Anda di halaman 1dari 2

Internship adalah platform utama untuk bakal guru menjalankan tugas projek dan

membangunkan guru dalam situasi sebenar di bawah bimbingan guru pembimbing di sekolah.
Latihan amali ini memfokuskan 2 – 4 jam PdP bagi mata pelajaran teras setiap minggu dan tugasan
projek yang perlu dilakukan di sekolah. Tugasan projek ini memerlukan setiap orang menyiapkan
projek di sekolah pilihan mereka. Tugasan projek yang akan dilaksanakan dari awal akan dimulakan
dengan penyediaan dokumen, diikuti dengan pelaksanaan untuk membuat laporan projek yang telah
dijalankan.

Program Internship kali ini menempatkan saya di SJK(C) Chi Hwa, Seremban, selama sebulan.
Saya memilih sekolah ini kerana ia merupakan sekolah untuk saya menjalankan Praktikum Fasa 2
dan saya telah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya kerja di sini. Jadi ini
membolehkan saya menjalankan Internship selama sebulan ini dengan jayanya. Dengan ini, saya
berharap mendapat keberkatan agar rancangan projek saya dapat memberi manfaat kepada orang
ramai semasa Internship selama sebulan ini.

Beberapa perkara perlu dilakukan secara berperingkat sepanjang proses pelaksanaan amali
selama sebulan di sekolah. Seperti yang sedia maklum, tugas utama saya sepanjang Internship ini
adalah menjalankan PdP selama 2 hingga 4 jam seminggu bagi bidang teras saya iaitu subjek
Matematik bagi kelas 3M. Sehubungan dengan itu, saya juga akan menyediakan portfolio Internship
dan pengurusan rekod pengajaran untuk tujuan dokumentasi bagi memenuhi keperluan Internship
ini. Dari segi pelaksanaan projek, saya telah menyediakan kertas cadangan projek inovasi yang ingin
saya laksanakan di sekolah sebelum bermulanya Internship. Pada minggu pertama, saya akan
menyerahkan kertas cadangan ini kepada penyelia, pensyarah, dan guru pembimbing untuk disemak
dan diperbaiki. Kemudian, saya akan membentangkan kertas cadangan ini kepada Guru Besar dan
guru pembimbing untuk mendapatkan kelulusan pihak sekolah sebelum dimulakan pelaksanaannya.
Selepas perbentangan kertas cadangan, saya mula melaksanakan projek melukis mural saya.

Saya melaksanakan lukisan mural saya dalam 2 minggu. Mural saya mempunyai 2 fungsi, iatu
memberi murid mengingat sifir 2 hingga 9 dan menghafal nombor perdana. Sepanjang pelaksanaan
projek ini, saya juga akan mengambil gambar dan video sebagai bukti dan bahan sokongan untuk
menghasilkan video pelaksanaan projek yang akan ditonton dan dinilai oleh pensyarah pembimbing.
Saya akan menyediakan laporan dan menghasilkan video pelaksanaan projek pada minggu ketiga.
Saya juga akan melaksanakan refleksi secara holistik tentang keberkesanan pelaksanaan projek dan
juga apa yang telah dipelajari sepanjang Internship untuk bulan ini.

Sebagai bakal guru, saya mesti menguasai kemahiran interpersonal sebaik mungkin melalui
hubungan yang positif dengan semua warga sekolah. Dengan hubungan interpersonal yang positif
ini, kerja saya sepanjang proses pelaksanaan tugasan projek, seperti yang diarahkan oleh IPG, dapat
dipermudahkan. Selain itu, persediaan mental dan fizikal juga perlu dititikberatkan memandangkan
Internship dan praktikum adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, saya berharap dapat
menamatkan Internship pada kali ini.

Untuk Internship ini, saya berharap dapat melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang
saya lakukan. Saya juga sentiasa bersedia menerima tunjuk ajar, nasihat, dan teguran daripada pihak
sekolah sekiranya terdapat kesilapan di mana-mana kerana mereka berpengalaman dan mampu
membimbing saya dalam melaksanakan tugasan projek yang diberikan. Semoga semua perkara yang
saya lakukan tidak sia-sia tetapi boleh membawa manfaat, jika tidak untuk orang lain, cukup untuk
diri saya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai