Anda di halaman 1dari 17

SHE 101 /2- HUBUNGAN ETNIK

TAJUK
CERITA RAKYAT MASYARAKAT
MALAYSIA

NAMA: NURLIYANA BT MAHAYUDDIN


MATRIC: 116258
PENSYARAH: CIK NORFARIZAH BT
MOHD BAKHIR

1. ABSTRAK
Cerita rakyat merupakan salah satu cerita yang penting bagi setiap kaum di malaysia
kerana setiap bangsa mempunyai cerita rakyat tersendiri. sering di perkatakan bahawa
kebanyakan pelajar tidak meminati cerita rakyat dimalaysia hanya kerana perkembangan
teknologi yang boleh membawa mereka lebih jauh daripada menghayati dan mempelajari isi
kandung cerita rakyat. Faktor-faktor tersebut telah membuatkan cerita-cerita rakyat dimalaysia
semakin lenyap sehinggakan ada sesetengah anak muda langsung tidak tahu cerita rakyat mereka
sendiri walaupun ditanya untuk satu tajuk sahaja.

2. PENGENALAN
Cerita rakyat merupakan khazanah dan hak milik masyarakat pada zaman dahulu. Cerita
rakyat dapat memberikan hiburan kepada seluruh masyarakat Melayu pada zaman tersebut tanpa
adanya media hiburan lain sebagai media alternatif yang dapat menafikan hak dan
menengelamkan peranan yang dapat diambil melalui cerita rakyat. Cerita rakyat dapat diterima
oleh segenap lapisan masyarakat sama ada golongan atasan atau pun golongan bangsawan tetapi
ia juga diterima oleh masyarakat termasuklah rakyat biasa. Cerita rakyat pada zaman dahulu
dapat memainkan peranannya yang tersendiri, selain sebagai sumber hiburan kepada masyarakat
terutama kepada golongan petani. Bagi golongan petani, mendengarkan cerita rakyat yang
disampaikan oleh tukang cerita yang dikenali sebagai Tok Selampit dapat mengubat rasa penat
dan lelah seharian bekerja. Kebiasaannya cerita rakyat disampaikan pada waktu malam secara
berturutan selama beberapa hari. Selain sebagai sumber hiburan, cerita rakyat juga sarat dengan
unsur pendidikan dan pembentukan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Di samping itu juga
cerita rakyat juga berperanan sebagai media pendidikan dalam pembentukan karakter seseorang
tidak mengira pangkat dan kedudukan yang dimilki oleh seseorang itu. Oleh sebab itu tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa cerita rakyat pada zaman dahulu mempunyai roh dan
semangat kerana ia merupakan salah satu sumber pendidikan secara tidak formal.

3. OBJEKTIF KAJIAN DAN KAEDAH


KAJIAN
Kajian ini dilakukan dengan objektif utamanya iaitu :
3.1

Melihat perbezaan dan persamaan antara teks oleh penutur yang sama dalam tradisi
penceritaan cerita rakyat Malaysia.

3.2

Melihat perbezaan dan persamaan dalam konsep kepengarangan tukang cerita kaum Iban.

3.3

Memupuk minat pelajar terhadap cerita rakyat

3.4

Supaya warisan budaya tidak dipinggirkan

3.4

memperoleh pengajaran dan ikhtibar

KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian merupan struktur yang digunakan sepanjang kajian, termasuklah pemilihan teknik
penyelidikan bagi pengumpulan data, menentukan data relevan yang hendak dipungut, dan
seterusnya mengaitkan data dengan teori dan pendekatan yang menjadi pegangan. Dalam kajian
ini beberapa kaedah penyelidikan digunakan. Kaedah yang dipilih ini sesuai dengan tujuan dan
objektif penyelidikan ini.
Di antara kaedah kajian yang digunakan :
-Kajian daripada buku-buku mitos masyarakat asli di malaysia
-kajian melalui internet mengenai masyarakat asli di malaysia

