Anda di halaman 1dari 42

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Unsur Eufemisme Dalam Novel Interlok Edisi Khas Sasterawan Negara: Analisis Semiotik

Oleh Azlina binti Ahmad Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur anilza@siswa.um.edu.my

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Bab 1

Pengenalan

1.0 Pendahuluan:

Kesopanan bahasa dalam masyarakat Melayu merangkumi beberapa dimensi, baik bersifat verbal mahupun yang bukan verbal. Kesopanan bahasa dalam bahasa Melayu boleh dimenifestasikan melalui beberapa bentuk dan penggunaan bahasa. Terutamanya kesopanan bahasa yang melibatkan hal-hal yang tidak boleh dibicarakan secara berterusterang. Terdapat beberapa topik dalam masyarakat Melayu yang tidak boleh dibicarakan dengan sewenang-wenangnya, terutama di khalayak. Topik itu dilabelkan sebagai tabu terutamanya yang meliputi seks, fungsi badan tertentu, anggota badan tertentu, urusan hamil serta bersalin, dan najis. Perkataan dan ungkapan yang ada hubungan tentang topik ini tidak boleh diucapkan sesuka hati, dan juga tidak boleh ditulis, terutamanya dalam wacana sopan. Ungkapan bahasa yang sopan ini dikategorikan sebagai penggunaan bahasa halus dalam menyatakan sesuatu berdasarkan situasi dan peristiwa. Bahasa halus ini disebut sebagai eufemisme iaitu ungkapan yang lebih lembut, sopan atau manis untuk menggantikan ungkapan yang lebih kasar dan kurang sesuai.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

1.1 Latar Belakang Kajian

Tingkah laku dan bahasa tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya mempunyai hubungan yang amat erat. Budi bahasa sering dikaitkan dengan tingkah laku, tabiat, budi pekerti, akhlak dan sebagainya. Oleh sebab itu tingkah laku seseorang akan tergambar melalui budi bahasanya. Sebagai insan yang berbudaya dan beradab, apabila kita

berkomunikasi, kita perlu memilih kata-kata yang menggambarkan sopan santun dan tujuan yang baik. Sehubungan dengan itu, dalam berbahasa dengan sopan, penggunaan unsur eufemisme iaitu menggunakan ungkapan-ungkapan yang halus untuk menggantikan ungkapan yang dirasakan boleh menyinggung, menghina atau tidak menyenangkan orang yang mendengarnya harus digunakan.

Eufemisme (ufmisme) bermaksud ungkapan yang lebih halus dan manis digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar, dan tidak menyenangkan (Kamus Istilah Kesusasteraan). Eufemisme boleh disifatkan sebagai perkataan yang lebih sopan bagi menggantikan perkataan yang dianggap sebagai kasar seperti mati misalnya digantikan dengan meninggal dunia.

Mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu, baik dalam kalangan orang Melayu sendiri mahupun dalam kalangan bukan Melayu, hendaklah mengikuti peraturan yang sudah pun ditetapkan mengenai perbicaraan topik-topik yang menjadi tabu atau larangan itu. Mereka yang melanggar peraturan ini, yakni memperkatakan topik seks misalnya, dengan menggunakan perkataan-perkataan asalnya tanpa dikiaskan melalui penggunaan

eufemisme atau sirkumlokusi, akan dianggap sebagai tidak sopan.

Gaya bahasa eufemisme ini didapati amat kerap digunakan dalam kalangan masyarakat secara sedar atau tidak sedar dan tergolong dalam bentuk kiasan halus yang menjadi pengenalan identiti masyarakat Melayu. Michael West ( 1969 : 298 ) melihat bahasa Unsur Eufemisme dalam novel Interlok 3

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

halus sebagai sesuatu yang bersopan santun ataupun having a nice mind. Asmah Haji Omar ( 1988 ) pula berpendapat bahawa bahasa halus ialah bahasa yang digunakan dengan penuh sopan dan tertib walau dalam keadaan apa-apa sekalipun.

Kajian ini dilakukan untuk meneliti sejauh mana unsur ini diguna pakai dalam novel Interlok , Edisi Khas Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

1.2 Permasalahan Kajian

Berdasarkan kajian terdahulu yang dianalisis, didapati kajian tentang unsur eufemisme ini masih kurang mendapat tempat dalam kalangan pengkaji bahasa terutama mengenai penggunaan eufemisme dalam novel. Kebanyakan penulis sekarang tidak sedar akan penggunaan eufemisme dalam penulisan mereka dan unsur yang mereka terapkan dalam penulisan tersebut adalah hasil daripada pemerhatian yang telah merupakan faktor kebiasaan penulis atau budaya yang diterapkan dalam penulisan adalah budaya orang Melayu itu sendiri yang amat mementingkan kesopanan supaya dianggap beradab atau berbudi bahasa. Bahasa yang digunakan juga hanyalah dalam aspek unsur gaya bahasa yang merupakan salah satu aspek yang perlu ada dalam sesebuah penulisan novel.

Kajian ini dilakukan kerana gaya bahasa eufemisme ini didapati sering digunakan dalam bentuk kiasan yang telah menjadi identiti masyarakat Melayu. Namun tidak banyak kajian yang dibuat mengenainya. Adapun kajian yang benar-benar menjurus kepada kajian unsur eufemisme itu hanyalah menganalisis dari segi kekerapan unsur bahasa tersebut digunakan dalam novel. Berdasarkan maklumat tersebut , dirasakan perlu ada kajian yang menyentuh secara khusus berhubung dengan unsur eufemisme dalam novel. Kajian yang dilakukan ini adalah untuk melihat unsur eufemisme dengan menggunakan pendekatan Unsur Eufemisme dalam novel Interlok 4

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

semiotik model Charles Sanders Pierce berdasarkan prinsip simbol dalam frasa serta kaitannya dengan nilai murni dalam masyarakat Melayu.

1.3 Pendekatan Kajian

Kajian ini menggunakan

pendekatan semiotik model Charles Sanders Pierce .

Pendekatan ini merupakan kajian mengenai pola perlakuan manusia dalam komunikasi yang mengkategorikan objek berdasarkan 3 prinsip iaitu indeks, ikon dan simbol. Pengkaji akan memberi fokus terhadap prinsip simbol sahaja.

PENDEKATAN SEMIOTIK MODEL CHARLES SANDERS PIERCE

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Simbolisme merupakan ciri minda yang asas, terdapat pada setiap ragam pemikiran dan kebudayaan. Fenomena itu menujukkan setiap tindakan manusia adalah kesan

daripada reaksi terhadap simbol. ( Schefler : 1997 ). Menurut Collins English Dictionary, perkataan simbol boleh didefinisikan sebagai:

1. Sesuatu yang mewakili atau menjelaskan sesuatu, biasa secara konvensional atau perkaitan seperti objek yang digunakan bagi mewakili sesuatu yang abstrak. 2. Objek , orang, idea dan sebagainya yang digunakan dalam menjelaskan sesuatu secara eksplisit atau implisit.

Menurut Arnol Whittich, perkataan simbol berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ekspresi bersama di antara idea dan objek. Unsur Eufemisme dalam novel Interlok 6

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Kajian ini akan memberi tumpuan untuk mengetahui simbol-simbol yang ada di dalam novel di mana, analisis tersebut akan menghubungkan sistem karya dengan sistem luar karya. Sistem luar karya bermaksud kebudayaan seluruh masyarakat yang menjadi sumber inspirasi pengkaryaan tersebut. Pendekatan ini beranggapan bahawa apa yang diutarakan oleh pengarang dalam karyanya mempunyai hubungan dengan sistem yang ada di dalam kehidupan masyarakatnya baik dari segi bahasa mahupun watak.

