Anda di halaman 1dari 15

ULANGKAJI EDU PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

Soalan Struktur

1. (a) Maksud pentaksiran.

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat


penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran
merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang
pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu
subjek atau aktiviti pembelajaran.

(b). Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan sesuatu ujian.

Kesahan merujuk kepada darjah ketepatan proses penaksiran menaksir konsep yang
tertentu yang hendak diukur penilai. Kesahan mementingkan kejayaan penaksiran
mengukur apa yang hendak diukur penilai.

Antara faktor yang mempengaruhi kesahan ialah Panjang Ujian. Secara umumnya
lebih panjang ujian lebih utuh dan sah ujian tersebut. Sebuah ujian yang pendek tidak
mungkin merangkum kerja selama setahun. Sukatan pelajaran perlu disampelkan. Ujian
tersebut harus terdiri daripada cukup soalan agar mewakili pengetahuan, kemahiran dan
kecekapan dalam sukatan pelajaran. Walau bagaimanapun, terdapat juga suatu lagi
masalah dengan ujian yang terlalu panjang. Sebuah ujian yang panjang mungkin sah tetapi
ia akan mengambil masa yang terlalu lama dan keletihan akan muncul dan mempengaruhi
prestasi serta kebolehpercayaan ujian tersebut.

Seterusnya, Pilihan Teknik. Pengujian Teknik pengujian yang dipilih akan juga
membawa kesan kepada kesahan dan kebolehpercayaan ujian tersebut. Contohnya,
sekiranya anda memilih untuk menggunakan soalan esei, kesahan mungkin tinggi tetapi
kebolehpercayaan mungkin rendah. Soalan esei selalunya kurang utuh berbanding soalan
jawaban pendek. Esei berstruktur selalunya lebih utuh daripada esei terbuka.

Kemudian, Kaedah Mentadbir. Ujian Masa yang mencukupi harus diberi kepada
kebanyakan pelajar untuk menyudahkan ujian. Ini akan mengurangkan pelajar meneka
membuta tuli dan sebaliknya menggalakkan pelajar berfikir dengan teliti tentang jawaban.
Arahan perlu jelas bagi mengurangkan kesan kekeliruan terhadap kebolehpercayaan dan
kesahan. Keadaan fizikal dalam mana ujian diambil harus menyenangkan pelajar. Harus
ada cukup ruang, cahaya dan suhu yang bersesuaian. Pelajar harus boleh kerja dengan
berdikari dan kemungkinan gangguan dalam bentuk pergerakan dan kebisingan mesti
dijauhi.

Selain itu, faktor yang mempengaruhi kesahan ialah Kaedah Memeriksa. Memeriksa
haruslah seobjektif mungkin. Memeriksa bergantung kepada penggunaan pertimbangan
manusia seperti dalam esei, pemerhatian aktiviti dalam bilik darjah dan amali, dan semua itu
terbuka kepada kepelbagaian sifat manusia. [Rujuk kepada kebolehpercayaan inter-
pemeriksa yang dibincangkan lebih awal]. Adalah mudah untuk memeriksa item objektif
dengan cepat, tetapi adalah juga mudah untuk membuat kesilapan yang remeh. Ini benar
dalam keadaan memeriksa bilangan skrip yang banyak. Suatu sistem semakan sangat
digalakkan. Satu kaedah ialah dengan mendapatkan komen daripada pelajar itu sendiri
setelah skripnya diperiksa.

2. (a). Definisi pentaksiran dalam konteks pendidikan.

Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumatoleh guru
tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuanmereka. Dodge et. Al
(1994)menyatakan bahawa pentaksiran merupakansatu proses pengumpulan maklumat
tentang kanak-kanak dalam aspekpengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka
yang dinilai melaluipemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak.
DalamKurikulum Bersepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998) pulamenyatakan
bahawa pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumatdan seterusnya membuat
keputusan tentang produk sesuatu prosespendidikan. Munurut Kementerian Pelajaran lagi ia
merupakan proses untukmengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian
pelajarsecara menyeluruh berasaskan matlamat kurikulum.

(b). Prinsip pentaksiran bagi memantapkan amalan pentaksiran yang diamalkan di sekolah.

