Anda di halaman 1dari 12

TEMA 1 : KAEDAH SAINTIFIK BIDANG PEMBELAJARAN 2 : BANTUAN KECEMASAN

Standard Kandungan 2.1 Resusitasi Kardiopulmonari ( Cardiopulmonary resuscitation . CPR)


Definisi CPR Resusitasi kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation) atau disebut CPR ialah
bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian
dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa untuk mengembalikan degupan
jantung dan pernafasannya.

Tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut

Situasi yang memerlukan CPR Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan CPR iaitu:
• Jika seorang individu tidak bernafas
• Jika seorang individu tidak memberikan respons terhadap rangsangan
• Jika seorang individu tiada degupan jantung atau nadi
Latihan:

Individu yang memerlukan CPR

Punca-punca disebabkan Keadaan individu yang memerlukan CPR adalah disebabkan beberapa keadaan
oleh berlakunya atau punca iaitu:
• Serangan jantung • Lemas
• Renjatan elektrik • Panahan petir
Latihan: Punca yang memerlukan CPR

Kaedah CPR dan kesan jika • CPR ialah kaedah yang mudah kerana tidak memerlukan sebarang peralatan
tidak dilakukan dengan betul • Perlu dipelajari oleh semua sebelum bantuan paramedic tiba
• Tetapi jika kaedah ini tidak dilakukan dengan betul, tulang rusuk mangsa boleh
patah atau udara yang dihembus ke dalam mulut mangsa mungkin tidak
sampai ke dalam peparunya
Latihan Prestasi : TP 1
1 Apakah yang dimaksudkan dengan resusitasi kardiopulmonari atau CPR?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

2 Adakah kaedah memerlukan peralatan?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………
3 Kenapa perlu dipelajari kaedah ini?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

4 Apakah kesan kepada mangsa jika kaedah ini tidak dilakukan dengan betul?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………
Kaedah CPR
1.Periksa respons mangsa
• Apabila terlihat seorang rebah tiba-tiba dan pengsan, pergi ke arah mangsa
dan pastikan keadaan sekitarnya selamat
• Kemudian periksa respons mangsa
• Tepuk bahu mangsa dan tanyakan ‘Anda OK?
• Jika tiada respons, jerit ‘Tolong dan minta bantuan di sekeliling untuk menghubungi talian kecemasan 999
2. Buka saluran pernafasan
• Pastikan mangsa berbaring dengan bahagian
dadanya menghadap ke atas di permukaan rata
• Dongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat
dagunya untuk membuka saluran pernafasan
• Periksa sama ada mangsa bernafas atau tidak
dengan mendengar bunyi hembusan nafas
daripada mulut dan hidung mangsa serta lihat
pergerakan dada mangsa

3. Tekanan dada • Jika nadi atau pernafasan tidak dikesan, teknik


tekanan dada perlu dilakukan untuk membantu
peredaran darah di dalam badan mangsa
• Letakkan sebelah tangan di bahagian tengah dada
mangsa
• Dengan memastikan tangan keadaan lurus, tekup
tangan dan selang-selikan jari
• Bangun dan condongkan badan sedikit ke depan
dengan bahu berada tegak dengan dada mangsa
dan tekan ke bawah lebih kurang 5 cm dan tidak
lebih daripada 6 cm
• Lepaskan tekanan dengan tangan masih pada
dada mangsa
• Biarkan dada mangsa kembang semula sepenuhnya
sebelum tekanan seterusnya dilakukan
• Tekanan dada dilakukan pada kadar 100 – 120
tekanan per minit.
4. Bantuan pernafasan • Jika masih tiada pernafasan, picit hidung mangsa
dan hembuskan udara ke dalam mulutnya selama 1
saat setiap hembusan
• Langkah ini membolehkan udara beroksigen masuk
ke dalam trakea dan sampai ke peparu