JENIS-JENIS CERITA RAKYAT


1 CERITA TELADAN
2 CERITA KISAH DONGENG
3 CERITA MENGENAI BINATANG

APAI SALOI DAN DUA HIRIS DAGING


Terdapat pelbagai cerita mengenai Apai Saloi dan isterinya Enchelegit. Enchelegit juga
dipanggil Indai Saloi, yang bermak, Ibu kepada Saloi Kebanyakan daripada cerita mengenai
Apai Saloi menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat bodoh, dan isterinya selalu
memarahinya. Tetapi dalam cerita ini, Enchelegit pula yang melakukan sesuatu yang bodoh. Dia
kemudiannya menipu untuk menutup kebodohannya. Nasib baik suaminya tidak begitu cerdik,
jadi dia percaya apa yang dikata oleh enchelegit.
Apai Saloi ialah seorang petani yang mals. Dia hanya mula bersawah selepas semua
orang sudah menanam padi mereka. Dia hanya mengasah sabitnya bila semua orang sudah
merumpai sawah mereka. Bila dia melihat burung disawahnya, dia hanya berdiri ditepi sawah
sambil berkata dengan sedih: adu adu, nanti tiada lagi padi yang tinggal untuk aku !
Apai Saloi juga bukan seorang pemburu yang cekap. Lembingnya tumpul dan dia
sentiasa lupa memberi kartrij peluru untuk senapang patahnya. Dia juga bukan seorang nelayan
yang cekap. Lukahnya selalu pecah, mata kailnya selalu hilang dan jalanya selalu koyak.
Kadang-kadang Apai Saloi memasang perangkap dihutan. Dia berharap dia dapat menangkap
kancil atau rusa. Tetapi perangkapnya tidak kukuh dan dia jarang dapat menangkap apa-apa.
Pada suatu hari, Apai Saloi pergi memeriksa perangkapnya dan terjumpa seekor rusa. Rusa
yyang gemuk, dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Sedap daging ini kalau dimasak, dia berkata kepada dirinya sendiri, dan hari ini isteri
aku tak akan marahkan aku. Dia akan berfikir yang suaminya seorang pemburu yang cekap.
Dia menghiris daging rusa itu dan letakkannya di dalam bakul dan pergi ke sungai di mana dia
meninggalkan perahunya. Dia meletakkan bakulnya di belakang perahu dan terus mendayung
meninggalkan tempat itu.
Dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan kawannya, Apai Semumang. nak
kemana,Apai Semumang? dia bertanya dengan riang.
Apai Semumang menjawab dengan sedih. aku dah memancing seharian, dia
memberitahu kawannya, tetapi aku tidak dapat menangkap walau seekor ikan. Bila aku pulang,
aku taka ada apa pun untuk dimakan.
Taka apa, kawanku Apai Saloi menjawab. mari ikut aku pulang. Aku dapat
memerangkap seekor rusa yang gemuk. Indai Saloi akan membakar dagingnya untuk kita.
Malam ini kita akan menjamah makanan enak.
terima kasih, Apai Saloi, jawab Apai Smumang dengan gembira. Terima kasih ,
banyak-banyak. Aku tak tahu kenapa orang kata kamu kurang cerik. Kalau kamu dapat
memerangkap rusa yang gemuk, kamu mesti pemburu yang cekap, kawanku.
Apai Semumang terlupa tentang isteri dan anak-anaknya yang sedang menuggu dirumah.
Dia memusing perahunya dan mendayung mengikuti Apai Saloi.
Apabila kedua-dua lelaki itu sampai kerumah Apai Saloi, dia menjemput Apai Semumang
duduk di ruai rumah panjang itu.
Aku nak beri daging ini kepada isteri aku, dia berkata. Dia akan memasak untuk kita.
Ia pun masuk kedalam biliknya. Enchelegit sedang duduk disebelah sebuah labu air, membasuh
beras untuk makan malam.
Lihat apa yang aku bawa, Indai Saloi, kata suaminya dengan gembira. Aku dapat
perangkap seekor rusa yang gemuk. Tolong bakar hirisan yang paling bagus untuk kami.

