Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN KOKURIKULUM

A. BUTIRAN PdP

Mata Pelajaran Kokurikulum – Unit Beruniform (Pengakap)

Tarikh 8 Februari 2023

Masa 7:40 – 8.10 pagi

Tahun/Darjah 5S

Bilangan Murid 8 Orang

Perlembagaan pengakap
Tema

Undang-undang pengakap
Tajuk

Undang-undang pengakap
Fokus

Kemahiran Sedia Ada Murid memahami apakah maksud undang-undang.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

Psikomotor: Mempamerkan perlakuan diri yang


menunjukkan sifat pengakap yang betul.

Kognitif: Menjawab soalan Undang-undang Pengakap


Objektif Pembelajaran dengan sekurang-kurangnya mendapat 5 daripada 7
soalan betul.

Afektif: Meningkatkan keyakinan diri sebagai seorang ahli


pengakap yang lengkap dengan sifat pengakap yang
betul.

Penerapan Nilai Baik hati, bertanggungjawab, hemah tinggi, hormat, kasih


sayang, keberanian.

Slaid Undang-undang Pengakap, kertas mahjong Undang-


Bahan Bantu Mengajar undang Pengakap, kuiz Undang-undang Pengakap, papan
putih kecil, marker pen

B. BUTIRAN GURU

Kemahiran Insaniah (KI): Kemahiran komunikasi, kemahiran


sosial – kerja berpasukan

Pembelajaran aktif, pembelajaran


Pedagogi Masa Kini(PMK):
koperatif
Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan
Masa
Persediaan 1. Murid diterangkan aktiviti 1. Murid ditanyakan sama ada BBM:
(5 minit) pembelajaran pada hari ini: mengetahui maksud Slaid
Undang-undang Pengakap. perkataan “Undang- Undang-
undang”. Contohnya undang
Undang-undang Pengakap
penggunaan jalan raya.
2. Murid diterangkan aktiviti KI:
pembelajaran pada hari ini: Kemahiran
Undang-undang Pengakap. komunikasi

Perkembangan  Undang-undang pengakap 1. Murid ditayangkan slaid Nilai:


(10 minit) mengandungi peraturan- Undang-undang Pengakap Baik hati,
peraturan yang diamalkan dan memerhatikannya. bertanggung-
oleh setiap ahli pengakap di jawab,
seluruh dunia. Segala hemah tinggi,
peraturan ini mestilah diikuti hormat, kasih
dan dipatuhi oleh setiap orang sayang,
yang telah membuat peretiaan keberanian.
pengakap atau memasuki 2. Kertas mahjong Undang-
pergerakan pengakap. Jika undang Pengakap BBM:
semua orang yang hidup di ditampalkan pada papan Slaid
dunia ini memasuki hitam. Undang-
pergerakan pengakap serta 3. Murid diberi penerangan undang
menurut undang- undang tentang Undang-undang Pengakap,
nescaya tidak akan berlaku Pengakap. kertas
peperangan, pergaduhan, 4. Murid-murid melakukan mahjong
kecurian, perasaan dengki, perbincangan berkenaan Undang-
menipu dan perbuatan- Undang-undang Pengakap. undang
perbuatan jahat lainnya. Pengakap
KI:
Kemahiran
 Undang-undang pengakap
komunikasi
Malaysia adalah terdiri
daripada 10 perkara seperti
PMK:
berikut:
Pembelajaran
aktif
1. Dipercayai
Pengakap adalah seorang yang
sentiasa dipercayai maruah dan
kehormatan dirinya.

2. Taat
Pengakap adalah seorang yang
taat kepada yang Dipertuan
Agong serta Raja-Raja dan
kepada pemimpin-pemimpin
pengakap, ibu bapa, majikannya
dan orang-orang bawahannya.

3. Berguna
Pengakap adalah wajib
menjadikan dirinya berguna dan
menolong orang pada setiap
masa.

4. Bersaudara
Pengakap adalah bersahabat
kepada sekelian orang dan
bersaudara kepada lain-lain
pengakap walau apa negeri,
pangkat dan agama sekalipun.

5. Berbudi
Pengakap adalah baik dan
sempurna budi pekertinya dan
sentiasa berbudi.

6. Kasihkan Binatang
Pengakap adalah baik dan kasih
kepada segala binatang.

7. Menurut Perintah
Pengakap adalah seorang yang
menurut perintah dan suruhan ibu
bapanya, ketua patrolnya atau
pemimpin-pemimpin pengakapnya
dengan tiada bantahan.

8. Tabah Hati
Pengakap adalah seorang yang
sentiasa sabar dan manis
mukanya pada tempoh
kesusahan.

9. Berjimat
Pengakap adalah jimat dan
cermat.

10. Suci fikiran, perkataan


dan perbuatan
Pengakap adalah bersih dan suci
fikirannya, perkataannya dan
perbuatannya.

