Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL

Minggu Praktikum: 7

Tarikh: 18.3.2023

Tajuk jurnal: Penggunaan bahan bantu mengajar secara gamifikasi

1. Isu Yang Difokuskan:

Semasa dalam Pembentangan Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP), saya telah


melihat pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang dibuat oleh rakan-rakan saya
semasa mereka mengajar di sekolah yang lain. Hal ini membolehkan saya mendapat
banyak idea tentang penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan)

Dalam RPP, saya telah mendapati bahawa satu rakan saya telah menggunakan BBM
gamifikasi yang dibuat dengan aplikasi Roblox. Hal ini telah menarik minat muridnya
untuk belajar. Namun begitu, jumlah murid dalam kelas rakan saya adalah kurang
dariada 20 orang. Persekitaran pengajaran rakan saya adalah tidak sama dengan
saya kerana murid dalam kelas saya melebihi 20 orang.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya memperkenalkan aplikasi perisian


khusus untuk menyokong aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah seperti penggunaan
perisian BBM multimedia ini dapat mengintegrasikan teks atau mempersembahkan
maklumat dengan bahan-bahan media yang lain seperti audio, imej, grafik, animasi,
klip video dan sebagainya bagi memenuhi keperluan, keinginan, dan menimbulkan
motivasi serta minat pelajar (Mahat et al., 2020)

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :

I. Menukar aplikasi Roblox kepada aplikasi yang lain.


II. Menggunakan aplikasi yang boleh digunakan di kelas tanpa memerlukan
memberi murid satu orang satu komputer.

5. Tempoh Masa Penyelesaian:

1 Minggu

6. Tindakan Susulan

Saya akan memilih aplikasi yang lain berbanding dengan aplikasi Roblox yang
memerlukan banyak komputer untuk menjalankan aktiviti PdP. Saya juga akan
mencari aplikasi yang boleh digunakan di kelas tanpa memberi setiap orang murid
satu komputer untuk menjalankan PdP saya.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

19.3.2023

8. Keberkesanan Langkah Yang dicadangkan

Tindakan yang dilaksanakan dapat menarik minat murid untuk belajar di dalam kelas.
Tumpuan murid juga dapat ditingkatkan melalui penggunaan BBM berasaskan
multimedia.

9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)

Saya berharap murid saya dapat fokus dalam pengajaran saya dan berminat untuk
belajar di dalam kelas saya.
Rujukan

Mahat, H., Arshad, S., Saleh, Y., Aiyub, K., Hashim, M., & Nayan, N. (2020).
Penggunaan dan penerimaan bahan bantu mengajar multimedia terhadap
keberkesanan pembelajaran Geografi. Geografia.
https://doi.org/10.17576/geo-2020-1603-16

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................... …………………….

(LIM JIA WEI) (KOR AI SZE)

Pelajar Guru Pembimbing

IPG Kampus Pendidikan Teknik SJK(C) Chi Hwa

Anda mungkin juga menyukai