Pengkaji akan memberikan tafsiran secara komprehensif dan menyeluruh dengan membuat perbandingan unsur eufimisme dalam karya melalui cara menghubungkannya dengan kebudayaan manusia. Penelitian bertujuan untuk mengungkapkan makna di sebalik simbol-simbol yang terdapat dalam novel Interlok. Sumber data penelitian tesis ini adalah novel Interlok Edisi Khas Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang terbit pada tahun 1996. Pengumpulan data dilakukan dengan teknik penelitian kepustakaan.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti unsur eufemisme yang digunakan dan memahami simbol yang terdapat di dalamnya serta hubungkait dengan nilai murni bagi memberi pendedahan kepada pembaca dapat membuat penilaian tentang bahasa yang digunakan oleh pengarang ada kaitannya dengan budaya masyarakat Melayu.

1.4.1 Objektif Kajian

Kajian ini akan cuba meneliti aspek unsur eufemisme yang digunakan dalam novel bagi menggantikan perkataan yang kasar. Kajian ini akan memberi penekanan terhadap:

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

i.

Mengenalpasti unsur eufemisme yang digunakan oleh Abdullah Hussain dalam novel Interlok.

ii. Memahami maksud simbol eufemisme yang telah dikenalpasti dalam novel Interlok karya Abdullah Hussain. iii. Menganalisis nilai murni yang dapat dikaitkan dengan unsur eufemisme daripada simbol yang terdapat dalam novel Interlok.

1.4.2 Persoalan Kajian


Berdasarkan latar belakang masalah di atas , dapat diketahui persoalan yang timbul dalam kajian ini seperti berikut: i. Apakah unsur eufemisme yang digunakan oleh Abdullah Hussain dalam novel Interlok ? ii. Apakah maksud simbol eufemisme yang telah dikenalpasti dalam novel Interlok karya Abdullah Hussain? iii. Apakah nilai murni yang dapat dikaitkan dengan unsur eufemisme daripada simbol yang terdapat dalam novel Interlok?

1.5

Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka teks karya sasterawan Negara

Abdullah Hussain dalam menganalisis unsur eufemisme yang digunakan untuk perhatian pembaca. Penyelidikan ini dapat membawa pembaca meneliti setiap unsur eufemisme yang digarap oleh pengarang ada kaitannya dengan realiti kehidupan masyarakat Melayu dalam menjaga tata susila berbahasa apabila berkomunikasi. Pengkajian ini juga

merupakan pengetahuan baru yang diterokai oleh pengkaji dalam mengkaji unsur Unsur Eufemisme dalam novel Interlok 8

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

eufemisme yang dapat dikaitkan dengan nilai murni yang merupakan norma kehidupan masyarakat Melayu.

1.6 Skop Kajian

Skop ini adalah fokus kepada unsur eufemisme dalam bentuk simbol yang terdapat dalam novel. Kajian ini juga memfokuskan kepada 10 nilai murni yang dianalisis dihubungkaitkan dengan unsur eufenisme yang telah dikenalpasti.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara berikut: i. ii. iii. Unsur eufemisme yang terdapat dalam novel Interlok. Takrif simbol daripada unsureufemisme yang digunakan dalam frasa. 10 nilai murni yang dapat dikaitkan dengan unsur eufemisme yang dikenalpasti.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Eufemisme Eufemisme dikatakan berasal daripada kata Yunani yang bermaksud pemakaian kata-kata atau pernyataan dalam bentuk perkataan ataupun frasa yang bersifat lebih lembut dan manis. Melalui eufemisme, kita memperkatakan sesuatu itu seolah-olah sesuatu itu tidak bersifat begitu. Sebagai contoh, semasa merujuk kepada tandas sebagai bilik bedak. Dengan menggunakan eufemisme, kita boleh mencantikkan beberapa aspek

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

kehidupan yang pada pandangan masyarakat dan budaya yang berkenaan itu kurang cantik.

Sesungguhnya penggunaan eufemisme untuk bersifat sopan ketika membicarakan misalnya fungsi-fungsi badan yang tertentu ataupun hal beranak. Dalam masyarakat dan budaya Melayu, biasanya penggunaan eufemisme ini sering merujuk kepada sesuatu kata yang dianggap lebih lembut, atau sederhana, lebih baik atau menyenangkan, dan kurang berterus-terang sifatnya bagi memperkatakan sesuatu yang mungkin boleh dianggap kasar, keras, menakutkan, menghina atau menyinggung perasaan seseorang.

Dalam kajian ini unsur eufemisme yang dikaji adalah dari sudut makna dalam frasa berdasarkan simbol yang digunakan dalam karya.

1.8.2 Simbol

Simbol ialah tanda yang arbitrari dan konvensional. ( Dani R. Hasanudin dan Tedi Ruhiyat, 2006: 94 ). Simbol dikatakan tanda yang arbitrari kerana simbol muncul

secara sewenang-wenangnya dan berdasarkan sesuka hati sesuatu masyarakat itu.

Aarr van Zoest ( 1993: 78 ) telah melihat betapa pentingnya peranan simbol dalam karya sastera. Dalam karya-karya sastera, ilmu disajikan secara denotasi dan

konotasi. Malah, simbol yang menyirat makna konotasi sangat penting dalam meningkatkan mutu karya sastera.

Simbol yang dikaji dalam novel Interlok ini ialah simbol berdasarkan pendekatan semiotik model Peirce daripada unsur eufemisme yang dikenalpasti.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

10

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

1.8.3

Nilai Murni

1.8.3.1 Nilai Kasih Sayang iaitu kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam
serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. 1.8.3.2 Nilai Keperihatinan iaitu mengambil tahu tentang ahli keluarga. 1.8.3.3 Nilai Kesederhanaan iaitu bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan. 1.8.3.4 Nilai Kerajinan iaitu usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. 1.8.3.5 Nilai Bertanggungjawab iaitu kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. 1.8.3.6 Nilai Berdikari iaitu kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. 1.8.3.7 Nilai Hormat dan Taat Kepada Anggota Keluarga iaitu memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. 1.8.3.8 Nilai Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan iaitu menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga. untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. 1.8.3.9 Nilai Cinta Akan Negara iaitu perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. 1.8.3.10 Nilai Toleransi iaitu kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

11

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Bab 2

Sorotan Kajian

2.0 Pengenalan

Bab ini akan memperlihatkan beberapa kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu tentang eufemisme.

2.1 Kajian-kajian yang terdahulu Kajian terhadap unsur eufemisme pernah dijalankan oleh Anita Purba ( 2002 ). Dalam kajian tersebut pengkaji telah menjalankan kajian sosiolingiustik dengan

menggunakan kerangka berfikir Allan & Burridge dalam meneliti tentang kata dan frasa Eufemisme dalam Bahasa Simalungun. Metode yang digunakan dalam penelitian ini adalah metode deskriptif kualitatif iaitu memberi gambaran/sifat dari kata dan frasa Eufemisme dalam Bahasa Simalungun.

Widya Andayani ( 2005 ) mengkaji tentang eufemisme dalam upacara perkahwinan adat Jawa Nemokke di Medan melalui wawancara ahli Nemokke. Pengkaji mendapati

bahawa jenis eufemisme yang banyak terdapat dalam upacara ini adalah metafora dan disusuli dengan hiperbola dan ungkapan figuratif. Berdasarkan pola sosiolinguistiknya dapat

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

12

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

dilihat bahawa ahli nemokke yang lebih tua dan berpengalaman menggunakan lebih banyak eufemisme dan lebih bervariasi dalam menyampaikan nasihat.

