Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATEMATIK

TAHUN 2

KELAS/
TARIKH/HARI/
9 FEBRUARI 2023 KHAMIS M5 BIL 2M/ 28 ORANG
MINGGU
MURID

MATA PELAJARAN Matematik MASA 11.10AM-12.10AM

TEMA/TAJUK 8.0 Pengurusan Data

STANDARD
8.2 Carta palang
KANDUNGAN

STANDARD
8.2.1 Membaca dan mendapatkan maklumat dari carta palang.
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN
1. Murid-murid telah mengetahui cara menyusun data.
SEDIA ADA

PAK21  Komunikasi  Kolaborat  Kreatif  Kritis  Nilai


BAHAN BANTU
BELAJAR/BAHAN Slaid PowerPoint, Buku teks matematik jilid 2 (m/s 91 – 93), visualizer, pen
BANTU marker, kertas berbalut plastik
MENGAJAR
Pada akhir PdP, murid berupaya:
i. Melukis carta palang tanpa bimbingan guru
OBJEKTIF
ii. Melukis paksi mengufuk (paksi-x), paksi mencancang (paksi-y) dan tajuk
PEMBELAJARAN
carta palang dengan betul
iii. Menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan dengan betul.
ELEMEN
MERENTASI 1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
KURIKULUM
SET INDUKSI (5 minit)
1. Guru menanya murid-murid adakah mereka tahu apakah
kandungan pembelajaran hari ini.
2. Guru menanya murid-murid beberapa soalan untuk membimbing
murid-murid memahami apa yang perlu dipelajari dalam kelas hari
ini.

Cadangan Komunikasi:
AKTIVITI 1. Apakah perkara dalam gambar yang ditunjukkan?
PEMBELAJARAN LANGKAH 1: MELUKIS CARTA PALANG TANPA BIMBINGAN
DAN GURU (15 minit)
PEMUDAHCARAAN
1. Guru menunjukkan satu contoh carta palang untuk murid.
(PdPc)
2. Guru menunjukkan satu situasi yang terdapat dalam buku teks
(ms 92).
3. Guru meminta murid berkumpulan secara empat orang.
4. Guru meminta setiap kumpulan melukis carta palang mengikut
situasi yang diberikan.
5. Guru memberi 10 minit untuk setiap kumpulan melukis carta
palang di kertas berbalut plastik.
Cadangan Komunikasi:
1. Apakah jenis buah-buahan yang ditunjukkkan?
LANGKAH 2: MELUKIS PAKSI MENGUFUK (PAKSI-X), PAKSI
MENCANCANG (PAKSI-Y) DAN TAJUK CARTA PALANG DENGAN
BETUL (15 minit)
1. Guru meminta setiap kumpulan melihat slaid Powerpoint.
2. Guru memaparkan ciri-ciri carta palang yang diperlukan (tajuk,
paksi mengufuk dan paksi mencancang).
3. Guru membimbing murid mencari tajuk situasi yang diberikan
dalam langkah satu dengan kaedah menyoal.
4. Guru mendemonstrasi cara menulis tajuk dalam carta palang.
5. Guru meminta setiap kumpulan membetulkan tajuk carta palang
di kertas berbalut plastik sekiranya ada kesalahan.
6. Guru membimbing murid melukis paksi mengufuk dan paksi
mencancang dengan mendemonstrasi cara melukis paksi
mengufuk dan paksi mencancang dalam carta palang.
7. Guru meminta setiap kumpulan membetulkan paksi mengufuk dan
paksi mencancang sekiranya ada kesalahan.
8. Guru mendemostrasi cara melukis palang mengikut bilangan yang
ditunjukkan dalam situasi yang diberi.
9. Guru meminta setiap kumpulan membetulkan palang yang dilukis
sekiranya mempunyai kesalahan.
Cadangan Komunikasi:
1. Apakah ciri-ciri carta palang yang diperlukan?
2. Apakah tajuk yang perlu ditulis dalam carta palang?
3. Adakah tajuk carta palang anda betul?
4. Adakah paksi mengufuk dan paksi mencancang anda betul?
5. Adakah setiap lukisan palang anda lukis mengikut bilangan yang
ditunjukkan dalam situasi yang diberi?
LANGKAH 3: MENJAWAB SEKURANG-KURANGNYA 3 SOALAN
DENGAN BETUL (20 minit)
1. Guru menunjukkan satu carta palang.
2. Guru menunjukkan beberapa soalan kepada murid.
3. Guru memilih murid secara rawak untuk menjawab soalan.
Cadangan Komunikasi:
1. Apakah tajuk carta ini?
2. Berapakah orang murid dalam kelas 2J
3. Apakah yang diwakili oleh paksi mencancang dan paksi
mengufuk?
4. Berapakah orang murid yang telah lulus dengan gred B?
5. Manakah gred yang mempunyai bilangan murid yang sama?
PENUTUP (5 minit)
1. Guru mengimbas kembali perkara yang telah dipelajari oleh murid
pada hari ini.
2. Guru menanya adakah murid-murid memahami kandungan
pembelajaran hari ini.
3. Guru meminta murid menyiapkan buku aktiviti (活动本) muka surat
149.

Cadangan Komunikasi:
4. Adakah anda memahami apa yang anda belajar hari ini?
PdP ditangguhkan
REFLEKSI/IMPAK
kerana:
Dalam langkah satu, saya ingin memberi murid melukis carta
 Mesyuarat /
palang tanpa bimbingan dahulu, lalu meminta murid menggunakan
Kursus
data yang diberi untuk melukisnya serta memberi murid contoh carta
 Program
palang. Namun begitu, murid terus melukis contoh carta palang yang
Sekolah
diberi tanpa menggunakan data yang saya beri. Hal ini menyebabkan
 Guru Pengiring
saya perlu membimbing setiap kumpulan dan mengingatkan mereka
 Aktiviti Luar
untuk menggunakan data yang saya beri untuk melukis carta palang.
 Cuti Rehat / Cuti
Sakit
25/ 28 murid mencapai objektif
 Cuti Peristiwa /
0/ 28 murid yang tidak hadir
Cuti Am
 Cuti Bencana /
TINDAKAN SUSULAN
Cuti Khas
Sebelum menjalankan aktiviti, saya perlu memberi arahan yang
 Lain-lain:
jelas kepada murid saya. Saya juga boleh menukarkan strategi
_____________
pengajaran saya dengan mengajar murid saya ciri-ciri satu carta
___
palang, seterusnya memberi mereka melukis. Hal ini membolehkan
_____________
murid saya dapat melukis carta palang dengan lebih baik.
___

Disediakan oleh,

….…………………
(LIM JIA WEI)
Pelajar Praktikum
IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Disemak oleh,

….………………..
(KOR AI SZE)
Guru Pembimbing
SJK(C) Chi Hwa

Anda mungkin juga menyukai