Anda di halaman 1dari 21

Isi Kandungan

Penghargaan

Pengenalan 3

1.0Isu Yang Dikenalpasti 3


2.0Rancangan Untuk Penambahbaikan 6

Kesimpulan 15

Rujukan 16

Lampiran 17

1
Penghargaan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya telah
diberi ruang, peluang dan kesihatan yang sihat untuk menyiapkan tugasan kerja
kursus Pengajaran Sukatan, Geometri Dan Perwakilan Data (MTES 3182)

Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada
pensyarah bimbingan saya, Dr Harizon binti Suffian kerana banyak menerangkan
dengan lebih terperinci mengenai kerja kursus ini. Beliau tidak pernah jemu untuk
menjawab setiap pertanyaan dan inkuiri yang saya ajukan dalam tempoh
pembikinan tugasan ini.

Selain itu, tidak dilupakan sahabat seperjuangan dan rakan sekelas yang
banyak memberi tunjuk ajar secara langsung mahupun tidak langsung serta ibu
bapa di kampung yang sentiasa menyumbang semangat juang yang tinggi untuk
saya menyiapkan tugasan yang diberi dengan bersungguh-sungguh.

Akhirnya, saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan dengan jayanya. Secara tidak langsung juga, saya ingin
menyatakan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
kerana banyak menyediakan kemudahan kepada saya sepanjang tugasan ini
dilaksanakan.

Akhir kata, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
sekiranya saya ada salah dan silap dalam ulasan sepanjang proses menyiapkan
tugasan kerja kursus ini berlangsung. Saya dengan berbesar hati berharap agar apa
yang dirumuskan menepati kehendak tajuk tugasan yang telah diberi.

Sekian, terima kasih.

2
Pengenalan

Pada 12 Mac 16 Mac 2017 yang lalu, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2, Besut, Terengganu.
Berdasarkan tugasan yang diberi, saya dikehendaki untuk mengenalpasti isu isu
dalam pengajaran dan pembelajaran Sukatan, Geometri dan Perwakilan data dengan
penggunaan resos. Saya telah memilih tajuk Geometri. Semasa di sekolah tersebut,
saya telah menemubual seorang guru cemerlang matematik di sekolah tersebut,
Encik Faizal binti Yusoff dan bertanyakan isu yang dihadapi oleh guru dan murid
dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk Geometri. Berdasarkan tugasan ini juga,
saya dikehendaki untuk mencadangkan rancangan baharu untuk penambahbaikan
dengan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.0 Isu Yang Dikenalpasti

Berdasarkan hasil temubual tersebut, guru menyatakan bahawa murid


menghadapi masalah dalam membezakan bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi. Oleh
yang demikian, saya telah membuat satu lembaran kerja bagi menguji murid tahun 4
dalam membezakan bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi. Berdasarkan lembaran kerja pada
rajah 1 di bawah, didapati bahawa murid tersebut masih tidak dapat membezakan bentuk 2
dimensi dan 3 dimensi. Miskonsepsi ini terbukti apabila murid tersebut ditanya tentang apakah
bentuk bola dan apa jawapan yang diberikan berdasarkan pemahaman murid ialah bola
berbentuk bulat, walhal bola sebenarnya berbentuk sfera. Oleh yang demikian, dapat
disimpulkan dengan jelas bahawa murid-
murid tidak dapat membezakan di antara
bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi.

3
Rajah 1 Lembaran kerja yang diberi
Pada pandangan saya, miskonsepsi seperti ini berlaku kerana murid tidak didedahkan
dengan contoh objek objek konkrit atau bahan bahan maujud semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Ketika murid-murid ini belajar tajuk bentuk dan ruang sewaktu tahun 3, mereka
hanya diperkenalkan dengan bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi dengan hanya melihat gambar di
kertas lembaran kerja. Mereka tidak boleh merasai, menyentuh dan memegang bentuk 3 dimensi
seperti silinder, kubus, kuboid, sfera, kon, prisma dan lain-lain lagi. Oleh sebab itulah mereka
tidak dapat membezakan bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi.

Sebagai langkah penambahbaikannya, cadangan yang sesuai supaya guru guru


menggunakan bahan bahan maujud ataupun objek objek konkrit ini sewaktu menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengalaman menggunakan bahan
bahan maujud sangat penting supaya murid dapat memperolehi pengalaman konkrit dahulu
sebelum pengalaman konkrit itu dibawa kepada konsep yang abstrak. Pandangan ini juga turut
disokong oleh Mok Soon Sang (1986) yang menyatakan bahawa mengajar daripada perkara
maujud kepada perkara abstrak merupakan prinsip pengajaran matematik yang amat penting
dan penggunaan alat bantu mengajar dapat membina konsep matematik, di samping
mengurangkan kesempatan murid-murid daripada hanya menghafal bahan bahan
pembelajaran mereka secara membuta tuli sahaja tanpa memahami konsep.