Faridah ( 2008 ) pula mengkaji bidang Sosiolinguistik yang membincangkan bentuk, fungsi, dan makna eufemisme. Pendekatan yang digunakan ialah pemerhatian. Untuk mengidentifikasikan dan mengelompokkan bentuk eufimisme digunakan pendekatan pengagihan. Untuk menganalisis fungsi dan makna digunakan pendekatan padanan. Hasil penelitian ialah mengidentifikasi dan mengelompokkan eufemisme dalam Bahasa Melayu Serdang.

Manakala Zuraidah Jantan ( 2009 ) membandingkan novel Mereka Yang Tertewas yang dihasilkan oleh pengarang lama dan novel Black Widow yang dihasilkan oleh pengarang baharu dengan menggunakan pendekatan Gumperz ( 1984 ). Hasil kajian mendapati masyarakat Melayu amat mementingkan kesopanan bukan sahaja dalam perlakuan bahkan, dalam penggunaan dan pemilihan bahasa. Kedua-dua novel yang dikaji didapati juga telah mempengaruhi penggunaan bentuk eufemisme bagi menyesuaikan hasil penulisan mereka dengan kehidupan sebenar masyarakat Melayu.

Melalui kajian Dr. Adenan Ayob ( 2010 ), pengkaji membandingkan aspek


kekesanan daripada usaha pengasimilasian bahasa dalam ekoran penerbitan bahasa eufemisme dan bahasa bukan eufemisme antara pelajar Cina dengan pelajar India di dalam bilik darjah melalui kaedah pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara dalam bahasa bukan eufemisme pelajar Cina dengan pelajar India di dalam bilik darjah yang menjurus kepada komunikasi dan pengajaran serta pembelajaran bahasa.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

13

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Setiawan, Hendri Eko ( 2010 ) dalam kajiannya tentang penggunaan ragam bahasa eufemisme dalam berita di media massa on line telah meneliti tentang label positif dan negatif untuk menimbulkan kesan tertentu pada informasi yang disampaikan. Penggunaan eufemisme dalam teks berita yang digunakan untuk memperhaluskan informasi menyebabkan makluman yang ditemui tidak jelas. Pengkaji menyarankan agar pihak media massa dapat menggunakan gaya bahasa eufemisme dengan tepat agar informasi yang disampaikan benar, menyeluruh dan seimbang.

Seterusnya Muhammad Hashim ( 2010 ) dalam tesisnya yang bertajuk Eufemisme al-Qur'an : telaah sosiolinguistik-sematik atas bahasa tabu dengan menggunakan pendekatan sosiolinguistik telah mendapati bahawa bahasa atau kata yang digunakan dalam al-Quran yang diakui oleh umat Islam sebagai kitab suci yang berlaku sepanjang masa, memberikan contoh perkataan yang baik dan memerintahkan kepada seluruh umat manusia untuk mengatakan hal yang baik.

Kongres Bahasa Jawa ( 2011 ) membincangkan tentang eufemisme sebagai Tindak Komunikasi Yang Beradab dalam bahasa Jawa. Berdasarkan kajian, menunjukkan bahawa eufemisme diucapkan dengan tujuan untuk memperhalus tutur kata agar informasi yang bersifat negatif tidak akan menimbulkan ketegangan. Eufemisme juga digunakan dalam bidang kesihatan, sosial, kepercayaan dan sopan santun.

Noor Hatini binti Zolkifli dan Siti Saniah Abu Bakar ( 2011 ), telah mengkaji unsur eufemisme dalam novel Papa dan Azfa Hanani dengan menggunakan Pendekatan Prinsip Kesopanan ( Leech, 1993 ) yang memfokuskan kepada Maksim Santun. Kajian yang

dilakukan menunjukkan bahawa terdapat banyak unsur eufemisme dalam kedua-dua novel yang dikaji. Penulis menggunakan unsur eufemisme dalam menggantikan perkataan-

perkataan yang dianggap kasar yang boleh mempengaruhi emosi pelajar.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

14

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

2.2 Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang terdahulu , didapati bahawa pengkaji hanya menumpukan kajian tentang eufemisme ini dari konteks sosiolinguistik seperti dalam upacara perkahwinan, melalui bahasa dalam kelompok masyarakat tertentu seperti bahasa Simalungun, bahasa Melayu Serdang dan bahasa yang digunakan oleh masyarakat Cina dan India. Terdapat juga kajian yang dibuat tentang eufemisme yang digunakan dalam media massa manakala dalam novel kajian hanya kepada kekerapan penggunaannya.

Di sini jelas menunjukkan bahawa kajian tentang penggunaan unsur eufemisme melalui pendekatan yang berasaskan simbol dan makna serta hubungkait dengan nilai murni dalam masyarakat Melayu dalam novel masih belum dikaji. Justeru pengkaji akan membuat kajian unsur eufemisme yang terdapat dalam novel melalui pendekatan semiotik model Charles Sanders Pierce bagi memenuhi keperluan ini.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

15

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Bab 3

Metodologi Kajian

3.0 Pendahuluan Bab ini membincangkan perkara yang berhubung dengan metodologi kajian. Metodologi kajian juga merupakan cara yang dapat menentukan sesuatu kajian itu perlu dilakukan untuk memperoleh dapatan kajian dan keputusan kajian yang sah dan boleh dipercayai. Penyelidik akan menyentuh beberapa aspek tentang kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Aspek-aspek ini merangkumi latar belakang teoritis kajian, reka bentuk kajian, instrumen kajian dan analisis data.

3.1 Latar Belakang Teoritis Kajian

3.1.1 Simbol dan Simbolisme

Simbolisme merupakan ciri minda yang asas, terdapat pada setiap ragam pemikiran dan kebudayaan. Fenomena itu menunjukkan setiap tindakan manusia adalah kesan daripada reaksi terhadap simbol. Simbolisme dapat dikaitkan dengan asas dua perbezaan di sebalik idea yang bertentangan dan bersifat antagonisme dan lebih khusus kontras antara manusia dan perkara-perkara yang melibatkan kedudukan tinggi dengan yang berkedudukan rendah, kontras antara panas dengan yang sjuk dan akhirnya perbezaan antara dengan yang halus dengan yang kasar . ( Koentjaraningrat, 1985 : 446 )

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

16

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Menurut Collins EnglishDictionary perkataan simbol boleh didefinisikan sebagai:

1. Sesuatu yang mewakili atau menjelaskan sesuatu, biasanya secara konvensional atau perkaitan seperti objek yang digunakan bagi mewakili sesuatu yang abstrak. 2. Objek, orang, idea dan sebagainya yang digunakan dalam kesusasteraan, filem dan sebagainya yang menjelaskan atau menyarankan sesuatu secara eksplisit atau implisit. 3. Huruf, angka atau lambang yang digunakan dalam matematik, sains, muzik, seni dan sebagainya yang menunjukkan kuantiti, fenomena, operasi dan fungsi.

4. Kajian terhadap matlamat produk yang dihasilkan seperti bentuk objek atau kesan yang wujud tanpa disedari antara tingkah laku dengan pemikiran

5. Sebarang proses pemikiran yang mewakili beberapa ciri realiti luaran.

Menurut Arnold Whittick, perkataan symbol berasal daripada perkataan Greek yang bermakna membawa ekspresi bersama di antara idea dan objek. Simbol itu menunjukkan sama ada objek yang menjelaskan objek yang lain atau objek yang menjelaskan sesuatu idea. ( Whittick: 1971 )

Simbol merupakan suatu sistem yang digunakan untuk objek, tindakan, aktiviti, kualiti atau perkaitan yang memberi makna. Konsep budaya merupakan suatu sistem yang diwarisi sejak berzaman menunjukkan corak makna yang wujud adalah daripada penggunaan simbol dan sistem membantu manusia berkomunikasi, menjadi kesinambungan kepada perkembangan pengetahuan dan sikap terhadap kehidupan terutamanya dengan meletakkan simbol sebagai motivasi dalam sistem yang berkaitan dengan agama.

