Anda di halaman 1dari 31

1.

0 PENGENALAN Badminton, sejenis permainan yang dipercayai berasal dari Negara India, kini telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu permainan antarabangsa yang digemari di dunia, termasuk di Negara kita. Ini terbukti dengan adanya pelbagai kejohanan dan pertandingan dianjurkan yang mendapat sambutan menggalakan sama ada daripada pemain ataupun penonton. Peningkatan dalam penglibatan para pemain dan sokongan badanbadan sukarela, syarikatsyarikat swasta dan orang perseorangan, telah membawa kepada peningkatan dalam prestasi setiap Negara dan pemain. Ini diikuti pula dengan kemunculan beberapa buah Negara, dalam masa yang singkat sahaja mampu menyaingi NegaraNegara yang sudah terkenal seperti Indonesia, China dan Malaysia. Bagi Negara kita, badminton merupakan satusatunya sukan yang benarbenar Berjaya meletakan nama Negara di tempat paling atas dibandingkan dengan sukan lain. Inillah satusatunya sukan yang kita mampu menjadi johan dunia. Kejayaan beberapa kali memenangi Piala Thomas serta kegemilangan kita dalam sukan Komonwel membuktikan kejaguhan kita dalam sukan ini. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ditubuhkan pada tahun 1934, dan di antara persatuan sukan terawal di Negara ini, sedar akan peranan dan

tanggungjawabnya. Pelbagai kejohanan dianjurkan oleh BAM dan pelbagai projek dilaksanakan di samping perancanganperancangan masa depannya membuktikan bahawa untuk sekian lama mendatang Negara kita tidak akan ketandusan dari segi melahirkan bintang bintang badminton bertaraf dunia. Di peringkat sekolah, badminton ternyata sudah berjaya menjadi acara sukan yang digemari. Kelabkelab rekreasi, persatuanpersatuan sukarela dan badanbadan serta jabatanjabatan kerajaan dan swasta turut menubuhkan pasukan masing masing dengan turut mengadakan pertandingan dan kejohanan sendiri dari semasa ke semasa. Semua ini menunjukkan bahawa badminton sudah berjaya menarik minat segenap golongan masyarakat Negara ini dan dunia amnya.

Dalam tugasan ini, saya telah menerangkan tentang beberapa aspekaspek dan butiranbutiran penting mengenai permainan badminton ini. Walaupun tugasan ini tidaklah memuatkan segalagalanya tentang badminton, namun setidaktidaknya apa yang kita perlu tahu terutamanya dari segi kemahiran, ansur maju, peraturan dan undang undang serta persediaan pemain, tugasan ini dapatlah membantu seseorang untuk mengenali sukan ini dengan lebih mendalam lagi. Sekian.

2.0 SEJARAH & PEMBANGUNAN SUKAN BADMINTON Badminton telah diperkanalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimaikan di Yunani silam dan. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawall abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai Poona di India semasa abad ke-18 dan pegawai tenetra british mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860-an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, menerbitkan sebuah risalah iaitu, Badminton Battledore a new game pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan. Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton. Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887. Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama. Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899. Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada tahun 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Scotland, new Zealand dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global. Meskipun asal usul sukan terletak England, badminton di peringkat

antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa Negara Asia, termasuk China, Indonesia, Korea Selatan dan sudah tentunya Malaysia.

3.0 PERALATAN

3.1 GELANGGANG

Gelanggang merupakan kemudahan yang paling penting dalam sukan badminton. Ukuran gelanggang badminton mestilah mempunyai ukuran panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter. Setiap gelanggang ini digarisi dengan garisan servis panjang, garisan servis pendek, garisan luar ganda, garisan tengah dan net yang mempunyai ukuran ketinggian 1.55 meter. Selain itu, gelanggang badminton untuk permainan individu dan permainan beregu adalah berbeza. Bagi permainan individu garisan luar tidak dikira jika bulu tangkis jatuh diluar garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar. Dalam permainan beregu pula garisan luar dikira jika servis bulu tangkis jatuh di luar garisan servis panjang dikira keluar atau long. Bentuk gelanggang badminton mestilah berbentuk empat segi bujur dengan ukuran 13.40 meter panjang dan 6.10 meter lebar. Permukaan kayu yang kenyal adalah paling sesuai kerana ia akan memberi permukaan yang sempurna untuk bermain. Kini, banyak gelanggang badminton dilengkapi dengan permukaan lantai sintetik yang tidak mudah tergelincir. Pada hari ini dalam permainan badminton permukaan sintetik adalah popular kerana akan membantu menyerap gegaran berbanding dengan lantai konkrit atau lantai parquet yang biasanya didapati di dewan-dewan serbaguna. Permukaan lantai yang keras akan memberi kesan yang buruk kepada sendi-sendi dan boleh menyebabkan kecederaan lutut seringkali berlaku.

Rajah 3.0 : Gelanggang badminton


3.2 TIANG

Tiang-tiang hendaklah tingginya 1.55 meter dari permukaan gelanggang. Tiangtiang itu hendaklah cukup teguh untuk memelihara ketegangan jaring sepertimana yang diperuntukkan dalam undang-undang dan hendaklah diletakkkan di garis sempadan tepi untuk beregu. Sekiranya tiang-tiang tidak berada di garis-garis sempadan tepi, maka hendaklah diusahakan satu cara untuk menunjukkan letaknya garis sempadan tepi di mana garis itu lalu di bawah jaring, misalnya dengan menggunakan tiang nipis atau jalur bahan, lebarnya 40 mm yang dipasangkan pada garis sempadan tepi dan naik tegak ke tali jaring. Pada gelanggang yang ditandakan untuk beregu, tiang-tiang atau jalur-jalur bahan itu hendaklah diletakkan di garis sempadan tepi untuk beregu, tidak kira sama ada permainan perseorangan atau beregu yang dimainkan.

3.1 : Tiang

3.3 JARING

Selain daripada gelanggang, kemudahan yang terdapat dalam sukan badminton ialah jaring atau net. Jaring atau net penting dalam sukan ini kerana ianya bertujuan untuk memisahkan antara kedua-dua pemain badminton. Tinggi jaring yang digunakan semasa permainan badminton ini ialah 1.524 meter dari lantai,manakala ianya perlu diukur dari titik tengah gelanggang ke atas jaring. Tiang-tiang yang di gunakan pula tidak melebihi daripada 1.55 meter dan diletakkan di garisan tepi di sebelah luar seperti rajah di bawah:

Rajah 3.2 : Jaring gelanggang badminton Selain itu juga jaring yang digunakan hendaklah dipasang dengan cara yang betul. Jaring hendaklah dipasang rapat dengan tiang untuk mengelakkan bola tangkis masuk ke gelanggang lawan dengan tidak sengaja. Ianya juga bertujuan untuk mengelakkan ketidakadilan berlaku semasa pemain bermain di jaring. 3.4 Terdapat harga yang berbeza bergantung kepada kualiti barangan yang digunakan dalam permainan badminton. Seluar, baju T, kasut serta stokin digalakkan, dengan pakaian yang dapat memanaskan badan sekiranya cuaca sejuk. Warna putih memantulkan haba dengan lebih berkesan dan lebih menyejukkan berbanding dengan warna gelap. Ramai juga pemain memakai seluar daripada kain nailon atau benang kapas untuk keselesaan. Sebagai tambahan, lilit kepala, tangan dan tuala membantu mengelakkan peluh dari muka, mata dan tangan. Sarung tangan daripada kulit lembut sering juga digunakan untuk memberi genggaman yang lebih baik. Raket terbaru yang lebih ringan dibuat daripada boron, karbon atau grafit selalunya direka dengan mempunyai tahap ketahanan yang berbeza. Terdapat juga raket yang berbentuk oversize untuk mengurangkan rintangan angin dan tork. Tali raket selalunya dibuat daripada nailon atau benang sintetik. Pada peringkat awal pembabitan dalam permainan badminton, pemain digalak menggunakan raket yang tidak terlalu mahal harganya tetapi baik. Adalah dicadangkan untuk mencuba beberapa raket yang sesuai untuk digunakan seperti yang terdapat di
7

kedai-kedai peralatan sukan sebelum bercadang membeli raket yang sesuai untuk pemain badminton.
3.4.1 RAKET