Isu kedua yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran topik geometri
ialah semasa mengira ukur lilit (perimeter) bagi gabungan bentuk 2D. Guru itu memberitahu
bahawa murid sering melakukan
kesilapan apabila membuat latih tubi
yang diberikan oleh guru. Jawapan yang
diberikan oleh murid tersebut
adalah salah. Contoh latihan yang
diberikan ialah seperti berikut:

Rajah 2 : Perimeter bagi gabungan bentuk 2D


Pada pendapat saya, miskonsepsi seperti ini berlaku kerana mereka tidak
memahami konsep perimeter yang sebenar. Murid beranggapan perimeter sesuatu rajah itu
adalah hasil tambah bagi kesemua batas dalam lingkaran sesuatu bantuk 2 dimensi tersebut,
sedangkan perimeter gambarajah adalah merupakan ukur lilit luar lingkaran sesuatu bentuk 2
dimensi dan bukannya ukuran sesuatu semua garisan. Oleh itu, jawapan yang telah diberikan
oleh murid adalah salah. Justeru itu, sebagai seorang guru, kita perlu mencari penyelesaian
kepada permasalahan tersebut agar segala kesulitan dapat diatasi bersama. Pada pendapat
saya, interaksi secara berkumpulan merupakan cara yang terbaik bagi membantu murid-murid
yang lemah dalam memahami sesuatu perkara yang memerlukan daya imaginasi yang baik.
Guru perlu memastikan kumpulan yang dibentuk itu terdiri daripada murid pelbagai kebolehan
(mixed abilities) supaya murid yang lebih pandai dapat membantu rakan mereka yang lemah.
Pendekatan tersebut secara tidak langsungnya dapat memberi impak di mana komunikasi
yang berlaku di antara rakan sebaya ini sedikit sebanyak dapat membantu murid yang lemah
apabila murid yang lemah ini dapat dibimbing oleh rakan mereka yang lebih pandai dan
mereka dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan seterusnya dapat
membantu mereka memahami konsep mencari perimeter dengan betul selain dipandu dan
dipantau oleh guru (Effandi, Azah dan Sabri, 2011).

Pandangan ini telah di sokong oleh Johnson & Johnson (1989) dengan menyatakan bahawa
murid-murid yang bekerja dalam aktiviti kumpulan memberikan prestasi yang lebih baik di dalam
ujian, dengan memberikan sebab (reasoning) dan berjaya menyelesaikan sesuatu soalan
tersebut dengan menggunakan pemikiran kritis (critical thinking) mereka berbanding dengan
murid yang kurang membuat aktiviti secara berkolaboratif dengan rakan sebaya mereka di dalam
sesebuah kelas.

5
2.0 Rancangan Untuk Penambahbaikan

Bil Pelajar : 38 Orang Murid


Masa : 7.45 8.45 Pagi
Bidang : Sukatan Dan Geometri
Tajuk : Ruang

Standard Kandungan :
Murid dibimbing untuk :
14.1 Mengenal pelbagai jenis prisma.

Standard Pembelajaran :
Murid berupaya untuk :
(i) Mengenal jenis prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat dan prisma
segitiga.
(ii) Melabelkan dan mencirikan bahagian-bahagian prisma:
permukaan, tapak, bucu dan sisi.

Objektif :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :
i. Menamakan tiga jenis prisma iaitu prisma segiempat sama, prisma segiempat tepat dan
prisma segitiga.
ii. Mengenal dan mencirikan bahagian permukaan, tapak, bucu dan sisi pada prisma.
iii. Mengenalpasti dan mengetahui bentangan atau bukaan sesuatu prisma dengan baik.

MASA / HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN


LANGKAH (Standard Pembelajaran) PENGAJARAN

5 minit Memerhati 1. Guru menyuruh murid menyebut

6
satu objek yang terdapat di
(Set Induksi) Soalan: dalam bilik darjah.
1. Berikan satu contoh objek yang ada di 1.
2. Murid menyebut objek yang
dalam kelas.
berada di dalam kelas
berdasarkan arahan guru.
3. Guru mengaitkan objek yang
disebut oleh murid dengan
prisma yang ingin dipelajari
murid.
4. Murid dikenalkan dengan prisma
oleh guru dengan betul.
5. Guru mengenalkan bentuk-
bentuk prisma satu persatu
kepada murid.

25 minit - Pemerhatian. 1. Guru menyebut nama prisma 1. M


- Penjanaan idea dan satu persatu. m
(Langkah 1) Sintesis idea.
2. Murid diminta mengenal setiap d
bentuk dan kemudian murid s
menyebutnya bersama-sama.
Prisma segiempat sama
3. Murid diminta memerhatikan 2. M
ketiga-tiga prisma dengan baik. d
4. Beberapa murid diminta m
Prisma segiempat tepat memegang prisma kemudian d
menamakannya.
3. M
5. Murid dapat memilih dan
m
menamakan jenis prisma
m
Prisma segitiga dengan baik serta bimbingan
s
dari guru.
ra
6. Murid ditegaskan prisma
terdapat tiga jenis sahaja iaitu
prisma segiempat sama, prisma

7
segiempat tepat dan prisma
segitiga.
7. Beberapa murid dipanggil ke
Kad perkataan
hadapan.
Prisma Segiempat 8. Murid diberikan sebuah kotak
yang mengandungi objek
Prisma Segiempat
objek berbentuk prisma.
9. Murid diminta memerhatikan
Prisma Segitiga
bentuk prisma di dalam kotak
dengan baik.
10. Murid diminta mengasingkan
objek yang terdapat di dalam
kotak mengikut jenis prisma.
11. Permainan kecil, semua murid
dibahagikan kepada empat
kumpulan.
12. Setiap kumpulan dibekalkan
dengan satu kotak berisi prisma.
13. Aktiviti 8 hingga 10 diulang
dengan pemantauan guru.
14. Setiap kumpulan dapat
melakukan dengan baik
15. Guru memberi pujian kepada
semua murid.
16. Kemudian guru mengedarkan
kad perkataan prisma segiempat
sama, prisma segiempat tepat
dan prisma segitiga kepada
setiap kumpulan.
17. Murid mengambil kad perkataan
dan dapat meletakkan kad
perkataan pada jenis objek yang
telah diasingkan tadi dengan
baik.

8
18. Murid menyebut objek yang
diasingkan mengikut jenis
prisma.
19. Guru dan murid berbincang hasil
dapatan mereka.
20. Guru memuji semua murid
kerana berjaya.

25 minit - Penambahbaikan 1. Murid diedarkan dengan nota 1. T


edaran dan diajak menyanyi m
(Langkah 2)
bersama-sama guru dengan m
Sebutkan bentuk prisma yang kamu
iringan video muzik. p
perolehi.
2. Guru menayangkan video muzik
lagu Mari Mengenal Prisma

Prisma segiempat sama


(Lampiran 1). 2. M
3. Sumbangsaran di antara murid
dan guru berkaitan video. K
4. Murid dipecahkan kepada enam y
kumpulan kecil.
3. B
Prisma segiempat tepat 5. Setiap kumpulan dibekalkan
d
satu jenis model prisma dan
b
satu sampul surat yang
m
mengandungi nombor 1, 2, 3, 4.
m
6. Setiap dua kumpulan mendapat
Prisma segitiga s
satu jenis prisma yang sama.
7. Semua murid diterangkan
bahawa prisma mempunyai
bahagian-bahagian yang
tertentu oleh guru.
Sila labelkan bahagian berdasarkan 8. Guru menerangkan maksud
nombor permukaan dengan baik.

1
9. Murid diminta melabelkan

9
Permukaan prisma dengan melekatkan
simbol pada permukaan dengan
nombor 1.
2
Tapak
10. Murid dibimbing untuk
melabelkan bahagian
3 permukaan dengan betul.
Bucu
11. Murid dapat memahami dan
kenal bahagian permukaan.
4
Sisi 12. Aktiviti 8 hingga 10 diulang
dengan guru mengenalkan
tapak, bucu dan sisi dengan
baik.
13. Guru dan murid mengulang
aktiviti untuk melabelkan tapak
(nombor 2), bucu (nombor 3)
dan sisi (nombor 4).

14. Lembaran kerja 1 diedarkan


oleh guru kepada semua murid.
15. Murid-murid diminta untuk
menjawab semua soalan.
16. Perbincangan hasil kerja murid
dengan bimbingan guru dan
rujukan Mari Mengenal Prisma.
17. Murid dapat menjawab dengan
sehabis baik.

5 minit - Penilaian 1. Guru mengedarkan lembaran


- Pelaksanaan kerja 2 kepada semua murid.
(Penutup) - Amalan berterusan
2. Murid diminta menjawab dan
menyatakan pilihan berdasarkan
pemerhatian dengan bimbingan
dan panduan dari guru.

10
3. Murid dapat memberi jawapan
yang baik.
4. Dua orang murid merumus hasil
pengajaran dan pembelajaran
dengan baik
5. Guru merumuskan kemahiran
yang telah dipelajari dengan
betul.
6. Nyanyian lagu Mari Mengenal
Prisma bersama-sama.
7. Murid diberitahu topik
pengajaran dan pembelajaran
akan datang sebagai
persediaan.