Simbol boleh membawa erti yang berkaitan dengan benda, gerakan, irama dan sebagainya yang berfungsi untuk mengadakan dan menampilkan sesuatu yang lain. ( Budiono Herusatoto : 1985 ) Simbol yang disimbolkan dengan benda yang berkaitan 17

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

dengannya akan menghasilkan erti yang lain daripada bentuk asal atau mengandungi makna yang lebih mendalam yang memasuki alam kesedaran manusia melalui

pancaindera. Menurut ( Muhammad Afandi Yahya : 1995 ) manusia menggunakan daya sensitiviti yang tinggi dan daya interpretasi sendiri untuk memahami pemikiran dan falsafah yang terkandung di sebalik simbol itu. Simbol boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang mewakili atau melambangkan sesuatu melalui: saranan, secara kebetulan atau

konvensional contohnya seperti sesuatu objek itu mewakili sesuatu yang bukan objek atau sesuatu yang abstrak sebagai manusia, idea, kualiti atau keadaan; angka atau lambang.

Keperluan terhadap komunikasi menjadikan simbol dalam sesuatu masyarakat itu berkembang atau maju. Keadaan demikian menyebabkan ekspresi di kalangan ahli dalam kumpulan masyarakat tersebut menjadi aspek yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Melalui ekspresi, kefahaman dua pihak terbentuk dan berkembang seterusnya cabaran dalam kehidupan bermasyarakat meningkat. Komunikasi lisan atau tradisi lisan memainkan peranan penting dalam sistem komunikasi. Sejajar dengan kepentingan komunikasi itu telah meletakkan kepentingan simbol selari dengan kepentingan komunikasi iaitu percakapan dan pemikiran serta tindakan.

Simbol telah menguasai sebahagian besar kehidupan manusia yang sering dikaitkan sebagai rujukan yang signifikan terutamanya kepada manusia yang mampu

menginterpretasi simbol tersebut. Apabila sesuatu benda itu memberi makna sesuatu kepada seseorang, maka makna itu merupakan jenis simbol.

Simbol menjadi tanda kepekaan yang asli, lahir untuk mengingat kembali sesuatu yang istimewa sebagai pemberi makna kepada kehidupan sesuatu masyarakat. Konteks pengalaman memainkan peranan penting sebagai asas kepada penilaian atau pentafsiran sesuatu simbol. Sistem yang kompleks tidak bermakna kepada satu pihak dan bermakna

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

18

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

kepada pihak yang lain yang mempunyai signifikan dalam penilaian atau pentafsiran simbol yang dirujuk. Simbol tidak menunjukkan makna yang kekal, berubah mengikut kehendak masyarakat pendukungnya yang berubah mengikut persekitaran, cita rasa dan budaya. Simbol mempunyai kepekaan yang pelbagai seperti menunjukkan tingkah laku atau watak dan juga mengekspresi kesepaduan kuasa atau minda. Kepelbagaian yang wujud menunjukkan simbol sebagai pembentuk minda dan watak melalui ekspresi objek sebagai objek dan juga ekspresi objek yang menjelaskan idea atau konsep kerana simbol itu dapat difahami apabila wujud keselarasan di antara idea dengan situasi objek yang wujud. Sesuatu simbol yang wujud adalah hasil persembahan yang melibatkan makna melalui karya yang dihasilkan. Simbol telah digunakan secara meluas dalam kehidupan manusia. Simbol atau simbolisme mempunyai perhubungan yang erat dengan manusia dan kebudayaannya. Simbolisme mempunyai prinsip yang berhubung rapat dengan kehidupan masyarakat kerana pengambilan simbol dalam bahasa atau objek berdasarkan sesuatu yang difahami oleh masyarakat yang diwakilinya. Simbol mewakili sesuatu makna yang lain, iaitu sebagai penggantian sesuatu objek kepada objek yang lain. Seseorang penyair dengan menggunakan diksi ia cuba membayangkan sesuatu hal yang berhubungan dengan objek tersebut. Ini termasuklah penglibatan imej yang lebih konkrit bagi melahirkan emosi dan idea yang abstrak.

3.1.2 Semiotik Semiotik adalah ilmu yang mempelajari tentang tanda. Tanda-tanda tersebut menyampaikan suatu informasi sehingga bersifat komunikatif. Kemunculannya mampu menggantikan sesuatu yang lain, dapat dipikirkan, atau dibayangkan. Cabang ilmu ini semula berkembang dalam bidang bahasa, kemudian berkembang pula dalam bidang reka bentuk dan seni rupa.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

19

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Semiotik berasal dari kata Yunani semeion, yang berarti tanda. Ada kecenderungan bahawa manusia selalu mencari makna atau berusaha memahami segala sesuatu yang ada di sekelilingnya dan dianggapnya sebagai tanda. Penjelajahan semiotik sebagai metode kajian ke dalam berbagai cabang keilmuan. Dalam hal ini cara komunikasi visual dimungkinkan, karena menurut Yasraf A. Piliang ada kecenderungan untuk melihat pelbagai wacana sosial sebagai fenomena bahasa. Ertinya, bahasa dijadikan model dalam pelbagai wacana sosial. Bertolak dari pandangan semiotik tersebut, jika seluruh praktik sosial dapat dianggap sebagai fenomena bahasa, maka semuanya termasuk karya-karya bercorak komunikasi visual dapat juga dilihat sebagai tanda-tanda. Hal itu dimungkinkan karena

luasnya pengertian tanda itu sendiri. Sementara itu, Charles Sanders Pierce, merumuskan bahwa kita hanya dapat berfikir dengan medium tanda. Manusia hanya dapat berkomunikasi melalui tanda. Tanda dalam kehidupan manusia adalah melalui tanda gerak atau isyarat. Lambaian tangan yang boleh diertikan memanggil atau anggukan kepala dapat diterjemahkan setuju. Tanda bunyi, seperti tiupan peluit, terompet, genderang, suara manusia, dering telpon. Tanda tulisan, di antaranya huruf dan angka.

Teori semiotik adalah di antara teori kritik sastra pascamodern yang penting dan banyak digunakan kini. Ia memahami karya sastera melalui tanda-tanda atau perlambangan-pertambangan yang ditemui di dalam teks. Teori ini berpendapat dalam sebuah teks itu terdapat banyak tanda dan pembaca harus memahami apa yang dimaksudkan dengan tanda-tanda tersebut. Dalam pandangan semiotik yang berasal dari teori Saussure - bahasa merupakan sebuah sistem tanda, dan sebagai suatu tanda bahasa mewakili sesuatu yang lain yang disebut makna. Bahasa sebagai suatu sistem tanda dalam teks kesastraan tidak hanya menyaran pada sistem (tataran) makna tingkat pertama (first-order semiotic system), melainkan terlebih pada sistem makna tingkat kedua (second-semiotic system). Hal ini sejalan dengan proses pembacaan teks kesastraan yang bersifat heuristik dan hermeneutik. Unsur Eufemisme dalam novel Interlok 20

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Teori semiotik pada dewasa ini merupakan salah satu teori sastra (kritik sastra) yang terbaru di samping teori estetika resepsi dan dekonstruksi. Semiotik adalah sebuah disiplin ilmu sains umum yang mengkaji sistem perlambangan di setiap bidang kehidupan. Ia bukan saja merangkum sistem bahasa, tetapi juga merangkum lukisan, ukiran, fotografi maupun pementasan drama atau filem. Ia wujud sebagai teori membaca dan menilai karya dan merupakan satu disiplin yang luas wilayahnya. Oleh sebab sosiologi dan linguistik merupakan bidang kajian yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain, semiotik yang mengkaji sistem tanda dalam bahasa juga berupaya mengkaji wacana yang mencerminkan budaya dan pemikiran. Justru, yang menjadi perhatian semiotik adalah mengkaji dan mencari tanda-tanda dalam wacana serta menerangkan maksud tanda-tanda tersebut dan mencari hubungannya dengan ciri-ciri tanda itu untuk mendapatkan makna yang signifikan.

