Anda di halaman 1dari 11

DAPATAN DAN REFLEKSI

Analisis Data

Data yang telah dipungut perlu dianalisis dan ditafsirkan dengan teliti dalam

penyelidikan tindakan. Analisis data merupakan satu kaedah untuk mengawal dan

mempersembahkan data serta prosedur statistik. Tujuan analisis data dibuat ialah

dapat mempersembahkan data dalam bentuk yang lebih bermakna. Hasil yang

diperoleh dapat dijadikan sebagai keputusan kajian dan dijadikan sebagai rujukan.

Objektif 1 : Meningkatkan penguasaan murid terhadap penggunaan imbuhan

awalan “me-” dengan huruf k, p, s dan t dalam ayat dengan

betul.

Dapatan yang diperoleh selepas melakukan Ujian Awal bagi Tindakan 1

adalah seperti dalam Jadual 10 di atas manakala dapatan yang diperoleh selepas

menjalankan Ujian Akhir Tindakan 1 adalah seperti Jadual 11 di atas. Bagi

mencapai objektif yang pertama, saya telah menjalankan tiga jenis tindakan bagi

meningkatkan penguasaan murid terhadap penggunaan imbuhan awalan “me-”

dengan huruf k, p, s dan t dalam ayat dengan betul.

Dalam tindakan 1, saya telah menjalankan sebanyak lima aktiviti

termasuklah Ujian Awal dan Ujian Akhir. Setelah menjalankan aktiviti pertama, saya

telah menayangkan slaid mengenai konsep imbuhan awalan “me-” dengan huruf k,

p, s dan t terlebih dahulu. Tujuan saya menggunakan tayangan slaid adalah untuk

menarik minat peserta-peserta kajian dalam tajuk yang diajar.


Bagi aktiviti ketiga, saya telah melaksanakan kuiz multimedia kepada setiap

peserta kajian. Setiap peserta kajian dikehendaki menjawab kuiz tersebut pada slaid

yang ditayangkan. Saya mendapati peserta kajian pertama telah melakukan

kesalahan dalam kuiz tersebut. Setelah menjalankan kuiz tersebut, saya

menunjukkan kepada mereka bahan bantu mengajar “Dam Perkataan” sebagai

salah satu permainan untuk menjana pemikiran mereka dalam imbuhan awalan

“me-”. Permainan tersebut sama seperti “Dam Ular” cuma ianya melibatkan

perkataan dan bertujuan untuk menguji pemikiran peserta kajian mengenai imbuhan

awalan “me-”.

Dapatan Ujian Awal dan Ujian Akhir bagi tindakan pertama boleh dirujuk

pada jadual 10 dan jadual 11. Keputusan Ujian Awal dan Ujian Akhir menunjukkan

prestasi peserta-peserta kajian yang semakin meningkat. Hal ini menunjukkan

bahawa tindakan yang dijalankan berjaya meningkatkan penguasaan murid

terhadap penggunaan imbuhan awalan “me-” dengan huruf k, p, s dan t dalam ayat

dengan betul.

Dalam Ujian Awal, saya dapat melihat semua peserta kajian tidak dapat

menulis perkataan berimbuhan “me-” dengan betul terutamanya apabila melibatkan

kata dasar yang bermula dengan huruf k, p, s dan t. Mereka tidak pandai

menggugurkan huruf awal pada kata dasar yang bermula dengan huruf k, p, s dan t

dengan betul. Selain itu, saya juga telah menjalankan permainan “Dam Perkataan”

untuk menguji tahap penguasaan peserta kajian terhadap imbuhan awalan “me-”.

Dalam Ujian Awal ini, kesemua peserta kajian tidak dapat menggabungkan

kata dasar yang bermula dengan huruf k, p, s dan t dengan imbuhan awalan “me-”

dengan betul. Sebagai contoh, perkataan “pegang” menjadi “mepegang”, “suap”

menjadi “mesuap” dan sebagainya. Selain itu, mereka juga tidak pandai

menukarkan perkataan berimbuhan “me-” kepada kata dasar yang bermula dengan
huruf k, p, s dan t dengan imbuhan awalan “me-” dengan betul. Sebagai contoh,

“menarik” ditulis “narik”, “memilih” menjadi “milih” dan sebagainya.