Bahagian permukaan pemukul raket hendaklah rata dan mempunyai corak talitali bersilang yang terikat kepada sebuah bingkai dan tali-tali bersilang hendaklah sama sahaja di semua bahagian, tidak lebih rapat di bahagian tengah dari kawasan-kawasan yang lain. Bingkai raket termasuk pemegangnya hendaklah tidak melebihi 680 mm panjang keseluruhannya dan 230 mm lebar keseluruhannya. Panjang keseluruhan kepala raket hendaklah tidak melebihi 290 mm. Permukaan yang bertali hendaklah tidak melebihi 280 mm panjang keseluruhannya dan 220 mm lebar keseluruhannya. Raket yang hendak digunakan :Hendaklah bebas dari alat-alat atau tambahantambahan kecuali alat-alat yang digunakan semata-mata bertujuan untuk menghadkan atau mengurangkan kerosakan, getaran, untuk membahagikan berat sama rata, untuk mambalut pemegang raket dengan bahan supaya tidak licin dan yang berpatutan dari segi bentuk dan kedudukan untuk tujuan-tujuan seumpama itu dan Hendaklah bebas dari sebarang alat yang boleh menjayakan seseorang pemain itu untuk mengubah rupa bentuk raketnya.

Rajah 3.4.1 : Raket


3.4.2 BULU TANGKIS

Bulu tangkis boleh dibuat daripada benda asli atau bahan tiruan. Walau apapun bahan yang digunakan untuk membuat bulu tangkis itu, corak kelajuannya secara am, hendaklah seakan-akan sama seperti yang dihasilkan oleh bulu tangkis asli yang menggunakan bulu, mempunyai bahagian bawah bergabus yang dilindungi oleh sekeping lapisan kulit nipis. Bentuk am bulu tangkis hendaklah mempunyai 16 helai bulu yang tercucuk ke dalam bahagian gabus.Panjang bulu-bulunya bolehlah di antara 64 mm ke 70 mm tetapi panjang tiap-tiap helai bulu untuk sesuatu bulu tangkis itu hendaklah serupa apabila diukur dari hujung bahagian atas gabus tersebut. Hujung bulu-bulu itu hendaklah berbentuk satu bulatan yang mempunyai garis pusat di antara 58 mm ke 68 mm. Bulu-bulu itu hendaklah diikat kukuh dengan benang atau dengan bahan-bahan lain yang sesuai. Bahagian bawahnya hendaklah :-

bergaris pusat di antara 25 mm ke 28 mm. berbentuk bulat.

Berat bulu tangkis hendaklah di antara 4.74 gram ke 5.50 gram. Bulu tangkis yang tidak menggunakan bulu tangkis asli. Segulung bahan tiruan atau bahan tiruan yang dibentuk seakan-akan dengan bulu menggantikan bulu-bulu asli. Bahagian bawahnya adalah sama seperti yang diterangkan dalam undang-undang. Ukuranukuran dan beratnya hendaklah sama sepertimana dalam undang-undang.

Walaubagaimanapun, oleh kerana terdapat perbezaan-perbezaan tarikan graviti dan perlakuan terhadap bahan-bahan tiruan jika dibandingkan dengan bulu asli perbezaan sehingga 10% terhadap ukuran-ukuran yang dinyatakan itu boleh diterima.

Rajah 3.4.2 : Bulu tangkis

10

4.0 Kemahiran Asas : Memegang Raket Pada peringkat awal, adalah penting bagi seseorang pemain mengetahui cara yang betul memengang raket. Ini kerana segala pergerakan atau tindakan dalam permainan badminton selanjutnya akan bergantung kepada cara pegangan ini. Jika pemain yang sudah serasi dengan cara pegangan yang salah pada peringkat awal, mungkin sukar baginya memperbetulkanya kemudian. Cara memegang raket harus diberikan perhatian penting dalam permainan badminton, walaupun ada sesetengah pemain atau jurulatih yang kurang memeberi penekanan kepada aspek ini. Cara pegangan yang salah bukan sahaja menghasilkan kesan yang kurang, tetapi boleh mendatangkan tidakkeselesaan dan bahaya kepada tangan pemain. Terdapat tiga jenis pegangan asas iaitu pegangan depan, pegangan kilas, dan pegangan rata.

4.1 Butiran Butiran Mengajar 4.1.1 Pegangan Depan Cara melakukan pegangan depan depan ialah dengan memegang raket pada tangan yang tidak bermain pada bahagian tengah pemegangnya dengan bahagian kepala menegak, dan pegang pada bahagian pemengang dengan tangan kanan seperti berjabat tangan. Jangan pegang terlalu erat pada bahagian pemeganya ; gunakan jari dengan bahagian yang rata pada sisi pemegang raket selari dengan bentuk V antara ibu jari telunjuk (Rajah 4.1.1). Jari yang tidak memegang raket akan memberikan kekuatan pada pergelangan tangan bagi mendapatkan aksi pukulan yang baik serta kekuatan yang diperlukan. Jika raket dipegang seerat erat, akan menghadkan pergerakan pada pergelangan tangan dan kekuatan berkurangan.

11

Pemain badminton handalan akan menumpukan perhatian kepada pergerakan yang mudah dan selesa pada pergelangan tangan. Pergerakan dan pergelangan tangan yang betul dan berkesan akan menghasilkan pukulan yang baik dan berkesan.

Rajah 4.1.1 Tangan kiri pergelangan raket Kepala raket menegak Cekak dengan tangan kanan

4.1.2 Pegangan Kilas Pegangan kilas digunakan untuk memberikan pergerakan yang baik pada permukaan kilas raket serta memudahkan pergerakan raket pada sisi kilas pemain. Caranya ialah dengan memusingkan sedikit raket di dalam jari mengikut arah putaran jam (jika pemain tangan kanan) untuk membawa ibu jari kepada bahagian rata pemegang raket (Rajah 4.1.2) Pusingkan raket dalam arah yang berlawanan jika pemain kidal atau pemaintangan kiri. Pegangan begini memberi keselesaan dalam mendapatkan tolakan daripada ibujari bagi membantu memperolehi kekuatan untuk pukulan kilas. Berat badat dan kekuatan ibu jari berada pada belakang permukaan kilas raket.

12

Rajah 4.1.2 Kedudukan raket dalam pegangan kilas.

4.1.3 Pegangan Rata Pegangan rata atau mendatar (flat grip) dilakukan dengan menegakkan raket di depan pada tangan yang tidak bermain dengan kepalanya berdepan dengan jarring. Letak tangan yang bermain ke depan dan pegang mengikut pegangan (Rajah 1.1.3). Pegangan ini digunakan oleh kebanyakkan pemain semasa berada di depan gelanggang serta membolehkannya meletak bulu tangkis ke bawah, berdekatan jarring serta dengan sedikit pukulan belakang.

Rajah 4.1.3 Pegangan rata atau mendatar.

13

4.2 Ansur Maju Pusingkan raket di dalam tangan dan hentikan raket pada pegangan yang betul sama ada pegangan depan atau pegangan kilas. Apabila pegangan yang betul ditemui dengan cara merasa dengan tangan tanpa melihatnya, kita telah berjaya membuat pegangan yang betul. Dalam permainan, pemain harus mampu dan bijak menukar pegangan dengan pantas mengikut kesesuaian pukulan yang akan dibuat.

4.3 Peraturan dan Undang undang Pemain harus menggunakan pergelangan tangan untuk melepaskan kepala raket ke arah bulu tangkis. Pemain tidak harus memegang raket pada jari dengan terlalu kuat.

14

5.0 Kemahiran Asas : Membuat Servis Setiap pemain badminton harus tahu memukul bulu tangkis. Jika pemain sudah tahu memukul, bermakna pemain sudah boleh boleh membuat servis. Pemain yang tidak dapat melakukan servis, tentu sukar mencapai kemenangan. Ini kerana mata hanya diperolehi daripada servis. Oleh yang demikian, pemain harus mempelajari cara cara membuat servis dengan betul. Biasanya servis dianggap sebagai pukulan pertahanan. Pemain lawan yang menerima servis itu sudah bersedia untuk menrima atau mematikan servis yang diterimanya. Servis yang baik dapat menghasilkan mata, dan servis yang tidak baik akan memudahkan lawan merampas servis. Terdapat 4 cara membuat servis iaitu servis rendah, servis kuis, servis deras dan servis tinggi. 5.1 Butiran Butiran Mengajar 5.1.1 Servis Rendah Servis rendah dilakukan dengan menolak bulu tangkis melepasi jaring serendah dan serapat yang boleh. Dengan itu, bola akan jatuh dekat dengan garis servis pendek di kawasan lawan. Pemain harus berdiri di belakang garis depan dan hamper dengan garis tengah kawasan sendiri. Kaki kiri didepankan sedikit dan badan menghala ke jaring. Pemain harus memegang bulu tangkis pada tangan kiri, dan lepaskan secara menjunam. Arahkahkan raket pada bulu tangkis dan pukul dengan tolakan ke dapan. Pemain harus memastikan bahawa kepala raket menghala kebawah dan di bawah pemengang raket semasa memukul (Rajah 5.1.1).