Semiotik boleh berhadapan dengan genre apa pun. Ia boleh untuk memberikan penilaian yang adil dan saksama. Teori semiotik beranggapan bahwa sebuah karya itu mempunyai sistemnya yang tersendiri, di mana ia dapat diperlihatkan melalui sistem tanda dan kod yang terjelma di dalamnya. Oleh yang demikian, proses penciptaan yang melahirkan sistem karya itu juga menjadi penelitian. Ini termasuk sistem di luar karya yang dibawa masuk ke dalam karya atau lebih tepat lagi kebudayaan seluruh masyarakat yang menjadi sumber inspirasi pengkaryaan tersebut

Terdapat beberapa pengertian asas tentang perlambangan yang dikemukakan di kalangan ahli tokoh-tokoh semiotik terutama dalam bidang linguistik dan kesusasteraan umum. Sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini, teori semiotik sangat luas dan dipelopori oleh beberapa tokoh dengan skop yang berbeza. Maka, dalam pengkajian ini, teori semiotik yang dipelopori Pierce akan digunakan. Dengan itu, simbol merupakan fokus utama yang digunakan dalam kajian ini.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

21

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Pendekatan semiotik memerlukan penganalisis mencari penggunaan tanda-tanda dalam sebuah karya. Tanda-tanda tersebut diungkap melalui penanda, mengikuti paradoks dan kontradisksi penggunaan gaya dan mekanisme penciptaan sebuah karya yang dikuasai oleh pengarang. Maka, penganalisis menggunakan semiotik untuk memberikan makna bagi tanda-tanda dalam novel Interlok karya Abdullah Hussain.

Semiotik dapat melihat Interlok dalam perspektif yang lebih luas. Prinsip kedua daripada pendekatan semiotik menuntut penganalisis memperhatikan hubungan sistem dalam Interlok yang dikaji dengan sistem yang ada di luar teks tersebut; iaitu segala perkara yang membawa kepada lahirnya novel ini. Ini merangkumi sistem hidup dan kebudayaan masyarakat yang menjadi sumber inspirasi penghasilan novel Interlok.

Segala ungkapan atau tanda-tanda yang dicerakinkan dari dalam novel Interlok memainkan peranan yang penting bagi kewujudan satu bentuk sistem dalam pembinaan teks tersebut. Maka, prinsip ketiga dalam pendekatan semiotik memberi penghargaan terhadap pengarang dan keperangannya. Ini menjelaskan bahwa terdapat sebab bagi penggunaan ungkapan yang dihasilkan dalam novel Interlok kerana segalanya mempunyai pengertiannya yang tersendiri.

3.2 Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Menurut Majid (1998), reka bentuk kajian adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperoleh maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan atau dikenali sebagai tinjauan pustakaan untuk mengumpul data novel. Data novel yang dipilih ialah novel Interlok Edisi Khas Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

22

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan aspek bahasa dalam bentuk kata dan frasa yang terdapat dalam novel Interlok Edisi Khas Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Novel ini dipilih kerana novel Interlok ini merupakan satu penghasilan daripada Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP) pada tahun 1967. Selain itu Novel Interlok juga memenuhi lima ciri karya fiksyen yang utama : imaginasi, realiti, kreativiti, intelektualiti dan nilai estetik. Lantaran itu novel ini bukanlah novel picisan tetapi merupakan sebuah karya yang berat atau sastera tinggi. Novel ini juga telah mendapat liputan yang meluas di media massa pada setiap hari menjelang awal tahun 2011 yang telah menjadi kontroversi sehingga dapat membangunkan kelenaan dunia kesusasteraan Melayu daripada tidurnya. Abdullah Hussain bukanlah calang-calang pengarang Melayu di Negara ini. Beliau merupakan Sasterawan Negara. Selain mengarang, Abdullah Hussain juga terkenal

sebagai penterjemah. Antara karya terjemahannya ialah Orang Tua dengan Laut ( The Old Man and The Sea, Ernest Hamingway, 1952), Bumi Bertuah ( The Good Earth, Pearl S. Buck, 1931) dan Mutiara ( The Pearl, John Steinbeck, 1953) Interlok juga dapat diandaikan sebagai karya interteks yang menggabungkan kepelbagaian daya kreativiti tentang ilham, idea, gaya/stail daripada para pengarang yang karyanya telah diterjemahkan oleh Abdullah, sebagaimana kata Plato:
We have seen there are three sorts of bed. The first exists in the ultimate nature of things, and if it was made by anyone it must, I suppose, have made by God. The second is made by carpenter, the third by the painter. ( The Republic, hlm. 373, 1972)

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

23

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

3.4 Analisis Data

Teknik analisis yang digunakan dalam kajian ini menggunakan model analisis yang meliputi komponen mengkatogerikan data mengikut unsur eufemisme dengan memberi maksud bagi simbol yang digunakan dan mengklasifikasikan mengikut 10 nilai murni yang telah disenaraikan.

Analisis tersebut akan dilaksanakan mengikut prosedur berikut:

i.

Data yang diperoleh dicatat dan kemudian dikategorikan mengikut unsur eufemisme dengan menghuraikan maksud simbol yang digunakan.

ii.

Unsur eufemisme tersebut seterusnya dianalisis dengan mengklasifikasikan mengikut 10 nilai murni yang telah digariskan dalam kajian ini.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

24

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Bab 4

Dapatan Kajian

4.0 Pengenalan

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesame manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988)

Nilai murni dan budi bahasa harus dipraktikkan pada setiap aspek kehidupan agar keindahan Islam itu akan memberi kesan baik yang menyeluruh terhadap kemaslahatan sesebuah masyarakat. Setiap golongan dan peringkat memainkan peranan untuk

bekerjasama mempertahan dan memperkukuhkan budaya menjadikan pengamalan nilainilai murni sebagai satu cara dan gaya hidup berkesinambungan.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

25

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

4.1 Konsep Nilai Persoalan-persoalan tentang nilai yang merupakan cabang falsafah adalah persoalan sejagat dan telah menjadi topik perbincangan sejak aliran sophists zaman falsafah etika Greek terawal pada 450 400 SM lagi ( Mohd. Nasir Omar, 1986: 33 )

Peter Baelz ( 1977 ) pula menjelaskan bahawa perbincangan tentang nilai moral adalah berkaitan dengan persoalan betul atau salah, benar atau tidak dan apakah yang perlu dibuat atau apa yang harus ditinggalkan terhadap sesuatu perkara dalam sesuatu keadaan. Pertimbangan moral biasanya bergantung kepada suasana dan keadaan di mana seseorang itu dibesarkan , kelas atau sistem sosial serta agama yang dianutnya.

