Anda di halaman 1dari 5

TEMA 1 : KAEDAH SAINTIFIK BIDANG PEMBELAJARAN 2 : BANTUAN KECEMASAN

Standard Kandungan 2.1 Resusitasi Kardiopulmonari ( Cardiopulmonary resuscitation . CPR)


Definisi CPR Resusitasi kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation) atau disebut CPR ialah
bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian
dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa untuk mengembalikan degupan
jantung dan pernafasannya.

Tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut

Situasi yang memerlukan CPR Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan CPR iaitu:
• Jika seorang individu tidak bernafas
• Jika seorang individu tidak memberikan respons terhadap rangsangan
• Jika seorang individu tiada degupan jantung atau nadi
Latihan:

Individu yang memerlukan CPR

Punca-punca disebabkan Keadaan individu yang memerlukan CPR adalah disebabkan beberapa keadaan
oleh berlakunya atau punca iaitu:
• Serangan jantung • Lemas
• Renjatan elektrik • Panahan petir
Latihan: Punca yang memerlukan CPR

Kaedah CPR dan kesan jika • CPR ialah kaedah yang mudah kerana tidak memerlukan sebarang peralatan
tidak dilakukan dengan betul • Perlu dipelajari oleh semua sebelum bantuan paramedic tiba
• Tetapi jika kaedah ini tidak dilakukan dengan betul, tulang rusuk mangsa boleh
patah atau udara yang dihembus ke dalam mulut mangsa mungkin tidak
sampai ke dalam peparunya
Latihan Prestasi : TP 1
1 Apakah yang dimaksudkan dengan resusitasi kardiopulmonari atau CPR?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

2 Adakah kaedah memerlukan peralatan?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………
3 Kenapa perlu dipelajari kaedah ini?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

4 Apakah kesan kepada mangsa jika kaedah ini tidak dilakukan dengan betul?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………
Kaedah CPR
1.Periksa respons mangsa
• Apabila terlihat seorang rebah tiba-tiba dan pengsan, pergi ke arah mangsa
dan pastikan keadaan sekitarnya selamat
• Kemudian periksa respons mangsa
• Tepuk bahu mangsa dan tanyakan ‘Anda OK?
• Jika tiada respons, jerit ‘Tolong dan minta bantuan di sekeliling untuk menghubungi talian kecemasan 999
2. Buka saluran pernafasan
• Pastikan mangsa berbaring dengan bahagian
dadanya menghadap ke atas di permukaan rata
• Dongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat
dagunya untuk membuka saluran pernafasan
• Periksa sama ada mangsa bernafas atau tidak
dengan mendengar bunyi hembusan nafas
daripada mulut dan hidung mangsa serta lihat
pergerakan dada mangsa

3. Tekanan dada • Jika nadi atau pernafasan tidak dikesan, teknik


tekanan dada perlu dilakukan untuk membantu
peredaran darah di dalam badan mangsa
• Letakkan sebelah tangan di bahagian tengah dada
mangsa
• Dengan memastikan tangan keadaan lurus, tekup
tangan dan selang-selikan jari
• Bangun dan condongkan badan sedikit ke depan
dengan bahu berada tegak dengan dada mangsa
dan tekan ke bawah lebih kurang 5 cm dan tidak
lebih daripada 6 cm
• Lepaskan tekanan dengan tangan masih pada
dada mangsa
• Biarkan dada mangsa kembang semula sepenuhnya
sebelum tekanan seterusnya dilakukan
• Tekanan dada dilakukan pada kadar 100 – 120
tekanan per minit.
4. Bantuan pernafasan • Jika masih tiada pernafasan, picit hidung mangsa
dan hembuskan udara ke dalam mulutnya selama 1
saat setiap hembusan
• Langkah ini membolehkan udara beroksigen masuk
ke dalam trakea dan sampai ke peparu

5. Tekanan dada dilakukan berulang dengan hembusan


• Tekanan dada sebanyak 30 kali diikuti dengan 2 kali hembusan mulut ke mulut dilakukan secara
berulangan sehingga ambulans tiba atau sehingga mangsa sedar.
• Jika mangsa bernafas tetapi masih belum sedar, ubah kedudukan badan mangsa dalam keadaan
mengiring
Kepentingan CPR
Memulihkan sistem peredaran darah mangsa dan membekalkan oksigen ke dalam badan mangsa
Kaedah tekanan dada dilakukan untuk menghasilkan peredaran darah secara buatan dengan
mengepam darah melalui jantung
Meneruskan aliran darah di dalam badan mangsa terutamanya bagi mangsa yang mengalami serangan
jantung yang menyebabkan degupan jantung terhenti sekali gus menyelamatkan mangsa
Hembusan mulut ke mulut membolehkan mangsa menerima udara beroksigen ke dalam peparunya
Oksigen diangkut ke otak dan seluruh badan mangsa dan mengakibatkan kerosakan otak jika oksigen
tidak sampai ke otak dalam tempoh tertentu
Soalan Objektif
1 Komponen manakah yang tidak termasuk dalam mengendalikan CPR?
A Pengurusan pengudaraan B Bantuan pernafasan
C Tekanan dada D Tarik dan hembus nafas