5. Tekanan dada dilakukan berulang dengan hembusan


• Tekanan dada sebanyak 30 kali diikuti dengan 2 kali hembusan mulut ke mulut dilakukan secara
berulangan sehingga ambulans tiba atau sehingga mangsa sedar.
• Jika mangsa bernafas tetapi masih belum sedar, ubah kedudukan badan mangsa dalam keadaan
mengiring
Kepentingan CPR
Memulihkan sistem peredaran darah mangsa dan membekalkan oksigen ke dalam badan mangsa
Kaedah tekanan dada dilakukan untuk menghasilkan peredaran darah secara buatan dengan
mengepam darah melalui jantung
Meneruskan aliran darah di dalam badan mangsa terutamanya bagi mangsa yang mengalami serangan
jantung yang menyebabkan degupan jantung terhenti sekali gus menyelamatkan mangsa
Hembusan mulut ke mulut membolehkan mangsa menerima udara beroksigen ke dalam peparunya
Oksigen diangkut ke otak dan seluruh badan mangsa dan mengakibatkan kerosakan otak jika oksigen
tidak sampai ke otak dalam tempoh tertentu
Soalan Objektif
1 Komponen manakah yang tidak termasuk dalam mengendalikan CPR?
A Pengurusan pengudaraan B Bantuan pernafasan
C Tekanan dada D Tarik dan hembus nafas

2 Apakah keperluan bagi seseorang untuk melakukan CPR ini?


A Menggunakan satu hala sahaja mulut B Menggunakan sarung tangan pakai buang
C Memastikan kejadian berlaku lebih selamat D Melonggarkan pakaian mangsa

3 Berapakah kekerapan tekanan pada dada dilakukan yang diikuti dengan dua kali hembusan mulut ke mulut?
A 10 kali B 20 kali
C 30 kali D 40 kali

4 Berapakah kedalaman yang perlu dilakukan semasa proses tekanan pada dada dilakukan?
A Sekurang-kurangnnya 2.5 cm B Sekurang-kurangnya 5 cm
C Sekurang-kurangnnya 5 inci D Sekurang-kurangnya 7 inci

5 Rajah manakah yang betul bagi kedudukan tangan semasa tekanan pada di dada dilakukan?
A B C D

6 Apakah kadar tekanan pada dada dilakukan semasa mengendalikan CPR ini?
A 40 tekanan per minit B 60 tekanan per minit
C 80 tekanan per minit D 100 tekanan per minit

7 Bagaimanakah untuk mendapatkan respons daripada mangsa keadaan?


A Hubungi talian kecemasan 999 B Ketuk dengan lembut kaki mangsa
C Jerit pada mangsa D Goncangkan mangsa

8 Bagaimanakah untuk membantu saluran pernafasan mangsa?


A Dongakkan kepala mangsa ke belakang B Dongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat
dagunya
C Mengiringkan mangsa di kedudukan lain D Meninggikan kepalanya dengan meletakkan alas

9 Berapakah nisbah tekanan pada dada dengan hembusan nafas ke mulut mangsa semasa melakukan CPR?
A 15 : 2 B 30 : 2
C 5:1 D 50 : 2

10 Rajah 1 menunjukkan sebahagian langkah dalam melakukan CPR.

Rajah 1

Apakah yang patut dilakukan sekiranya mangsa bernafas tetapi tidak sedar?
A Tambahkan tekanan pada dadanya B Lakukan hembusan nafas berulang kali
C Mengiringkan mangsa D Menelefon talian kecemasan 999
1 Rajah 1.1 menunjukkan satu situasi apabila Ahmad menjumpai seseorang yang terbaring di
kawasan taman rekreasi.

Rajah 1.1
Berdasarkan Rajah 1, jawab soalan-soalan berikut.
a) Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan oleh Ahmad?

…………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………

b) Susunkan rajah-rajah berikut untuk menunjukkan langkah-langkah bantuan awal kecemasan


yang perlu dilakukan oleh Ahmad.

c) Namakan bantuan awal kecemasan tersebut.

…………………………………………………………………………………………………………………………

d) Rajah 1.2 menunjukkan sebahagian langkah bantuan awal kecemasan oleh Ahmad.

Rajah 1.2
i) Apakah tujuan langkah ini dilakukan?