kami? Siapa kami? dia bertanya, kehairanan. siapa lagi yang akan makan malam dengan
kita ?
Aku ajak kawan aku Apai Semumang makan dengan kita, dia memberitahu isterinya.
Dia menghiris sedikit daging itu dan memakannya. Mmm, hamper masak, dia berkata sendiri
kepada dirinya sendiri. Agaknya bahagian lain dah masak ke belum ?
Dia menghiris hujung yang lain satu dan mencubanya juga. Mmm,hamper masak, dia berkata
dan membalikkan daging itu semula.
Sekarang ketul daging itu semakin kecil. Dah tak cantik pula daging ini, dia terfikir. Nampak
kecil sebelah pula. Dia menghiris satu bahagian dan memakannya. sekarang bahagian sana
pula Nampak besar, dia terfikir. Kemudian dia menghiris bahagian itu dan memakannya juga.
Sedap betul daging itu. Tetapi ketulan itu semakin kecil.
Tidak lama selepas itu, Apai Saloi datang menghampiri pintu bilik. Eh, Indai Saloi, dia
memanggil, makanan kita dah siap?
belum lagi, jawabnya. Daging ini mesti di masak dengan betul. Nanti tak sedap!
Kemudiannya, dia mencuba lagi sehiris daging itu, untuk melihat jika ia sudah masak. Akhirnya
hanya tinggal satu hiris nipis daging itu.
Nampak ganjil pula, dia terfikir. orang akan gelak jika aku beri satu hiris daging kepada dua
orang lelaki yang kelaparan. Dan die terus makan hirisan daging yang terakhir itu.
Apa yang telah aku lakukan? Dia menangis, dalam diam-diam.

CERITA SANG BUAYA BUJANG SENANG


Diriwayatkan melalui cerita lisan orang tua-tua di dalam masyarakat Iban yang mendiami
kawasan sekitar Sungai Skrang Sarawak, beratus-ratus tahun dahulu ketika adat ngayau atau adat
memburu kepala masih lagi diamalkan di dalam masyarakat pribumi telah gah seorang pahlawan
Iban yang bernama Lungu. Pahlawan Lungu ini diceritakan sebagai seorang pahlawan yang
hebat terutama sekali sewaktu beliau menyertai ekspedisi mengayau kerana menyebut namanya
sahaja musuh sudah gerun, Dikatakan bahawa Lungu telah banyak membunuh dan juga
memotong kepala musuhnya dan kehebatannya bukan sahaja di kawasan sekitar Sungai Skrang
namun sehingga ke Batang Lupar. Diceritakan juga bahawa Lungu ini kebal iaitu tidak lut
senjata dan kerana itulah beliau di dalam setiap peperangan dengan mudah membunuh musuhnya
dan tiada tercalitpun kesan kecederaan pada dirinya. Perkara akan hal kebalnya pahlawan Lungu
ini telah menyebabkan musuh-musuhnya bertekad untuk mencari kelemahannya agar mudah
mereka membunuh pahlawan Lungu ini kelak.
Pada satu ketika, maka bertekadlah musuh-musuh Lungu untuk menculik isteri
kesayangan Lungu dan diharap dengan menculik isterinya maka dapatlah mereka mengetahui
kelemahan pahlawan Lungu. Isteri kesayangan Lungu telah diculik dan disembunyikan di suatu
kawasan tidak jauh daripada Sungai Batang Lupar. Apabila mengetahui bahawa isterinya telah
diculik maka marahlah Lungu dan beliau dengan seorang diri telah mengejar penculik-penculik
isterinya sehingga ke Sungai Batang Lupar. Seketika di dalam penculikan itu, isteri Lungu telah
diseksa oleh musuh-musuh Lungu demi mendapatkan rahsia kekebalan Lungu. Dek kerana tidak
tertahan kepada keseksaan tersebut, isteri Lungu telah secara tidak sengaja membuka rahsia
bagaimana untuk menewaskan Lungu. Setelah mengetahui rahsia kelemahan Lungu, musuhmusuh Lungu dikatakan telah melepaskan isteri Lungu namun apabila isteri Lungu terlerai dari
ikatan tali pada tangannya, dimasa beliau berlari maka pihak musuh Lungu telah membaling
tombak ke arah badan isteri Lungu maka matilah isterinya yang tidak berdosa itu.
Lungu yang melihat pembunuhan isterinya itu telah naik berang lalu bertarung dengan
musuh-musuhnya. Namun sayangnya tanpa Lungu sedari bahawa rahsia kekebalannya telah
bocor di tangan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Lungu dengan sengaja mengajak Lungu untuk
bertarung dekat dengan air sungai kerana dikatakan kekebalan Lungu tidak menjadi sekiranya