2 Apakah keperluan bagi seseorang untuk melakukan CPR ini?


A Menggunakan satu hala sahaja mulut B Menggunakan sarung tangan pakai buang
C Memastikan kejadian berlaku lebih selamat D Melonggarkan pakaian mangsa

3 Berapakah kekerapan tekanan pada dada dilakukan yang diikuti dengan dua kali hembusan mulut ke mulut?
A 10 kali B 20 kali
C 30 kali D 40 kali

4 Berapakah kedalaman yang perlu dilakukan semasa proses tekanan pada dada dilakukan?
A Sekurang-kurangnnya 2.5 cm B Sekurang-kurangnya 5 cm
C Sekurang-kurangnnya 5 inci D Sekurang-kurangnya 7 inci

5 Rajah manakah yang betul bagi kedudukan tangan semasa tekanan pada di dada dilakukan?
A B C D

6 Apakah kadar tekanan pada dada dilakukan semasa mengendalikan CPR ini?
A 40 tekanan per minit B 60 tekanan per minit
C 80 tekanan per minit D 100 tekanan per minit

7 Bagaimanakah untuk mendapatkan respons daripada mangsa keadaan?


A Hubungi talian kecemasan 999 B Ketuk dengan lembut kaki mangsa
C Jerit pada mangsa D Goncangkan mangsa

8 Bagaimanakah untuk membantu saluran pernafasan mangsa?


A Dongakkan kepala mangsa ke belakang B Dongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat
dagunya
C Mengiringkan mangsa di kedudukan lain D Meninggikan kepalanya dengan meletakkan alas

9 Berapakah nisbah tekanan pada dada dengan hembusan nafas ke mulut mangsa semasa melakukan CPR?
A 15 : 2 B 30 : 2
C 5:1 D 50 : 2

10 Rajah 1 menunjukkan sebahagian langkah dalam melakukan CPR.

Rajah 1

Apakah yang patut dilakukan sekiranya mangsa bernafas tetapi tidak sedar?
A Tambahkan tekanan pada dadanya B Lakukan hembusan nafas berulang kali
C Mengiringkan mangsa D Menelefon talian kecemasan 999
1 Rajah 1.1 menunjukkan satu situasi apabila Ahmad menjumpai seseorang yang terbaring di
kawasan taman rekreasi.

Rajah 1.1
Berdasarkan Rajah 1, jawab soalan-soalan berikut.
a) Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan oleh Ahmad?

…………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………

b) Susunkan rajah-rajah berikut untuk menunjukkan langkah-langkah bantuan awal kecemasan


yang perlu dilakukan oleh Ahmad.

c) Namakan bantuan awal kecemasan tersebut.

…………………………………………………………………………………………………………………………

d) Rajah 1.2 menunjukkan sebahagian langkah bantuan awal kecemasan oleh Ahmad.

Rajah 1.2
i) Apakah tujuan langkah ini dilakukan?

……………………………………………………………………………………………………………………

ii) Bagaimanakah kaedah yang betul pada peringkat ini?

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………
2 Rajah 2.1 menunjukkan keratan rentas bagi sejenis bantuan kecemasan yang dilakukan kepada
seorang mangsa.

jantung

tulang rusuk

Rajah 2.1

a) Nyatakan nama penuh bagi bantuan kecemasan di atas.

……………………………………………………………………………………………………………………

b) Apakah tujuan utama bantuan yang dinamakan di (a) dilakukan.

……………………………………………………………………………………………………………………

c) Berikan tiga jenis individu yang memerlukan bantuan kecemasan tersebut.

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

d) Tandakan (√) bagi keadaan atau punca yang membolehkan individu diberikan bantuan
kecemasan tersebut.

Renjatan elektrik Lemas


Panahan petir Serangan jantung

e) Apakah dua kesan sekiranya seseorang yang cuba melakukan bantuan tersebut tetapi tidak
dilakukan mengikut langkah yang betul dan selamat?

……………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………

f) Rajah 2.2 menunjukkan langkah yang dilakukan dalam bantuan kecemasan tersebut.

Rajah 2.2

Nyatakan kedalaman yang perlu dilakukan dan berapakah kadar tekanan diberikan dalam
satu minit?

Kedalaman : ………………………..cm

Kekerapan tekanan : ……………………. per minit

Anda mungkin juga menyukai