Antara pentaksiran bagi memantapkan amalan pentaksiran yang diamalkan di


sekolah ialah Membantu murid mencapai perkembangan secara optimum. Pentaksiran
murid prasekolah bukan bertujuan melabel danmembandingkan murid dengan murid yang
lain, tetapi untuk meningkatkanpembelajaran murid berkenaan. Istilah yng sering digunakan
untukpenaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran secaraformatif
(Formative assessment). Melibatkan semua atau sebahagian besarmurid dalam kelas
secara efektif.

Seterusnya, Usaha untuk menambahbaikan serta perkembangan murid. Pentaksiran


murid di prasekolah lebih menekankan kepada usahakearah penambahbaikan
(improvement) serta perkembangaan (development)dan bukan pencapaian (achievement)
semata-mata. Maklum balas yangdiberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran
merupakan faktorpenting dalam menjayakan proses pentaksiran. Pertimbangan harus diberi
keatas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak,teori
perkembangaan kanak-kanak semasa merancangkan prosespentaksiran. Oleh itu perlu
adanya perkongsian maklumat antara guru dan ibubapa berkenaan perkembangan kanak-
kanak daripada penilaian.

Kemudian, Prinsip pentaksiran bagi memantapkan amalan pentaksiran yang


diamalkan di sekolah ialah Menyediakan murid kearah mengikuti pendidikan formal. Bagi
memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahirantertentu sebelum
memulakan persekolahan formal di Tahun Satu, PentaksiranMerujuk Standart digunakan,
selaras dengan reka bentuk Kurikulum StandardPrasekolah Kebangsaan ( KSPK ) yang
mula digunakan di semua prasekolah pada tahun 2010. Standard Pentaksiran yang
dinyatakan dalam KSPK perludiukur oleh semua pihak yang menggunakan kurikulum
kebangsaan ini.

3. (a). Tujuan pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning).

Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan proses pembelajaran berterusan.


Melalui pentaksiran ini, murid akan menerima maklum balas bagi mempertingkatkan lagi
pembelajaran. Selain itu, guru juga akan dapat tahu cara dan kaedah kebiasaan
pembelajaran pelajar. Pentaksiran ini perlu dilakukan supaya guru dapat membantu murid
dalam pembelajaran.

Guru juga perlu berkongsi matlamat pembelajaran bersama murid supaya mereka
tahu tentang perkara yang ingin mereka capai pada waktu tersebut. Guru juga perlu bantu
murid untuk faham tentang perkara yang mereka belajar. Kriteria kejayaan digunakan untuk
megetahui bahawa pelajar sudah mencapai matlamat atau tidak. Hal ini penting untuk guru
mendapat maklum balas daripada murid.
(b). Cara saya meningkatkan kesahan pentaksiran.

Cara-cara untuk meningkatkan kesahan pentaksiran ialah dengan menyediakan blue


print, atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU ini
dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan. Di mana dalam JSU guru
hendaklah menetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi
Bloom atau Taksonomi yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan
tajuk.

Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada mata


pelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid- murid yang menduduki
ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap tajuk
dalam sukatan pelajaran.

Cara lain yang ideal bagi meningkatkan kesahan ialah mencari korelasi di antara
ujian yang diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang berkenaan dengan
perlakuan yang di dalam konteks kriteria pada akhir pengalaman itu. Kesahan ujian itu boleh
diterima jikalau didapati calon yang tinggi markah dalam ujian itu mencapai prestasi yang
dikehendaki di dalam kriteria itu, dan calon yang rendah markahnya tidak menunjukkan
prestasi di dalam kriteria itu.

4. (a) Tujuan Penilaian autentik

Penilaian autentik merupakan satu kaedah penilaian yang betujuan untuk menguji
kebolehan dan kemampuan murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan dalam situasi
kehidupan yang sebenar dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang relevan.
Contohnya, guru menyediakan satu tugasan yang perlu dibuat oleh murid dan rubric yang
menunjukkan pemberian markah bagi tugasan tersebut. Penilaian ini dikira unik kerana
ianya bersandarkan kepada pengalaman individu setiap murid.