dia memijak air sungai ataupun bertarung di dalam sungai. Lungu yang sudah marah dan hanya
ingin menuntut bela atas kematian isterinya yang dicintai sudah tidak mengindahkan pantangnya
lagi dan terus bertarung. Akhirnya musuh-musuh Lungu berjaya membaling tombak dan
kemudiannya Lungu tewas, Tidak cukup dengan kematian Lungu yang luka parah akibat
ditombak, jasad Lungu juga disula terbalik dan mayat Lungu dan isterinya dibiarkan di tepi
Sungai Batang Lupar agar ianya tenggelam dan dibawa oleh arus sungai yang deras apabila air
pasang kelak.

Diriwayatkan bahawa mayat kedua-dua pasangan suami isteri iaitu Lungu dan isterinya
setelah air pasang telah bertukar menjadi 2 ekor buaya besar. Salah seekor buaya besar ini
mempunyai tanda belang putih dibelakangnya dan inilah yang dikenali sebagai Bujang Senang.
Mengikut cerita orangtua, buaya Bujang Senang ini telah bersumpah akan menuntut bela atas
kematian mereka dengan akan menjadikan setiap generasi yang berkaitan dengan musuh-musuh
yang telah membunuh mereka sebagai korban. Sehingga sekarang masyarakat setempat di sekitar
Sungai Batang Lupar masih lagi mempercayai bahawa buaya Bujang Senang itu tidak mati
kerana dia adalah buaya keramat penghuni Sungai Batang Lupar.

KURA-KURA DAN ITIK


Sekor kura-kura, n km th membawa rumahnya belakang punggungnya,
dikatakan tk rnh t meninggalkan rumahnya, biar bmn keras kura-kura t
berusaha. A n mengatakan bahwa dewa Jupiter telah menghukum kura-kura krn kurakura trbt nt malas n bh senang tinggal rumah n tk pergi k pesta pernikahan
dewa Jupiter, wn dewa Jupiter telah mengundangnya secara khusus.
Sth bertahun-tahun, si kura-kura m berharap r suatu saat b menghadiri
pesta pernikahan. Ktk melihat burung-burung n beterbangan nn gembira atas
langit n bmn kelinci n tupai n macam binatang nn gesit berlari,
mr nt ingin menjadi gesit rt binatang lain. Si kura-kura mr nt sedih n
tk puas. D ingin melihat dunia juga, tetapi memiliki rumah pada punggungnya n
kakinya terlalu kecil hn hr terseret-seret ktk berjalan.
Suatu hari bertemu nn sepasang itik n menceritakan m masalahnya.Km
t menolongmu ntk melihat dunia, kata itik trbt. Berpeganglah pada kayu n n n
gigimu n km kn membawamu jauh k atas langit dimana km b melihat rh
daratan bawahmu. Tetapi km hr diam n tk berbicara atau km kn nt
menyesal.
Kura-kura trbt nt senang hatinya. D t-t memegang kayu trbt eraterat nn giginya, sepasang itik tadi masing-masing menahan kedua ujung kayu t nn
mulutnya, n terbang naik k atas awan.
Saat t seekor burung gagak terbang melintasinya. D nt kagum nn n
dilihatnya n berkata:Km pastilah Raja r kura-kura! Pasti saja kura-kura m
berkata.Tetapi begitu mmbk mulutnya ntk mengucapkan kata-kata trbt,
kehilangan pegangan pada kayu trbt n jatuh turun k bawah, dimana akhirnya
terbanting k atas batu-batuan n tanah. Rasa ingin th n bodoh n kesombongan
sering menyebabkan kesialan.

LEGENDA KELING & KUMANG DI


DALAM MASYARAKAT IBAN SARAWAK
Bila ada pertandingan Keling Dan Kumang Gawai apabila tiba Perayaan Pesta Gawai di
Sarawak sudah tentu ramai yang akan tersenyum-senyum membayangkan betapa cantik dan
gagah perkasanya peserta-peserta pertandingan tersebut. Namun begitu kita mungkin tidak
mengetahui bahawa ada legenda bagi pertandingan yang telah dicatatkan di dalam kalendar
pelancongan ini. Cerita ini dikenali sebagai Legenda Keling dan Kumang di dalam masyarakat
Iban, Sarawak.
Menurut cerita lisan orang-orang tua di dalam masyarakat Iban, Keling ialah nama
seorang pahlawan Iban yang tinggal di rumah panjang Panggau Libau Lendat Dibiau Takang
Isang. Keling ini diceritakan sebagai seorang yang berpesonaliti idaman setiap lelaki berbangsa
Iban pada waktu itu. Keling digambarkan sebagai seorang lelaki yang gagah, berani, berbadan
tegap dan mempunyai wajah yang tampan. Keling telahpun berkahwin dengan seorang gadis
Iban yang bernama Kumang. Kumang diceritakan berasal daripada rumah panjang Gelong Batu
Nakong Nyingit Nyingong Nyimbang Nyerabang. Sesuai dengan ketampanan Keling, Kumang
pula diceritakan sebagai seorang wanita Iban yang cantik, lemah lembut dan pandai di dalam
serba-serbi untuk menjadi seorang isteri dambaan suami pada ketika itu. Bolehlah digambarkan
bahawa perkahwinan Keling dan Kumang umpama bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama
padan.
Pada satu ketika diceritakan bahawa isteri Keling, Kumang telah diculik bersama-sama
dengan Lulong, isteri kepada sahabat baik Keling iaitu Laja. Kejadian ini berlaku apabila
Kumang dan Lulong sedang mencari ikan (mansai) di sebatang sungai. Sedang mereka asyik
mencari ikan itu tanpa mereka sedari mereka telah melencong jauh sehingga ke kawasan
sempadan yang dijaga oleh Apai Sabit Berkait. Kerana melihat kepada kecantikan kedua-dua
wanita ini terutamanya Kumang, Apai Sabit Berkait telah bertindak menyimpan mereka di dalam
sangkar besi di rumahnya. Keling dan Laja yang gundah gulana kerana risau memikirkan
kehilangan isteri-isteri mereka akhirnya mendapat berita bahawa Apai Sabit Berkait yang
empunya kerja itu. Keling bertemankan Laja terus pergi ke kawasan Apai Sabit Berkait dan
sebelum dia sampai ke kawasan dimana tempat isterinya disembunyikan, Keling telah

