Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL

Minggu Praktikum: 3

Tarikh: 27.1.2023

Tajuk jurnal: Masalah pengurusan bilik darjah

1. Isu Yang Difokuskan:

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 2M. Saya
menghadapi masalah pengurusan bilik darjah semasa saya mengajar dalam kelas.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan)

Hasil daripada analisis isu yang telah saya kenal pasti, punca masalah pengurusan
bilik darjah adalah satu murid dalam kelas saya merupakan murid yang mempunyai
IQ rendah. Murid tersebut tidak dapat mengawal diri dan akan melari ke luar kelas
semasa guru sedang menjalankan PdP. Murid tersebut akan diam apabila memberi
arahan tetapi dia juga akan melari di dalam kelas sebentar lagi. Kesan terhadap isu
yang berlaku ini iaitu saya perlu memberi perhatian kepada murid tersebut untuk
mengelakkan kelakuannya menjejaskan PdP saya.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

Menurut Dali and Salleh (2009), pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang
agak sukar dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru
pelatih di universiti maupun di institut-institut perguruan. Sekiranya kemahiran ini dapat
dikuasai dan dihayati oleh guru pelatih, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :
i) Memberi murid tersebut satu aktiviti mudah seperti melukis dalam papan
tulis yang diberikan.
ii) Memberi arahan dengan suara yang tegas supaya dapat memberi amaran
kepada murid tersebut.

5. Tempoh Masa Penyelesaian:

1 Minggu

6. Tindakan Susulan

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu memberi murid tersebut satu aktiviti
mudah seperti melukis dalam papan tulis yang diberikan dan memberi arahan dengan
suara yang tegas supaya dapat memberi amaran kepada murid tersebut.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

31.1.2023

8. Keberkesanan Langkah Yang dicadangkan

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat murid
tersebut tidak melari ke luar kelas lagi dan dapat mendiamkan diri dalam kelas.

9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)

Saya merasa berpuas hati dengan pengurusan bilik darjah kerana dapat mengurus
murid tersebut dengan baik dan dapat menjalankan PdP saya dengan lancar.
Rujukan

Dali, M. H., & Salleh, M. J. (2009). Pengurusan bilik darjah. McGraw-Hill EBooks, 161–
188. http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-
_2009.pdf

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................... …………………….

(LIM JIA WEI) (KOR AI SZE)

Pelajar Guru Pembimbing

IPG Kampus Pendidikan Teknik SJK(C) Chi Hwa

Anda mungkin juga menyukai