Anda di halaman 1dari 5

PERNYATAAN PROFESIONAL

NAMA :

KUMPULAN :

PRAKTIKUM :

PERNYATAAN SEBELUM PRAKTIKUM

Pada semester ini, saya serta seluruh guru pelatih semester 7 ambilan Jun 1616 akan
menjalankan amalan profesional praktikum fasa kedua yang akan berlangsung selama 12
minggu. Sebagai salah seorang guru pelatih di IPG, saya wajib menjalani latihan mengajar
ataupun praktikum selama 3 bulan yang bermula pada 11 Jun 2019 hingga 6 September 2019.
Praktikum ini adalah untuk subjek bidang teras iaitu Bahasa Inggeris dan subjek bidang elektif
teras iaitu Pendidikan Moral. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang
telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru.

Antara perkara yang perlu saya laksanakan sebelum menjalani praktikum ini adalah sesi
taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini disampaikan oleh Ketua Unit Praktikum. Untuk
praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur pelaksanaan praktikum, peranan dan
tanggungjawab guru pelatih, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan
pelaksanaan kokurikulum di sekolah.

Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalani sesi
praktikum ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Sepanjang tempoh
praktikum tersebut, saya dikehendaki untuk menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan
oleh Unit Praktikum. Oleh itu, saya perlu membuat beberapa persediaan sebelum menjalani
praktikum tersebut.

Perkara seterusnya yang perlu saya lakukan semasa praktikum ialah mengumpul
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan senarai semak yang telah
disediakan oleh unit praktikum. Di samping itu, saya juga perlu menyediakan portfolio praktikum
dan menyimpan segala hasil maklumat yang diperolehi sebagai bukti dan rujukan pada masa
akan datang.

Sebagai seorang guru pelatih, bimbingan serta tunjuk ajar dari guru yang
berpengalaman amat penting sebagai panduan bagi melatih guru pelatih menjadi guru yang
berjaya dan berkomited. Sehubungan dengan itu, saya perlu berbincang dan sentiasa meminta
tunjuk ajar dari guru pembimbing saya dari sekolah berpraktikum. Nasihat serta bimbingan yang
padu amat penting kepada saya sebagai guru praktikal yang baru di sekolah itu.

Sebelum menjalani praktikum, saya bersama dengan rakan sepraktikum yang lain telah
membuat kunjungan hormat ke sekolah tersebut pada 2 minggu sebelum bermulanya
praktikum. Pada kunjungan awal tersebut, kami telah meninjau kawasan sekolah dan situasi
sebenar dalam bilik darjah di sekolah itu. Kami juga telah berjumpa dengan kakitangan sekolah,
Guru Besar, penolong-penolong kanan, dan juga guru pembimbing. Pada hari itu, saya tidak
berkesempatan untuk berjumpa dengan guru pembimbing saya.

Saya berharap agar praktikum yang akan saya jalani pada 11 Jun sehingga 6
September 2019 akan berjalan dengan baik seperti mana yang telah saya rancangkan. Namun
begitu, sebagai seorang guru, saya mestilah sentiasa bersedia dalam menghadapi segala
cabaran yang datang kerana setiap sekolah pasti mempunyai budaya tersendiri. Saya pasti
bahawa banyak pengalaman baharu yang akan saya alami kelak.

DISEDIAKAN OLEH,

_______________________
PERNYATAAN PROFESIONAL

NAMA :

KUMPULAN :

PRAKTIKUM :

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM

Saya telah mula menjalani latihan praktikum pada semester tujuh iaitu Praktikum Fasa 2
di sekolah selama tiga bulan (11 Jun sehingga 6 September) dan saya mesti mengikuti segala
aktiviti yang dijalankan di sekolah dalam jangka waktu tersebut.

Antara tujuan sampingan program praktikum ini adalah untuk membolehkan guru pelatih
mebiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan awal pembelajaran
murid. Di sekolah juga, saya perlu mengajar subjek bidang teras saya iaitu Bahasa Inggeris
selama 10 masa (5 hari) dan 1 masa (1 hari) bagi subjek bidang elektif teras saya iaitu
Pendidikan Moral. Setelah saya meneliti kandungan tugasan, saya mendapati bahawa
kurikulum dan sukatan pelajaran menjadi salah satu item penting dalam senarai semak
tugasan. Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya tentang
pembelajaran murid-murid.

