Anda di halaman 1dari 4

EDUP3063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 2 Tahun 2

TUGASAN GANTIAN KUIZ : FEB 2021

KAMPUS : IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK

ANGKA GILIRAN : 2 0 1 9 1 6 2 3 4 0 3 3

KOD KURSUS : EDUP3063


KURSUS : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN
JUMLAH MARKAH : 20 markah (Pemberatan 10%)
KELAS : MT3
NAMA : CHEEN YING JIE

ARAHAN KEPADA CALON;

1. Tarikh Soalan dibuka: 8 Feb 2021


2. Tugasan ini mengandungi 2 soalan pendek. Jawab semua soalan.
3. Emailkan/Pos dalam ‘GC’ jawapan anda kepada pensyarah yang mengajar.
4. Tarikh akhir hantar tugasan adalah 18 Februari 2021.
5. INGATAN: WAKTU INI ADALAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID19

Jawab semua soalan.

1 Pentaksiran bilik darjah dilaksanakan sepanjang proses pengajaran dan


pembelajaran.

Pembinaan item yang baik perlu menepati ciri-ciri tertentu.


Jelaskan beserta dengan contoh ciri-ciri tersebut.
[10 markah]

Antara ciri-ciri pentaksiran termasuklah kesahan, kebolehpercayaan, objektiviti,


kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran. Kesahan ialah ujian relevan yang menguji apa yang
hendak diuji. Soalan seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan subtajuk
kandungan yang diajar.

Pertama, pembinaan item yang baik adalah merangkumi arahan yang jelas. Arahan
yang diberikan oleh guru perlu menjelaskan cara murid perlu memberikan respons kepada

1
Edup 3063 sem4 Feb2021
EDUP3063

tugasan dengan spesifik. Pembinaan item yang baik adalah terdiri daripada perbendaharaan
kata dan struktur ayat yang jelas dan tepat. Contohnya: Anda dikehendaki untuk memilih
SATU jawapan untuk setiap soalan. Hal ini dapat mengelakkan murid mengalami
kesalahtafsiran dan kekeliruan semasa menjawab soalan.

Selain itu, item ujian juga haruslah sesuai dengan hasil pembelajaran yang ingin
diukur. Hal ini haruslah ditekankan dalam proses pembinaan item. Contohnya, jika ujian
tersebut ingin mengukur kemahiran berfikir aras tinggi murid, soalan adalah perlu menepati
kemahiran KBAT seperti kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Maka, soalan kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) yang meliputi kemahiran mengingat
dan memahami sahaja adalah bukan ciri pembinaan item yang baik dalam situasi ini.

Ciri pembinaan item baik yang seterusnya ialah susun atur item dalam suatu ujian
perlu kemas. Soalan ujian perlu disusun daripada peringkat mudah ke sukar, padanan
dengan tahap kesukaran. Ujian yang bermula dengan item yang mudah membolehkan calon
untuk menjawab item mudah dahulu sebelum menjawab soalan susah. Hal ini secara tidak
langsung dapat memberi impak kepada motivasi calon. Contohnya, item jawapan pendek
dan item aneka pilihan dahulu sebelum item struktur dan respons terbuka. Soalan mudah
dapat membantu calon untuk mengimbas kembali ingatan tentang perkara yang diuji.
Selepas itu, calon akan berasa lebih senang untuk menjawab soalan kemudian yang susah,
seperti yang meliputi kemahiran aplikasi dan analisis.

Ciri kedua pembinaan item yang baik ialah kebolehpercayaan. Selain kesahan,
kebolehpercayaan merupakan ciri utama keputusan pentaksiran. Kebolehan merujuk
ketekalan sesuatu pengukuran. Contohnya, seorang murid berjaya memperoleh 80 markah
dalam satu ujian Matematik dan selepas itu mendapat skor yang sama apabila ujian itu
ditadbirkan pada minggu yang berikutnya. Situasi ini bermaksud ujian tersebut adalah
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Kebolehpercayaan boleh dianggarkan melalui
beberapa kaedah seperti uji-ulang uji, uji bahagi dua, equilavent forms dan lain-lain.

Akhirnya, sebelum memasang item ujian, guru perlu menyemak semula setiap item
sama ada mengikut Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), memiliki aras kesukaran yang sesuai
dan item adalah tidak bertindan serta tidak memberikan bayangan jawapan untuk item lain.

2
Edup 3063 sem4 Feb2021
EDUP3063

2. Aras kesukaran domain Taksonomi Bloom kerap berdasarkan Anderson dan


Krathwohl (2001).
Beberapa pertimbangan perlu diambil apabila mentadbir sesuatu ujian dari aspek
pentadbiran ujian sebenar, aspek fizikal dan aspek psikologi.
Perincikan bagaimana faktor-faktor tersebut mempengaruhi pentadbiran sesuatu
ujian.
[10 markah]

Faktor pertama ialah aspek fizikal. Keadaan dan persekitaran fizikal seperti
tempat ujian atau peperiksaan yang kondusif, nyaman dan senyap, suhu bilik darjah,
peredaran udara, pencahayaan yang baik di dalam bilik darjah dan susunan tempat
duduk murid merupakan antara perkara yang amat penting dan boleh memberikan
impak terhadap pencapaian murid serta mutu amalan pentaksiran. Persekitaran yang
tidak kondusif akan mengganggu murid semasa menjalani peperiksaan. Misalnya,
apabila murid berada dalam keadaan bising, maka minda murid tersebut juga susah
untuk bertenang semasa menjawab soalan pentaksiran. Kesannya, pentadbiran
sesuatu ujian terjejas.

Faktor kedua ialah aspek psikologi. Kebimbangan dan kerisauan terhadap


ujian boleh mengganggu pemikiran murid untuk memberikan respons terbaik.
Misalnya, terdapat sesetengah guru yang gemar memberikan amaran kepada murid
tentang betapa pentingnya ujian kepada mereka serta akibatnya jika tidak lulus.
Walaupun guru tersebut mungkin hanya bertujuan untuk membangkitkan semangat
murid untuk belajar bersungguh-sungguh, namun hal ini juga berkemungkinan
menyebabkan kerisauan yang tinggi dalam kalangan murid. Guru harus memastikan
kerisauan ujian dikurangkan agar murid boleh menghadapi ujian dengan tenang.

Faktor ketiga ialah aspek pentadbiran ujian sebenar. Semasa ujian


ditadbirkan, situasi murid pada masa tersebut juga memainkan peranan yang
signifikan. Misalnya, guru yang memberikan arahan secara lisan yang kurang jelas
akan menimbulkan salah faham tafsiran murid tentang kehendak arahan. Hal ini
berkemungkinan besar akan mempengaruhi pentadbiran sesuatu ujian. Situasi ini
juga menyebabkan penguasaan murid terhadap perkara yang diuji tidak dapat dinilai
dengan tepat. Kebolehpercayaan skor ujian diturunkan.

3
Edup 3063 sem4 Feb2021
EDUP3063

KERTAS SOALAN TAMAT

4
Edup 3063 sem4 Feb2021

Anda mungkin juga menyukai