Nik Azis Nik Pa ( 1994 ) pula menghuraikan nilai sebagai:

Kriteria atau pengkosepan yang digunakan oleh seseorang dalam menentukan perkara-perkara ( termasuk objektif, idea, tingkah laku, prosedur, perasaan dan peristiwa ) yang diingini atau tidak diingini ( seperti kecantikan, kebahagiaan, kualiti, faedah, taraf, kebaikan, keindahan, kemuliaan dan kesihatan ) . Nilai membabitkan perkara yang baik dengan yang buruk dan kemudiannya bertindak mengikut peralihan yang berasaskan perbezaan tersebut. ( Nik Azis Nik Pa, 1994: 281)

Menurut Nik Azis, sumber dan kedudukan nilai dalam sesebuah masyarakat memberi ukuran dan kriteria dalam menentukan sama ada sesuatu tingkah laku itu baik atau buruk. Bagi sesetengah masyarakat sumber nilainya dibentuk berdasarkan tradisi

keagamaan, manakala dalam masyarakat yang lain pula menggunakan pengalaman dan akal fikiran sebagai dasar pembentukan nilainya. ( Nik Azis Nik Pa, 1994: 281 )

Dari perspektif Islam, sistem nilainya yang ditentukan oleh Allah adalah bersandarkan tiga prinsip asas iaitu tauhid, khalifah dan keadilan. Al-Quran dan Al- Hadith Unsur Eufemisme dalam novel Interlok 26

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

adalah asas bagi menilai sesuatu perkara sama ada baik atau buruk dan benar atau salah. Pegangan inilah yang mengawal sistem kepercayaan, peribadi dan tingkah laku seseorang muslim dalam semua perlakuannya. ( Syed Othman Alhabshi, 1994 : 7 )

Mana Sikana ( 1990 ) berpendapat setiap karya harus ada unsur-unsur moral di dalamnya. Karya-karya yang sesuai ialah karya yang dapat memberikan mereka daya memilih, iaitu memilih mana yang buruk dan jahat. Justeru poetic justice sangatlah

mustahak dan perlu diterapkan. ( Mana Sikana: Nilai Islam dalam Penulisan Sastera Kreatif ) Berdasarkan konsep nilai di atas, jelas kepada kita bahawa nilai sangat penting untuk kita membezakan yang mana baik dan buruk dalam sesuatu perkara yang diutarakan. Dalam kajian ini unsur eufemisme yang diteroka dalam novel ini akan ditafsirkan berdasarkan simbol yang digunakan dan kaitannya dengan nilai yang dapat kita lihat dalam kehidupan masyarakat yang sebenar.

4.2 Analisis Kajian

4.2.1

Nilai Kasih Sayang - kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Dalam novel ini nilai kasih sayang seorang ibu dapat dilihat dengan jelas terhadap anaknya di mana ibu Seman sentiasa memikirkan masa depan anaknya.

Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol senja ,malam dan kandil . Di sini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pengarang menggunakan kata senja untuk

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

27

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

menggambarkan bahawa usia yang semakin lanjut dan malam menggambarkan kehidupan manusia yang sudah sampai ke penghujungnya di mana dalam tempoh kita menjalani kehidupan seharian apabila senja menjelma menunjukkan bahawa hari tersebut hampir tamat. Pengarang menggunakan simbol tersebut untuk memberi makna kepada pembaca tentang kehidupan manusia yang selari dengan hari-hari yang dilalui. Manusia sedar bahawa dalam meniti hari-hari tersebut, mereka perlu membuat persiapan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Atas dasar kasih sayang seorang ibu, maka kesedaran ini telah menjadikan ibu Seman telah memikirkan apa yang patut disediakan untuk anaknya apabila dia sudah tiada kelak. Contoh : Mak Limah sendiri mulai berasa bahawa harinya juga telah senja, tidak lama lagi malam akan datang menyerkupnya. Sebelum malam tiba, inginlah dia menyediakan kandil yang akan menerangi hidup anaknya pada kemudian hari. ( Interlok, 1996 :7)

4.2.2

Nilai Keperihatinan - mengambil berat tentang ahli keluarga. Nilai keperihatinan seorang bapa terhadap anak telah digarap oleh penulis dalam novel ini di mana bapanya berpesan kepada anaknya yang sarat mengandung untuk menjaga diri. Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol berbadan dua . Penggunaan berbadan dua dan hamil merujuk kepada mengandung dan yang lebih kasarnya adalah bunting. Penggunaan semua kata-kata yang merujuk kepada mengandung ini boleh saling bertukar-ganti mengikut kesesuaian konteks kecuali bunting. Bunting dianggap kasar kerana ia biasanya merujuk kepada keadaan haiwan yang mengandung. Oleh itu, jika bunting digunakan untuk merujuk kepada manusia, seolah-olah ia akan menimbulkan konotasi yang negatif dan mampu menyinggung

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

28

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

perasaan pendengar. berbadan dua merupakan eufemisme yang paling baru dan amat sesuai digunakan dalam semua situasi. Contoh : Baik-baik . Jangan lama, orang yang berbadan dua seperti kau itu tak baik berjalan senja-senja begini ( Interlok, 1996 :285)

4.2.3

Nilai Kesederhanaan - bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan. Nilai kesederhanaan ini ada pada diri Seman. Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol harta tiada. Frasa ini mengungkapkan keadaan diri Seman yang miskin yang tidak punya apa-apa. Simbol yang digunakan sebagai lambang kepada budaya Melayu yang penuh dengan kesopanan. Melalui simbol tersebut, Seman dapat meluahkan perasaan dalam hati tentang keadaannya yang serba kekurangan. Simbol ini lebih halus sifatnya jika dibandingkan dengan papa kedana, yang sifatnya lebih kasar dalam memberi tafsiran tentang kehidupan Seman. Contoh : Aku ni sekarang ibarat daun yang terlepas dari dahannya, tidak ada tempat berpegang. Harta tiada bangsapun kurang pula. ( Interlok, 1996 :380)

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

29

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

4.2.4

Nilai Kerajinan - usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. Nilai kerajinan ini ada pada diri Maniam. Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol tidak berat tulang. Ungkapan peribahasa ini jelas menunjukkan kehalusan kata-kata yang digarap oleh pengarang dalam novel ini. Perkataan tidak pemalas merupakan kata-kata yang sinonim dengan ungkapan tersebut tetapi pengarang tidak menggunakannya. Jelas di sini, pengarang cuba mengungkapkan ungkapan yang lebih halus dan lembut dalam menunjukkan sifat yang baik yang ada pada diri Maniam. Contoh : Tetapi Maniam tidak pernah berat tulang untuk memberikan pertolongan di mana perlu. Dia menolong siapa sahaja. ( Interlok, 1996 :276)

4.2.5

Nilai Bertanggungjawab - kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Ramakrisynan anak Maniam bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang anggota polis. Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol tak percaya. Simbol ini membawa maksud inspektor tersebut tidak yakin bahawa seksaan dapat menyelesaikan

masalah. Frasa tak percaya di sini, merupakan unsur pemujukan dalam situasi yang amat menakutkan. Pengarang menggunakan frasa tersebut untuk memberi keyakinan kepada Maniam dalam mendapatkan kerjasama untuk menyelesaikan Unsur Eufemisme dalam novel Interlok 30

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

masalah yang dihadapi. Keadaan ini berbeza jika pengarang menggunakan frasa saya tak akan menyeksa kamu kerana kemungkinan yang berlaku , ungkapan tersebut tidak memberi jaminan untuk Maniam tidak diseksa. Pengarang begitu bijak dalam memilih frasa yang menjadi simbol yang lebih lembut dalam menarik perhatian pembaca. Pembaca juga turut merasakan situasi yang lebih selamat dalam suasana penyeksaan yang telah menimpa Maniam. Contoh: Ini kali saya tak mau seksa kamu. Kata inspektor India itu memulai kerjanya. Dia menghadapi setompok kertas tulis di hadapannya. Dan ketika berkata-kata itu dia memandang muka Maniam. Maniam

memberanikan dirinya menentang pandangan itu. Saya tak percaya dengan penyeksaan. ( Interlok : 437 )

