Anda di halaman 1dari 25

TEMA

WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA


TAJUK
KOMPILASI CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA

DisediakanOleh
Oleh: :
Disediakan
Rohanibinti
bintiMajid
Majid
Rohani
Mazshilawatibinti
bintiRafai
Rafai
Mazshilawati
Adibah
binti
Mansor
Adibah binti Mansor
Suhanidabinti
bintiChe
CheSulaiman
Sulaiman
Suhanida
Fatimah
Zaharah
binti
Muda
Fatimah Zaharah binti Muda
Maznibinti
bintiMohd
MohdRamly
Ramly
Mazni

PENGHARGAAN
PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kepada Tuhan kerana dengan keizinan, limpah dan


kurniaNya dapat kami menyiapkan buku skrap ini walaupun banyak kekangan yang
dihadapi. Kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Maslinda
binti Yahya guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kerana memberi tunjuk ajar
kepada kami untuk menyiapkan buku skrap ini. Penghargaan juga diucapkan kepada
pihak sekolah yang telah memberi panduan yang memudahkan lagi pelaksanaan
kajian ini.

PENGENALAN
PENGENALAN
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN
ISI
OBJEKTIF
OBJEKTIF

PENGENALAN

Cerita rakyat adalah cerita masa lalu yang popular di kalangan rakyat dan menjadi
hiburan khususnya di kalangan kanak-kanak. Cerita rakyat ini banyak mengandungi
unsur-unsur pengajaran dan meliputi banyak aspek yang mencakupi kekayaan
budaya dan sejarah yang dimiliki setiap bangsa.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

PENGHARGAAN

2.

PENGENALAN

2.1

Isi Kandungan

2.2

Objektif

3.

4.

5.

PENDAHULUAN
3.1

Definisi

3.2

Jenis Cerita Rakyat

10

3.3

Tujuan Cerita Rakyat Disampaikan

10

KANDUNGAN CERITA RAKYAT


4.1

Cerita 1

Ahli Sihir Yang Angkuh

4.2

Cerita 2

Sang Kancil Dengan Buaya

13
15 - 18

PENUTUP
5.1

Refleksi

21 - 22

5.2

Lampiran

23

5.3

Rumusan

25

5.4

Rujukan

25

OBJEKTIF

1.

Menerangkan ciri-ciri cerita rakyat pelbagai kaum.

2.

Mencontohi pengajaran daripada cerita rakyat.

3.

Berbangga dengan cerita rakyat warisan budaya Malaysia.

PENDAHULUAN
PENDAHULUAN
DEFINISI
DEFINISI
JENIS CERITA
CERITA RAKYAT
RAKYAT
JENIS
TUJUAN CERITA
CERITA RAKYAT
RAKYAT
TUJUAN
DISAMPAIKAN
DISAMPAIKAN

PENDAHULUAN

DEFINISI

Cerita rakyat adalah cerita yang dibuat dan diolah berdasarkan kepada
kehidupan masyarakat setempat. Biasanya cerita ini akan disampaikan dan
diceritakan dari mulut ke mulut. Cerita rakyat ini biasanya akan disampaikan dan
diceritakan oleh tukang cerita yang digelar penglipur lara. Selain mahir bercerita,
mereka ini juga biasanya mahir dalam bermain alat muzik serta boleh menyanyi.
Oleh itu, sambil bercerita mereka biasanya akan menyanyi dan bermain muzik.

Antara jenis cerita rakyat ialah cerita asal usul, cerita jenaka, cerita binatang
dan cerita kepahlawanan. Biasanya, ia diselitkan dengan unsur nasihat, jenaka dan
semangat patriotik serta nilai-nilai murni untuk dijadikan tauladan dan sempadan
dalam kehidupan seharian.

Cerita rakyat ini adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan ia terpulang
kepada

kaum

tersebut

untuk

menggunakan

masa

yang

sesuai

bagi

menyampaikannya. Sebagai contoh, masyarakat Melayu pada masa dahulu


menggunakan masa terluang pada waktu malam untuk mendengar cerita. Bagi kaum
Bidayuh, cerita rakyat disampaikan pada waktu petang atau waktu malam semasa
mereka berkumpul selepas habis bekerja di kebun atau di sawah.

Tujuan cerita rakyat ini disampaikan adalah untuk mendapat hiburan setelah
penat bekerja pada waktu siang. Selain itu, ia juga untuk mendapatkan nasihat dan

teladan yang berguna serta memberikan pengajaran berguna kepada masyarakat


yang mendengarnya.

JENIS CERITA RAKYAT

Cerita asal-usul

Cerita jenaka

Cerita binatang

Cerita kepahlawanan

TUJUAN CERITA RAKYAT

Tujuan cerita rakyat ini disampaikan adalah untuk mendapatkan hiburan


setelah penat bekerja bagi kebanyakan kaum. Di samping itu, ia adalah untuk
mendapatkan nasihat dan teladan yang berguna bagi pendengar. Apapun,
pengajaran yang benilai di dalam cerita rakyat yang disampaikan ini akan dijadikan
panduan dalam kehidupan seharian.