Selain itu, tugasan yang diberikan membolehkan saya membina kemahiran berinteraksi
dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan utama aktiviti ini adalah untuk
membina keyakiran diri sebagai seorang guru pelatih selain daripada mempersiapkan mereka
sebagai salah seorang kominiti sekolah pada masa akan datang. Di samping itu, guru pelatih
diharap dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah, prosedur penyatuan teori
dan amalan dalam konteks PDPC (pengajaran, pembelajaran dan pemudahcaraan) melalui
pemerhatian, interaksi, dan refleksi.

Banyak pengalaman ataupun aktiviti yang telah saya sertai semasa praktikum ini,
antaranya aktiviti kokurikulum sekolah, perjumpaan kakitangan sekolah (meeting) dan juga
perjumpaan bagi Panitia Bahasa Inggeris. Daripada aktiviti-aktiviti tersebut, saya dapat melihat
bahawa pentingnya kerjasama sesama guru dalam menjayakan sesuatu perkara mahupun
dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan yang dibuat hendaklah menjurus kepada
kebaikan semua pihak terutamanya para murid.
PERNYATAAN PROFESIONAL

NAMA :

KUMPULAN :

PRAKTIKUM :

PERNYATAAN SELEPAS PRAKTIKUM

Saya berasa amat lega kerana telah menghabiskan latihan praktikum dengan jayanya.
Sepanjang keberadaan di sekolah, terdapat beberapa aktiviti dan projek yang telah saya
lakukan bersama dengan rakan praktikum saya. Berdepan dengan pelbagai cabaran dan
kekangan banyak mengajar saya supaya tidak mudah berputus asa apabila menghadapi jalan
buntu. Dengan bantuan rakan-rakan, guru pembimbing dan pensyarah pembimbing, mudah-
mudahan masalah yang dihadapi akan menjadi lebih ringan.

Banyak kenangan dan pengalaman manis yang saya perolehi sepanjang menjalani
latihan di sekolah praktikum. Interaksi bersama anak didik saya selama tiga bulan akan
sentiasa kekal dalam ingatan saya, lebih-lebih apabila kami bersama pada hampir setiap hari
sepanjang 12 minggu tersebut. Dalam pandangan saya, latihan pada kali ini adalah lebih baik
berbanding dengan praktikum fasa yang pertama di mana saya diberi cabaran dalam bentuk
saiz kelas yang besar (50 orang murid dalam satu kelas). Daripada pengetahuan serba sedikit
yang saya perolehi daripada praktikum fasa pertama saya, saya merasakan bahawa
pengurusan bilik darjah saya di sekolah ini menunjukkan sedikit penambahbaikan.

Kesimpulannya, pengalaman menjalani praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan


dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang. Saya amat berterima kasih kepada semua
pihak yang telah memberi sokongan bagi saya untuk mengharungi latihan praktikum ini secara
langsung mahupun secara tidak langsung. Antaranya adalah guru dan pensyarah pembimbing
yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan panduan dalam menjayakan sesuatu perkara.

Begitu juga dengan keluarga saya, serta rakan-rakan sekelas di IPG. Dengan rakan-
rakan, saya telah berkongsi ilmu serta bahan bantu mengajar bagi memudahkan aspek
perancangan PDPC. Hal ini telah menjadikan praktikum menjadi lebih berkesan dan
memudahkan kerja. Dengan bantuan rakan-rakan, saya telah membuat perubahan dan
modifikasi mengikut kesesuaian subjek yang diajar dan juga faktor-faktor yang datang daripada
kelas yang diajar

Saya berharap agar latihan internship saya di sekolah yang sama, juga akan
berlangsung dengan jayanya. Pada masa yang sama, sepastinya cabaran akan datang dan
saya juga berharap agar saya mampu mengharunginya dengan lebih keyakinan di samping
bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak.

DISEDIAKAN OLEH,

_______________________

Anda mungkin juga menyukai