Anda di halaman 1dari 7

SMK PERMAS JAYA 3

PELAJARAN BERASASKAN PROJEK

SAINS

TINGKATAN 3

NAMA : NUR AZUANI NAJIHAH AZUAN

KELAS : 3 TERBILANG

TAHUN : 2019
Pendahuluan

Sepertimana kita sedia maklum, darah merupakan satu komponen


penting dalam perawatan kesihatan. Keperluan dan permintaan
terhadap darah semakin meningkat hasil kemajuan teknologi
perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta.
Rawatan kes-kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ,
rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofilia dan anemia
memerlukan pemindahan darah.

Sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk menjadikan


sekurang-kurangnya 5 % rakyat Malaysia sebagai penderma darah.
Walaupun sasaran ini masih belum tercapai, namun jumlah
pendermaan darah kebelakangan ini telah menunjukkan peningkatan
daripada setahun ke setahun. Sebagai contoh, pada tahun 2007,
statistik kutipan darah di seluruh negara menunjukkan sebanyak
507,461 unit darah telah didermakan berbanding dengan 477,365 unit
pada tahun 2006.

Segala usaha dan matlamat untuk membekalkan darah yang


secukupnya untuk kegunaan pesakit tidak akan berjaya tanpa
sokongan daripada seluruh anggota masyarakat. Kesedaran di
kalangan masyarakat adalah amat perlu sekiranya kita ingin
menjadikan pendermaan darah ini sebagai satu tanggungjawab dan
budaya hidup seluruh masyarakat.
Masalah yang dihadapi

Menyebabkan berat badan naik atau turun

Menderma darah tidak memberi kesan ke atas berat badan. Ada yang berpendapat
bahawa proses menderma darah menggunakan banyak tenaga. Oleh itu, mereka perlu
mengambil makanan yang lebih untuk menambahkan tenaga dan darah. Akibatnya,
berat badan mereka bertambah.

Sebenarnya darah yang hilang melalui pendermaan darah akan merangsang badan
untuk menghasilkan sel-sel darah baru sebagai pengganti. Menurut kajian yang
dijalankan oleh University of California di San Diego, menderma 1 unit darah (473 ml)
akan menggunakan kira-kira 650 kalori tenaga6. Namun, ia tidak sesuai dijadikan
sebagai pelan panjang untuk menurun berat badan. Ini adalah seseorang hanya
dibenarkan untuk menderma darah semula selepas 2 – 3 bulan.
Cara Penyelesaian

 DIGALAKKAN MENGAMBIL MINUMAN DAN MAKANAN


 JANGAN MENGAMBIL MAKANAN YANG BERALKOHOL
Kepentingan menderma darah

 UNTUK PEMBEDAHAN
 MERAWAT MANGSA KEMALANGAN
 IBU YANG MENGALAMI KETUMPAHAN DARAH
 BAYI YANG BARU LAHIR MENGIDAP PENYAKIT KUNING
 PESAKIT DENGGI
Kriteria yang melayakkan seseorang menderma darah

 SIHAT TUBUH BADAN


 BERUMUR ANTARA 18-65
 BERAT BADAN 45 KG KE ATAS
 TIDUR MINIMUM 5 JAM
 TELAH MENGAMBIL MAKANAN SEBELUM MENDERMA DARAH
Isu berkaitan dengan menderma darah
Menderma darah boleh mendapat penyakit berjangkit.

Ada yang berpendapat penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis B dan sebagainya
boleh dijangkiti melalui pendermaan darah. Penyakit-penyakit ini dijangkiti melalui
penggunaan jarum yang sama oleh berbagai penderma darah.

Perkhidmatan pendermaan darah sentiasa mengamalkan penggunaan jarum dan


picagari baru untuk setiap pendermaan. Jarum dan picagari yang telah digunakan akan
dibuang segera selepas setiap pendermaan darah dan tidak boleh digunakan untuk
penderma darah lain. Ini adalah untuk memastikan keselamatan kepada penderma
darah dan juga produk darah.

Prosedur mengambil darah juga menggunakan teknik aseptik bagi memastikan


penderma darah dan darah adalah bebas dari kuman dan selamat.

Pendermaan darah akan menyebabkan badan saya lemah.

Seorang dewasa sihat mempunyai purata 4.7 liter darah. Isipadu darah yang diambil
untuk setiap pendermaan adalah lebih kurang 350 – 450 ml, iaitu 7.5 – 9.5% daripada
jumlah isipadu darah. Kekerapan pendermaan darah adalah 3 bulan sekali. Tempoh ini
cukup untuk badan menghasilkan sel darah merah baru.

Setiap penderma darah perlu melalui saringan kesihatan rapi yang dikendalikan oleh
anggota perubatan terlatih sebelum mereka dibenarkan untuk menderma darah.

Pada umumnya, menderma darah tidak akan melemahkan badan kecuali individu
tersebut ada masalah kesihatan.

Darah yang diderma boleh simpan lama.

Ada juga yang menyangka bahawa darah yang diderma boleh disimpan selama-
lamanya dan diperolehi bila diperlukan. Oleh itu, menderma darah boleh dilakukan
sekali sekala.

Jangka hayat sel darah merah di dalam badan adalah kira-kira 120 hari. Sel darah
merah akan merosot bila berada di luar badan manusia.

Anda mungkin juga menyukai