15

Rajah 5.1.1 Kedudukan dan pergerakan semasa membuat servis rendah.

5.1.2 Servis Kuis Pegang buluh tangkis di hadapan badan. Raket hendaklah pada kedudukan sisi badan pemain dengan permukaanya menghala ke depan. Lakukan servis dengan pantas. Bulu tangkis juga bergerak pantas dan jarak penerbagannya adalah dekat daripada servis rendah. Arahkan bulu tangkis hampir ke garisan tengah kawasan lawan. Bulu tangkis boleh dipegang dengan cara terbalik, megiring atau biasa.

Rajah 5.1.2 Kedudukan dan pergerakan semasa membuat servis kuis.

16

5.1.3 Servis Deras Objektif servis ini adalah untuk mendapatkan pukulan yang licin dan jauh ke belakang gelanggang lawan. Bulu tangkis akan meluru deras dan meninggi ke belakang gelanggang. Servis ini mudah diambil, tetapi hantaran lawan juga adalah pukulan jauh. Pastikan kedudukan pemain selesa besama raket. Arahkan pukulan ke sebelah kiri atau kanan di belakang gelanggang lawan. Bulu tangkis dipukul deras dan separuh tinggi. Pastikan servis ini tidak mudah dipintas oleh lawan (Rajah 2.1.3).

Rajah 5.1.3 Kedudukan dan pergerakan 2.1.4 Servis Tinggi semasa membuat servis deras.

Dalam servis ini pemain akan menghantar bulu tangkis ke hujung gelanggang lawan. Buluh tangkis akan meluru jauh dan tinggi melepasi lawan dan jatuh menunjam. Servis ini sesuai untuk acara perseorangan dan juga beregu.

17

Tangan yang memegang raket akan membuat satu pusingan penuh lengan dan raket dengan pergelanggan tangan melepaskan kunci tangan sebelum bulu tangkis dipukul. Ayunkan tangan bersama raket untuk memukul bulu tangkis yang dilepaskan pada bahagian kepalanya ke bawah. Kedudukan kaki dan badan adalah seperti dalam servis deras. Pastikan bulu tangkis melepasi gelanggang dan di belakang gelaggang lawan. Jangan hantarkan di tengah atau di depan gelanggang lawan.

Rajah 5.1.4 Kedudukan dan pergerakan semasa membuat servis tinggi.

5.2 Ansur Maju Lakukan servis rendah pendek dari sebarang posisi dari kawasan kanan gelanggang sendiri dengan mengarahkan bulu tangkis ke kawasan kanan gelanggang lawan. Gunakan pelbagai servis yang telah dipelajari. Lakukan servis rendah pendek dari posisi yang paling selesa dari kawasan kanan gelanggang sendiri dengan mengarahkan bulu tangkis ke kawasan kanan gelanggang lawan. Gunakan servis yang paling selesa. Lakukan servis tinggi dari sebarang posisi dalam kawasan kanan gelanggang sendiri dengan mengarahkan bulu tangkis ke kawasan kanan gelanggang lawan. Gunakan pelbagai jenis servis tinggi.

18

Lakukan servis pendek dari posisi paling selesa dalam kawasan kiri gelanggang sendiri dengan mengarahkan bulu tangkis ke kawasan kiri gelanggang lawan. Gunakan jenis servis yang paling selesa,

5.3 Peraturan dan Undang Undang Pemain dalam kedudukan bersedia dan tenang. Kedudukan kaki hendaklah sejarak bahu, manakala berat badan adalah pada kaki. Lutut dibengkokan dengan sebelah kaki di depan sedikit. Perhatikan kedudukan lawan dan pada masa yang sama perhatikan juga pada bulu tangkis yang pegang. Lakukan servis dengan yakin dan tidak tergopoh gopoh. Bersedia dengan mengawal setiap bahagian gelanggang.

5.4 Servis Dikira Batal Sekiranya : Kaki pembuat servis memijak garisan gelanggang. Pemain mengangkat kaki semasa membuat servis Memukul bulu tangkis melepasi pinggang. Permukaan raket tidak berada dibawah tangan pembuat servis. Melambat lambatkan pembuatan servis. Keluar gelanggang sesuka hati. Raket melepasi jaring semasa membuat pukulan. Memperhentikan pergerakan dalam membuat servis dengan tujuan

memerangkap lawan. Menggertak atau melakukan sesuatu yang boleh menggangu konsentrasi lawan.

