Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL

Minggu Praktikum: 4

Tarikh: 4.1.2023

Tajuk jurnal: Masalah teknikal projector

1. Isu Yang Difokuskan:

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 2M. Saya
menghadapi masalah teknikal semasa saya mengajar dalam kelas.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan)

Hasil daripada analisis isu yang telah saya kenal pasti, punca masalah ICT adalah
saya tidak dapat membuka slaid PowerPoint saya semasa PdP. Komputer dalam
kelas tidak dapat berhubung dengan projector kelas dan tidak dapat digunakan
selepas saya menghidupkan lagi komputer kelas.Kesan terhadap isu yang berlaku ini
iaitu saya perlu menjalankan PdP saya tanpa slaid Powerpoint saya.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

Menurut Ilias et al. (2013), masalah teknikal yang melibatkan penyediaan dan
pemasangan BBM seperti LCD pula telah mengambil masa P&P

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya
kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut,
antaranya ialah :

i) Menguji projector kelas sebelum mula menjalankan PdP


ii) Mencari bantuan daripada guru kelas lain sekiranya tidak dapat membuka
projector.
iii) Menyediakan rancangan PdP yang tidak perlu menggunakan projector.
5. Tempoh Masa Penyelesaian:

1 Minggu

6. Tindakan Susulan

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu menguji projector kelas sebelum
mula menjalankan PdP dan mencari bantuan daripada guru kelas lain sekiranya tidak
dapat membuka projector. Saya juga perlu menyediakan rancangan PdP yang tidak
perlu menggunakan projector.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

7.2.2023

8. Keberkesanan Langkah Yang dicadangkan

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian


yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat saya
dapat menggunakan projector untuk menjalankan PdP saya dan tidak membazirkan
masa PdP saya untuk membuka projector.

9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)

Saya merasa berpuas hati dengan cara penyelesaian kerana dapat menyelesaikan
masalah teknikal saya dan dapat menjalankan PdP dengan lancar.
Rujukan

Ilias, M. R., Ismail, M. T., & Jasmi, K. A. (2013). Faktor Dorongan dan Halangan

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh Guru Pendidikan Islam di Sekolah

Bestari (Motivation Factors and Obstacles use of teaching aids by the Islamic

Education Teacher in Smart School).

International Conference on Islamic Education 2013 [ICIED2013]), 943–953.

https://www.researchgate.net/publication/293097483_Faktor_Dorongan_dan_

Halangan_Penggunaan_Bahan_Bantu_Mengajar_oleh_Guru_Pendidikan_Isl

am_di_Sekolah_Bestari

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................... …………………….

(LIM JIA WEI) (KOR AI SZE)

Pelajar Guru Pembimbing

IPG Kampus Pendidikan Teknik SJK(C) Chi Hwa

Anda mungkin juga menyukai