……………………………………………………………………………………………………………………

ii) Bagaimanakah kaedah yang betul pada peringkat ini?

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………
2 Rajah 2.1 menunjukkan keratan rentas bagi sejenis bantuan kecemasan yang dilakukan kepada
seorang mangsa.

jantung

tulang rusuk

Rajah 2.1

a) Nyatakan nama penuh bagi bantuan kecemasan di atas.

……………………………………………………………………………………………………………………

b) Apakah tujuan utama bantuan yang dinamakan di (a) dilakukan.

……………………………………………………………………………………………………………………

c) Berikan tiga jenis individu yang memerlukan bantuan kecemasan tersebut.

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

d) Tandakan (√) bagi keadaan atau punca yang membolehkan individu diberikan bantuan
kecemasan tersebut.

Renjatan elektrik Lemas


Panahan petir Serangan jantung

e) Apakah dua kesan sekiranya seseorang yang cuba melakukan bantuan tersebut tetapi tidak
dilakukan mengikut langkah yang betul dan selamat?

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

f) Rajah 2.2 menunjukkan langkah yang dilakukan dalam bantuan kecemasan tersebut.

Rajah 2.2

Nyatakan kedalaman yang perlu dilakukan dan berapakah kadar tekanan diberikan dalam
satu minit?

Kedalaman : ………………………..cm

Kekerapan tekanan : ……………………. per minit


Standard Kandungan 2.2 Heimlich Maneuver
Definisi Heimlich Manoeuvre ialah bantuan kecemasan yang dilakukan untuk
menyelamatkan seseorang individu yang tercekik
Tercekik? Keadaan yang berlaku apabila saluran pernafasan tersekat disebabkan oleh
makanan atau bendasing
Situasi mangsa yang memerlukan kaedah Heimlich Manoeuvre
1. Memegang leher dengan kedua-dua tangan
2. Tidak boleh bercakap atau batuk
3. Kulit, bibir dan kuku kelihatan kebiruan dan kehitaman
4. Sukar bernafas

Latihan :
Situasi mangsa memerlukan Hemlich Manoeuvre

Bagaimana boleh tercekik?

Epiglotis akan Jika makanan


Makanan akan
Apabila terlipat dan menghalang
terus bergerak
seseorang menutup saluran
ke dalam
menelan saluran pernafasan,
esofagus
makanan pernafasan seseorang akan
menuju ke perut
(trakea) tercekik

Bagaimana gas oksigen berfungsi dan dialirkan?


1. Badan dan otak memerlukan oksigen
2. Oksigen diperoleh daripada udara dan disedut masuk ke dalam peparu manusia
3. Oksigen kemudian akan diserap ke semua sel badan termasuk di otak

Jika tercekik, maka oksigen tidak cukup untuk dihantar ke otak dan jika lambat diambil tindakan
boleh menyebabkan keroasakan otak dan mengakibatkan kematian.
Kepentingan kaedah ini ialah dapat membenarkan saluran pernafasan dan membekalkan oksigen
untuk sel badan berfungsi terutama bahagian otak

Nama kaedah bantuan :


Nyatakan situasi untuk lakukan bantuan ini?

1. ………………………………………………………………………………

2. ………………………………………………………………………………

3. ………………………………………………………………………………

4. ………………………………………………………………………………

Nama kaedah bantuan :


Nyatakan situasi untuk lakukan bantuan ini?

1. ………………………………………………………………………………

2. ………………………………………………………………………………

3. ………………………………………………………………………………

4. ………………………………………………………………………………
Kaedah Heimlich Manoeuvre

Berdiri di belakang mangsa 1


dan bongkokkan badan
mangsa sedikit ke hadapan

Kelilingkan tangan dari


2
belakang mangsa dan
genggamkan tangan kanan

Letakkan genggaman tangan


3
kanan di antara pusat dengan
bawah rusuk mangsa.
Letakkan tangan kiri di atas
tangan kanan yang
digenggam

Tekan dan sentak ke atas dengan kuat dan


4
cepat. Tekanan yang diberikan akan
menambahkan tekanan di dalam peparu
menyebabkan bendasing tertolak keluar

Jika tiada orang berdekatan, cara untuk


menyelamatkan diri ialah dengan meletakkan
tangan (mengikut kaedah Heimlich
Manoeuvre) di antara pusat dengan bawah
rusuk. Cuba berikan tekanan pada bahagian
tersebut dengan membengkokkan badan.
Jika tiada tenaga, cari objek separas
pinggang seperti kerusi atau meja,
bongkkokan badan, tolak badan dengan
seluruh tenaga kepada objek tersebut
Latihan Pengukuhan
1 Rajah 1.1 menunjukkan salah satu bantuan kecemasan dilakukan ke atas seorang mangsa

Rajah 1.1
a) Namakan kaedah tersebut.

………………………………………………………………………………………………………………………..

b) Nyatakan situasi yang membolehkan bantuan kecemasan itu dilakukan.

………………………………………………………………………………………………………………………..

c) Mangsa dikatakan tercekik apabila makan sesuatu. Bagaimanakah tercekik boleh berlaku?

………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………..

d) Rajah 1.2 menunjukkan keratan rentas kedudukan tangan semasa bantuan tersebut
dikenakan.

Rajah 1.2
i) Jelaskan kedudukan tangan yang betul

………………………………………………………………………………………………………………….

ii) Nyatakan langkah yang perlu dilakukan selepas kedudukan tangan tersebut dibuat.

………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………….
2 Rajah 2 menunjukkan satu situasi di meja makan.

kerusi

Rajah 2
a) Namakan kaedah yang digunakan.

……………………………………………………………………………………………………………………….

b) Apakah kepentingan utama kaedah ini dilakukan.

……………………………………………………………………………………………………………………….

c) Namakan gas yang diperlukan oleh sel badan terutama otak.

……………………………………………………………………………………………………………………….

d) Nyatakan kesan jika gas yang dinamakan di (c) tidak sampai ke otak.

……………………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………….

e) Nyatakan kedudukan tangan semasa kaedah ini dilakukan.

……………………………………………………………………………………………………………………….

f) Apakah fungsi kerusi di hadapan mangsa tersebut?

……………………………………………………………………………………………………………………….

g) Apakah kesan kepada mangsa sekiranya tiada orang yang sanggup memberikan bantuan
dengan segera?

……………………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………….
3 Rajah 3 menunjukkan satu keadaan yang berlaku di sebuah kedai makan.

Rajah 3
a) Nyatakan situasi di atas.

………………………………………………………………………………………………………………………

b) Jelaskan bagaimana situasi yang dinamakan di (a) berlaku.

………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………

c) Nyatakan satu kaedah yang dapat membantu mangsa.

………………………………………………………………………………………………………………………

d) Secara ringkas, terangkan kaedah di (c) dapat membantu mangsa.

………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………

e) i) Adakah kaedah tersebut boleh dilakukan kepada wanita mengandung?

…………………………………………………………………………………………………….……………

ii) Apakah cara yang boleh digunakan bagi menyelamatkan wanita yang mengandung
yang tercekik?

…………………………………………………………………………………………………….……………

…………………………………………………………………………………………………….……………

…………………………………………………………………………………………………….……………
4 Rajah 4 menunjukkan dua jenis bantuan kecemasan.

Jenis bantuan
kecemasan

Resusiitasi kardiopulmonari Heimlich Manoeuvre

Rajah 4

i) Nyatakan persamaan dan perbezaan bantuan kecemasan tersebut berdasarkan ciri berikut:

