Anda di halaman 1dari 3

ABSTINEN?

Apa itu "Abstinen?


Abstinen adalah menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum berkahwin.
Abstinen adalah cara yang 100% berkesan dalam mencegah kehamilan dan penyakit
jangkitan seksual.

KEBAIKAN ABSTINEN..
1) Bebas daripada kehamilan
2) Bebas daripada gangguan emosi
3) Bebas daripada penyakit jangkitan seksual
4) Bebas untuk meneroka persahabatan
5) Bebas untuk memenuhi matlamat dalam kehidupan seharian
6) Bebas daripada masalah
7) Bebas daripada eksploitasi pasangan

TIPS SEKIRANYA INGIN BERPACARAN (BERDATING).


* Tahu masa dating bermula dan berakhir
*Dating secara berkumpulan
* Dating di tempat terbuka
*Maklumkan kepada ibu bapa dan rakan tentang dating
* Dating bebas dari alkohol dan dadah
* Rancang dan hadkan tempoh dating
* Tidak bersentuhan
* Amalkan sifat malu

AMALKAN ABSTINEN..
*Abstinen hanya akan terjadi apabila kedua-dua pasangan bersetuju untuk
mengamalkannya. Oleh yang demikian, adalah penting untuk berbincang mengenai
abstinen bersama pasangan anda. Hasilnya, hubungan anda dan pasangan anda akan
berubah menjadi lebih baik dengan adanya komunikasi.
*Pasangan perlu jujur dalam membuat keputusan mengenai seks
* Memberitahu pasangan untuk tidak melakukan hubungan seks sehingga berkahwin
*Sentiasa saling ingat-mengingati kepada pasangan
*Melakukan hubungan seks bukanlah cara yang terbaik untuk menunjukkan kasih sayang...
Seks Sebelum Berkahwin
Pengenalan

 Kelakuan seks remaja bermula pada umur yang berbeza berdasarkan nilai-nilai budaya dan sosial
mereka.

 Kajian di tempat yang berlainan di dunia menunjukkan seks sebelum kahwin biasanya tidak dirancang.
Siapakah yang berisiko?

 Mereka yang terlibat dalam penggunaan arak dan dadah

 Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa

 Kurang berminat dengan sekolah

 Sejarah penderaan fizikal atau seksual

 Kurang pengawasan ibu bapa


Apakah kesan-kesannya?

 Dari aspek perubatan:

o Kehamilan yang tidak diingini

o Pengguguran anak yang tidak selamat

o Pembuangan bayi

o Jangkitan seksual

 Dari aspek psikologi dan sosial:

o Masalah perhubungan. Lihat (Memahami seksualiti)


o Mengalami gangguan emosi

o Tiada keharmonian keluarga dan sosial

o Implikasi undang-undang
Bagaimana untuk mengelakkannya?

 Elakkan melakukan hubungan seks

o Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain memaksa anda.

o Aanda boleh melindungi kesihatan dan emosi anda dengan mengatakan “Tidak, bukan sekarang”.
Anda masih boleh berkata “tidak”; walaupun pernah berkata “ya” sebelum ini. Lihat (Ketegasan).
o Pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda tidak akan meminta seks sebelum
kahwin

o Ingat : badan anda adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dengan baik.
 Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.

 Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti budaya atau kerja-
kerja sukarela.

 Semua agama utama dan budaya kita, seks luar nikah adalah dilarang. Anda mengambil tindakan
yang bijak jika anda taat kepada ajaran agama.
Apakah implikasi undang-undang yang ada?

 Rang undang-undang jenayah Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal Akta 574 telah
menetapkan umur minima untuk kesalahan tertentu.
 Ia menyatakan bahawa perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang berumur di
bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang.

 Contohnya, umur minima untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah pihak seperti
yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk menghukum mereka yang melakukan hubungan
seks dengan kanak-kanak/remaja di bawah umur. Ini dikenali sebagai “Statutory rape” .

Anda mungkin juga menyukai