4.2.6

Nilai Berdikari - kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Musa tekad meninggalkan kampung untuk mencari pekerjaan. Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol orang berada dan berdiri sendiri . Simbol tersebut bermaksud orang yang punya banyak harta. Pengarang

menggunakan ungkapan orang berada yang lebih lembut jika dibandingkan dengan ungkapan anak orang kaya atau anak orang yang banyak harta. Ungkapan ini lebih menampakkan kesombongan. Masyarakat Melayu yang kaya dengan nilai

ketinggian budi telah digambarkan oleh pengarang dengan mengungkapkan simbol yang lebih halus. Manakala berdiri sendiri membawa maksud mampu untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Di sini juga pengarang telah mengaitkan situasi Seman sebagai seorang yang mempunyai maruah diri dan mampu untuk mencari penghidupan tanpa meminta-minta daripada orang lain. Masyarakat Melay Unsur Eufemisme dalam novel Interlok 31

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

yang bermaruah dan mempunyai martabat bangsa yang tinggi sentiasa akan menjaga maruah diri dan keluarganya. Ungkapan berdiri sendiri lebih halus

sifatnya jika dibandingkan dengan ungkapan hidup sendiri yang lebih kasarnya. Contoh 1: Dia terpaksa meninggalkan kampung untuk mencari pekerjaan. Dia perlukan wang untuk berkahwin dengan seorang gadis cintanya. Gadis itu anak orang berada ( Interlok, 1996 :323) Contoh 2 : Aku tak mau menumpang orang Zim. Aku tahu pak lebai itu baik. Tetapi aku mau berdiri sendiri. Barangkali ada hikmatnya bapaku tinggalkan kami serupa ini. Aku terima nasib ini. ( Interlok : 105 )

4.2.7

Nilai Hormat dan Taat Kepada Anggota Keluarga - memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. suaminya Maniam. Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol melayanimu. Pengarang menggunakan ungkapan melayanimu dalam memberi konotasi yang lebih lembut tentang peranan isteri terhadap suami. Masyarakat India yang mengutamakan kaum wanita tetap mempunyai ciri-ciri penghormatan terhadap kaum lelaki. Pengarang Malini sangat taat dan hormat kepada

menggambarkan bahawa walaupun dalam masyarakat India , wanita lebih dominan peranannya, tetapi dalam menjaga keharmonian rumah tangga dan keluarga, mereka tetap menghormati suami mereka.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

32

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Contoh : Kau suamiku. Bagaimana susah pun aku mesti melayanimu dengan baik. ( Interlok, 1996 :276)

4.2.8

Nilai Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan - menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turuntemurun dalam keluarga. untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. Yew Hock merupakan anak yang patuh kepada bapanya dalam urusan perniagaan dan mempunyai bakat dalam perniagaan bagi meneruskan tradisi keluarganya. Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol menurut jejak. Penggunaan frasa ini merujuk kepada anak yang mewarisi bapanya. Ungkapan ini bertujuan untuk menyatakan bahawa dalam sesebuah keluarga yang mempunyai beberapa orang anak, sudah pasti ada di antara mereka yang akan mewarisi sifat atau perangai bapanya. Di sini pengarang ingin menggambarkan bahawa nilai ini adalah baik

dalam mengekalkan tradisi kekeluargaan. Jika keadaan ini tidak berlaku maka, akan hilangkan warisan bangsa.

Contoh: Kedai ini betapa pun juga akan jatuh ke tangan abangnya. Dia sahaja yang ada kebolehan. Dia sahaja yang menurut jejak bapanya. ( Interlok, 1996: 368 )

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

33

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

4.2.9

Nilai Cinta Akan Negara - Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Mail membangkitkan semangat mengajak rakyat untuk bersatu padu menentang Malayan Union.

Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol mempertahankan maruah bangsa . Ungkapan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa masyarakat Melayu amat menjaga kedaulatan rajanya dan rela berkorban untuk menyelamatkan bangsa Melayu demi kedaulatan raja-raja Melayu. Simbol tersebut menggambarkan kepada kita bahawa masyarakat Melayu amat pantang sekiranya bangsa dan rajanya tidak diperlakukan dengan baik. Mail dengan semangatnya menyatakan pendiriannya

untuk semua masyarakat Melayu bersama-samanya untuk menentang Malayan Union yang bakal menggugat kedudukan raja-raja Melayu. Lambang kedaulatan raja-raja Melayu digarap dengan begitu baik oleh pengarang.

Contoh: Tujuan kita hanya satu saja, iaitu kita hendak mempertahankan maruah bangsa kita dan kedaulatan raja-raja kita. Kita

berkehendakkan Negara kita dan bangsa kita terselamat daripada segala malapetaka. Kalau kita bersatu padu, kita mesti percaya diri kita sendiri ( Interlok : 469 )

4.2.10 Nilai Toleransi iaitu kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Pak Lebai bertolak ansur dengan kehendak Seman yang tidak mahu menerima pelawaannya untuk tinggal bersama dengannya.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

34

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Unsur eufemisme yang menunjukkan ungkapan yang lebih lembut dan manis disampaikan secara tersurat melalui simbol terbuka . Kata terbuka ini membawa maksud bahawa Lebai Man akan dapat menerima Seman bila-bila masa saja jika diperlukan. Simbol ini merupakan lambang masyarakat Melayu yang sedia

membantu sekiranya diperlukan. Nilai toleransi yang dipamerkan oleh Lebai Seman merupakan salah satu ciri masyarakat Melayu yang sedia memberi dan menerima dalam menjamin perhubungan yang lebih baik.

Contoh: Tak apalah, Seman. Kau fikirlah dulu. Pintu rumahku sentiasa

terbuka untukmu dan ibumu, Lebai Man pun meminta diri. ( Interlok : 105 )

4.3 Kesimpulan Analisis dapatan menunjukkan bahawa unsur eufemisme telah dikenal pasti dalam novel Interlok karya Abdullah Hussain berdasarkan pendekatan semiotik yang memberi tumpuan kepada simbol-simbol yang telah diberi tafsiran secara komprehensif dan

menyeluruh melalui cara menghubungkan unsur eufemisme dengan nilai dalam kehidupan manusia. Kajian ini juga telah mendapati bahawa apa yang diutarakan oleh pengarang dalam karyanya mempunyai hubungan dengan sistem yang ada di dalam kehidupan masyarakatnya baik dari segi bahasa mahupun watak.

Selain itu, kajian ini telah dapat mengenal pasti unsur eufemisme yang digunakan bagi menggantikan perkataan yang kasar melalui penggunaan simbol dalam frasa serta memahami maksud berdasarkan simbol dan hubungkait dengan nilai murni dalam masyarakat Melayu seperti yang disenaraikan. Di sini jelas menunjukkan walaupun gaya

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

35

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

bahasa yang digunakan

oleh pengarang adalah sifat bahasa penulis yang tidak

menggambarkan sifat bahasa Melayu, namun gaya penulisan itu secara tidak langsung telah memasukkan unsur eufemisme yang hakikatnya bahawa unsur ini adalah penting dalam menjaga komunikasi yang lebih bersopan dan mempunyai nilai-nilai yang menggambarkan kehidupan realiti masyarakat Melayu.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

36

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Bab 5

Cadangan dan Kesimpulan

5.0 Pengenalan
Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan tentang unsureufemisme yang terdapat dalam novel, akhbar, media massa, adat istiadat seperti adat perkahwinan dan melalui bahasa yang digunakan dalam kelompok masyarakat tertentu. Semua kajian

tersebut hanyalah untuk melihat kekerapan dan bagaimana unsur itu digunakan. Namun kajian ini telah dapat menjawab persoalan tentang unsur eufemisme dalam novel Interlok. Seterusnya telah dapat menghuraikan maksud dan menganalisis unsur tersebut dengan nilai murni yang berkait rapat dengan norma kehidupan masyarakat secara realiti. Kajian yang dijalankan ini bukan sekadar untuk melihat kekerapan unsur itu digunakan malah pembaca dapat memahami dengan lebih mendalam bagaimana unsur tersebut yang digarap oleh pengarang dalam novel, pada hakikatnya merupakan

komunikasi yang digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu yang kaya dengan adat sopan dan bertata susila.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

37

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

5.1 Cadangan

Beberapa cadangan dapat diajukan sebagai panduan untuk para pembaca yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. seperti berikut: Antaranya dapat dirumuskan

5.1.1 Mahasiswa diharapkan dapat meneliti daripada pembacaan yang dilakukan dengan melihat kepada maksud yang hendak disampaikan oleh pengarang sebagai natijah dalam kehidupan sebenar.

