Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATEMATIK

TAHUN 2

KELAS/
TARIKH/HARI/
2 FEBRUARI 2023 KHAMIS M4 BIL 2M/ 28 ORANG
MINGGU
MURID

MATA PELAJARAN Matematik MASA 11.10AM-12.10AM

TEMA/TAJUK 7.0 Ruang

STANDARD
7.3 Penyelesaian masalah.
KANDUNGAN

STANDARD
7.3.1 Menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi harian.
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN
1. Murid sudah mengenali bentuk tiga dimensi dan bentuk dua dimensi
SEDIA ADA

PAK21 ¨ Komunikasi ¨ Kolaborat ¨ Kreatif ¨ Kritis ¨ Nilai


BAHAN BANTU
BELAJAR/BAHAN Slaid Powerpoint, visualizer, pen marker, kertas berbalut plastik, kertas segi
BANTU empat tepat, kertas jalur panjang..
MENGAJAR
Pada akhir PdP, murid berupaya:
OBJEKTIF i. Menulis nama bentuk tiga dimensi mengikut ciri-cirinya dengan betul.
PEMBELAJARAN ii. Melukis bentuk dua dimensi mengikut grid yang diberi dengan betul.
iii. Menjawab sekurang-kurangnya 2 soalan dengan betul.
ELEMEN
MERENTASI 1. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
KURIKULUM
AKTIVITI SET INDUKSI (5 minit)
PEMBELAJARAN 1. Guru mengimbas kembali dengan murid tentang kandungan
DAN yang dipelajari sebelum ini.
PEMUDAHCARAAN 2. Guru meminta murid menyebut nama bentuk tiga dimensi.
(PdPc) 3. Guru meminta murid menyebut nama bentuk dua dimensi.

Cadangan Komunikasi:
1. Apakah nama bentuk tiga dimensi yang kita sudah belajar?
2. Apakah nama bentuk dua dimensi yang kita sudah belajar?
LANGKAH 1: Menulis nama bentuk tiga dimensi mengikut ciri-
cirinya dengan betul (20 minit)
1. Guru meminta semua murid mewujudkan kumpulan secara dua
orang.
2. Setiap kumpulan mempunyai kertas berbalut plastik dan pen
marker.
3. Guru menunjukkan ciri-ciri bentuk tiga dimensi dengan slaid
Powerpoint.
4. Guru meminta murid menulis nama bentuk tiga dimensi mengikut
ciri-cirinya di kertas berbalut plastik.
5. Guru memilih beberapa kumpulan secara rawak untuk
membentang jawapan kumpulan tersebut dengan visualizer.
6. Guru menunjukkan jawapan yang betul kepada semua kumpulan
dengan slaid Powerpoint.
Cadangan Komunikasi:
1. Apakah nama bentuk tiga dimensi mengikut ciri-ciri tersebut?
LANGKAH 2: Melukis bentuk dua dimensi mengikut grid yang
diberi dengan betul.(15 minit)
1. Guru menunjukkan ciri-ciri bentuk dua dimensi
2. Guru meminta setiap kumpulan melukis bentuk dua dimensi
mengikut ciri-ciri tersebut.
3. Setiap kumpulan perlu melukis bentuk dua dimensi di grid kertas
berbalut plastik.
4. Guru memilih beberapa kumpulan secara rawak untuk
membentang jawapan kumpulan tersebut dengan visualizer.
5. Guru menunjukkan jawapan yang betul kepada semua kumpulan
dengan slaid Powerpoint.

Cadangan Komunikasi:
1. Bagaimankah anda melukis satu segi empat tepat dalam grid ini?
2. Bagaimankah anda melukis satu segi empat sama dalam grid
ini?
3. Bagaimankah anda melukis satu segi tiga dalam grid ini?
LANGKAH 3: Menjawab sekurang-kurangnya 2 soalan dengan
betul (15 minit)
1. Guru memberi setiap kumpulan satu kertas segi empat tepat dan
satu kertas jalur panjang.
2. Guru meminta setiap kumpulan membahagikan segi empat tepat
kepada dua segi tiga dengan kertas jalur panjang.
3. Guru memilih beberapa kumpulan untuk membentang hasil
mereka.
4. Guru menunjukkan jawapan yang betul dengan slaid Powerpoint.
5. Guru meminta setiap kumpulan membahagikan segi empat tepat
kepada dua segi empat tepat dengan kertas jalur panjang.
6. Guru memilih beberapa kumpulan untuk membentang hasil
mereka.
7. Guru menunjukkan jawapan yang betul dengan slaid Powerpoint.
8. Guru meminta setiap kumpulan membahagikan segi empat tepat
kepada dua segi tiga dan satu segi empat tepat dengan kertas
jalur panjang.
9. Guru memilih beberapa kumpulan untuk membentang hasil
mereka.
10. Guru menunjukkan jawapan yang betul dengan slaid Powerpoint

Cadangan Komunikasi:
1. Bagaimanakah anda membahagikan segi empat tepat kepada
dua segi tiga dengan kertas jalur panjang?
2. Bagaimanakah anda membahagikan segi empat tepat kepada
dua segi empat tepat dengan kertas jalur panjang?
3. Bagaimanakah anda membahagikan segi empat tepat kepada
dua segi tiga dan satu segi empat tepat dengan kertas jalur
panjang?
PENUTUP (5 minit)
1. Guru membuat rumusan tentang kandungan yang telah dipelajari
oleh murid pada hari ini.
2. Guru meminta murid menyiapkan buku latihan Matematik ( 活 动
本) muka surat 145 dan bahagian A muka surat 146.

Cadangan Komunikasi:
1. Apakah perkara yang telah dipelajari pada hari ini?
PdP ditangguhkan
kerana:
REFLEKSI/IMPAK
¨ Mesyuarat /
Dalam langkah 3, saya hanya memberi murid 1 jalur panjang.
Kursus
Hal ini menyebabkan murid saya susah untuk menyelesaikan soalan
¨ Program
ketiga kerana ia memerlukan 2 garisan untuk menyelesaikan masalah
Sekolah
tersebut. Oleh itu, saya perlu memberi tali panjang kepada mereka.
¨ Guru Pengiring
¨ Aktiviti Luar
25/ 28 murid mencapai objektif
¨ Cuti Rehat / Cuti
0/ 28 murid yang tidak hadir
Sakit
¨ Cuti Peristiwa /
TINDAKAN SUSULAN
Cuti Am
Saya perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang
¨ Cuti Bencana /
mencukupi untuk PdP saya. Dalam langkah 3, saya boleh terus
Cuti Khas
menggunakan kertas berbalut plastik kerana kertas tersebut
¨ Lain-lain:
merupakan segi empat tepat. Saya boleh meminta murid
_____________
menggunakan pen marker untuk melukis garisan di kertas tersebut.
___
_____________
___

Disediakan oleh,

….…………………
(LIM JIA WEI)
Pelajar Praktikum
IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Disemak oleh,

….………………..
(KOR AI SZE)
Guru Pembimbing
SJK(C) Chi Hwa

Anda mungkin juga menyukai