Anda di halaman 1dari 6

Setiap tahun, 14 Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Derma Darah Sedunia oleh

Pertubuhan Kesihatan Sedunia, bagi menggalakkan masyarakat menderma darah


untuk menyelamatkan mereka yang memerlukan

Image via DCNoise

Terdapat banyak kegunaan darah antaranya menyelamatkan nyawa semasa pembedahan, mangsa
kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, pesakit jantung, penyakit hati, hemophilia dan lain-lain.

Dengan menderma darah, anda mungkin mampu menyelamatkan nyawa seseorang kerana hospital
sentiasa kekurangan darah dan disebabkan itulah pentingnya buat kita semua, sekiranya layak dan
dibenarkan untuk menderma darah, patut menderma darah setiap 3 bulan.

Berikut adalah sebab-sebab mengapa anda digalakkan menderma darah:

1. Menderma darah bukan hanya dapat membantu pesakit yang memerlukannya, tetapi dapat
menjaga kesihatan si penderma

Image via Media Kedah

Sebelum menderma darah, petugas perubatan di pusat derma darah akan memberikan anda
pemeriksaan kesihatan secara ringkas.

Mereka akan memberitahu anda beberapa petunjuk penting seperti kumpulan darah, tekanan darah,
tahap kolesterol, dan banyak lagi.

Anda tidak perlu mengunjungi doktor dan membayar untuk mendapatkan pemeriksaan seumpamanya.

Bukan itu sahaja, darah yang diderma akan ditapis terlebih dahulu untuk mengenalpasti jika terdapat
sebarang jangkitan virus, seperti HIV, sifilis, hepatitis dan sebagainya.
2. Menderma darah mengurangkan risiko sakit jantung bahkan turut membantu dalam
menyeimbangkan zat besi di dalam badan penderma

Image via Wanista

Sejak 30 tahun lalu, penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia.

Walau bagaimanapun, dengan menderma darah, anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan
penyakit jantung.

Ini kerana penyakit jantung dikaitkan dengan kandungan zat besi di dalam darah anda dan zat besi yang
berlebihan akan menjadikan darah anda pekat dan mengakibatkan kerosakan arteri dalam jangka
panjang.

Apabila anda menderma darah, anda mengeluarkan zat besi daripada tubuh anda serta mengekalkan
kecairan darah yang sesuai untuk kesihatan arteri anda.
3. Bukan itu sahaja, menderma darah juga mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser

Image via Sinar Harian

Kanser adalah penyakit yang paling ditakuti oleh orang ramai bahkan di malaysia sahaja, jumlah kes
kanser didapati semakin meningkat.

Risiko kanser meningkat setiap kali kita mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan menghirup udara
yang tercemar akan tetapi dengan menderma darah secara berkala, anda boleh mengurangkan risiko
kanser pada bahagian usus, perut, hati dan tekak.

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat dan pencegahan awal bagus bagi mengelakkan sesalan
di kemudian hari.
4. Paling best, menderma darah dapat mengurangkan kalori di dalam badan

Image via Blog Afiq Haliq

Adalah suatu mitos bagi yang mengatakan derma darah boleh menambahkan berat badan walhal
sebenarnya dengan menderma darah, anda turut mengurangkan alori dalam badan anda dengan hanya
berbaring diatas kerusi.

Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 kalori dalam badan seseorang dalam satu sesi;
membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti.

Namun begitu, menderma darah ada hadnya di mana penderma hanya boleh menderma sekali dalam
tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi penderma.
5. Menderma darah dapat menggantikan sel-sel darah yang baru lalu mengekalkan kecergasan
dan menjadi perderma lebih produktif dalam melakukan kerja

Image via Siakap Keli

Umpama pepatah 'buang yang keruh ambil yang jernih'.

Bukan itu sahaja, menderma darah turut mengurangkan jumlah sel darah merah di dalam tubuh anda
dan memaksa sumsum tulang untuk menghasilkan sel baru.

Tubuh anda akan menjadi lebih bertenaga, dapat berfungsi dengan lebih baik dan badan berasa lebih
segar!
6. Paling utama, menderma darah dapat
menyatukan manusia sejagat

Image via Mufti WP

Inilah sebab paling utama untuk menderma darah bahawasanya ia


mengingatkan kita bahawa sesungguhnya kita semua adalah sama.

Kepelbagaian budaya dan perbezaan sosial bukanlah menjadi satu faktor


apabila berhadapan dengan kecemasan, terutamanya yang melibatkan rawatan
perubatan.

Dengan menderma darah, kita dapat menyelamatkan nyawa tanpa mengira


agama, budaya dan juga boleh dianggap sebagai suatu sedekah, dan terdapat
pahala dalam bersedekah.

Anda mungkin juga menyukai