Anda di halaman 1dari 22

T TTo oop ppi iik kk. ....8 88 Gimrama.

HASIL PEMBELAJARAN Setelah anda mengikuti topik ini, anda akan dapat: 1. menyatakan dan memcirikan sejarah gimrama .. pergerakan melangkah ..ayunan dan pusingn ..putaran dan pivot ..lompatan dan layangan PENGENALAN Gimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Sukan ini telah menjadi semakin popular di kalangan peserta dan penonton. Sukan gimrama memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan kordinasi tubuh badan yang baik juga daya kreativiti mencipta gerakan. Sukan gimrama juga merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur. 8.1 KEMAHIRAN PERGERAKAN BADAN Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu dllakukan bersesuaian dengan pergerakan badan. Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas. Memandangkan perkara ini seorang gimnas perlu memahami segala pergerakan badan atau elemen teknik badan untuk membentuk gerakan yang baik dalam gimrama. Dengan kata lain elemen-elemen ini merupakan asas kepada gimrama dan mesti dllakukan sepanjang rutin latihan. Kesemua elemen teknik badan hendakiah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik. Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan

178 .. TOPIK 8 GIMRAMA suatu rutin yang asli dan tersendiri. Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih. Cara melakukan gabungan-gabungan ini bergantung pada pengalaman dan kreativiti jurulatih atau gimnas. Gambarajah 8.1: Terdapat berbagai pergerakan badan dalam setiap kumpulan untuk melahirkan suatu rutin yang asli dan tersendiri Elemen pergerakan badan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu: x Pergerakan melangkah x Ayunan dan Pusingan x Putaran dan pivot x Alunan x Lompatan dan layangan x Imbangan, x Lentikan x Gulingan 8.1.1 Pergerakan Melangkah Dalam pergerakan melangkah terdapat berbagai variasi corak melangkah dari berjalan hingga ke pergerakan yang lebih kompleks. Pergerakan melangkah ini akan dllakukan dalam berbagai arah atau saiz. Melangkah hendaklah dilakukan dengan ringan, anjal serta berada di atas bebola kaki. Dalam pergerakan melangkah juga bahagian hujung kaki sentiasa dilunjurkan. Contoh-contoh

TOPIK 8 GIMRAMA 179 pergerakan ini adalah seperti berjalan, berlari, lompat ketingting, langkah skip , Chasse, langkah Waltz, langkah Grapevine. Berjalan Langkah dengan teratur dari satu kaki ke kaki lain dengan menggunakan bebola kaki serta luruskan hujung kaki dan kaki menghala ke luar sedikit. Ayunan tangan dengan bebas bermula dari bahagian bahu dan pergerakan tangan kehadapan. Tangan yang dihayun kedepan hendaklah bertentangan dengan pergerakan kaki kehadapan. Berada dalam keadaan badan tegak dan pandang ke depan. Rajah 8.1: Gerakan melangkah berjalan Berlari Keseluruhan cara berlari mempunyai persamaan dengan berjalan cuma dilakukan dengan cepat dan kedua-dua kaki diangkat dari lantai seketika. Contoh variasi: langkah besar, langkah kecil, tendang ke belakang dengan kaki lurus atau bengkok.

180 .. TOPIK 8 GIMRAMA

Rajah 8.2: Gerakan melangkah berlari

TOPIK 8 GIMRAMA 181 Lompat Ketinting Lompat pada satu kaki dan mendarat pada kaki yang sama.

Rajah 8.3: Gerakan melangkah lompat ketinting Lompat Skip Lompat berturut-turut dengan kedua-dua kaki secara bergilir-gilir Rajah 8.4: Gerakan melangkah lompat skip

182 .. TOPIK 8 GIMRAMA Chasse Chasse berasal dari satu pergerakan balet dan turut dinamakan juga langkahtutuplangkah. Gerakan Chasse merupakan kemahiran yang mustahak bagi menyedialan diri untuk gerakan yang lain. Dengan melajukan Chasse ke depan dengan cepat, ia akan membantu persediaan untuk lompatan, layangan atau pusingan. Terdapat dua gerakan Chasse iaitu: Rajah 8.5: Gerakan melangkah Chasse kehadapan Rajah 8.6: Gerakan melangkah Chesse ke sisi

TOPIK 8 GIMRAMA 183 Langkah Waltz Rajah 8.7: Gerakan melangkah langkah Waltz Langkah Waltz dilakukan dengan membengkokkan badan dalam kiraan 1 dan di atas bebola kaki dalam kiraan 2 dan 3. Variasinya boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan boleh di mulakan dengan kaki kiri. Langkah Grapevine Langkah Grapevine merupakan pergerakan ke sisi. Teknik asas adalah seperti benkut: x Berdiri atas kaki kanan hulur kaki kiri ke sisi. x Langkah kaki kiri dan silang kaki kanan ke depan kaki kiri. x Hulur kaki kiri ke sisi. x Langkah kaki kanan dan silang kaki kanan ke belakang kaki kiri.

