Anda di halaman 1dari 3

No.

Angka Giliran: 2018242340137 EDUP3063

3. Pada masa kini, penggunaan teknologi maklumat komunikasi dapat memudahkan


pembinaan dan pengurusan bank item dengan cekap.

Sejauh manakah pembentukan bank item memberikan impak kepada seseorang


guru.

Jawapan yang anda beri perlu disokong oleh hujah-hujah yang bernas dari sumber-
sumber rujukan yang asli, dan disertakan dengan contoh-contoh yang sesuai.
Penulisan yang anda laksanakan perlulah berorganisasi dan bersistematik.

Jawapan anda hendaklah tidak melebihi lebih kurang 500 patah perkataan.
[30 markah]

Item ujian dalam bank item biasanya dikodkan dan disusun mengikut mata
pelajaran, tahap pengajaran, topik, objektif pengajaran yang diuji serta ciri-ciri lain
seperti kesukaran item dan indeks diskriminasi item (Gronlund, 1998). Pengekodan
dan susunan item perlu untuk memudahkan item dikenal pasti dan dikeluarkan
daripada bank item apabila diperlukan. Hubungan antara guru dan bank item adalah
amat berkait rapat kerana guru boleh menggunakan kesemua atau sebahagian
daripada item-item tersebut untuk pembinaan ujian yang baharu apabila diperlukan.

Impak positif pembentukan bank item kepada seseorang guru adalah


memudahkan pembinaan kertas ujian. Di Malaysia, seperti di kebanyakan negara,
seseorang guru harus menyediakan sekurang-kurangnya dua kertas peperiksaan
contohnya, peperiksaan pertengahan dan akhir tahun dalam setahun. Dalam
kesibukan guru mengajar dan melakukan tugas-tugas seperti merekodkan
keputusan ujian, mengambil kedatangan, merancang tindakan-tindakan susulan
terhadap keputusan ujian dan sebagainya, guru menghadapi masalah kesuntukan
masa untuk menyediakan kertas peperiksaan. Justeru, bank item dapat
memudahkan guru dalam tugasan ini kerana bank item mengandungi soalan-soalan
yang telah diperintiskan dan dijamin kualiti. Ini secara tidak langsung dapat
meringankan beban guru kerana proses pembinaan ujian mengambil masa yang
lama.

1
No. Angka Giliran: 2018242340137 EDUP3063

Selain itu, kelebihan pembentukan bank item juga termasuklah dapat membantu
dalam menambahkan kepelbagaian item yang diuji. Ini bermaksud seorang pembina
ujian mempunyai lebih fleksibiliti dalam pembinaan dan mereka bentuk ujian. Guru
juga hanya hendaklah memilih soalan yang berkaitan berdasarkan jadual spesifikasi
ujiannya. Bukan itu sahaja, jika bank item disediakan dengan bantuan Pejabat
Pendidikan Daerah, guru-guru dalam sesuatu daerah dapat berkongsi item yang
dibina. Dengan ini, guru dapat memilih item daripada item yang lebih pelbagai dan
banyak. Dengan kewujudan bank item, para pendidik tidak perlu tergesa-gesa dalam
pembinaan ujian kerana item-item sudah pun dibina dan dirintiskan. Selain itu, bank
item juga boleh membantu dalam memastikan bahawa item yang sama tidak
diulangi dalam tahun yang berturut-turut (Boon, Lee & Lawrence, 2017). Ini dapat
mempermudahkan kerja guru dalam menyediakan item soalan ujian.

Walaubagaimanapun, pembentukan bank item juga memberi impak negatif


kepada guru. Proses pembinaan bank item mengambil masa dan tenaga yang
banyak. Pada permulaan, guru harus menyediakan dan menyunting soalan (item).
Seterusnya, guru haruslah mentadbirkan item-item itu dalam ujian rintis.
Selepasnya, guru harus memeriksa dan menandakan skrip peperiksaan serta
menganalisis item. Selain itu, guru harus pastikan bahawa item yang dibina
mempunyai indeks kesukaran dan diskriminasi yang wajar. Jika item berbentuk
aneka pilihan, guru juga hendak pastikan bahawa item-item itu mempunyai distraktor
yang baik. Kemudian, guru hendak ubah suai sesetengah item untuk meningkatkan
mutu item dan menguji semula item-item tersebut. Selepasnya, guru hendaklah
mengekodkan item-item mengikut objektif atau tajuk dan melakukan tugas-tugas lain
untuk membolehkan item tersebut disimpan dalam bank item dengan rapi. Langkah-
langkah dalam pembinaan item ini memang mengambil tenaga dan masa guru yang
banyak. Hakikatnya, guru memang kesuntukan masa untuk merancang dan
melaksanakan pengajaran selain melakukan tugas-tugas harian yang pelbagai
(Boon, Lee & Lawrence, 2017).

Kesimpulannya, pembentukan bank item memberikan impak yang besar kepada


seseorang guru. Guru haruslah menambah ilmu pengetahuan dalam menganalisis
item agar dapat mengendalikan kerja dengan lebih cekap. Pihak sekolah juga boleh
membeli perisian analisis item yang dapat memudahkan penganalisisan item bagi
meringankan beban guru.

2
No. Angka Giliran: 2018242340137 EDUP3063

Rujukan

Boon, P. Y., Lee, L. H., & Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran Dalam
Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Grolund, N. E. (1998). Assessment of Student Achievement (Edisi Keenam).


Needham Heights, MA: Allyn & Bacon.

Anda mungkin juga menyukai