Resusiitasi kardiopulmonari Persamaan Heimlich Manoeuvre

Kedua-dua ialah bantuan kecemasan dilakukan untuk memberikan


laluan pernafasan iaitu gas oksigen kepada mangsa

Perbezaan
• •
Dua contoh
situasi
• •
Langkah
• pertama •
dilakukan
Mangsa sedar
• atau tidak •
sedar

ii) Bantuan kecemasan merupakan bantuan awal yang diberikan keapda seseorang yang sakit
atau pengsan secara tiba-tiba sementara menunggu bantuan polis. Pada suatu hari, Ali tiba-
tiba rebah dan tidak sedarkan diri di sebuah pusat beli-belah. Jika anda berada di tempat
kejadian, cadangkan kaedah pertolongan cemas yang anda berikan.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan aspek-aspek berikut:

a) Kenal pasti tujuan

………………………………………………………………………………………………………………….

b) Nama kaedah yang akan dilakukan

………………………………………………………………………………………………………………….

c) Terangkan kaedah tersebut mengikut langkah-langkah yang betul

………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………….
Soalan Objektif dari Buku Teks muka surat 30

1 Apakah maksud Resusitasi Kardiopulmonari?


A Bantuan kecemasan
B Teknik tekanan di bahagian dada terhadap mangsa
C Hembusan ke dalam mulut mangsa
D Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan
hembusan ke dalam mulut mangsa

2 Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan melakukan CPR?


A Mengembalikan degupan jantung B Memulihkan sistem pencernaan mangsa
dan pernafasan
C Mengelakkan mangsa tercekik D Membantu mangsa untuk bercakap dengan lancar

3 Siapakah individu yang sepatutnya memberikan bantuan CPR?


A Doktor sahaja B Paramedik sahaja
C Guru sahaja D Semua individu yang tahu teknik yang betul

4 Anda ternampak seorang lelaki rebah secara tiba-tiba lalu pengsan di pondok bas.
Apakah langkah pertama yang perlu anda ambil apabila berhadapan dengan situasi itu?

A Telefon talian kecemasan 999 B Kejutkan mangsa dengan menepuk bahu dan
memanggilnya
C Terus berikan bantuan pernafasan D Tinggalkan mangsa untuk diselamatkan oleh orang
mulut ke mulut lain

5 CPR perlu dilakukan untuk mencegah kerosakan otak mangsa sementara menunggu bantuan
perubatan tiba. Apakah faktor yang boleh menyebabkan kerosakan pada otak?
A Tiada pengudaraan di otak B Kepala diketuk oleh rakan
C Oksigen tidak sampai ke otak bagi D Luka pada bahagian kulit kepala
suatu tempoh tertentu

6 Susun langkah bantuan kecemasan CPR dengan betul

P Hembuskan udara ke dalam mulut mangsa selama 1 saat setiap hembusan.


Q Kejutkan mangsa dengan menepuk bahunya dan memanggilnya.
R Periksa sama ada mangsa bernafas atau tidak dengan mendengar bunyi hembusan nafas
daripada mulut dan hidung mangsa serta melihat pergerakan dada mangsa.
S Jika tiada tindak balas, minta bantuan orang lain di sekeliling untuk menelefon talian
kecemasan 999.
T Jika tiada pernafasan, lakukan teknik tekanan dada.
U Ulangi langkah tekanan dada dan bantuan pernafasan sehingga bantuan tiba atau
mangsa sedar
A P ➝ ➝ ➝ ➝ ➝
Q R S T U B S P ➝ ➝ ➝ ➝ ➝
Q R T U
C Q ➝ ➝ ➝ ➝ ➝
S R T P U D Q P➝ ➝ ➝ ➝ ➝
R S T U

7 Apakah dua teknik yang penting semasa melakukan CPR?

A Menekan dada dan mengepam darah B Membuang objek tersumbat dan menekan dada
C Memberikan bantuan pernafasan dan D Menekan dada dan memberikan bantuan
mengepam darah pernafasan

8 Apakah maksud Heimlich Manoeuvre?

A Bantuan kecemasan B Teknik tekanan di bahagian dada kepada


seseorang mangsa
C Bantuan kecemasan yang dilakukan D Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan
untuk menyelamatkan mangsa yang teknik tekanan di bahagian dada dan
tercekik hembusan ke dalam mulut seseorang mangsa

~MODUL BAB 2 : BANTUAN KECEMASAN TAMAT~

Anda mungkin juga menyukai