5.1.2

Guru bahasa dapat memaksimakan penggunaan bahan pembelajaran

sastera dan komsas dengan meningkatkan pengetahuan kebudayaan masyarakat Melayu melalui hasil penulisan pengarang dalam novel yang dipelajari. Bukan

sekadar melihat novel itu sebagai bahan naratif semata-mata tetapi ada unsur kehidupan yang harus diterapkan dalam kehidupan pelajar dalam zaman yang serba mencabar ini.

5.1.3 Pembaca umumnya dapat mengambil inisiatif tentang nilai-nilai positif untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

5.1.4 Pengkaji memberi peluang kepada pengkaji agar dapat membuat kajian melalui pendekatan yang sama tentang dua aspek lain iaitu ikon dan indeks.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

38

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

5.2 Kesimpulan Berdasarkan kajian teori, hasil analisis yang telah dilakukan dapat dibuat kesimoulan seperti berikut:

Berdasarkan hasil analisis yang dijalankan, unsur eufemisme atau apa yang dikatakan sebagai bahasa halus dalam novel Interlok, adalah untuk menggantikan bahasa kasar dalam frasa dan dialog yang dipetik daripada beberapa contoh dalam karya.

Unsur

eufemisme

dianalisis

melalui

simbol

yang

digunakan

berdasarkan

pendekatan semiotik model Charles Sanders Pierce. Simbol yang dikenalpasti diinterpretasi dengan menghuraikan makna unsur eufemisme yang terkandung di dalamnya . Contohnya unsur senja membawa pengertian tentang umur seseorang itu sudah ke penghujung kehidupan. Manakala malam membawa maksud sudah tidak ada lagi di dunia ini atau mati atau meninggal dunia.

Melalui kajian ini juga , unsur eufemisme yang dikenalpasti dikaitkan dengan nilainilai murni masyarakat Melayu. Terdapat 10 nilai yang digariskan dalam novel ini iaitu : Nilai Kasih Sayang iaitu kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Nilai Keperihatinan iaitu mengambil tahu tentang ahli keluarga. Nilai Kesederhanaan iaitu bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan. Nilai Kerajinan iaitu usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. Nilai Bertanggungjawab iaitu kesanggupan diri seseorang untuk

memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Nilai Berdikari iaitu Unsur Eufemisme dalam novel Interlok 39

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa

bergantung kepada orang lain.

Nilai Hormat dan Taat Kepada Anggota Keluarga iaitu memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. Nilai Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan iaitu menerima,

menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga. untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.Nilai Cinta Akan Negara iaitu perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. Nilai Toleransi iaitu kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi

mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Kajian ini telah dapat menambah bahan rujukan dan memperkayakan khazanah ilmu pengetahuan yang dapat diaplikasikan oleh semua lapisan masyarakat sebagai media pembelajaran dan dapat memberi pertimbangan terhadap penelitian sesebuah karya sastera.

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

40

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU

2011

Rujukan
Abdullah Hussain, ( 1996 ) Interlok, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka Adnan Ayob, ( 2010 ) Perbandingan Keberkesanan Pengasimilasian Bahasa Dalam Antara Pelajar Cina Dengan Pelajar India Di Dalam Bilik Darjah, Tg. Malim: UPSI Baelz, Peter ( 1997 ) Ethics and Belief, London: Sheldon Press Budiono Herusatoto ( 1985 ) Simbolisme dalam Budaya Jawa. Yogyakarta: PT Hanindita, hlm 1 Charles Chadwick ( 1991 ) Simbolisme , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Faridah , ( 2008 ), Eufemisme dalam Bahasa Melayu Serdang: Tesis Fatimah Busu (2011), Salah Tanggapan Terhadap Interlok Dewan Sastera,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ibrahim Ahmad ( 2007 ) Bahasa Halus Dalam Konteks Sosiolinguistik , Dewan Siswa Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jurnal Pengajian Melayu ( 2003 ) Jilid 13, Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu, hlm157 Kongres Bahasa Jawa ,( 2011 ) Eufemisme Sebagai Tindak Komunikasi Yang Beradab Dalam Bahasa Jawa, Dwi Sultana Yogykarta: Balai Bahasa Mana Sikana ( 1990 ) Nilai Islam Dalam Penulisan Sastera Kreatif. Kuala Lumpur: Dewan Sastera Dis. 1991 Muhammad Afandi Yahya ( 1995 ) Simbolisme dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . hlm 4 Muhammad Hashim ( 2010 ) Eufemisme al-Qur'an : telaah sosiolinguistik-sematik atas bahasa tabu Jakarta: Sekolah Pasca Sarjana Mohd. Nasir Omar ( 1986 ) Falsafah Etika: Perbandingan Pendekatan Islam dan Barat, Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri Mohd. Yazid b. Hj. Karim ( 2005 ), Genre Drama Dalam Teks Sastera: Kajian Kandungan Nilai. Kuala Lumpur: APM, UM. Nik Azis Nik Pa ( 1994 ) Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Noor Hartini binti Zolkifli dan Siti Saniah Abu Bakar ( 2011 ) Unsur Eufemisme Dalam Novel Papa dan Azfa Hanani, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris Puteri Roslina Abdul Wahid , Wong Khek Seng ( 2007 ) Monograf Jabatan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya hlm. 100 Schefler, ( 1997 ) I. Symbolic Words. Cambridge: Cambridge Univercity Press.hlm. 11 Setiawan, Hendri Eko ( 2010 ) Penggunaan Ragam Bahasa Eufemisme Dalam Berita di Media Massa On Line, Universiti Negeri Malang: Tesis Sarjana. Syed Othman Alhabshi, ( 1994 ) Islamic Values: Its Universal Nature and Applicability dlm Islamic Values and Management. Kuala Lumpur: ( IKIM )

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

41

JXGA6108 ISU-ISU SEMASA PENGAJIAN MELAYU Tengku Intan Marlina dan Mohamad Shahidan, ( 2009 ) Semiotik Pierce,Kuala Lumpur: Quest Ahead Sdn. Bhd.

2011

The Compact Edition of the Oxford English Dictionary ( 1971 ) Vol.11. P-2 Oxford University Press. hlm 362 Widya Andayani ( 2005 ) Eufemisme Dalam Upacara Perkahwinan Adat Jawa Nemokke di Medan, Universitas Sumatera Utara: Program Studi Linguistik Pascasarjana Whittick,( 1971) A. Symbols, Sign and Their Meaning and Uses in Design. London : Leornad Hill. hlm 3 Zuraidah Jantan,( 2009). Unsur Eufemisme dalam Novel Melayu: Satu Manifestasi Kesopanan Bahasa. Kuala Lumpur: ASWARA

Unsur Eufemisme dalam novel Interlok

42