Anda di halaman 1dari 3

4C dalam pendidikan abad ke-21

1. Komunikasi
- Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa2 bahan dan juga
pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran.
- Pembentangan, penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambar rajah, perbincangan dll
membolehkan pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka dgn rakan2 yg lain.

2. Kolaboratif
- Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan2 mereka yang
lain.
- Buat aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar2 idea dan pandangan.
Banyak strategi yg boleh digunapakai seperti Gallery Walk, Think-Pair-Share, Role Play dan
lain-lain
- Guru juga boleh cari lebih banyak contoh aktiviti yg menggalakkan pembelajaran
kolaboratif dan koperatif.

3. Pemikiran Kritis
- Ini boleh dilakukan dengan cara teknik penyoalan yang betul.
- Contoh Soalan Untuk Mencari Sebab atau Penjelasan
1. Mengapa anda terfikir bahawa ... ?
2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?
3. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?
- Penggunaan tools seperti I Think, peta minda, soalan KBAT juga mampu menggalakkan
pelajar berfikir secara kreatif

4. Kreativiti
- Dalam pdp cikgu mesti masukkan unsur kreatif pada aktiviti, kreatif pada bahan, kreatif
pada soalan, dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif terutamanya
dari segi berfikir.

Peranan Guru dalam Pendidikan Abad Ke-21


1. Guru sebagai perancang dalam perancangan pembelajaran
• Menyediakan RPH
- Strategi/Aktiviti
• Penyediaan Sumber Pendidikan
2. Guru sebagai pengawal untuk mewujudkan suatu ekosistem pembelajaran positif
• Mengawal proses pembelajaran
- Mengelola isi pelajaran/masa dan aktiviti
• Mengawal suasana pembelajaran
• Mengawasi komunikasi murid

3. Guru sebagai pembimbing untuk memupuk kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar
• Memberi tunjuk ajar tentang isi pelajaran dan aktiviti
Guru hendaklah memantau cara penyampaian murid-muridnya supaya pembentangan
tersebut menjadi pembentangan yang berkesan serta dapat memberikan maklumat yang
berkualiti kepada murid lain.

4. Guru sebagai pendorong dalam mewujudkan pembelajaran koperatif


• Mendorong minda:
• Merangsang komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif serta membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah
• Mewujudkan peluang murid memimpin
• Mendorong emosi murid
- Galakan
- Penghargaan
- Prihatin

5. Guru sebagai penilai dalam pentaksiran pembelajaran


• Melaksanakan penilaian secara sistematik terancang dan berterusan
- Menggunakan pelbagai kaedah
- Membuat Refleksi
- Menyemak/ menilai hasil kerja/ latihan/tugasan
Guru perlu menilai sama ada produk yang dihasilkan oleh murid adalah sebuah produk yang
baru atau sedia ada, di samping meneliti keunikan dan keaslian produk itu sendiri. Komen-
komen yang praktikal perlu diberi supaya murid dapat membuat penambahbaikan terhadap
produk ciptaannya.
Implikasi dalam Pendidikan Abad Ke-21
1. Mampu melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran untuk kehidupan masa hadapan
• Berkomunikasi,
• Berkolaboratif,
• Menyelesaikan masalah berdasar realiti semasa kehidupan

2. Persediaan untuk ke alam kerjaya


• Tiga kriteria yang diutamakan majikan:-
- kemahiran komunikasi
- pemikiran kritis
- penyelesai masalah

Anda mungkin juga menyukai