10

KANDUNGAN
KANDUNGAN
CERITA RAKYAT
RAKYAT
CERITA

11

CERITA 1 :
Ahli Sihir
Yang Angkuh

12

Cerita 1 : Ahli Sihir Yang Angkuh


Thenaliraman tinggal di sebuah pekan di India. Pada suatu hari, datang seorang ahli
sihir yang termahsyur lalu mencabar penduduk di situ.
Wahai penduduk kampung, siapakah yang berani mencabar saya?. Thenaliraman
tampil ke hadapan dan berkata, Wahai tukang sihir, saya ingin mencabar anda.
Saya akan melakukan sesuatu dengan tangan tertutup tetapi tukang sihir boleh
melakukannya dengan mata terbuka.
Ha! ha! ha!, Senangnya permintaan anda.
Thenaliraman pun duduk bersila lalu menutup matanya. Selepas itu, dia pun
mengambil segenggam pasir lalu melemparkannya ke arah matanya.
Melihatkan keadaan itu, tukang sihir itu berasa terkejut. Dia tahu dia tidak boleh
melakukan seperti yang diminta. Tukang sihir itu sedar akan keangkuhannya. Dia
meminta maaf lalu terus meninggalkan kampung itu.

AHLI SIHIR

GAMBARAN AHLI SIHIR YANG ANGKUH

AHLI SIHIR merupakan


seseorang yang mempunyai
kuasa luar biasa dan biasanya
digunakan untuk tujuan JAHAT

PENGAJARAN DAN NILAI


Kita jangan menjadi angkuh.
Kita hendaklah meminta maaf jika melakukan kesilapan.

13

CERITA 2 :
Sang Kancil
dengan
Buaya

14

Cerita 2

Sang Kancil Dengan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling
cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya
untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia
menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak
menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan.
Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil
bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut
sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama
berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan
akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa
membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air
sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia


berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan
tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat
makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri
tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat
disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil

15

terpandang kebun buah-buahan yang

sedang masak ranum di seberang

sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat
menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi


sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang
Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan
buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa
berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu
berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang
sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang
kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya
lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku
membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang
Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu
berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung


jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi
hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah
menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh
Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di
sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang

16

Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buahbuahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul
di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan
oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman
akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu
merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah
sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman


semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang
hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada
di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula
menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil
mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai.
Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil
bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu
bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan
oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu
kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan
melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya
tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat
kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan

17

diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak
ranum itu.

SANG KANCIL
SI BUAYA

Kancil sebagai lambang dan kias rakyat


supaya menggunakan otak, kepintaran. Sang
Kancil yang kecil dapat menewaskan
binatang yang besar seperti harimau, gajah
dan buaya.

PENGAJARAN DAN NILAI


Seseorang itu walaupun mempunyai fikiran yang bijak, cerdik tetapi janganlah
berlagak sombong, lupa daratan, seperti pepatah Sepandai-pandai tupai melompat
akhirnya jatuh jua.

18

PENUTUP
PENUTUP
REFLEKSI
REFLEKSI
LAMPIRAN
LAMPIRAN
RUMUSAN
RUMUSAN
RUJUKAN
RUJUKAN

19

REFLEKSI

20

Borang Refleksi
Projek buku skrap
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan.

Nama : Adibah Binti Mansor


Tingkatan : 1 Zuhal

Tajuk:
1) Sang Kancil Dengan Buaya.
2) Ahli Sihir Yang Angkuh.
1.

Apakah faedah dan kesan yang diperolehi daripada cerita rakyat?

Faedah dan kesan yang diperolehi daripada cerita rakyat ialah kita dapat
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian bagi menjamin
keamanan dan keharmonian sejagat. Orang yang kuat sepatutnya membantu
orang yang lemah.Selain itu, cerita rakyat menyuruh kita berhati-hati dalam
segala hal bagi mengelakkan kita ditindas.

2.

Apakah cadangan untuk mengekalkan warisan cerita rakyat?

Cadangan saya ialah mengadakan pertandingan bercerita di kalangan pelajar


sekolah, mengadakan pertandingan mewarna watak-watak dalam cerita
rakyat dan mengadakan pertandingan lakonan cerita rakyat.

21

3.

Bagaimanakah anda menunjukkan apresiasi cerita rakyat pelbagai kaum?

Saya sering bercerita tentang cerita rakyat kepada adi-adik saya. Selain itu,
saya juga membeli dan mengumpul koleksi-koleksi cerita rakyat dan
meminjamkannya kepada rakan-rakan.

22

LAMPIRAN

23

RUMUSAN

24

RUMUSAN

Secara umum, cerita rakyat ini bukan sahaja sekadar hiburan yang didengar setelah
penat bekerja seharian, namun ia juga memainkan peranan penting bagi menjadi
pengajaran dan iktibar dalam cerita yang disampaikan. Apapun, kita harus
mengekalkan cerita-cerita rakyat ini sebagai warisan budaya kita yang amat
berharga. Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

RUJUKAN

http://cerita-tauladan.blogspot.com/2011/03/sang-kancil-dengan-buaya.html
http://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com/2008/08/ahli-sihir-yang-angkuh.html

25

Anda mungkin juga menyukai