184 .. TOPIK 8 GIMRAMA

Rajah 8.8: Gerakan melangkah langkah grapevine 8.1.2 Ayunan dan Pusingan Ayunan adalah asas bagi gerakan manipulasi peralatan. Ayunan dan pusingan dlaplikasikan dalam gerakan gimrama ketika persediaan, pergerakan akhir atau untuk menyambung sesuatu pergerakan. Ayunan dan pusingan boleh dilakukan dengan mana-mana anggota badan seperti tangan, bahagian atas badan dan kaki.

TOPIK 8 GIMRAMA 185

Rajah 8.9: Gerakan ayunan dan pusingan 8.1.3 Putaran dan Pivot Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai. Selain daripada dua kaki putaran boleh dilakukan dengan anggota badan lain seperti punggung, lutut atau belakang. Terdapat berbagai jenis putaran yang dilakukan bergantung kepada sudut putaran contohnya separuh putaran (180..), putaran penuh (360..) atau lebih daripada satu putaran. Putaran adalah elemen asas dalam sesuatu gerakan rutin gimrama, putaran boleh juga dilakukan dengan lompatan.

186 .. TOPIK 8 GIMRAMA

Rajah 8.10: Gerakan putaran penuh Rajah 8.11: Gerakan putaran Chamee. Putaran ini terdiri daripada beberapa putara n separuh Pivot dilakukan atas satu kaki. Kedudukan tubuh badan, tangan dan kepala boleh dilakukan mengikut kreativiti gimnas. Contohnya kedudukan kaki yang diangkat boleh diluruskan, dibengkokkan atau diletakkan pada kedudukan

TOPIK 8 GIMRAMA 187 estatik. Terdapat dua cara melakukan pivot iaitu ke arah luar (laitu ke arah kak i yang diangkat) atau ke arah dalam (ke arah kaki yang melakukan pivot). Gimnas perlu berada di atas bebola kaki dengan tumit seberapa tinggi yang boleh apabila melakukan putaran atau pivot. Sepanjang membuat putaran dan pivot badan gimnas hendaklah berada dalam tegap dan gimnas perlu mengawal pergerakan badannya untuk menetapkan imbangan. Otot-otot perut serta kaki yang melakukan pivot perlulah kuat dalam melakukan pivot. Bahagian kepala dan tangan digunakan untuk membantu melakukan putaran dan pivot. Contoh putaran dan pivot adalah seperti berikut: Rajah 8.12: Gerakan pivot ALUNAN Alunan adalah pergerakan yang menyerupai ombak dilakukan dengan tangan, tubuh badan atau keseluruhan badan. Alunan boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan cara contohnya ke depan, ke belakang atau ke sisi; berlutut atau berdir i. Kemahiran alunan badan merupakan kemahiran gerakan gimnas yang agak susah. Alunan memerlukan kelenturan badan yang baik supaya dapat menggerakkan tubuh badan dengan kemas yang menyupai gerakan ombak. Alunan tidak hanya melakukan pergerakan tangan malah keseluruhan pergerakan tubuh badan. Terdapat beberapa latihan ansur maju dalam mempratikkan alunan yang akan membantu perlakuan tersebut:

188 .. TOPIK 8 GIMRAMA

TOPIK 8 GIMRAMA 189

Rajah 8.14: Gerakan teknik alunan 8.1.4 Lompatan dan Layangan Terdapat pelbagai variasi lompatan dan layangan yang dilakukan dalam gimrama. Lompatan dan mendarat boleh dilakukan menggunakan satu atau dua kaki. Berikut adalah beberapa variasi lompatan yang di gunakan oleh gimnas.

190 .. TOPIK 8 GIMRAMA

Rajah 8.15: Gerakan jenis lompatan Layangan merupakan satu lompatan tinggi dan berjarak besar. Lonjakan menggunakan satu semasa melonjak dan mendarat. Berikut adalah variasi layangan.

TOPIK 8 GIMRAMA 191

192 .. TOPIK 8 GIMRAMA

Rajah 8.16: Gerakan beberapa jenis layangan Bagi proses lompatan atau layangan, lonjakan dan daratan lutut perlu di bengkokan sedikit. Proses ini akan membantu tolakan kaki dari lantai serta meringankan pendaratan bagi mengelakan kecederaan yang mungkin berlaku dilutut kaki dan belakang. Pendaratan hendaklah dilakukan di atas bebola kaki dan terus kebahagian kaki yang lain.