menggunakan kuasa ghaibnya atau Tau Ajih. Kuasa ghaib ini akan membolehkan beliau
menghilangkan diri daripada penglihatan musuh. Dengan mudahnya Keling dapat melepaskan
isterinya Kumang dan Lulong tanpa disedari oleh Apai Sabit Berkait.
Kerana kesaktian pahlawan Keling ini maka dikatakan bahawa selepas pemergian beliau
barangsiapa yang mendapat mimpi didatangi beliau akan menjadi seorang yang berani dan
menjadi pahlawan atau dipanggil Raja Berani. Di dalam cerita lisan orang-orang tua masyarakat
Iban ada mengatakan bahawa beberapa pahlawan Iban seperti Dana Bersumbar Bayang, Orang
Kaya Pemancha Nanang dan Unggang Lebor Menua menjadi pahlawan yang berani dan tidak
takut berani serta gagah yang amat sangat sehingga sukar untuk dikalahkan adalah kerana telah
mendapat bantuan secara batin melalui mimpi oleh Keling.
Walau bagaimanapun bentuk penceritaan legenda Keling dan Kumang ini yang
diperturunkan dari zaman berzaman melalui penceritaan dari mulut ke mulut, namun Keling dan
Kumang sememangnya amat dihormati dan mempunyai kaitan yang rapat dengan adat dan
tradisi masyarakat Iban. Keling dan Kumang bolehlah diistilahkan sebagai role models di
dalam masyarakat Iban.

PERANAN CERITA RAKYAT DALAM


MASYARAKAT

Cerita rakyat merupakan sebahagian dari perkembangan budaya sesebuah kaum. Hamper
dapat dilihat tidak ada satu pun kaum yang tidak memiliki cerita rakyat, sama ada cerita lagenda,
dongeng,ataupun teladan. Peranan cerita rakyat dalam masyarakat seperti berperanan sebagai
hhiburan dan cerita yang bersesuaian untuk para kanak-kanak keranan kanak-kanak tidak
sepatutnya terdedah dengan cerita yang tidak elok.
Selain itu juga, cerita rakyat ini berperanan kepada para pelajar. Dengan adanya para
pelajar maka cerita-cerita rakyat yang ada di malaysia dalam di warisi dari satu zaman ke zaman
akan ddatang dan setiap cerita rakat tidak akan dilupakan jika setiap para pelajar mengetahui
setiap jenis cerita rakyat yang ada di malaysia.
Cerita rakyat juga mempunyai peranan yang besar dalam penyatuan kaum. Dengan
adanya cerita rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum maka terjadi lah satu hubungan yang
akrab secara tidak langsung sebagai contoh bangsa india membaca cerita rakyat masyarakat
melayu dan seterusnya bertukar-tukar cerita di antara satu sama lain.

BAGAIMANA HENDAK
MEMPOPULARKAN KEMBALI CERITA
RAKYAT TEMPATAN

Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan

dan

mempopularkan cerita rakyat kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal
ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang
membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan cerita rakyat kepada anak-anak mereka sejak kecil
bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka boleh membelikan
anak-anak, buku-buku berkaitan cerita rakyat sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun
sebagai hadiah kerana cemerlang dalam akademik di sekolah. Inisiatif ini dapat memberikan
peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk cuba membaca cerita
rakyat. Jelaslah bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan cerita
rakyat ini serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama bangsa malaysia.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa satera rakyat memiliki
sejumlah besar nilai dan norma pendidikan yang mampu dijadikan contoh teladan
yang amat berharga kepada kita dan semua orang. Gambaran watak dan
perwatakan yang terdapat dalam cerita rakyat sekiranya diberi perhatian dan
analisis yang baik, sebenarnya mampu memberikan kita panduan hidup dalam
mengharungi kehidupan dunia yang penuh dengan rintangan dan cabaran. Selagi
manusia tidak mampu berfikiran dengan sewarasnya, selagi itulah manusia
berfikiran sama seperti kisah-kisah dongeng tersebut.

RUJUKAN

Buku cerita rakyat kaum iban


http://books.google.com.my/books/about/Cerita_Rakyat_Orang_Iban.html?
id=Cp_sNDzg5hoC&redir_esc=y
https://docs.google.com/document/d/10HNbBg_Ma-rnwL_gNIaR7evpjd_nV70EvTosj3WUzU/edit?hl=en
rujukan perpustakaan

Anda mungkin juga menyukai