Selepas menjalankan Ujian Akhir yang formatnya sama dengan Ujian Awal,

saya mendapati ketiga-tiga peserta kajian dapat menunjukkan kemahiran menulis

imbuhan “me-” dengan agak baik berbanding dengan Ujian Awal pada permulaan

aktiviti. Hal ini menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam tindakan pertama

dapat membantu peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap

penggunaan imbuhan awalan “me-” dengan huruf k, p, s dan t dalam ayat dengan

betul walaupun mereka masih lagi melakukan kesalahan. Bukti-bukti Ujian Awal dan

Akhir mereka boleh dilihat pada lampiran _ di belakang.

Kaedah Permainan Bahasa yang saya gunakan adalah berkonsepkan

belajar sambil bermain (study and fun) iaitu murid-murid didedahkan dengan kaedah

permainan dalam proses pembelajaran mereka. Jelasnya Bahan Bantu Mengajar

(BBM) yang berbentuk permainan lebih banyak disediakan bagi tajuk-tajuk yang

telah dipilih untuk dipraktikan dalam pengajaran. Pendekatan ini akan menjadi lebih

mudah diikuti walaupun pelajar tersebut memiliki tahap IQ yang lemah.

Hal ini bermaksud melalui pendekatan permainan bahasa, guru akan

menyediakan BBM yang berbentuk set permainan dan ruang masa yang

bersesuaian bagi menarik minat dan memotivasikan murid-murid yang lemah dalam

pelajaran supaya bersedia menerima pengajaran dan agar dapat memenuhi objektif

pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai pada hari itu. Michael berman

(1981), dalam bukunya Playing And Working With Words menerangkan bahawa

pelbagai aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran. Hal ini akan mengekalkan

tumpuan dan minat murid kepada proses pembelajaran yang sedang berlaku.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam tindakan 1 telah berjaya meningkatkan

kemahiran menulis peserta-peserta kajian dalam imbuhan awalan “me-” dengan

huruf k, p, s dan t dengan betul. Hasil ujian yang telah saya buat sebelum tindakan

1 ini menunjukkan ketiga-tiga peserta kajian saya masih lemah dalam menulis

imbuhan awalan “me-” dengan huruf k, p, s dan t dalam ayat dengan betul.

Selain itu, dalam tindakan pertama juga saya telah menggunakan Teknologi

Maklumat dan Komunikai (TMK) iaitu slaid power point bagi menarik minat peserta-

peserta kajian untuk memberi fokus dalam pengajaran saya. Saya juga

menyediakan kuiz multimedia yang menarik. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan

dalam tindakan pertama, peserta-peserta kajian dapat meningkatkan kemahiran

mereka dalam penulisan imbuhan awalan “me-” dengan betul.

Semasa menjalankan Kuiz Multimedia, hanya seorang sahaja peserta kajian

yang tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Hal ini kerana murid tersebut tidak

faham mengenai konsep yang telah diajar. Oleh itu, saya telah melakukan satu lagi

aktiviti bagi menguji minda mereka iaitu permainan “Dam Perkataan”. Saya juga

telah menyediakan instrumen senarai semak bagi tindakan pertama ini untuk

melihat prestasi setiap peserta kajian.

Dalam tindakan kedua pula, tindakan yang digunakan ialah dengan

menggunakan permainan “Roda Imbuhan” iaitu menggunakan kaedah permainan

bahasa. Bahan yang digunakan dalam tindakan ini ialah papan kadbod yang

berbentuk roda dalam aktiviti pertama. Dalam aktiviti kedua, bahan yang digunakan

ialah kad manila. Dalam aktiviti ketiga, saya menguji peserta kajian dengan menulis

perkataan berimbuhan awalan “me-” berdasarkan kata dasar yang dipilih dalam kad

perkataan. Setelah itu, saya mengedarkan lembaran kerja kepada peserta kajian.

Setelah melakukan tindakan kedua ini, saya dapat menguji dan menilai
tahappenguasaan murid dalam imbuhan awalan “me-” dengan aktiviti-aktiviti yang

disediakan.