Kemuncak Kuiz Undang-undang Pengakap: 1. Kuiz kecil yang bertajuk Nilai:


(10 minit) https://play.kahoot.it/v2/? Undang-undang Pengakap Kerjasama
quizId=e3487759-e03d-4775- diadakan.
a92a-abe840f39fe2 2. Murid-murid diberitahu BBM:
bahawa kuiz Kahoot ini Kertas
akan dijalankan melalui mahjong
papan putih dan marker Undang-
pen. undang
3. Dua orang murid dalam Pengakap,
satu kumpulan. Setiap kuiz Undang-
kumpulan diberikan satu undang
papan putih. Murid perlu Pengakap,
berbincang dan papan putih
bekerjasama untuk kecil, marker
mendapat jawapan yang pen
betul sebelum menunjukkan
jawapan mereka. Kumpulan KI:
yang mendapat jawapan Kemahiran
betul akan ditambahkan sosial – kerja
satu markah, manakala berpasukan
kumpulan yang mendapat
jawapan salah akan PMK:
ditolakkan satu markah. Pembelajaran
Kumpulan yang menjawab koperatif
dengan paling cepat dan
betul dapat ditambahkan
dua markah. Kumpulan
yang mendapat tempat
pertama dan kedua akan
mendapat hadiah.
4. Smartboard menayangkan
soalan kuiz Kahoot yang
bertajuk Undang-undang
Pengakap.

5. Kuiz bermula apabila setiap


ahli bersedia.
6. Selepas ahli menjawab,
guru membuat penjelasan
soalan secara lebih
mendalam jika terdapat
murid membuat kesalahan
pilihan.
7. Akhirnya, guru dan murid
bersama menentukan
pemenang bagi kuiz ini.

Penutup 1. Murid dibimbing membuat Nilai:


Rumusan tentang aktiviti hari ini
(5 minit) rumusan pada hari ini. Baik hati,
dibincangkan. Undang-undang
2. Murid bergilir-gilir bertanggung-
pengakap termasuklah:
menyatakan Undang- jawab,
undang Pengakap yang hemah tinggi,
i. Dipercayai dipelajari pada hari ini. hormat, kasih
ii. Taat sayang,
iii. Berguna keberanian.
iv. Bersaudara
v. Berbudi KI:
vi. Kasihkan Binatang Kemahiran
vii. Menurut Perintah Komunikasi
viii. Tabah Hati
ix. Berjimat PMK:
x. Suci fikiran, perkataan dan Pembelajaran
perbuatan koperatif
Catatan Refleksi Pelajar:

Aktiviti kokurikulum yang dilakukan pada hari ini ialah aktiviti Pengenalan Undang-
undang Pengakap. Semua aktiviti kokurikulum dilaksanakan berdasarkan langkah-langkah
yang dirancang dalam RPH. Seramai 11 daripada 11 murid mencapai objektif pembelajaran
kelas ini.

Kelebihan aktiviti kokurikulum ini ialah semua murid dapat melibatkan diri dalam
aktiviti Pengenalan Undang-undang Pengakap. Hal ini kerana saya mengatur murid untuk
menjawab kuiz Undang-undang Pengakap secara berpasangan. Kesannya, murid-murid
berpeluang bekerjasama untuk menjawab kuiz. Oleh sebab kuiz ini dijalankan melalui
kaedah pertandingan, murid berasa sangat teruja dan melibatkan diri dalam proses PdP
dengan sangat aktif.

Kelebihan kedua ialah bahan bantu mengajar yang disediakan menarik dan amat
sesuai dengan kandungan pembelajaran. Bahan bantu mengajar seperti kuiz Kahoot yang
disediakan akan memainkan muzik semasa kuiz berlangsung. Muzik ini dapat menghasilkan
suasana pertandingan yang kompetitif. Bahan bantu mengajar seperti kertas mahjong
Undang-undang Pengakap juga memberikan murid gambaran yang jelas tentang perkara
yang diajar dalam aktiviti kokurikulum hari ini.

Kekurangan aktiviti kokurikulum ini ialah langkah perkembangan tidak begitu


berpusatkan murid. Cadangan penyelesaian ialah guru memberi kad peraturan kepada
murid, dan murid menyatakan undang-undang yang ditulis atas kad peraturan. Dalam masa
yang sama, murid diminta membuat penerangan tentang peraturan tersebut. Dengan ini,
langkah perkembangan akan lebih berpusatkan murid.

Catatan Guru Pembimbing:

Catatan Pensyarah Penyelia:

Anda mungkin juga menyukai