Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Marcapada ini, Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu manusia menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan pemikiran manusia lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak berburu-buru melakukan sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan alat-alat berfikirini.

Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta,idea,isi dan konsep secara visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di antaranya di dalam satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat Berfikir ialah instrument yang membantu manusia berfikir dan mengurus proses pemikiran secara visual dan terkawal.

Antara alat berfikir termasuklah Soalan dan penyoalan,Peta minda,Pengurusan Grafik dan CoRT Alat-alat ini digunakan oleh manusia untuk membolehkan berfikir secaramendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping itu, alat-alat ini terdiri daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga soalan-soalan. Kebiasannya, Soalan bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh digelar sebagai Pengurusan Lisan.

Di samping itu alat CoRT merupakan satu alat berfikir dan juga singkatan bagi perkataan Cognitive Research Trust. Sebenarnya, CoRTmenggalakkan individ u untuk berfikir secara meluas. Terdapat tujuh jenis alat cort. Antaranya termasuklah : PMI : kebaikan, keburukan dan menarik (Plus, Minus, Interesting) CAF : Mengambil kira semua faktor (Consider All Factors) C & S : Kesan mengikut jangka masa (Consequence Sequal) AGO : Tujuan, matlamat dan objektif (Aims, Goals & Objectives) FIP : Keutamaan mengikut kepentingan (First Important Priorities) APC : Alternatif, kemungkinan dan pilihan (Alternatives, Possibilities and Choices) OPV : Pandangan orang lain (Other Peoples Views)

Sebagai penutup, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 7 alat yang terdapat dalam CoRT dan setiap alat mempunayi kelebihan untuk mengurangkan kesilapan berfikir yang manusia biasa lakukan serta memilih alat CoRT yang sesuai mengikut fungsinya.

SOALAN 1 : ALAT BERFIKIR ALAT CORT

Soalan : Aplikasikan PMI ke atas idea menonton mesti membayar mengikut jam.

PMI ialah satu cara bagaimana kita melihat sesuatu idea, cadangan atau saranan yang dikemukakan. Penggunaan PMI akan menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu. Ia menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau isu. Ia menolong memperluas padangan dan mengelakkan kita daripada pemikiran yang sempit dan beremosi.

P Plus

Perkara yang difikirkan baik tentang sesuatu idea.

M Minus

Perkara yang dirasakan tidak baik tentang sesuatu idea.

I - Interesting Perkara yang menarik tentang sesuatu idea yang tidak boleh digolongkan sebagai plus atau minus.

Dalam membuat keputusan anda sesuatu perkara idea itu baik atau tidak, adalah lebih baik kita mencari perkara-perkara yang baik, tidak baik dan menarik tentang idea itu dahulu. Kemudian barulah kita buat keputusan sama ada hendak menerima atau menolak idea itu.

Antara kebaikan, keburukan dan perkara menarik untuk menjawab soalan ibu yang meletak tabungsyiling dia atas televisyen dan sesiapa yang ingin menonton mesti membayar mengikut jam adalah seperti berikut :

KEBAIKAN : Mengelakkan anak-anak daripada menonton televisyen secara berlebihan. Mendidik jiwa anak-anak supaya lebih mementingkan nilai masa dengan mengisi masa dengan melakukan kerja-kerja berfaedah selain daripada menonton televisyen. Menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah. Mendisiplinkan anak-anak daripada membuat perkara sia-sia dan Membentuk sebuah keluarga yang bahagia dengan mempunyai anak-anak yang berdisiplin tanpa menonton televisyen secara berlebihan. Menambah duit dalam tabung menonton televisyen. KEBURUKAN: Menyebabkan jiwa anak-anak menjadi stress dan menghadapi tekanan lantaran aktiviti kesukaan mereka disekat . Anak-anak menjadi lebih nakal dengan mencuri duit ibu bapa bagi membayar menonton televisyen. Duit simpanan anak-anak semakin berkurang semata-semata untuk membayar tabung menonton televisyen. Menghalang perkembangan otak anak-anak dengan tanpa melihat dunia luar melalui televisyen. Menyebabkan anak-anak mengalami kemurungan.

Anak-anak dikhuatiri bertambah liar apabila kemahuan dan kehendak mereka tidak dituruti. MENARIK:

Merupakan satu langkah bijak dalam menangani sikap anak-anak yang menonton televisyen secara berlebihan.

Satu inovasi yang bagus dalam mendidik anak-anak menjadi lebih berdisiplin. Menggambarkan ibu bapa mempunyai pemikiran yang kreatif dan kreatis dalam menangani masalah anak-anak.

Keputusan: Pada pandangan peribadi saya, idea ini kurang sesuai kerana banyak keburukan daripada kebaikan. Dalam arus dunia globalisasi ini, banyak maklumat atau kaedah terkini yang boleh meransang minda anak-anak melalui televisyen. Ibu bapa boleh mengurangkan masa anak-anak mereka untuk menonton televisyen dengan kaedah lain. Tamsilnya, mengehadkan rancangan televisyen yang sesuai ditonton oleh anakanak. Dorong mereka untuk menonton rancangan yang berunsurkan pendidikan seperti rancangan berbentuk agama dan sains sekaligus akan melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia dan cerdas pemikiran.

Soalan : Aplikasikan CAF ke atas cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja.

CAF atau Consider All Factor merupakan alat berfikir untuk meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Alat berfikir ini membolehkan kita menyenaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea dan memilih manamana yang sangat berkaitan dan penting sahaja. Faktor-faktor yang ingin disenaraikan boleh dikelaskan kepada beberapa bahagian. Seperti dalam membuat keputusan mengenai cadangan berkongsi ke tempat kerja ini, faktor dari segi sosial, alam sekitar, kewangan, keselesaan serta sebagainya boleh dipertimbangkan. Antara faktornya adalah sebagaimana dalam berikut: Faktor Sosial 1. Merapatkan tali perhubungan antara rakan sekerja.. 2. Mewujudkan integriti dalam pelbagai kaum. 3. Wujudnya masyarakat hipokrit sama ada ikhlas atau tidak untuk berkongsi kereta. 4. Menimbulkan rasa curiga antara penumpang dengan penumpang dan mungkin juga melibatkan pemandu. 5. Tidak ada privasi untuk melakukan sesuatu.

Faktor Alam Sekitar 1. Mengurangkan kadar pencemaran udara dan bunyi akibat kurangnya jumlah kenderaan. 2. Mengurangkan kesesakan di jalan raya terutamanya ketika waktu puncak seperti ketika waktu pergi kerja dan waktu pulang dari tempat kerja.

Faktor kesesakan/ masa 1. Mengurangkan kenderaan di jalan raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 2. Mengelakkan kemalangan jalan raya dari berlaku. Faktor kewangan 1. Kos petrol menjadi rendah kerana berkongsi bayaran . 2. Kenderaan awam semakin kurang mendapat sambutan. Faktor keselesaan 1. Keadaan di dalam kenderaan menjadi padat dan tidak selesa .

Pada pendapat peribadi saya, setelah mengambil kira kesemua faktor, kita boleh memikirkan yang manakan lebih menguntungkan dan banyak membawa impak positif berbanding negatif. Kita boleh membuat timbang tara yang sewajarnya dalam menentukan keputusan terbaik. Dalam kes ini, ternyata, cadangan berkongsi adalah pilihan yang lebih bijak kerana ia mendatangkan banyak kebaikan. Soalan : Jika ibu bapa boleh memilih sifat-sifat guru untuk anak-anak mereka, apakah lima sifat yang paling penting yang perlu dipertimbangkan. Aplikasikan FIP dalam hal ini.

FIP disebut Fip. FIP ini bermaksud First, Important, Priorities iaitu Utama, Penting, dan juga Prioriti. Alat berfikir ini mengambil kira perkara-perkara penting sahaja dalam menentukan priority serta mengelakkan perkara yang tak patut diutamakan. Dalam hal ini, terdapat banyak sifat-sifat guru yang penting. Namun, ada antara sifatnya yang menjadi keutamaan serta prioriti. Kita boleh menyenaraikannya seperti di bawah:

Sifat-sifat guru : 1. Baik hati 2. Penyayang 3. Amanah 4. Jujur 5. Berdisiplin 6. Tegas 7. Penyabar 8. Prihatin 9.Berintegriti 10.Berjiwa kental Sifat-sifat guru yang penting, utama dan prioriti: 1. Amanah Rasional: Menjamin bahawa guru tersebut melaksanakan tugasnya dengan penuh dedikasi, bersemangat serta tidak menyeleweng. 2. Penyabar Rasional: Membuatkan guru tersebut dapat bertahan dengan pelbagai kerenah serta ragam pelajar. 3. Prihatin Rasional: Menjadikan guru tersebut mengambil berat akan hal ehwal serta permasalahan pelajarnya. 4. Penyayang Rasional: Setiap guru haruslah bersifat penyayang dan menganggap pelajarnya seperti

anak atau adik mereka sendiri. Hal ini penting agar timbul rasa tanggungjawab dalam iri mereka. 5. Berpengetahuan luas Rasional : Guru mesti berpengetahuan luas serta berkemahiran agar ilmu dapat disampaikan sebaiknya kepada para pelajar.

Pemilihan sifat-sifat yang penting, utama dan prioriti ini telah saya tentukan dengan membuat kajian dan penyelidikan dengan menemubual beberapa orang ibu bapa serta meminta pandangan daripada rakan-rakan sekelas. Sifat-sifat ini dipilih kerana rasionalnya yang lebih penting berdasarkan sifat-sifat guru yang perlu disemai dalam jiwa pelajar.

SOALAN 2 : PETA MINDA PENYU

CONTOH PETIKAN DARIPADA KERATAN AKHBAR: PENYU

PUPUS
CONTOH : PETA MINDA TONY BUZAN 'PENYU PUPUS'

REFLEKSI Yang pertamanya, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, saya ........................................ pelajar pengkhususan .................. pendidikan rendah daripada kumpulan ........... telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang telah ditetapkan tanpa sebarang halangan. Alhamdulillah. Sebenarnya, kerja kursus ini banyak mendedahkan kepada diri saya dengan pelbagai maklumat dan informasi mengenai ilmu kemahiran berfikir. Apakah itu yang

dimaksudkan dengan alat cort? Apakah pula jenis-jenis alat cort?. Memang tidak dapat dinafikan lagi, kerja kursus ini sangat bermakna bagi saya. Di samping itu juga, saya juga dapat memahami dan mengetahui kaedah penyediaan peta minda Tony Buzan, sekaligus mengadaptasi peta minda dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Pengetahuan dan kemahiran membina peta minda amatlah diperlukan bagi memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah dan di institusi pendidikan. Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini telah membantu untuk menambahkan lagi nilai kompeten bagi seorang guru. Dalam konteks saya sebagai seorang bakal guru, tugasan ini telah banyak membantu saya dalam memperbaiki diri dalam pelbagai aspek terutamanya cara dan kaedah pemikiran. Kaedah pemikiran yang betul dan tepat sangat diperlukan dalam menghadapi mehnah dan tribulasi di zaman globalisasi ini. Kemahiran berfikir sangat membantu dalam menghadapi masalah dalam hidup termasuklah masalah individu, masalah masyarakat, Negara dan dunia, sekaligus akan melahirkan jiwa-jiwa kental dan sabar dalam mengahdapi masalah.

Di samping itu, saya ingin mengambil peluang keemasan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung terima kasih kepada pensyarah Kemahiran Berfikir saya, .......................i, dan juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu saya dari segi aspek sokongan moral dan buah fikiran yang bernas dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.

Tuntasnya, saya dapat simpulkan bahawa tugasan seperti ini amat berguna kepada saya sebagai seorang bakal guru agar mampu memperbaiki diri saya dari semasa ke semasa dan seterusnya tabah menghadapi masalah pada masa akan datang.Sesungguhnya tugasan ini memberi seribu makna buat orang yang hanya mampu melihatnya dengan mata hati bukan dengan luaran sahaja.Maka amat rugilah saya sekiranya tidak menjadikan tugasan ini sebagai satu pengalaman mahupun motivasi dalam menjadikan kehidupan seharian saya lebih baik dari semasa ke semasa. Akhirnya, saya berharap hasil tugasan ini dapat diterima oleh semua orang dan akan dijadikan sebagai rujukan.

Anda mungkin juga menyukai