11
Kesimpulan

Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan


perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu pihak yang terlibat
dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama dalam memastikan murid murid
dapat menguasai matematik dengan baik supaya. hasrat untuk menjadi sebuah
negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai.

Menurut Sharifah Haji Omar (1989) menyatakan pengajaran matematik


disekolah jarang mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar-pelajar.
Ini mengakibatkan sesetengah pelajar khususnya pelajar yang lemah
menghadapi kesukaran semasa guru memberikan penerangan tentang sesuatu
konsep matematik.Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima
oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya mereka
akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang
matematik.

Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran


matematik pada peringkat sekolah rendah ini adalah sesuatu yang tidak boleh
dipandang remeh oleh pihak-pihak terlibat dalam sektor pendidikan terutama
sekali guru-guru. Kelemahan dalam penguasaan konsep dan kemahiran
matematik di peringkat sekolah rendah tentunya memberi kesan pula apabila
mereka berada di sekolah menengah sekiranya tidak ditangani dari awal.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk berusaha


mencari kaedah, teknik, dan strategi yang sesuai dan menarik agar murid faham
dan tidak menghadapi kesukaran atau miskonsepsi dalam pengajaran dan
pembelajaran geometri. Cabaran-cabaran ini harus ditangani sebaik mungkin
demi memantapkan penguasaan modal insan negara dengan pengetahuan
lengkap dalam bidang sains dan matematik yang menjadi pemangkin kepada
kemajuan sesebuah negara.

12
Rujukan

Effandi Ibrahim, Nor Azah Khalid dan Sabri Ahmad. (2011) Trend Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Johnson & Johnson (1989).. Learning mathematics : Issues, Theory And


Classroom Practice (2nd ed. London : Cassell.

Mok Soon Sang, Siew Fook Cheong. (1986). Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik. Kuala Lumpur: Sun U Book Co Sdn. Bhd.

Sharifah Haji Omar (1984). Kesilapan Dan Masalah Pembelajaran. Selangor:


Oxford Fajar Sdn. Bhd

13
14
NOTA PENGAJARAN/EDARAN MURID
Prisma Bentuk Bukaan

Tapa
Tapak
k

Tapak

LAMPI
RAN
Tapak

Tapak

Tapa
k

Dalam geometri, prisma adalah bentuk ruang tiga dimensi yang dibatasi oleh tapak dan
tutup identiti berbentuk segiempat atau segitiga dan sisi-sisi tegak berbentuk segiempat.
Dengan kata lain prisma adalah bentuk ruang yang mempunyai penutup dan tapak yang
selalu sama dalam bentuk dan ukuran.

15
Lampiran 1

LAGU MARI MENGENAL PRISMA

Melodi Lagu Ketipang Payung dipetik dari filem Nujum Pak Belalang

# Chorus
Marilah kawan-kawan mari semua.
Mari mengenal hai bentuk prisma.
Ingat ciri-cirinya janganlah lupa.
Supaya kenal asas bentuknya.

Prisma segi tiga diberilah nama.


Punyai tapak bersisi tiga
Berbucu enam dan juga bersisi sembilan.
Muka ratanya lima semua.

Ulang Chorus

Prisma segi empat tepat namanya.


Bersisi empat tapak dibina.
Bucunya lapan sisinya pula dua belas.
Enam muka rata jumlah semuanya.

Ulang Chorus

Prisma berciri sehampirlah sama.


Juga bersisi empat tapaknya.
Bucu pun lapan sisinya pula dua belas.
Itulah prisma segi empat sama.

Ulang Chorus

16
SOALAN LATIHAN
Lembaran kerja 1

Nama: ______________________________ Kelas: _____________

Lengkapkan jadual berikut dan lukiskan bentuk tapak.

Prisma Bilangan
Muka Bucu Sisi Bentuk Tapak

17
Lembaran kerja 2

Nama: ______________________________ Kelas: _____________

Bulatkan bentuk prisma.

SKEMA JAWAPAN
Lembaran kerja 1

18
Nama: ______________________________ Kelas: _____________

Lengkapkan jadual berikut dan lukiskan bentuk tapak.

Prisma Bilangan
Muka Bucu Sisi Bentuk Tapak

6 8 12

6 8 12

5 6 9

Lembaran kerja 2

Nama: ______________________________ Kelas: _____________

19
Bulatkan bentuk prisma.

Lampiran 3

20
Rajah 1 Saya bertanya tentang isu - isu yang dihadapi oleh guru dan murid

Rajah 2 Guru menerangkan isu yang dihadapi

21

Anda mungkin juga menyukai