Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL

Minggu Praktikum: 2

Tarikh: 21.1.2023

Tajuk jurnal: Masalah kesuntukan masa dalam PdP

1. Isu Yang Difokuskan:

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 2M. Saya
menghadapi kesuntukan masa semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) tentang
topik ruang.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan)

Hasil daripada analisis isu yang telah saya kenal pasti, punca kesuntukan masa
semasa PdP adalah aktiviti dalam PdP saya terlalu banyak. Hal ini kerana aktiviti
secara berkumpulan untuk melukis bentuk dua dimensi mengikut grid memakan masa.
Kesan terhadap isu yang berlaku ini iaitu saya hanya dapat memberi murid melukis
beberapa bentuk dua dimensi dan aktiviti yang lain telah ditangguhkan.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

Menurut Gordon (1982), pengurusan masa yang cekap sahaja akan dapat
membantunya menyesuaikan diri dengan pelabagai tuntutan dan kebuntuan kerja
yang dihadapi sewaktu melaksanakan tugas sebagai pemimpin pengajaran dan
pembelajaran.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :

i) Kurangkan aktiviti pengajaran


ii) Memberi murid melukis bentuk dua dimensi mengikut grid yang mudah
dahulu berbanding dengan melukis bentuk dua dimensi mengikut grid yang
susah

5. Tempoh Masa Penyelesaian:

1 Minggu

6. Tindakan Susulan

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu memberi murid melukis bentuk dua
dimensi mengikut grid yang mudah dahulu berbanding dengan melukis bentuk dua
dimensi mengikut grid yang susah dan mengurangkan aktiviti pengajaran.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

27.1.2023

8. Keberkesanan Langkah Yang dicadangkan

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat
Pengurusan masa pengajaran saya berjaya dan dapat menghabiskan pengajaran
saya dalam masa yang ditetapkan.

9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)

Saya merasa berpuas hati dengan pengurusan masa kelas kerana dapat
menghabiskan pengajaran saya dalam masa yang ditetapkan.
Rujukan

HUSAIRI JIKAN. (n.d.). PENGURSAN MASA GURU DALAM PROSES


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN TAKNIK DAN
VOKASIONAL (ELEKTIF - SAINS PERTANIAN) DI SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH DAERAH JOHOR BHARU. Retrieved Jan 21, 2023, from
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2004_5850_f92648
4ccaf448b2b704f7264f5439e2.pdf

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................... …………………….

(LIM JIA WEI) (KOR AI SZE)

Pelajar Guru Pembimbing

IPG Kampus Pendidikan Teknik SJK(C) Chi Hwa

Anda mungkin juga menyukai