19

6.0 Kemahiran Asas : Mengembalikan Servis Dalam permainan badminton, seseorang pemain yang mampu melakukan servis dengan baik belum tentu mampu menjadi pemain yang baik dan handal. Pemain mungkin berjaya memperdayakan lawan dengan pelbagai variasi pukulan servisnya, namun jika dia kurang mahir dalam menerima dan mengembalikan servis daripada lawan, sudah tentu dia tidak akan menjadi seorang pemain handalan. Umumnya, kedua dua kemahiran ini adalah perlu. Servis yang baik, terutamanya yang gagal dikembalikan atau gagal diselamatkan lawan, akan menjamin pemain itu memunggut mata, manakala pemgembalian yang baik akan menghasilkan servis kembali kepadanya. 6.1 Butiran Butiran Mengajar 6.1.1 Servis Rendah Ada tiga pilihan yang boleh dibuat untuk mengembalikan servis rendah : Pukulan jauh yang deras dan melambung ke penjuru kanan gelanggang Pukulan jauh yang deras atau melambung ke penjuru kiri gelanggang lawan. Pukulan junam ke kiri atau ke kanan gelanggang lawan bedekatan jaring. 6.1.2 Servis Kuis Servis ini dibuat apabila lawan menjangka ada pada kedudukan jauh ke belakang gelanggang. Untuk mengembalikan servis ini : Undur dengan pantas dan lakukan pukulan balik seperti biasa Lakukan smesy jika mempunyai peluang berbuat demikian. Lakukan pukulan biasa untuk menghantar balik servis jatuh di depan.

20

6.1.3 Servis Deras Bulu tangkis daripada servis deras adalah lebih laju lagi mendatar. Cara melakukan pukulan dalam mengembalikan servis ini adalah seperti berikut : Arah mengembalikan servis bergantung pada ruang yang ada dan keputusan tindakan ke atas bulu tangkis. Berusaha melakukan pukulan cantas bulu tangkis sebelum tiba ke kawasan yang diarahkan. Membuat pukulan junam di depan jaring dan di kawasan yang bertentangan pembuat servis. 6.1.4 Servis Tinggi Ada empat pilihan dalam menggembalikan servis tinggi : Pukulan mudah yang jauh, tinggi dan deras ke penjuru belakang gelanggang lawan. Pukulan mudah yang jauh, deras tetapi tidak tinggi ke penjuru kiri lawan. Pukulan junam ke penjuru depan gelanggang lawan, iaitu ke sebelah kiri gelanggang. Pukulan junam ke penjuru depan, iaitu ke kanan gelanggang.

6.2 Ansur Maju Berdiri dalam kedudukan besedia untuk menerima servis dan bergerak ke arah jaring sepantas yang boleh, kemudian undur ke posisi tadi. Lakukan beberapa kali dengan tingkatkan kelajuan. Berdiri dalam kedudukan bersedia untuk menerima servis dalam petak kiri geelanggang sendiri, dan bergerak ke arah belakang gelanggang sepantas yang boleh, kemudian bergerak kembali ke posisi asal. Lakukan beberapa kali dengan meningkatkan kelajuan.

21

Dapatkan pasangan untuk membuat servis dari petak kanan gelanggang dengan mengarahkan buluh tangkis dengan menggunakan servis rendah pendek. Dapatkan dan kembalikan ke arah yang dikehendaki.

Dapatkan pasangan untuk membuat servis dari petak kiri gelanggangnya dengan mengarahkan bulu tangkis, dengan menggunakan servis tinggi. Kembalikan servis itu mengikut arah dikehendaki.

6.3 Peraturan dan Undang Undang Pemain dilarang bergerak sebelum pembuat servis memukul bulu tangkis Pemain dilarang melengah lengahkan mencari kedudukan sedia tanpa alasan munasabah Pemain dilarang menggertak atau menggangu lawan Pemain dilarang mengangkat kaki atau memijak garisan.

22

7.0 Prinsip Asas Sains : Sistem Tuas Kelas Pertama (Memegang Raket) Pelbagai prinsip sains yang boleh dikaitkan dengan permainan badminton. Prinsip ini memberi kebaikan dari segi fizikal untuk pemain bermain dengan lebih hebat dan profesional. Antaranya sistem tuas, keseimbangan dan kestabilan, pemindahan berat badan dan sebagainya. Bagi saya, sistem tuas merupakan antara prinsip sains yang wajib diketahui dan dimahiri oleh semua pemain badminton. Sistem tuas merupakan satu mesin ringkas yang bertujuan untuk membantu manusia melakukan sesuatu kerja dengan lebih mudah dan selesa serta dapat mengatasi beban. Sistem tuas juga dapat membantu dalam keberkesanan sesuatu bergerakan. Sistem tuas ialah satu struktur yang teguh yang dilengselkan (fulkrum) di satu titik dan daya dikenakan kepada kedua dua hujung struktur tersebut (daya motif dan daya rintangan).

Daya Rintangan

Daya Motif Fulkrum

Rajah 7.0 (a) : Sistem Tuas

23

Badan manusia mempunyai bentuk tersendiri yang berasaskan kepada struktur tulang. Tulang tulang ini bersambung antara satu sama lain melalui sistem persendian dan bertindak sebagai tuas yang memindahkan tenaga otot terhadap objek yang menghasilkan sesuatu pergerakan. Terdapat tiga jenis sitem tuas dalam badan manusia. Antaranya ialah tuas kelas pertama, tuas kelas kedua dan tuas kelas ketiga. Komponen utama sistem tuas ialah aksis (fulkrum), daya dan beban (rintangan).

7.1 SISTEM TUAS PERTAMA Sistem tuas kelas pertama dapat diaplikasikan dalam permainan badminton terutamanya kemahiran memegang raket badminton. Di dalam sistem tuas kelas pertama, aksis (fulkrum) terletak di antara daya motif dan daya rintangan. Kedua dua daya ini bertindak secara bertentangan (rajah 7.1.

fulkrum

Rajah 7.1 Sistem Tuas Kelas Pertama dalam Kemahiran memegang raket badminton.
Daya motif Daya rintangan

Apabila mengaplikasikan prinsip ini, pemain harus menggunakan daya yang minimum untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan yang perlahan. Prinsip ini mengenepikan daya untuk kelajuan / kepantasan. Ia juga menbantu untuk keseimbangan dan tidak meningkatkan daya. Kita tidak dapat menafikan bahawa

24

sistem tuas kelas pertama memainkan peranan yang penting dalam permainan badminton terutamanya kemahiran memegang raket.

7.2 Prinsip Asas Sains : Sistem Tuas Kelas Kedua (pergerakan kaki)

7.2.0 sistem tuas kelas dua

Tuas kelas kedua menggunakan daya yang kecil untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perlahan pada julat yang kecil. Apabila berjengket atas hujung kaki. Hujung kaki bertindak sebagai fulkrum, otot kaki sebagai daya dan berat badan sebagai beban.

7.2.1 pergerakan kaki

25

7.3 Prinsip Asas Sains : Sistem Tuas Kelas ketiga (pergerakan tangan)

7.3.0 sistem tuas kelas ketiga

Tuas kelas ketiga menggunakan daya yang lebih besar tetapi pergerakan pantas. Mengangkat tangan di bahagian siku dan siku bertindak sebagai 26ulcrum, tangan sebagai beban dan menghasilkan pengecutan otot bisep.

7.3.1 pergerakan tangan

26

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, sukan badminton merupakan satu acara sukan yang mempunyai pelbagai keistimewaan. Hal ini jelas dapat dilihat daripada perbincangan yang telah saya kupas di dalam kerja kursus berasaskan ilmu ini yang merangkumi sejarah perkembangan badminton di dunia dan di Malaysia serta pelbagai kemudahan, peralatan serta kemahiran asas dengan satu prinsip asas sains. Selain itu, saya turut mengupas mengenai kemahiran-kemahiran asas ataupun teknik-teknik asas yang diperlukan dalam sukan badminton seperti teknik pegangan raket, gerak kaki, servis, stroke/lob, backhand, smash, drop dan juga teknik permainan di jaring. Kesemua teknik ini diperlukan dalam permainan badminton di seluruh dunia.. Malah, saya turut membincangkan secara terperinci mengenai butiran-butiran penting, ansur maju dan peraturan serta undang-undang bagi setiap kemahiran asaa. Seterusnya, hasil keseluruhan perbincangan yang saya utamakan dalam kerja kursus ini mengenai aplikasi sains dalam permainan badminton. Segala input yang telah saya berikan diharapkan dapat digunakan oleh setiap individu untuk mempelajari mengenai sukan ini. Sesungguhnya, sukan badminton merupakan suatu sukan yang sangat berpotensi untuk memperkembangkan pengaruh negara dan mengharumkan nama negara Malaysia di persada dunia. Bukti yang jelas dapat dilihat melalui kejayaan pemain badminton perseorangan negara, Dato Lee Chong Wei yang mengekalkan penguasaan sebagai pemain nombor satu dunia tanpa dapat digugat oleh mana-mana pemain di seluruh dunia.

27

Refleksi Saya Nithiarenu A/P Balakrishnan dari opsyen 3 PPISMP MU berasa sangat berpuas hati dengan kerja kursus ini kerana dapat menyiapkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pensyarah Pendidikan Jasmani kelas saya. Apabila melaksanakan kerja kursus ini, saya harus mengaku bahawa saya telah mengenalpasti beberapa kekurangan ataupun boleh dikatakan sebagai kelemahan dalam diri saya. Antaranya ialah berasa susah untuk memahami kehendak soalan. Ini kerana saya tidak begitu peka terhadap aplikasi sains dalam sukan iaitu badminton, tajuk yang saya pilih. Oleh hal sedemikian, saya begitu susah untuk menganalisis data yang dikumpulkan mengenai aplikasi sains dalam badminton. Sebagai seorang pendidik masa hadapan, saya semestinya peka terhadap isu isu sedemikian. Secara jujurnya, saya harus mengaku bahawa semasa membuat tugasan inilah saya dapat memperbetulkan kelemahan saya dan seterusya meningkatkan

pengetahuan dan ilmu saya dalam kemahiran asas badminton dan aplikasi sains dalam badminton. Dengan adanya dorongan daripada pensyarah dan rakan sekelas saya, maka saya dapat menangani masalah tersebut dengan senang dan seterusya dapat melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya. Selain kelemahan, ada juga beberapa kelebihan dan kematangan dalam diri saya yang saya dapat mengetahuinya semasa membuat tugasan ini. Saya begitu gembira dan bangga untuk menyatakan bahawa saya dapat menggunakan perisian grafik dengan begitu baik dan canggih semasa menjawap soalan dengan memasukan gambar saya sendiri sebagai contoh. Selain diri saya, saya juga telah menolong dan memberi cadangan kepada rakan rakan sekelas saya yang lain dalam menggunakan komputer untuk memuat naik gambar mereka untuk menjawab tugasan ini. Saya sangat berbangga akan diri saya kerana dapat menolong rakan rakan sekalian dengan serba sedikit ilmu yang saya ada. Sudah tentunya ini akan membantu saya untuk mengeratkan lagi hubungan dengan rakan rakan sekelas saya. Kesimpulannya, saya berharap bahawa kesemua pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi semasa membuat kerja kursus ini akan membantu saya untuk
28

menjalankan kerjaya saya pada masa akan datang dan meningkatkan mutu pengajaran saya dari segi kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh hal yang demikian, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Pendidikan Jamani, En.Mohd Sobri Bin Harun dan para pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang lain kerana memberikan peluang yang sangat bermakna ini kepada saya. Saya juga berharap bahawa tugasan sedemikian akan diberikan oleh pensyarah pada masa akan datang untuk membawa kebaikan kepada saya dari segi profesional yang mahir mahupun sebagai seorang guru pendidikan jasmani yang sempurna.

Sekian, terima kasih.

29

Bibliografi Buku Rujukan Ahmad Wafi (1995) Siri Ke Arah Bintang Sukan (Badminton). Kuala Lumpur : Goodmark Enterprise Ab Aziz Hj Mohammad (2004) Siri Sukan Malaysia (Badminton). Petaling Jaya : Alpha Sigma Hj Awang Seniyan (2003) Istilah Sains Untuk Sekolah Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Laman Web http://www.bwfbadminton.org/page.aspx?id=14904 http://ms.wikipedia.org/wiki/Badminton http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang_badminton http://www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=13&title=kenali-sukanbadminton&more=1&c=1&tb=1&pb=1 http://www.skkionsom.edu.my/v1/kokurikulum/sukan-a-permainan/kelabbadminton/101-teori-permainan-badminton.html

30

LAMPIRAN

31

Anda mungkin juga menyukai