TOPIK 8 GIMRAMA 193

Rajah 8.17: Contoh gerakan pendaratan Semasa melakukan lompatan atau layangan gimnas perlu tenang dan merasa seolah-olah gerakannya berhenti sementara pada aras yang tertinggi di udara. Rajah 8.18: Semasa melakukan lompatan atau layangan gimnas perlu tenang dan mera sa seolah-olah gerakannya berhenti sementara pada aras yang tertinggi di udara Lompatan dan layangan patut di lakukan dengan amplitud yang baik dengan kaki dan tangan yang lurus.

194 .. TOPIK 8 GIMRAMA

Rajah 8.19: Lompatan dan layangan patut di lakukan dengan amplitud yang baik dengan kaki dan tangan yang lurus Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak harmoni dengan lompatan. Semasa menghayun tangan bahu tidak perlu diangkat sekiranya bahun diangkat posisi bahagian atas badan kelihatan bengkok. Rajah 8.20: Tangan hendaklah dihayun dengan membentuk corak harmoni dengan lompatan

TOPIK 8 GIMRAMA 195 SEMAK KENDIRI 8.1 x Nyatakan komponen yang terdapat dalam pergerakan melangkah x Cirikan dan bezakan antara putaran dan pivot x Cirikan pergerakan berjalan dan berlari dengan betul x Kesemua kemahiran dan teknik peralatan yang digunakan dalam gimrama perlu dilakukan bersesuaian dengan pergerakan badan. x Pergerakan gimnastik menggunakan alatan perlu dilakukan dengan kawalan badan yang baik serta dengan gaya badan yang bergaya dan kemas. x Kesemua elemen teknik badan hendakiah digabungkan dalam rutin gerakan supaya menjadi suatu rangkaian yang licin dan baik. x Gabungan-gabungan berbeza yang terhasil di antara pergerakan badan dan manipulasi peralatan menjadikan gimrama sebagai suatu sukan yang sangat mencabar bagi gimnas dan jurulatih x Dalam pergerakan melangkah terdapat berbagai variasi corak melangkah dari berjalan hingga ke pergerakan yang lebih kompleks x Dalam pergerakan melangkah juga bahagian hujung kaki sentiasa dilunjurkan. x Chasse berasal dari satu pergerakan balet dan turut dinamakan juga langkah-tutup-langkah x Ayunan adalah asas bagi gerakan manipulasi peralatan. x Ayunan dan pusingan dlaplikasikan dalam gerakan gimrama ketika persediaan, pergerakan akhir atau untuk menyambung sesuatu pergerakan. x Putaran dilakukan dengan dua kaki di atas lantai.

196 .. TOPIK 8 GIMRAMA x Selain daripada dua kaki putaran boleh dilakukan dengan anggota badan lain seperti punggung, lutut atau belakang. x Putaran adalah elemen asas dalam sesuatu gerakan rutin gimrama, putaran boleh juga dilakukan dengan lompatan. x Gimnas perlu berada di atas bebola kaki dengan tumit seberapa tinggi yang boleh apabila melakukan putaran atau pivot. x Alunan adalah pergerakan yang menyerupai ombak dilakukan dengan tangan, tubuh badan atau keseluruhan badan. x Alunan boleh dilakukan dalam pelbagai arah dan cara contohnya ke depan, ke belakang atau ke sisi; berlutut atau berdiri. x Alunan memerlukan kelenturan badan yang baik supaya dapat menggerakkan tubuh badan dengan kemas yang menyupai gerakan ombak. x Terdapat pelbagai variasi lompatan dan layangan yang dilakukan dalam gimrama. Lompatan dan mendarat boleh dilakukan menggunakan satu atau dua kaki x Proses lompatan atau layangan, lonjakan dan daratan lutut perlu di bengkokan sedikit. x Lompatan dan layangan patut di lakukan dengan amplitud yang baik dengan kaki dan tangan yang lurus

TOPIK 8 GIMRAMA 197

Pergerakan melangkah gerakan ombak Ayunan dan Pusingan berjalan Putaran dan pivot berlari Alunan lompat ketingting Lompatan dan layangan langkah skip Imbangan Chasse Lentikan langkah Waltz Gulingan langkah Grapevine Bebola kaki Buschner, C.A. (1994). Teaching Children Movement Concepts and Skills. Champaign, IL : Human Kinetics. Gallahue, D.L. (1996). Developmental Physical Education For Todays Children (3rd ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark. Graham, G. (1992). Teaching Physical Education : Becoming A Master Teacher. Champaign, IL : Human Kinetic. Hopple, C.J. (1995). Teaching For Outcomes In Elementary Physical Education: A Guide For Curriculum And Assessment. Champaign, IL: Human Kinetics. Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Lo Joo Sim (1993), Siri Sukan Popular Fajar Bakti Gimrama. Fajar Bakti Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai