Anda di halaman 1dari 4

Adakah Anda Membasuh Atau Membasahkan Tangan?

Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Tinjauan yang dilakukan Dettol baru-baru ini terhadap 1,000 ibu bapa warga Malaysia menunjukkan kita mengambil mudah amalan mencuci tangan ini. Tinjauan itu menunjukkan 34 peratus daripada ibu bapa berpendapat 5-saat sudah memadai untuk membasuh tangan sementara 34 peratus lagi berkata 10-saat. "Tempoh optimum untuk mencuci tangan ialah 20 saat dan jika kurang daripada itu anda sebenarnya hanya membasahkan tangan!" kata Catherine Tantoco, Pengarah Pemasaran Reckitt Benkiser (M) Sdn Bhd. "Perkara paling penting mengenai kebersihan tangan ialah membasuhnya dengan betul menggunakan teknik tertentu. Tangan kita perlu digosok dengan betul bukan sahaja pada telapak tangan tetapi juga keseluruhan tangan," katanya semasa Kempen Sekolah Dettol 2009. Pada majlis pelancaran itu, kanak-kanak diajar cara betul membasuh tangan melalui satu kaedah yang menyeronokkan dan sukar dilupakan dengan kanak-kanak diajar mengenai kuman, bagaimana ia boleh menjangkiti mereka dan betapa pentingnya bagi mereka memastikan tangan mereka selalu bersih. "Kita perlu cuci tangan sebelum makan, selepas ke tandas dan selepas bersin. Basuh kedua-dua tangan menggunakan sabun pencuci tangan dan air bersih, gosok tapak tangan, gosok setiap jari dan juga ruang-ruang di antara mereka, gosok kuku dan belakang tangan, cuci tangan dengan air yang bersih dan keringkan tangan dengan tuala yang bersih dan kering," kanak-kanak itu diberitahu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai kanak-kanak di Malaysia dilaporkan dijangkiti penyakit Tangan, Kaki dan Mulut yang telah mengakibatkan cirit-birit kepada kanak-kanak. -- BERNAMA

a) Bina ayat majmuk berdasarkan kata kerja yang telah disenaraikan.

Adakah Anda Membasuh Atau Membasahkan Tangan? Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Tinjauan yang dilakukan Dettol baru-baru ini terhadap 1,000 ibu bapa warga Malaysia menunjukkan kita mengambil mudah amalan mencuci tangan ini. Tinjauan itu menunjukkan 34 peratus daripada ibu bapa berpendapat 5-saat sudah memadai untuk membasuh tangan sementara 34 peratus lagi berkata 10-saat. "Tempoh optimum untuk mencuci tangan ialah 20 saat dan jika kurang daripada itu anda sebenarnya hanya membasahkan tangan!" kata Catherine Tantoco, Pengarah Pemasaran Reckitt Benkiser (M) Sdn Bhd. "Perkara paling penting mengenai kebersihan tangan ialah membasuhnya dengan betul menggunakan teknik tertentu. Tangan kita perlu digosok dengan betul bukan sahaja pada telapak tangan tetapi juga keseluruhan tangan," katanya semasa Kempen Sekolah Dettol 2009 yang bertujuan mendidik kanak-kanak mengenai pentingnya menjaga kebersihan menerusi amalan mencuci tangan dengan betul. Pada majlis pelancaran itu, kanak-kanak diajar cara betul membasuh tangan melalui satu kaedah yang menyeronokkan dan sukar dilupakan dengan kanak-kanak diajar mengenai kuman, bagaimana ia boleh menjangkiti mereka dan betapa pentingnya bagi mereka memastikan tangan mereka selalu bersih. "Kita perlu cuci tangan sebelum makan, selepas ke tandas dan selepas bersin. Basuh kedua-dua tangan menggunakan sabun pencuci tangan dan air bersih, gosok tapak tangan, gosok setiap jari dan juga ruang-ruang di antara mereka, gosok kuku dan belakang tangan, cuci tangan dengan air yang bersih dan keringkan tangan dengan tuala yang bersih dan kering," kanak-kanak itu diberitahu. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai kanak-kanak di Malaysia dilaporkan dijangkiti penyakit Tangan, Kaki dan Mulut yang telah mengakibatkan cirit-birit kepada kanak-kanak. Dr Christopher Lee, Pengerusi Majlis Kebersihan Asia sebagai berkata orang ramai mesti memahami cara mencuci tangan secara berkesan memandangkan ia mengurangkan beban bakteria pada tapak tangan dan seterusnya risiko jangkitan. -- BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai