Mengikut undang-undang sukan ini, leotard yang dipakai semasa pertandingan mestilah berpandukan pada beberapa peraturan. Cans leher depan dan belakang badan tidak boleh terlalu luas di kedua-dua bahagian depan dan belakang sehingga menjolok mata. Garis di punggung juga tidak dibenarkan terlalu tinggi sehingga mendedahkan bahagian punggung. Leotard boleh dipakai dengan atau tanpa lengan tetapi pakaian seperti pakaian renang atau pakaian tarian juga tidak dibenarkan. Kain leotard boleh terdiri daripada apa juga warna kecuali warna emas dan perak. Kain nipis yang lut sinar atau lut cahaya tidak dibenarkan. Ramai di antara gimnas berlatih dan bertanding tanpa memakai kasut. Walau bagaimanapun jika gimnas ingin memakai kasut semasa pertandingan, dia boleh memakai kasut yang khas untuk gimrama. Kasut gimrama biasanya diperbuat daripada kulit atau kain. Gambarajah 7.12: Contoh kasut yang di pakai oleh gimnas 7.3 TEMPAT LATIHAN Tempat yang paling sesuai untuk menjalankan latihan gimrama ialah di dalam dewan tertutup. Di bahagian atas hendaklah kosong dan tidak mempunyai halangan seperti lampu, palang, rasuk dan struktur lain. Oleh itu, dewan sekolah, panggung, dewan orang ramai atau gudang merupakan tempat yang sesuai. Pada peringkat permulaan, siling yang tinggi tidak diperlukan tetapi apabila gimnas telah berpengalaman, balingan peralatannya akan menjadi lebih tinggi dan ia memerlukan siling yang lebih tinggi.

TOPIK 7 GIMRAMA 169

Gambar 7.13: Dewan yang digunakan latihan dan pertandingan gimrama mestilah bersesuaian dengan gerakan gimnas Selain daripada siling, permukaan lantai perlu dipertimbangkan juga. Permukaan lantai mestilah bersih dan tidak terlalu licin. Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama. Ramai di antara gimnas biasanya berlatih di dalam dewan dengan menggunakan tilam untuk kemahiran yang sukar seperti gulingan. Tetapi kadang-kala, tilam akan menghalang beberapa pergerakan seperti gulingan gelung dan lantunan bola. Luas kawasan bagi pertandingan hendaklah berukuran 12 m X 12 m tetapi

170 TOPIK 7 GIMRAMA untuk latihan, luas kawasan ini adalah tidak diwajibkan. Gimnas boleh berlatih di mana-mana kawasan yang sesuai. Gambarajah 7.14: Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama 7.4 UNDANG-UNDANG AM Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam gimrama bergantung pada jenis dan taraf pertandingan yang diadakan. Biasanya pada peringkat antarabangsa, pertandingan dan acara adalah mengikut peraturan dan undang-undang teknik seperti yang telah ditetapkan dalam Buku Undang-undang (Code of Points) yang disediakan oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Buku ini adalah penting dan sangat berguna bukan sahaja kepada para hakim dan pegawai pertandingan tetapi juga kepada para jurulatih dan gimnas. Dalam buku ini teknik yang diperuntukan untuk sesuatu latihan serta sistem peruntukan markah yang di berikan. Setiap empat tahun sekali buku Undang-undang Gimrama biasanya dikaji semula dan diubah suai mengikut keperluan. Selain itu, terdapat juga perubahan dan pemindaan juga boleh dibuat dari semasa ke semasa. Pertandingan Gimrama Sukan Malaysia dan Kejohanan Peringkat Antarabangsa seperti Sukan SEA adalah berpandukan peraturan dan undang-undang Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG).

TOPIK 7 GIMRAMA 171

Gambarajah 7.15: Sukan SEA adalah berpandukan peraturan dan undang-undang Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) Pada amnya, bagi pertandingan yang rasmi atau kejohanan yang mengikuti undang-undang FIG terdapat dua acara pertandingan yang utama. x Acara latihan sukarela yang dipersembahkan oleh seorang gimnas sahaja pada suatu kawasan yang tertentu. Gimnas akan menggunakan satu peralatan untuk setiap latihan atau rutinnya. Acara ini disebut pertandingan individu atau latihan sukarela individu. x Acara latihan sukarela dipersembahkan oleh sekumpulan gimnas (biasanya enam orang gimnas serentak pada suatu kawasan yang ditetapkan). Setiap kumpulan akan mengguna kan satu atau dua jenis peralatan yang berlainan bagi setiap latihan. Acara ini disebut pertandingan latihan berpasukan atau latihan berkumpulan. LATIHAN SUKARELA INDIVIDU Terdapat tiga jenis pertandingan dalam acara ini iaitu: 1. Pertandingan IAcara berpasukan x Setiap pasukan perlu terdiri daripada tiga atau empat orang gimnas. x Setiap pasukan mesti mempertunjukkan 10 latihan, laitu dua latihan bagi setiap peralatan. Peralatan yang digunakan ialah tali, bola, gelung, belantan dan reben.

172 TOPIK 7 GIMRAMA x Setiap gimnas dalam pasukan boleh mempersembahkan satu hingga empat latihan maksimum dengan menggunakan peralatan yang berlainan. Dengan itu setiap peralatan akan dipersembahkan oleh dua gimnas yang berlainan dalam satu pasukan. x Dalam menentukan johan pasukan, jumlah mata yang diperolehi daripada semua gimnas akan diambil kira. Pasukan yang mendapat agregat mata tertinggi dianggap sebagai pasukan johan (jumlah mata maksimum: 100). x Pertandingan I merupakan pusingan kelayakan untuk masuk ke Pertandingan II dan III. 2. Pertandingan x Hanya gimnas tiga latihan pertandingan untuk setiap IIAcara individu keseluruhan yang telah mempersembahkan sekurang-kurangnya dalam Pertandingan I akan dipertimbangkan untuk ini, Tiga jumlah mata yang terbaik akan diambil kira gimnas.

x Seramai 26 peserta terbaik dalam pertandingan I layak bertanding untuk pertandingan individu keseluruhan. Penyertaan ini terhad kepada dua peserta dan setiap pasukan. x Dalam pertandingan ini, setiap peserta mesti mempertunjukkan empat latihan dengan empat peralatan yang ditetapkan oleh Pesekutuan Gimnastik Antarabangsa, (FIG). x Untuk menentukan Johan Individu Keseluruhan, jumlah mata yang diperolehi daripada keempat-empat latihan yang dipertunjukkan akan diambil kira. Peserta yang mendapat mata terbanyak akan menjadi johan individu keseluruhan (jumlah mata maksimum: 40). 3. Pertandingan IIIPusingan akhir untuk setiap peralatan x Lapan peserta terbaik (dengan maksimum dua peserta setiap pasukan) bagi setiap peralatan yang dipertandingkan dalam Pertandingan I layak menyertai Pusingan Akhir untuk setiap peralatan. x Peserta yang memperolehi mata tertinggi bagi sesuatu acara peralatan

akan menjadi johan bagi peralatan berkenaan (jumlah mata maksimum: 10).

TOPIK 7 GIMRAMA 173 7.5 KEMAHIRAN PERGERAKAN BADAN Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu dllakukan bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas. Memandangkan perkara ini seorang gimnas perlu memahami segala pergerakan badan atau elemen teknik badan untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama. Dengan kata lain elemen-elemen ini merupakan asas kepada gimrama dan mesti dllakukan sepanjang rutin latihan. Kesemua elemen teknik badan hendakiah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik. Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih. Cara melakukan gabungan-gabungan ini bergantung pada pengalaman dan kreativiti jurulatih atau gimnas. SEMAK KENDIRI 7.1 x Senaraikan spesifikasi alatan yang di gunakan untuk pertandingan gimrama x Berikan ciri-ciri tempat yang sesuai bagi latihan dan pertandingan gimrama x Nyatakan corak pertandingan gimrama x Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik, x gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). x Pergerakan gimrama berkordinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan x Pergerakan asas gimnastik berirama di percayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah.

174 TOPIK 7 GIMRAMA x Pada tahun 1962 oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa telah mengiktiraf Gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri. x Pertandingan di peringkat gimrama peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan gimrama sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun 1963 x Sukan gimrama telah di pertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat. x Dalam sukan gimrama peralatan merupakan keperluan yang asas. x Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan. x Tali yang di gunakan oleh kebanyakkan gimnas ialah hem atau sintetik dan berukuran tali sepanjang 3m dan tebal 8 mm mengikut kesesuaian dan fizikal gimnas. x Gelung di buat daripada plastik, rotan atau kayu biasa digunakan oleh gimnas. x Tinggi gelung yang sesuai perlulah sampai ke paras punggung apabila ditegakkan ditepi gimnas x Bola yang digunakan untuk gimrama adalah bola yang di buat untuk gimrama dan mengikut spekfikas serta di iktiraf oleh Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) x Dalam gimrama penggunaan belantan dianggap sebagai alat yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan latihan yang banyak x Kain yang paling sesuai untuk dibuat reben ialah satin, nilon yang berat atau sutera x Panjang reben boleh diubah suai mengikut saiz fizikal dan keupayaan gimnas x Dalam menjalani latihan, gimnas boleh memakai pakaian yang selesa dan sesuai untuk bergersk, laitu seluar trek (track bottom) atau seluar pendek

dengan baju T atau leotard dengan atau tanpa tights x Dalam peringkat pertandingan penganjur akan hanya membenarkan peserta memakai leotard dan tights atau leotard sahaja x Leotard boleh dipakai dengan atau tanpa lengan tetapi pakaian seperti pakaian renang atau pakaian tarian juga tidak dibenarkan x Kasut gimrama biasanya diperbuat daripada kulit atau kain.

TOPIK 7 GIMRAMA 175 x Tempat yang paling sesuai untuk menjalankan latihan gimrama ialah di dalam dewan tertutup. x Permaidani yang lembut adalah amat sesuai sebagai lantai dewan untuk latihan dan acara gimrama. x Bentuk acara-acara yang dipertandingkan dalam gimrama bergantung pada jenis dan taraf pertandingan yang diadakan. Bola Pertandingan iii Tali Gimnas Reben Plastik Gelung Rotan Belantan Kayu biasa Sukan olimpik Hem atau sintetik Kejohanan dunia Gelung berpita Gimnastik berirama moden Satin Pertandingan i Nilon yang berat Pertandingan ii Sutera Buschner, C.A. (1994). Teaching Children Movement Concepts and Skills. Champaign, IL : Human Kinetics. Gallahue, D.L. (1996). Developmental Physical Education For Todays Children (3rd ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark. Graham, G. (1992). Teaching Physical Education: Becoming A Master Teacher. Champaign, IL: Human Kinetic. Hopple, C.J. (1995). Teaching For Outcomes In Elementary Physical Education: A Guide For Curriculum And Assessment. Champaign, IL: Human Kinetics.

176 TOPIK 7 GIMRAMA Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Lo Joo Sim (1993), Siri Sukan Popular Fajar Bakti Gimrama. Fajar Bakti Kuala Lumpur Physical Education: Physical Activity, Sports and Recreation. N. Jersey: Prentic e Hall.

Anda mungkin juga menyukai