Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

HARAPAN UNTUK PRAKTIKUM FASA 1 MINGGU SEBELUM PRAKTIKUM

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi praktikum pada minggu hadapan iaitu bermula daripada 1 April hingga 26 April 2013. Minggu ini juga merupakan minggu cuti dan ianya merupakan satu peluang bagi saya untuk mempersiapkan dokumen-dokumen dan fail-fail yang akan digunakan sewaktu praktikum nanti. Kuliah amali dan teori yang saya perolehi sepanjang di kelas akan saya gunakan dalam menyiapkan diri untuk menjalani praktikum ini. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjalani praktikum maka kegentaran dan pelbagai soalan dan pemikiran negatif sentiasa datang menerjah minda. Namun saya cuba untuk berfikiran positif dan menerima segala cabaran yang mendatang. Saya dan rakan saya, Rosnaini Mohd. Rapi akan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan ST Francis Xavier yang terletak lebih kurang 3km daripada IPG Kampus keningauier. Saya berasa bersyukur kerana dapat berpasangan dengannya kerana sebelum ini kami sudah sering bekerjasama dalam membuat tugasan dan pelbagai aktiviti. Oleh yang demikian, persefahaman yang telah wujud antara kami lebih dapat melicinkan lagi perjalanan praktikum pada kali ini. Saya berharap agar kami terus membuat perkongsian berkenaan maklumat, idea mahupun pendapat antara satu sama lain. Semoga kerjasama kami ini akan berterusan menghasilkan sesuatu yang baik. Harapan saya untuk praktikum fasa 1 ini ialah semoga saya dapat mengumpul pengalaman dan input-input berguna untuk menjadi seorang guru kelak dan juga dapat membuat penambahbaikan dari segi prestasi saya. Penyediaan rancangan mengajar, perancangan aktiviti yang menarik, kawalan kelas, sikap profesionalisme dan lain-lain lagi akan saya pelajari dengan bersungguh-sungguh sepanjang menjalani praktikum ini. Saya berharap saya dapat menggunakan ilmu yang telah diperolehi sebelum ini untuk mengajar. Saya sedar banyak kelemahan yang akan timbul disebabkan ini merupakan praktikum yang pertama buat saya, namun saya sedari bahawa ia sebagai pembakar semangat kepada saya untuk lebih berusaha mempertigkatkan kebolehan diri dan mengatasi kelemahan yang ada. Saya juga berazam untuk lebih mendekati lagi murid-murid di sekolah saya agar tidak wujud sebarang jurang pemisah antara murid dengan guru.

PERNYATAAN PROFESIONAL
Selain itu, harapan saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan wujudnya hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan semua pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat saya realisasikan dengan baik kelak. InsyaAllah.

Anda mungkin juga menyukai