(b) Cara untuk melaksanakan ujian formatif

Cara guru untuk melaksanakan ujian formatif dengan berkesan ialah dengan cara
pemerhatian guru, soal jawab lisan, kuiz, latihan, kerja rumah dan maklum balas kepada
murid. Skop untuk pentaksiran jenis ini adalah tidak menyeluruh dan terhad kepada sesuatu
tajuk atau kemahiran yang sedang dipelajari dan pentaksiran harus dilakukan sepanjang
pengajaran dan pembelajaran sebagai pentaksiran berterusan.

Contohnya ujian sumatif seperti kuiz. Guru boleh membuat ujian ini setiap kali tamat
sesi pengajaran. Hal ini bertujuan untuk menguji kefahaman murid tentang tajuk yang
dipelajari. Mereka akan mudah mengingati apa yang diaajar oleh guru melalui kuiz yang
dibuat. Bukan itu sahaja, ujian formatif juga boleh dibuat melalui kerja rumah yang diberikan
kepada murid-murid. Selepas habis sesi mengajar, guru boleh menyediakan lembaran kerja
kepada murid sebagai kerja rumah untuk dibuat pada waktu lapang. Mereka akan
mengingati tajuk yang diajar pada hari tersebut dengan membuat kerja rumah ini.

Ujian formatif juga boleh dibuat di dalam kelas melalui pemerhatian guru
terhadap prestasi murid atau membuat soal jawab lisan di dalam kelas. Setiap perkara yang
diajar haruslah mendapat maklum balas daripada murid supaya dapat mengetahui sejauh
mana pemahaman mereka terhadap topik yang diajar. Melalui ujian ini, guru dapat menguji
kefahaman murid dan boleh mengukur tahap pencapaian individu murid di dalam kelas
selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran.

5. a) Tujuan pentaksiran sumatif

Tujuan pentaksiran sumatif adalah dilaksanakan untuk guru membuat pertimbangan tentang
tahap penguasaan murid dalam pembelajaran dengan menggunakan maklumat (kuantitatif
dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu
dinilai dan dilaporkan oleh guru dan boleh digunakan oleh guru lain yang akan meneruskan
pengajaran murid pada semester atau tahun berikutnya. Contoh pentaksiran sumatif ialah
ujian penggal, peperiksaan akhir tahun, laporan makmal, pembentangan lisan dan hasil
projek murid.

b) Jenis-jenis pentaksiran formatif

Jenis-jenis pentaksiran formatif yang dilaksanakan oleh guru di sekolah ialah dengan
cara pemerhatian guru, soal jawab lisan, kuiz, latihan, kerja rumah dan maklum balas
kepada murid. Skop untuk pentaksiran jenis ini adalah tidak menyeluruh dan terhad kepada
sesuatu tajuk atau kemahiran yang sedang dipelajari dan pentaksiran harus dilakukan
sepanjang pengajaran dan pembelajaran sebagai pentaksiran berterusan.

Contohnya ujian sumatif seperti kuiz. Guru boleh membuat ujian ini setiap kali tamat
sesi pengajaran. Hal ini bertujuan untuk menguji kefahaman murid tentang tajuk yang
dipelajari. Mereka akan mudah mengingati apa yang diaajar oleh guru melalui kuiz yang
dibuat. Bukan itu sahaja, ujian formatif juga boleh dibuat melalui kerja rumah yang diberikan
kepada murid-murid. Selepas habis sesi mengajar, guru boleh menyediakan lembaran kerja
kepada murid sebagai kerja rumah untuk dibuat pada waktu lapang. Mereka akan
mengingati tajuk yang diajar pada hari tersebut dengan membuat kerja rumah ini.

Ujian formatif juga boleh dibuat di dalam kelas melalui pemerhatian guru terhadap
prestasi murid atau membuat soal jawab lisan di dalam kelas. Setiap perkara yang diajar
haruslah mendapat maklum balas daripada murid supaya dapat mengetahui sejauh mana
pemahaman mereka terhadap topik yang diajar. Melalui ujian ini, guru dapat menguji
kefahaman murid dan boleh mengukur tahap pencapaian individu murid di dalam kelas
selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran.

6. a) Tujuan standard dan indikator

Merungkai standard dan indikator bertujuan mengenal pasti konsep yang penting dan
kemahiran yang perlu diajar. Langkah utama dalam proses merungkai standard seperti yang
dirungkai oleh Aisworth (2003) ialah guru perlu mengenal pasti konsep (pengetahuan) yang
perlu diajar atau secara ringkasnya ialah "apa yang murid perlu tahu" dalam topik yang akan
diajar ini. Guru juga perlu mengetahui kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid atau "apa
yang murid boleh lakukan" selepas murid mempelajari topik ini. Selain itu, guru juga perlu
memahami konteks yang akan digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran, iaitu unit
khusus, pengajaran dan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

b)

Hasil pembelajaran: Selepas proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat bercerita
dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan menggunakan pelbagai ayat yang
mengandungi Bahasa yang indah.

Dalam mengajar aktiviti bercerita kepada murid, langkah pertama ialah guru perlu
memulakan sesi pengajaran dengan set induksi yang menarik supaya mereka dapat
memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang ingin diajar oleh guru. Selepas itu, guru
perlu menunjukkan kaedah bercerita dengan betul kepada murid di hadapan kelas. Guru
perlu menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan
membantu murid-murid memahami cerita. Kemudian, guru harus memastikan penglibatan
semua murid dalam sesi pengajaran ini. Ini bermakna selepas guru menunjukkan cara
bercerita dengan betul, murid perlu bercerita di hadapan kelas dengan sebutan dan intonasi
yang betul dengan menggunakan pelbagai ayat yang mengandungi Bahasa yang indah.
Selepas tamat sesi pengajaran, guru perlu menyediakan soalan-soalan yang
berkaitan kepada murid supaya murid dapat menerapkan nilai-nilai murni yang ada di dalam
cerita yang dipersembahkan oleh rakan atau guru. Guru boleh membuat ujian berbentuk
formatif kepada murid seperti kerja rumah supaya mereka dapat mengukuhkan pemahaman
tentang topik yang dipelajari pada hari tersebut. Bukan itu sahaja, guru juga boleh membuat
ujian formatif berbentuk soal jawab secara lisan di dalam kelas untuk mengetahui sejauh
mana pemahaman murid tentang cerita yang disampaikan oleh rakan. Penilaian berbentuk
pemerhatian guru sewaktu murid bercerita juga boleh diambil kira sebagai instrument
pentaksiran di dalam bilik darjah. Hal ini penting supaya guru dapat menilai sama ada murid
dapat menyampaikan cerita dengan kaedah yang betul mahupun tidak.

7. a) Adalah amat penting untuk memastikan ujian dan tugasan yang ditadbirkan di dalam
bilik darjah mewakili sampel tugasan yang relevan, spesifikasi tugasan dan ujian perlu dibina
untuk memilih item dan tugasan pentaksiran yang tepat. Spesifikasi ujian merupakan suatu
blueprint yang terperinci untuk merancang suatu ujian yang mengambil kira huraian tujuan
ujian dan kumpulan sasaran, kandungan bidang yang diliputi, jenis dan bilangan item untuk
setiap kandungan, aras kesukaran item dan keseluruhan jumlah item yang diuji dalam ujian
yang dirancang.

b) Pertimbangan-pertimbangan yang perlu diambil kira dalam proses mentadbir


ujian ialah yang pertama pertimbangan fizikal. Keadaan dan persekitaran fizikal seperti
tempat ujian/peperiksaan yang kondusif, nyaman dan senyap, suhu bilik darjah, peredaran
udara, pencahayaan yang baik di dalam bilik darjah dan susunan tempat duduk murid
merupakan antara perkara yang amat penting dan boleh memberikan impak terhadap
pencapaian murid serta mutu amalan pentaksiran. Persekitaran yang tidak kondusif akan
mengganggu murid semasa ujian/ peperiksaan. Contohnya, apabila murid berada dalam
keadaan bising, panas serta peredaran udara di dalam bilik darjah tidak baik, maka sudah
pasti faktor-faktor tersebut akan mempengaruhi pencapaian murid. Persekitaran yang tidak
selesa boleh mengakibatkan tahap pencapaian yang kurang tepat atau boleh dipercayai.

Yang kedua ialah pertimbangan psikologi. Aspek psikologi amat penting kerana boleh
mempengaruhi keputusan murid. Kebimbangan dan kerisauan terhadap ujian boleh
mengganggu pemikiran murid untuk memberikan respons terbaik. Guru harus memastikan
kerisauan ujian dikurangkan agar murid boleh menghadapi ujian dengan tenang. Antara
perlakuan guru yang mungkin mempengaruh kerisauan murid termasuklah ugutan
memberikan ujian daripada guru memberikan amaran kepada murid betapa pentingnya ujian
kepada mereka serta akibatnya jika tidak lulus. Guru juga perlu mengelakkan daripada
mendesak murid untuk menjawab dengan pantas supaya menepati masa. Hal ini akan
menyebabkan kerisauan yang tinggi dalam kalangan murid. Guru perlu memberikan
pertimbangan yang wajar dari segi menenangkan murid dengan memaklumkan bahawa
ujian dan pentaksiran merupakan cara untuk menambah baik pembelajaran.

Pertimbangan Lain yang perlu diambil kira dalam prose mentadbir ujian ialah Tempoh masa.
Tempoh masa ujian/peperiksaan yang dilaksanakan juga boleh mempengaruhi prestasi
murid. Guru harus mengadakan ujian pada masa yang sesuai, bukanlah selepas satu
peristiwa besar seperti hari sukan atau satu pertandingan. Hal ini akan menjejaskan
pencapaian murid akibat keletihan atau ketidakcukupan masa bagi mempersiap diri untuk
menghadapi ujian. Susunan waktu dan masa ujian serta keluwesan menangguhkan masa
jika perlu akan meningkatkan kesahan keputusan ujian murid (Miller et al., 2009).

8. a) Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) ialah satu blueprint bertulis yang terperinci
mengenai sesuatu uijan. JSU digunakan untuk membina ujian dengan cara yang lebih
teratur dan cekap kerana ia merangkumi huraian objektif ujian dan sasaran berasaskan
domain Taksonomi Bloom [kini berdasarkan Anderson dan Krathwohl (2001), iaitu
Taksonomi Bloom yang disemak semula], kandungan atau bidang-bidang prestasi yang
diliputi, jenis-jenis item dan bilangan item untuk setiap bidang kandungan/prestasi, aras
kesukaran item dan jumlah item yang diuji. Tujuan menyediakan JSU adalah untuk
memastikan kesahan ujian yang akan digubal

b) Dalam membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi subjek pengkhususan


saya iaitu Pendidikan Islam, empat langkah yang perlu dibuat supaya item soalan yang
dibina berkualiti dan boleh ditadbir kepada murid. langkah pertama ialah mengkaji sukatan
pelajaran. Hal ini penting bagi memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum
yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan
kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah skop dan
kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk, pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran
sesuatu tajuk, kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain,
kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.
Terdapat enam bidang yang perlu dikaji dalam subjek pendidikan islam iaitu, al quran, hadis,
sirah, ibadah, akhlak dan jawi.

Langkah kedua ialah dengan menganalisis objektif pengajaran. Di samping


mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan
dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya
aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom
dan rakan-rakannya iaitu mengikut susunan aras yang paling rendah ke paling tinggi seperti
mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis. Menilai dan mencipta Maklumat-
maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan
ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina.

Langkah ketiga ialah menentukan jenis soalan. Bagi menentukan jenis soalan
yang sesuai, saya terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif,
psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.
Misalnya, jika saya ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Pendidikan Islam
bagi tajuk Adab Menghormati tetamu pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang
sesuai ialah soalan jenis “Objektif” yang berbentuk “Andaikan kamu seorang tetamu … atau
sekiranya anda … ”. Ini merupakan kata-kata kunci yang perlu dikenalpasti sewaktu
menggubal item soalan pada peingkat aplikasi.

Langkah yang terakhir ialah menentukan bilangan soalan. Jumlah soalan


harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan
peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia
mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya,
kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian member markah yang sama,
sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud
keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.

9. a) Terdapat lima peringkat pembinaan Ujian. Yang pertama ialah menyediakan


JSU. Kedua, Menulis item ujian. Ketiga, Menyemak item Ujian, Keempat, menilai item ujian
dan kelima membuat kajian rintis terhadap item.

b) Antara kepentingan JSU adalah untuk mengelakkan daripada seseorang guru


membina ujian secara sembarangan. Sekurang-kurangnya dengan adanya JSU, seseorang
guru itu akan menghasilkan soalan-soalan yang akan diuji oleh murid-muridnnya setelah
melalui beberapa garis panduan yang telah ditetapkan. Antara perkara yang diambil kira
dalam pembinaan soalan termasuklah tahap kemampuan murid serta bentuk soalan itu
sendiri. Tidak secara langsung seseorang guru itu akan dapat mengelakan daripada
memberikan penilaian kepada seseorang murid itu secara sesuka hati sahaja.

JSU juga berperanan untuk menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian itu. Selain itu
ianya juga telah dapat menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
Dalam menghasilkan JSU, kita perlu menyenaraikan topik-topik yang telah diajar dan
sepatutnya telah dikuasai oleh murid-murid. Dengan adanya proses menghasilkan JSU, kita
akan memilih topik-topik yang akan diuji dan dalam masa yang sama kita dapat merasakan
kepentingan satu-satu topik itu untuk dijadikan soalan.

Pembinaan JSU juga dapat membantu guru dalam membentuk soalan. Bentuk-bentuk
soalan samada objektif, subjektif, struktur ataupun esei. Bilangan soalan pula adalah
bergantung kepada pentingnya satu-satu topik itu atau merujuk pada objektif pelajaran.
Melalui bentuk yang telah ditetapkan itu, guru akan mudah untuk memberikan penilaian atau
memberikan markah pada soalan-soalan yang telah dijawab murid. Selain itu, ianya dapat
menjimatkan masa guru untuk menyemak kertas-kertas jawapan murid. Contohnya bagi
soalan-soalan berbentuk objektif, seseorang guru memerlukan masa yang lebih singkat
untuk memeriksa atau menyemak kertas jawapan murid berbanding dalam bentuk struktur
atau esei.

10 (a).

23, 30, 49, 50, 85, 89

Min = =

326
=
6

= 54.33

Median = 49.5


2
Σ ( x −x )
'
Sisihan piawai = σ =
N


= 3763
6

= √ 627.17

= 25.04

(b). Amalan pembinaan item sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia kerana ia


meliputi kaedah-kaedah yang lengkap yang perlu dilaksanakan oleh guru dalam membina
item ujian untuk murid.
Guru perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan dalam membina item ini
supaya amalan plagiat tidak berlaku. Umum diketahui bahawa kini ramai guru yang tidak
mengamalkan prosedur pembinaan item soalan yang ingin ditadbir dengan betul dan
sistematik. Mereka sebaliknya lebih senang ‘menceduk’ soalan-soalan dari buku teks, buku
rujukan atau soalan-soalan ujian lepas tanpa memikirkan kesesuaian soalan terhadap
penilaian pelajar.

Terdapat lima prosedur pembinaan item yang perlu dilaksanakan oleh guru
di sekolah-sekolah di Malaysia supaya item yang ditadbir berkualiti. Yang pertama, guru
perlu membuat jadual spesifikasi ujian terlebih dahulu. Hal ini penting supaya supaya item-
item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan
peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Kedua ialah
menulis item ujian. Menulis item ujian dengan jelas dapat membantu murid memberi
jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.

Ketiga ialah menyemak item ujian yang dibina. Ianya wajar dilakukan oleh guru supaya
arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah
difahami pelajar. Selain itu, adalah supaya guru dapat memastikan soalan yang dibina
mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran. Keempat, menilai
item ujian. Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu
disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran untuk semakan terakhir sebelum item itu siap
untuk ditadbir.

Yang terakhir ialah membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item Selepas semua item
ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya, kajian rintis dibuat terhadap
keseluruhan item/kertas ujian. Kajian rintis di sini bermaksud kajian awal tentang kesesuain
item-item kepada pelajar yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran.
Biasanya, kajian rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian. Bagaimanapun, kajian
rintis perlu dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank soalan.

11 (a). Maksud,

Min- purata yg diperoleh apabila jumlah data dibahagikan dgn bilangan data.
Median- nilai tengah apabila semua data disusun dalam turutan menaik atau menurun.

Mod- nilai atau item yg berlaku paling kerap.

11 (b). (i). Sisihan piawai

30,40,50,60,60,60,60,70,70,90

′ 𝑓
𝑁
Min = =

590
= 10

= 59


2
Σ ( x −x )
'
Sisihan piawai = σ =
N

= √ 2502
10

= √ 250.2

= 15.82

ii). Skor t: Hanis = markah:50

skor z= 50-59

= -9

t= 10z + 50

=10(-9) + 50

=-40

12 (a). Kepentingan rubrik pemarkahan

Antara kepentingan rubric pemarkahan ialah untuk menilai penguasaan subjek atau aktiviti
yang dilakukan oleh murid. Seterusnya, Digunanakan sebagai panduan untuk menilai
sampel yang dibuat oleh pelajar. Rubrik pemarkahan juga digunakan untuk menilai aktiviti
kumpulan, projek atau penulisan pelajar. Dan ianya Menyokong peperiksaan di mana
spesifik kriteria telah dicapai serta dapat menyediakan maklumbalas kepada pelajar
bagaimana mereka boleh meningkatkan pencapaian mereka.

9+1
(b) (i). soalan 1 : p =
15

= 0.67

Analisis = Nilai p adalah di antara 0.2 dan 0.8. Ini bermakna item menunjukkan sebaran
yang baik dan item ini boleh diterima.

14+0
Soalan 2: p =
15

= 0.93

Analisis = Nilai p>0.8. Ini bermakna item terlalu mudah dan perlu diubahsuai atau
digugurkan terus.

2+ 0
Soalan 3: p =
15

= 0.13

Analisis = Nilai p<0.20. Ini bermakna item terlalu sukar dan perlu diubahsuai.

13 (a). Contoh jenis pentaksiran bilik darjah.

Dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), guru menentukan hasil pembelajaran
yang akan dicapai oleh murid berdasarkan objektif pembelajaran yang ditentukan dari
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Guru bebas memilih dan menentukan
kaedah serta instrumen pentaksiran berdasarkan kreativiti, situasi dan hasil pembelajaran
yang hendak dicapai.

Contohnya, kaedah pentaksiran secara pemerhatian. Pentaksiran ini adalah guru hendaklah
memerhati pengelibatan murid dan menilai daripada tingkah laku dan prestasi murid dari
aktiviti yang dijalankan.

Seterusnya, Kaedah pentaksiran secara penulisan. Dengan kaedah ini, guru boleh membuat
penilaian dengan memberi lembaran kerja kepada murid sepertinsoalan latihan dan
sebagainya.

Kemudian, pentaksiran kendiri.

(b). Maksud Pentaksiran Alternatif

Pentaksiran alternatif merupakan kaedah pentaksiran dalam bentuk yang bukan


konvensional Kaedah pentaksiran tidak terbatas kepada pentaksiran sumatif; kaedah yang
diketengahkan boleh digunakan untuk pentaksiran formatif, autentik, assessment as learning
dan lain-lain kaedah pentaksiran yang telah berjaya mentransformasi pentaksiran sesuatu
hasil pembelajaran secara efektif, khususnya ke atas pencapaian hasil pembelajaran dalam
domain Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF 1.0 atau MQF 2.0) dan keterlibatan pelajar.
Kaedah yang digunakan terbukti mencapai sekurang-kurangnya satu hasil pembelajaran
(learning outcome) untuk domain yang tertentu.

Pentaksiran alternatif atau pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran


secara berterusan. Pentaksiran ini dijalankan untuk memastikan setiap pelajar memahami
dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan. Guru juga dapat menentukan apa yang
boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar. Reeves (2000) mempercayai bahawa
penekanan kepada penilaian prestasi dapat memberi keupayaan kepada pelajar dalam
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan sebenar. Pentaksiran yang
bersifat alternatif adalah seperti pentaksiran kerja kursus/portfolio, projek, persembahan,
aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri pelajar dapat
dilaksanakan.

Kelemahan dalam pentaksiran alternatif ini ialah pentaksiran alternatif boleh membebankan
guru dari segi masa dan juga tenaga (Law & Eckes, 1995). Sebagai contoh, kepelbagaian
produk dalam portfolio, yang dilihat sebagai salah satu kekuatan yang paling penting, boleh
membawa masalah kepada guru dalam segi praktikal (Bailey, 1998). Guru mungkin sukar
untuk menskor dan memerlukan masa yang panjang untuk menilai prestasi pelajar, tidak
seperti ujian aneka pilihan, yang praktikal untuk diskor.

Anda mungkin juga menyukai