Selepas menjalankan Ujian Awal dalam tindakan kedua, murid masih lagi

lemah dalam penulisan imbuhan imbuhan awalan “me-” dengan huruf k, p, s dan t

dengan betul. Saya dapat kenalpasti bahawa peserta-peserta kajian melakukan

kesalahan penulisan imbuhan ini setelah menyemak kertas ujian mereka. Ujian

yang diberikan agak sedikit sukar berbanding dengan Ujian Awal dalam tindakan

pertama. Hal ini dapat menilai keberkesanan tindakan yang dijalankan sama ada

berkesan atau tidak.

Oleh itu, dalam tindakan kedua ini saya telah memperkenalkan konsep

imbuhan awalan “me-” dengan teknik hafalan yang mudah iaitu “KampuNG TaN dan

ParaM SuNYi”. Melalui teknik ini, murid dapat mengingati gabungan imbuhan

awalan yang betul dalam sesuatu perkataan. Dalam tindakan pertama ini, saya

telah menggunakan teknik hafalan bagi memudahkan peserta-peserta kajian

memahami konsep imbuhan awalan “me-” bertemu dengan huruf k, p, s dan t

dengan betul. Dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu, khususnya dalam tatabahasa yang rata-ratanya pelajar

lemah dalam aspek ini, kaedah hafalan boleh diperkenalkan. Kaedah pengajaran

secara hafalan, sebagaimana hafalan sifir dalam matematik, mempunyai kaitan

dengan penggunaan kata dalam bahasa. Hal ini demikian kerana terdapat banyak

pelajar yang tidak mampu menggunakan kata dengan tepat.

Tindakan yang ketiga ialah “Cantum dan Bina”. Melalui tindakan ini, peserta-

peserta kajian telah menggunakan formula yang diajar pada tindakan sebelumnya

untuk bermain permainan “Cantum dan Bina”. Pada permulaan permainan, semua

peserta kajian menguji minda dengan menyelitkan perkataan pada kadbod dan

menulis perkataan berimbuhan “me-” dengan betul atau dinamakan “Papan Selit
Masuk”. Seterusnya, mereka dikehendaki membina ayat pada papan kadbod

dengan betul. Aktiviti seterusnya adalah peserta kajian akan memilih perkataan

dalam sampul dan bina ayat menggunakan perkataan tersebut. Kemudian, saya

telah menjalankan Ujian Akhir bagi tindakan ketiga.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, saya dapat melihat pencapaian

mereka terhadap tajuk ini semakin meningkat. Hal ini dapat dibuktikan dengan

soalan Ujian Awal dan Ujian Akhir bagi setiap tindakan yang dilaksanakan.

Pencapaian setiap peserta kajian adalah sangat memuaskan saya pada akhirnya.

Mereka juga berasa sungguh gembira dengan pencapaian mereka.

Berbalik kepada objektif pertama bagi kajian tindakan saya ini, ketiga-tiga

tindakan yang saya jalankan telah berjaya meningkatkan penguasaan murid

terhadap imbuhanawalan “me-” dengan huruf k, p, s dan t dalam ayat dengan betul.

Hal ini dapat dilihat melalui pencapaian mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan

dalam setiap tindakan.

Bidang tatabahasa seperti imbuhan awalan ini adalah salah satu bidang

yang paling rumit dalam bahasa Melayu. Penghasilan sebuah tatabahasa pegangan

merupakan satu daripada usaha menghasilkan bahasa standard dengan sistem

pengekodan yang sesuai untuk memungkinkan bahasa itu berfungsi dengan baik.

Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood

(1986), ahli bahasa dari tiga buah universiti bertanggungjawab mengusahakan buku

Tatabahasa Dewan Cetakan Pertama yang bertujuan menyediakan satu huraian

terhadap bahasa Melayu yang dapat digunakan sebagai sumber rujukan oleh

semua penutur bahasa Melayu.

Oleh itu, penulisan tatabahasa yang betul adalah amat penting terutamanya

dalam sesuatu perkara. Apabila tatabahasa yang digunakan adalah salah maka,

hasil penulisannya adalah tidak tepat.


Objektif 2 : Menghuraikan adakah tindakan yang dilakukan dapat

membantu meningkatkan penguasaan murid terhadap

penggunaan imbuhan awalan “me-” dengan huruf k, p, s dan t

dalam ayat dengan betul.

Untuk mencapai objektif yang kedua, analisis terhadap Ujian Awal, Ujian

Akhir dan catatan nota lapangan dalam setiap tindakan telah dibuat. Ujian Awal

dibuat untuk mengesan sejauh mana peserta-peserta kajian dapat menulis imbuhan

awalan “me-” dengan betul. Aktiviti yang dilaksanakan dalam setiap tindakan juga

merupakan aktiviti ansur maju yang boleh diikuti oleh setiap peserta kajian bagi

meningkatkan penguasaan mereka tehadap penulisan imbuhan awalan “me-”

dengan huruf k, p, s dan t dalam ayat dengan betul.

Kaedah ansur maju turut digunakan oleh Juliana Ling Chu Chen (2009),

Geranting Lugat (2009) dan Anisah Anuar (2010). Menurut Juliana Ling Chu Chen,

kaedah ansur maju merupakan salah satu kaedah untuk murid mempelajari sesuatu

kemahiran itu bermula daripada langkah yang paling asas kemudian beralih ke aras

yang lebih sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat

menguasainya.Penggunaan kaedah ansur maju dalam tindakan saya dapat

membantu setiap peserta kajian saya dalam pemahaman mengenai konsep

imbuhan awalan “me-” dan cara menulis imbuhan awalan “me-” dengan huruf k, p, s

dan t dalam ayat dengan betul.

Melalui ketiga-tiga tindakan yang dilakukan, saya dapati setiap aktiviti dalam

setiap tindakan dapat membantu meningkatkan penguasaan murid terhadap

penggunaan imbuhan awalan “me-” dengan huruf k, p, s dan t dalam ayat

denganbetul.Hal ini kerana setiap satu tindakan dapat menunjukkan tahap prestasi

peserta kajian yang semakin meningkat. Bukti-bukti mereka boleh dilihat pada ujian-
ujian yang dibuat pada setiap tindakan dan aktiviti yang telah dilaksanakan serta

senarai semak dan catatan nota lapangan mengenai hasil aktiviti mereka pada

bahagian lampiran. Berikut merupakan salah satu senarai semak yang telah saya

sediakan untuk setiap tindakan yang dijalankan:

Rajah 30 Contoh Senarai Semak Tindakan yang Dilaksanakan

Senarai semak yang disediakan dapat memberi garis panduan kepada saya

untuk melihat penguasaan setiap peserta kajian yang mempunyai kelemahan dalam

menulis imbuhan awalan “me-” dengan kata dasar k, p, s dan t. Melalui senarai

semak yang disediakan, saya dapat mengenalpasti sejauh mana penguasaan

peserta kajian terhadap sesuatu aktiviti.


Dalam mencapai objektif kedua juga, saya telah menghasilkan rubrik

pemarkahan bagi setiap ujian yang dilaksanakan dalam setiap tindakan. Rubrik

pemarkahan ini penting bagi membolehkan saya mengenalpasti tahap prestasi

setiap peserta kajian setelah menjalankan setiap ujian dan sebagai panduan untuk

mengkategorikan prestasi setiap peserta kajian.

Dalam tindakan 1, peserta-peserta kajian diterangkan konsep mengenai

imbuhan awalan “me-” di dalam slaid. Bagi menguji pemahaman mereka terhadap

apa yang telah diterangkan, saya telah menguji mereka melalui Kuiz Multimedia

yang ada di dalam slaid. Kemudian, saya juga telah menguji mereka melalui

permainan bahasa iaitu “Dam Perkataan”. Dalam permainan ini, setiap peserta

kajian dapat menjawab soalan dengan baik dan hanya beberapa perkataan sahaja

yang salah. Selepas menjalankan Ujian Akhir terhadap setiap peserta kajian,

analisis markah telah dibuat dan boleh dirujuk pada Jadual 11.

Dalam tindakan 2, saya telah mengajar peserta kajian saya dengan

menggunakan “Roda Imbuhan” dan formula bagi memudahkan pemahaman mereka

terhadap tajuk yang diajar. Formula “KampuNG TaN & ParaM SuNYi”. Formula ini

dicipta untuk memberi kefahaman yang mendalam bagi setiap peserta kajian.

Kaedah pengajaran secara hafalan, sebagaimana hafalan sifir dalam matematik,

mempunyai kaitan dengan penggunaan kata dalam bahasa. Hal ini demikian kerana

terdapat banyak pelajar yang tidak mampu menggunakan kata dengan tepat

terutamanya yang melibatkan imbuhan. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik

mnemonik. Teknik mnemonik ialah suatu rumus atau ungkapan untuk membantu

mengingat akan sesuatu perkara.

Daripada teknik ini, apa yang difahami ialah apabila ia digunakan untuk

mengingat sesuatu, proses ingatan akan menjadi lebih mudah. Mnemonik

menggunakan prinsip asosiasi, iaitu informasi yang ingin diingati dikaitkan dengan
informasi yang lain yang mudah diingat. Antara teknik mnemonik yang biasa

digunakan ialah kaedah loci, sistem kata kunci, teknik menghubungkan, teknik

akronim dan teknik akrostik. Dalam aktiviti seterusnya, saya mengedarkan kad huruf

kepada setiap peserta kajian untuk dilekatkan pada kad manila dengan padanan

huruf yang betul.

Dalam tindakan 3 pula, saya menguji setiap peserta kajian dengan ujian

awal bagi menilai tahap pencapaian mereka. Kemudian, saya menguji kecekapan

mereka dalam menulis imbuhan awalan “me-” dengan menggunakan bahan bantu

mengajar iaitu “Papan Selit Masuk”. Melalui aktiviti ini, saya mendapati setiap

peserta kajian saya dapat menulis perkataan berimbuhan “me-” dengan baik setelah

diterangkan konsep dan menjalankan aktiviti-aktiviti sebelum ini. Aktiviti yang

dijalankan ini telah dapat membantu setiap peserta kajian dalam mengenalpasti

perkataan berimbuhan dan menulis perkataan berimbuhan tersebut dengan betul.

Aktiviti yang seterusnya adalah peserta kajian membina ayat menggunakan

perkataan berimbuhan yang telah ditukarkan pada “Papan Ayat”. Melalui aktiviti

yang telah dijalankan ini, saya mendapati setiap peserta kajian dapat menulis

perkataan berimbuhan dengan betul berdasarkan kata dasar yang diberikan dan

mereka dapat membina ayat dengan baik. Objektif kedua dapat dicapai melalui

aktiviti yang telah dijalankan ini.

Pada aktiviti seterusnya, peserta kajian telah memilih sampul dan

menentukan perkataan berimbuhan yang betul berdasarkan kad kata dasar yang

terdapat dalam sampul. Kemudian, mereka dikehendaki membina ayat berdasarkan

perkataan berimbuhan yang telah dipilih pada papan putih. Bagi mencapai objektif

kedua ini, aktiviti ini dapat membantu peserta kajian dalam menguji perkataan

berimbuhan yang betul berdasarkan kata dasar yang diberikan.


Refleksi

Kajian tindakan yang dilaksanakan iaitu mengenai tajuk “Meningkatkan

Penguasaan Murid Terhadap Penggunaan Imbuhan Awalan “Me-” dengan Huruf k,

p, s dan t dalam Ayat dengan betul” dapat menunjukkan peningkatan yang

maksimum. Hal ini dapat dilihat melalui prestasi setiap peserta kajian dalam setiap

tindakan dan ujian akhir. Melalui tindakan yang telah dijalankan, saya mendapati

peserta kajian saya dapat menguasai imbuhan awalan “me-” ini dengan baik setelah

diberi pendedahan yang mendalam terhadap topik ini.

Menurut Seman Saleh (2005), beliau menyatakan punca kelemahan

penggunaan imbuhan dalam kalangan murid adalah kerana guru-guru sering

menggunakan format peperiksaan ketika mengajar. Murid masih lagi keliru dengan

penukaran kata dasar dengan imbuhan awalan dengan betul. Proses pengajaran

dan pembelajaran yang melibatkan latihan menulis semata-mata juga

Anda mungkin juga menyukai